Memaparkan catatan dengan label Kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kecantikan. Papar semua catatan

Isnin, 22 Julai 2013

Sentiasa Muda

RAMAI wanita risau apabila semakin mendekati usia menopaus. Menopaus sebenarnya adalah permulaan era dalam hidup wanita yang menandakan anda semakin matang. Bagi wanita Islam, ada lebih banyak masa mendekatkan diri dengan Allah dan boleh beribadat dengan tenang kerana tiada keraguan mengenai haid.

Secara purata kitaran haid terhenti pada umur 50 atau 51 tahun. Kajian menunjukkan satu peratus wanita menopaus awal iaitu sebelum 40 tahun. Antara punca yang boleh menyebabkan menopaus awal ialah pembedahan pembuangan ovari (akibat masalah kesihatan), ovari gagal berfungsi dan menerima rawatan kemo atau radioterapi (untuk rawatan kanser).

Penurunan paras hormon estrogen ketika menopaus memberi kesan menyeluruh pada wanita iaitu daripada rambut hingga hujung kaki kerana ia membabitkan perubahan pada otak, rambut, mata, gigi, jantung, tulang, payu dara, kulit dan vagina.

Perubahan ini adakalanya turut mempengaruhi emosi wanita yang sememangnya menjadi sedikit celaru akibat ketidakstabilan hormon. Suami, anak dan ahli keluarga perlu faham perubahan dialami wanita di ambang menopaus dan emosi yang kadangkala tidak menentu kerana ia di luar kawalan wanita.

Walaupun wanita hanya dikatakan mengalami menopaus apabila haidnya berhenti selama sekurang-kurangnya enam bulan (biasanya pada umur 50 atau 51 tahun), perubahan ini boleh berlaku beberapa tahun sebelum itu secara perlahan-lahan dan berperingkat.

Tahap gangguan gejala berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Namun, gangguan akibat menopaus tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana satu pertiga hidup wanita adalah selepas menopaus.

Inilah sebabnya sokongan keluarga terutama suami penting supaya wanita dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin. Ia bertepatan dengan tema sambutan Hari Menopaus Sedunia tahun ini yang berkisar kepada penuaan sejahtera dalam usia emas.

Sememangnya ada banyak perkara baru yang perlu diambil kira sebaik memasuki era menopaus terutama dari segi kesihatan. Antara yang disentuh dalam artikel pendidikan Berita Menopos (Oktober - Disember 2010) terbitan Persatuan Menopaus Malaysia ialah saringan kesihatan untuk:

Payudara – Risiko mendapat kanser payudara meningkat mendadak selepas menopaus. Selain menjalani ujian mamogram setiap tahun, setiap wanita perlu selalu membuat pemeriksaan sendiri payudara di rumah.

Tekanan darah – Pada usia begini, tekanan darah memang mudah naik jika tidak menjaga pemakanan. Tekanan darah dan paras kolesterol yang tinggi akan mendekatkan wanita dengan risiko sakit jantung.

Tahukah anda, selepas menopaus risiko mendapat serangan jantung sama seperti lelaki. Jadi untuk mengelakkannya, rajin-rajinlah bersenam selain menjaga pemakanan. Ia juga secara tidak langsung membantu mengekalkan kelangsingan badan dan membuatkan anda nampak muda.

Paras gula darah – Tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis digelar penyakit tiga serangkai atau ‘sahabat baik’ kerana ia mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Berhati-hati jika anda mempunyai ahli keluarga menghidap kencing manis kerana anda juga berisiko tinggi mendapatnya.

Namun amalan gaya hidup sihat dapat membantu anda menjauhi masalah ini.

Kelenjar tiroid – Jika anda berumur lebih 50 tahun dan sering berasa sejuk, sengal, mengalami sembelit dan berat badan mudah naik, berbincanglah dengan doktor sama ada anda memerlukan ujian masalah kelenjar tiroid.

Gigi dan gusi – Kajian menunjukkan keradangan gusi ada kaitan dengan penyakit jantung dan kencing manis. Buat temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat. Ingat, kehilangan gigi akan membuatkan kita nampak lebih cepat tua!

Telinga – Ramai wanita mula mengalami masalah pendengaran selepas berumur 50 tahun. Jadi usah bertangguh untuk jalani pemeriksaan telinga terutama jika pendengaran anda agak terganggu akhir-akhir ini.

Mata – Jalani pemeriksaan mata setiap tahun jika anda memakai kaca mata atau kanta lekap dan dua tahun sekali bagi yang tiada masalah rabun. Wanita lebih mudah mengalami masalah mata kerana lebih berisiko mendapat sindrom mata kering dan penyakit auto imun yang membabitkan mata.

Kulit – Kerap periksa badan sendiri. Cuba perhatikan jika ada tanda aneh atau tahi lalat yang luar biasa kerana ia mungkin menandakan kehadiran kanser.

Emosi – Ini masalah paling lazim yang dialami wanita menopaus. Ramai yang mengalami masalah kemurungan yang disebabkan banyak faktor seperti ketidakstabilan hormon, perubahan hidup, sindrom kesunyian (selepas anak-anak besar dan tinggal berasingan), perasaan hilang identiti diri dan sebagainya.

Jika anda turut mengalami masalah ini, dapatkan bantuan kaunselor dan luangkan masa untuk terbabit dalam aktiviti masyarakat supaya hidup anda terisi.

Khamis, 18 Julai 2013

Tips tanggalkan solekan

Upah Makeup

Tips tanggalkan solekan

Apabila anda pulang ke rumah, perkara terakhir yang anda mahu lakukan adalah untuk menghilangkan solekan di muka anda. Memikirkan tentang mencuci muka anda pasti kurang menarik atau anda malas hendak fikirkan, tetapi ia sebenarnya boleh menyelamatkan kulit anda.

Dengan begitu banyak jenis produk penanggal solekan, bagaimanakah anda tahu anda menggunakan jenis yang betul? Jangan risau, di sini kami ingin berkongsi dengan anda jenis-jenis produk penanggal solekan yang sesuai dengan anda.

AIR PEMBERSIH (Cleansing water)

Air pembersih, atau ‘cleansing water’, adalah pilihan yang paling sesuai untuk kulit sensitif. Ia boleh membuang solek asas, tetapi anda mungkin perlu menyapu air pembersih dua atau tiga kali untuk benar-benar membersihkan kulit. Gunakan penanggal solekan mata jika anda gunakan maskara kalis air atau celak tebal.

MINYAK PEMBERSIH WAJAH (Cleansing oil)

Minyak pembersih wajah, atau ‘cleansing oil’, sesuai untuk kulit wajah kering. Ia membantu untuk mengimbangi pengeluaran sebum pada kulit anda. Ia sangat ideal untuk menanggalkan solekan tebal atau solekan yang kalis air.

PENANGGAL SOLEKAN BERASASKAN MINYAK

Ini adalah formula standard yang boleh hilangkan solek anda dalam satu sapu. Ia tidak seperti minyak pembersih, kerana formula yang berbuih ini mengandungi bahan-bahan berasaskan air supaya anda tidak merasai kesan berminyak pada kulit anda.

TISU PENANGGAL SOLEKAN

Ini adalah penanggal solekan sempurna pada lewat malam, masa bercuti atau apabila anda tidak berasa seperti ingin membasuh muka untuk membuang solekan anda. Ia akan menanggalkan majoriti solekan dari muka anda supaya anda boleh tidur dengan wajah bersih dari sebarang solekan, tetapi jangan gunakan tisu penanggal solekan ini terlalu kerap kerana ia tidak membuangkan semua kesan solekan.

Ahad, 23 Jun 2013

Berhias Hanya Untuk Suami

Isteri kena cantik untuk Suami. Hanya untuk Suami. Tapi berapa ramai sangat di antara kita yang pakai ala kadar di rumah tapi berpakaian berhias beria-ia di luar? Bila dah macam itu, masih lagi dikira untuk suami lagi kah?

tumblr_lx8pg3gxr91r568bqo1_1280

Duhai para isteri, jadilah wanita yang mampu menyejukkan hati dan pandangan suamimu. Ingatlah jutaan wanita di luar sana, rela menghabiskan waktu dan wang mereka hanya agar dapat kelihatan cantik dan memikat suami.

Jadi, jaga suamimu,,,,
Janganlah kesibukanmu melalaikanmu untuk mengurus sejenak dirimu. Kerana ALLAH pun menyuruh seorang isteri berhias untuk suaminya…

Dan Istilah suami disini adalah suami yang sah di sisi syariat… bukan suhaimi atau seangkatan dengannya..

Rabu, 19 Jun 2013

Tips Kekal Menarik dalam Pesawat

Banyak keluhan sering muncul saat ladies travelers traveling dengan pesawat seperti, kulit dan bibir kering, flu, pusing dan sebagainya. Jika sudah begini, otomatis penampilan jadi kurang menarik. Padahal tampil cantik dan bugar kapanpun dimanapun sudah menjadi ‘keharusan’ bagi kebannyakan kaum hawa.

Nah, agar ladies travelers tetap sehat dan cantik selama di pesawat, simak 7 tips bermanfaat berikut ini.

1. Banyak minum.  Sebisa mungkin minumlah banyak air putih sebelum dan setelah berada dalam pesawat. Hal ini berguna untuk mencegah dehidrasi dan kulit kering. Hindari juga minum minuman yang mengandung kafein dan alkohol karena minuman ini justru bisa menguras cairan tubuh sehingga anda akan cepat mengalami dehidrasi.

2. Bawa makanan sendiri.  Terkadang makanan di pesawat kurang menggugah selera. Tidak ada salahnya bila travelers membawa bekal makanan sendiri yang tentunya menu dan rasanya sesuai dengan selera anda. Jangan lupa untuk menyelipkan sayuran dan buah-buahan segar dalam bekal anda.

3. Selalu gunakan lotion. Atasi kulit kering yang mungkin muncul karena suhu dingin dalam pesawat dengan lotion atau pelembab. Pastikan juga lotion yang digunakan tidak mengandung parfum berlebihan untuk kenyamanan penumpang lain.

4. Bawa vitamin.  Sebelum berangkat naik pesawat sebisa mungkin konsumsi makanan sehat yang mengandung banyak serat. Jika perlu, konsumsi vitamin untuk meningkatkan antibody tubuh, seperti vitamin C.

5. Gunakan juga lipbalm.  Bagian tubuh lain yang tidak kalah penting dan bisa mengalami kekeringan adalah bibir. Gunakan pelembab bibir atau lipbalm agar bibir anda lembab dan terhindar dari pecah-pecah. Jika ingin terlihat lebih segar, boleh saja kok memilih lipbal dengan warna-warna menarik.

6. Hindari obat tidur.  Ada sebagian orang yang ingin mendapat tidur yang nyenyak atau untuk menghindari mabuk udara selama di pesawat memilih mengkonsumsi obat tidur sebagai jalan tercepat. Sebaiknya hal ini urung travelers lakukan karena selain harus dengan resep dokter, anda akan mendapat efek lemas setelah terbangun.

7. Tetap bergerak di dalam pesawat.  Terlalu banyak duduk bisa membuat sirkulasi darah tidak lancar, terutama penerbangan jarak jauh. Jadi, meski dalam pesawat, sebisa mungkin tetaplah bergerak seperti berjalan di lorong pesawat misalnya.

Ahad, 16 Jun 2013

Cantik Belum Tentu Menarik

ADAKAH pada zaman remaja anda sering dimomokkan dengan tanggapan tiada siapa yang akan 'berkenan' dengan anda dan apabila berada di kalangan khalayak, anda berprasangka tiada seorang pun perasan dengan kehadiran anda?

Mungkin juga anda sering berasa keseorangan dan berasa rendah diri disebabkan kekurangan dari segi fizikal berbanding rakan-rakan lain. Sebenarnya, bukan semua daripada kita dilahirkan istimewa dengan memiliki wajah yang mempesona.

Namun, sekiranya difikirkan lebih mendalam, mungkin bagus dilahirkan 'kurang sempurna' dari segi penampilan wajah agar tidak terasa riak dengan kecantikan yang dianugerah Tuhan. Siapa kata insan yang tidak dianugerahkan dengan raut wajah yang kurang sempurna tidak boleh menambat hati orang lain? Apa yang pasti, setiap insan di bumi ini memiliki keistimewaan masing-masing.

Sesungguhnya tarikan kecantikan itu satu perkara yang subjektif. Cantik pada mata anda, mungkin tidak pada mata orang lain.

Banyak kajian menunjukkan biarpun golongan lelaki dikatakan makhluk yang akan tertarik dengan kecantikan fizikal, namun bukan semata-mata itu saja yang memikat hati mereka. Ini dibuktikan apabila ramai pasangan yang berkahwin dengan pasangan mereka yang sama cantik tetapi akhirnya bercerai dan sebaliknya berlaku.

Percayalah, biarpun ramai di kalangan manusia yang cantik ini digemari dalam kehidupan mereka, namun mereka selalunya tidak bertuah dalam cinta. Rahsia di sebalik kata orang bijak dahulu kala ialah dalam setiap perhubungan, ia bukan bagaimana cara anda kelihatan (kecantikan) tapi bagaimana lelaki itu rasa terhadap anda, itu yang penting. Kecantikan sebenar lahir dari dalam diri biarpun seseorang itu hanya dilihat sebagai gadis biasa dan tidak glamor.

Panduan-panduan ini mungkin boleh menjadikan anda seorang wanita yang dapat menambat hati lelaki:

Beri perhatian penuh
Golongan lelaki sukakan wanita yang sering memberi perhatian penuh kepadanya, mendengar cita-cita dan impiannya, keraguannya, hatinya dan selalu memberinya keyakinan.

Anda penghibur yang baik
Ramai di kalangan wanita yang kehilangan cinta mereka kerana membawa terlalu banyak akses bagasi beremosi selain ada agenda yang tersembunyi dan perengus. Jadilah individu yang menyenangkan pandangan pasangan anda dan melembutkan jiwanya.

Boleh memasak biarpun sedikit
Memang benar, memikat lelaki menerusi perutnya. Ambil kelas memasak atau bertanyakan kepada ahli keluarga mengenai hidangan masakan kegemarannya.

Boleh masuk dalam semua keadaan
Sekiranya anda boleh menyesuaikan diri dalam setiap kegemarannya, mempunyai bakat dan boleh pula bergaul dengan semua orang termasuk rakan-rakan si dia tanpa masalah, ini lebih bagus. Menjadi seorang rakan kongsi kepada si dia bukannya seperti tunggul yang tiada berfungsi.

Jadi seorang yang 'pandai'
Lelaki sebenarnya sukakan wanita yang cerdik dan pandai menguruskan diri dan adakalanya mereka akan kagum dengan anda namun janganlah anda berlagak, meninggikan diri dan sering bercakap besar dengan kebolehan anda itu.

Jadi diri anda sendiri dan jangan jadi orang lain ketika bersama golongan ini serta anda perlu baik dengan semua insan penting bagi dirinya seperti ibunya, adiknya, kawan-kawan dan sebagainya. Sekiranya anda seorang perempuan, jadilah seorang perempuan yang feminin dan bukannya maskulin.

Cari persamaan
Persamaan itu menimbulkan tarikan. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya, ini akan menjadikan si dia tertarik untuk mendekati dan mengenali anda dengan lebih mendalam.

Hampir dengannya
Orang yang paling hampir dengan kita, selalu berada dekat dengan kita, adakah kita mudah melupakannya? Mungkin tidak. Selain persamaan, ahli psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat atau hampir dengan kita. Jadi, usahakanlah agar anda selalu berada hampir dengannya.

Kecantikan sebenar seorang wanita itu lahir dari dalam diri. - Gambar hiasan

Rabu, 12 Jun 2013

Bersolek untuk pikat rakan sejantina

Benarkah ?
LONDON: Satu kajian mendapati pendapat bahawa wanita menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin semata-mata untuk menarik perhatian golongan lelaki adalah tidak benar, sebaliknya mereka berdandan untuk menarik perhatian rakan sama jantina.
Satu kajian terhadap 2,000 orang oleh jenama penjagaan kulit Simple mendapati dua pertiga berpakaian cantik untuk mendapatkan pujian daripada wanita lain manakala enam daripada 10 orang berusia antara 18 hingga 30 tahun, berkata mereka lebih banyak memikirkan mengenai rakan wanita apabila memilih apa yang hendak dipakai.
Lebih satu pertiga berkata pujian sebenar yang diperoleh adalah daripada rakan wanita yang mereka kenali dan bukan daripada golongan lelaki.
“Ada satu tanggapan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian jantina bertentangan tetapi kajian ini mendedahkan bahawa ia bukanlah perkara sebenar,” kata Daily Mail yang memetik seorang jurucakap Simple. Fakta bahawa ramai wanita mengambil berat mengenai apa yang difikirkan rakan wanita mengenai penampilan mereka adalah semula jadi. Secara keseluruhan, wanita lebih mengetahui apabila ia membabitkan pakaian, solekan dan gaya, jadi ia bukanlah satu kejutan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian wanita lain berbanding lelaki,” kata jurucakap terbabit.
Dalam kajian terbabit, lebih separuh wanita berkata mereka tidak pernah berdandan semata-mata hanya untuk menarik perhatian seorang lelaki manakala 22 peratus berpendapat bahawa pandangan seseorang lelaki langsung tidak penting bagi mereka.
Sejumlah 48 peratus wanita pula sebenarnya lebih suka untuk mendapatkan satu pujian daripada seorang wanita yang tidak dikenali berbanding seorang lelaki.
“Penampilan ternyata amat penting bagi wanita, mereka mahu sentiasa kelihatan menarik sepanjang masa. Ia lebih baik mengetahui bahawa wanita lebih suka menarik perhatian rakan sesama jantina dan ia langsung tidak ada kaitan dengan jantina bertentangan,” kata jurucakap Simple terbabit. – Agensi

Isnin, 10 Jun 2013

Petua dan cara menghilangkan jerawat.

Salam maya semoga teman2 maya sihat sejahtera dan bahagia hendaknya. Cewah.. macam style tulis surat dolu-dolu aje. Semenjak dua menjak ini rajin juga mamawana surf tenet dan membuka kitab lama tentang petua2 penjagaan masalah jerawat. Bukannya apa, remaja sekarang kebanyakannya kurang beri perhatian kepada masalah penjagaan kulit. Termasukler anak2 mama... hu3...
Semasa remaja dulu mama memang rajin jaga kulit muka dgn hirisan timun, kadang2 tomato dan paling suka cuci muka dengan air kelapa tua sejak dari Tingkatan 1 lagi hingga dewasa. Setiap kali ketika tolong ibu memasak mama lah orang pertama yg paling rajin tolong belah kelapa, katok jer dgn belakang parang dan cepat2 tadah air kelapa tu untuk cuci muka sendiri. Air kelapa tu baunya harum dan berasa manis mama sukalah guna utk sapu pd muka then bilas dgn air biasa. Nasib baik mama tak guna air kopi ka teh ka utk cuci mua dok gitu?? hok hok hok... Alhamdulillah jerawat pun memang jarang hinggap kat muka. Kalu ada pun sebiji sebiji dan pantang usik dgn kuku kata rang tuo. Biar jerawat tu pecah sendiri. Hasilnya langsung takdak parut jerawat. Tapi kalu jerawat dipicit2 dgn jari jemari alamat ler muka berparut jerawat kelak. Di sini mama nak kongsi beberapa peua dan tips utk masalah jerawat. Jom...
Cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk spt cheese, makanan berminyak, pengambilan susu yg berlebihan . Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
Jerawat wujud mungkin juga dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih. Letih dan stress bagi pekerja, pelajar dan org dewasa yg menyebabkan mereka kurang rehat dan kurang tidur.
Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak. Anak tudung atau inner tudung hendaklahbersih dan ditukar setiap hari. Jgn memakai inner tudung yg sama tanpa basuhan utk seminggu.
Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak.
Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka. Bagi yg berambut panjang sebaiknya ikat rambut atau bungkus dalam serkop rambut yg bersih.
Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu.
Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut. Kuku jari yg tidak bersih dan berbacteria menyumbang kpd kesuburan jerawat yg kronik.
So, rajin2 lah membersihkan wajah, rajin mengikut petua2 di atas dan menjauhi pantang larang yg boleh mengundang jerawat. Anak-anak, silakan, insyaallah berkesan. Kebanyakan petua di atas mama biasa amalkan. Walau tak secantik mana wajah kita tapi insyaallah kulit wajah halus mulus. Murah pun murah. Kalau berjumpa pakar kulit dan kecantikan memerlukan kos rawatan ribuan ringgit. Sayang you duit dibelanja begitu sahaja sedangkan ada cara tradisional yg lebih murah dan mudah. Cubalah. Wasallam.

Jumaat, 7 Jun 2013

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

Tidak dinafikan, wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.

Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini boleh memudaratkan rambut. Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik walau anda bertudung.

1. TIDAK PERLU MENCUCI
Kalau anda mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung, tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak kering dengan sempurna secara menyeluruh.

Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaik-baiknya cucilah pada waktu petang, iaitu selepas pulang daripada kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan rambut lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

2. PILIH KAIN TUDUNG BERFABRIK LEMBUT
Jika anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut dengan tudung. Oleh itu, pilih tudung berfabrik lembut. Tudung bawal adalah pilihan terbaik. Elakkan memakai tudung fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.

Cadangan : Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.

3. SENTIASA MERAWAT RAMBUT
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.

4. ATASI MASALAH RAMBUT JIKA ADA
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda. Sebagai contoh, jika anda dapati syampu yang anda guna sekarang tidak memuaskan, cuba minta nasihat daripada pakar.

Cadangan : Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu pada rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak.

5. BEREHAT DAHULU SEBELUM MEMBERSIHKAN DIRI
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Cadangan : Waktu ini, sebaik-baiknya anda berehat sepenuhnya. Jangan lakukan kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan ‘rehat’ dengan sempurna.

Langkah Mudah Guna Maskara Mata Nampak Cantik

Mata tanpa maskara seperti jendela tanpa katupnya. Solekan kurang menyerlah, walau anda bersungguh meriasnya. Menyedari kesan dramatik dari helaian bulu mata yang panjang dan melentik, penggunaan alat kosmetik seperti maskara berkesan untuk menjelmakan solekan memukau dengan serta-merta. Ikuti panduan bijak mengaplikasi sapuan maskara agar ia kekal lama tanpa kesan comot atau bergumpal.

CARA MUDAH…
1.Selepas mengadun debu pembayang mata, layangkan mascara di atas bulu mata yang bersih. Lapisan maskara akan berketul jika masih ada sisa maskara lama.
2.Gunakan alat pelentik bulu mata jika anda memiliki bulu mata pendek. Elak dari mengepit bulu mata terlalu kuat, selama lebih kurang 30 saat.
3.Sapukan maskara asas atau berfiber untuk memanjangkan bulu mata anda. Ia berwarna putih dan perlu disapu dari arah pangkal bulu mata hingga ke hujung.
4.Mula mengacu berus dari arah sebelah dalam mata (hidung) menuju ke luar, satu-persatu dengan gerakan zig-zag.
5.Kenakan juga pada bulu mata bawah untuk mencipta kesan mata yang besar. Jangan sapukan ke seluruh barisan tetapi hanya di bahagian luar mata sahaja.
6.Sapukan lapisan maskara baru di atas dan bawah bulu mata sebelum lapisan pertama kering. Jika tidak, ia akan gugur dan masuk ke dalam mata.
7.Apabila maskara kering, nyahkan ketulan yang tinggal dengan sikat bulu mata. Ini juga membuatkan bulu mata anda lebih semulajadi.

TIPS JURUSOLEK PROFESIONAL
● Semasa menyapu lapisan awal maskara, tumpukan pada bahagian akar/pangkal bulu mata untuk menebalkannya.
● Lapik bawah bulu mata dengan tisu atau span untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot.
● Elakkan dari mengepam berus maskara keluar-masuk tiub, sebaliknya hanya masukkan dan pusing beberapa kali.
● Bagi mengelakkan maskara bergumpal, lapkan hujung berus dengan tisu dan sapu dengan cermat. Penyikat bulu mata juga boleh membantu.
● Sekiranya anda memakai kanta lekap, gunakan maskara kalis air dan selamat untuk pengguna kanta lekap.

Selasa, 21 Mei 2013

Khasiat Limau Nipis Untuk Kecantikan Kulit

Limau nipis sememangnya sudah terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan kecantikan kulit . Ia juga sering digunakan sebagai bahan asas untuk produk-produk kecantikan yang berada dipasaran. Antara khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………
(1) Menyingkirkan sel kulit mati – Apabila anda menggosokkan kulit denganmenggunakan limau nipis, iasebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.
(2) Mengurangkan kedutan – Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.
(3) Melembapkan kulit -Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering , cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.
(4) Menghilangkan masalah kelemumur – Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.
(5) Menyegarkan lagi kesihatan kuku – Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.

Khamis, 2 Mei 2013

Wanita Puas Seks Lebih Jelita

DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.
Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.
Wajah berseri
Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?
Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.
Bentuk tubuh yang menarik
Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu. Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.
Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.
Hilangkan lenguh-lenguh badan
Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.
Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.
Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.
Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.
Kitaran haid yang teratur
Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.
Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut. – sinarharian

Isnin, 8 April 2013

Cantik itu ‘ABSTRAK’

Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan. Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.

Tetapi awas.

Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur. Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga. Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.

Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.

Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.

Kerana apa?

Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri. Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.

CANTIK

Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak. Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga? Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.

Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati. Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari. Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.

MATANG

Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman. Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri. Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.

Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia. Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!

Ahad, 7 April 2013

Khasiat Tomato : Cantikkan Wajah/Kulit


Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Berikut adalah petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan Liang Roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat Jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan Kulit Muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan Kulit Yang Rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Ahad, 10 Mac 2013

Diet Seimbang Kekalkan Kecantikan Rambut

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kerosakan rambut seperti penggunaan bahan kimia, pewarna, merokok dan ketidakseimbangan hormone. Ia boleh diatasi dengan mengamalkan diet sihat dan seimbang untuk membantu meningkatkan kesihatan serta kecantikan rambut. Untuk memberi penekanan mengenai pemakanan bagi kesihatan rambut, terdapat beberapa nutrien yang diperlukan dalam diet harian anda.
  • Vitamin B, vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Antara jenis vitamin yang membantu mengurangkan kerosakan rambut ialah vitamin B6, B9, B7 dan B8.
Pengambilan vitamin B6 penting dalam mengekalkan rambut yang sihat dan membantu meningkatkan aliran oksigen ke dalam kulit kepala manakala
vitamin B9 pula membentuk sel darah merah, membina antibodi dan menyem­buhkan kerosakan rambut.
Vitamin B7 membantu menggalakkan rambut yang sihat dan melindungi kekeringan mana­kala
amalan pengambilan vitamin B8 dapat membentuk sel yang sihat.
  • Zink secara amnya baik untuk mencegah keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhannya.
  • Air diperlukan untuk membantu proses penghidratan. Penting untuk mengambil lapan hingga 10 gelas sehari bagi mengaktifkan saraf rambut dan menjadi pengesan kerosakan dalam kulit kepala.

Isnin, 4 Mac 2013

Cantik secara fitrah

APAKAH erti kecantikan pada tafsiran anda? Mungkin pada sepasang mata hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja, menjadi defi nisi cantik?
Atau boleh jadi pada bibir yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi, ayah, suami dan pipi mungil anak-anak? Mungkinkah kerana suara gemersik dan hilai tawa mempersona atau tubuh badan yang mengiurkan menjadi perspektif cantik kepada anda?
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Jangankan sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefi nisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat TUHAN kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Kedutan-kedutan akan tetap terserlah meskipun kita berusaha me-nyembunyikannya. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk melalui iman dan ibadah yang berterusan yakni istiqamah.
Walaupun usia seorang wanita itu meningkat dari tahun ke tahun, tahukah bahawa kita masih kelihatan cantik dengan kedutan-kedutan yang terpalit di wajah. Kedutan-kedutan itu sebenarnya melambangkan kekuatan dan gambaran betapa kita benar-benar berjuang meneruskan kehidupan. Garis-garis halus di pinggir bibir itu menggambarkan betapa kita tidak pernah lelah untuk tersenyum meskipun badai melanda di sepanjang kehidupan.
Uban yang memutih itu pula sebenarnya sangat cantik parasnya berbanding diwarnakan. Tidak perlulah menutupinya dengan warna yang tidak asli, kerana bukankah putih itu melambangkan kesucian? Anggap sahaja sebelum ini, hitam itu melambangkan dosa yang pernah dilakukan dan semakin memutihnya rambut bererti kita sedang dalam proses membersihkan diri.
Jika ada yang melihat rambut kita memutih dan lantas mengusik, katakan sahaja kita di dalam proses ‘pemutihan’ daripada dosa. Kita sentiasa cantik dan tetap istimewa di setiap detik kehidupan. Hargai kecantikan dengan kesyukuran. Tidak kiralah sama ada sudah berumur 15, 25, 35, 50 atau 70 tahun, kecantikan tidak akan hilang selagi mengenali erti syukur yang ALLAH S.W.T harapkan.



Jika selama ini kita berasa tidak cantik, bagaimanakah cara untuk mengubah diri menjadi lebih cantik? Senang sahaja tetapi harus sabar dan istiqamah melaksanakannya. Caranya begini:
- Jadikanlah ‘Ghadhdul Bashar’ (menundukkan pandangan) sebagai ‘hiasan mata’, nescaya akan semakin bening dan jernihlah penglihatan. Wajah yang sentiasa tunduk mampu menjaga pandangan boleh menumpulkan hati dan ingatan. Sepasang mata yang digunakan untuk pandangan luhur akan jatuh terbenam ke dalam hati lalu menerbitkan mata hati yang bersih lagi menyucikan.
- Oleskan ‘lipstik kejujuran’ pada bibir, nescaya ia akan semakin manis. Ucaplah kata-kata manis dan sopan agar telinga yang mendengar berasa selesa dan nyaman serta dapat mententeramkan hati gundah gulana.
- Gunakanlah ‘pemerah pipi’ dengan kosmetik sifat malu yang datangnya dari ‘salon’ iman. Malu adalah perlu dalam kehidupan seorang wanita. Ia perlu ditonjolkan pada tempat, masa dan situasi yang sesuai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud r.a iaitu:
“Rasa malu terhadap ALLAH itu ialah supaya kamu memelihara kepala dan apa yang diingat oleh kepala itu, memelihara perut dan apa yang dikandung oleh perut itu, juga supaya kamu selalu ingat kepada kematian dan berbagai bencana seperti hancur luluhnya segala anggota badan. Barang siapa yang menginginkan selamat di alam akhirat, hendaknya ia meninggalkan perhiasan atau kemewahan duniawi. Orang yang melakukan semua itu, maka ia telah mempunyai rasa malu terhadap ALLAH dengan sebenar-benar malu.” - Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidzi. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Ditulis oleh Dr. Ahmad Umar Hasyim, m/s 52
- Pakailah ‘sabun istighfar’ yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang dilakukan. Istighfar yang ikhlas mampu menjaga hati dan diri daripada mengulangi dosa yang sama. Ia juga dapat mengharumkan setiap langkah yang dilakukan tidak kira di pelosok mana kita menjejakkan kakiselagi bersandarkan ALLAH semata-mata Rawatlah rambut dengan ‘selendang islami’ yang akan menghilangkan ‘kelemumur’ pandangan lelaki. Hijab yang menutupi rambut membuatkan kita dihormati oleh lelaki yang gemar mengganggu wanita. Ini disarankan juga di dalam al-Quran yakni:
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir. - An-Nur: 31
Maka, perintah ALLAH untuk menutup aurat jika direnung dengan ketulusan hati, sebenarnya untuk me- lindungi daripada ancaman bahaya, juga sebagai tanda ALLAH mengasihi kita supaya tidak diapa-apakan oleh mereka yang berniat serong. Tidaklah terlalu sukar untuk menyempurnakan cara berpakaian kerana kita sendiri tidaklah dilahirkan dengan sifat yang sempurna. Tetapi kita mampu mengubah untuk berpakaian dengan cara yang lebih sempurna. Betulkan?
- Hiasilah kedua tangan dengan ‘gelang tawaduk’ dan jari-jemari dengan cincin ukhuwah. Gunakanlah juga tangan kita itu dengan 100 kebaikan seperti berdoa, menolong orang atau memberi sedekah. Berikut adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mampu menggembirakan setiap hati. Semoga kita akan bertambah yakin dengan kecantikan yang dimiliki.
Daripada Abu Dzar, dia berkata, “Pada suatu malam saya keluar, tiba-tiba saya melihat Rasulullah s.a.w berjalan sendirian, tidak ada seorang pun yang menyertainya. Saya mengira bahawasanya baginda memang tidak senang jikalau ada orang lain yang menyertainya.” Dia meneruskan, “Saya berjalan di bawah naungan rembulan. Rasulullah s.a.w kemudian menoleh dan melihat saya, lalu bertanya, “Siapa ini?” Saya menjawab, “Abu Dzar, semoga ALLAH S.W.T menjadikan saya sebagai tebusan anda.”
Baginda s.a.w bersabda, “Hai Abu Dzar, ke marilah.” Abu Dzar berkata, “Saya lalu berjalan menyertainya sesaat lamanya.” Beliau kemudian berkata, “Sesungguhnya orang yang banyak hartanya itu nanti akan menjadi orang yang paling sedikit pada hari kiamat, kecuali orang yang dikurniai ALLAH S.W.T kebaikan (maksudnya harta) lalu suka meniupkan yakni menafkahkan hartanya itu sebagai sedekah kepada orang yang menghajatkan di sebelah kanannya, di sebelah kirinya, di sebelah mukanya serta di sebelah belakangnya, juga berbuat kebaikan dengan rezekinya itu.” Abu Dzar berkata, “Saya meneruskan perjalanan bersama baginda sesaat lagi.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Duduklah disini.” Baginda menyuruh saya duduk di suatu tanah yang cukup luas dan di sekitarnya itu ada beberapa batu berwarna hitam.
Baginda sekali lagi bersabda, “Duduklah di sini sehingga saya kembali kepada anda nanti.”Rasulullah s.a.w berangkat pergi di celah-celah batu- batuan sehingga saya tidak dapat melihatnya. Lama juga Rasulullah s.a.w meninggalkan saya. Kemudian sesungguhnya saya mendengarnya sedang mendatangi saya dengan mengatakan, “Meskipun dia mencuri dan meskipun dia berzina.” Abu Dzar melanjutkan ceritanya, “Setelah baginda datang, saya sudah tidak bersabar lagi, lalu saya bertanya, “Wahai Nabi ALLAH, semoga ALLAH menjadikan saya sebagai tebusan anda, siapakah yang berbicara di dekat batu-batuan tadi?”
Tiba-tiba ada suara yang mengatakan (dan ini adalah suara Malaikat Jibril a.s memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w), “Berikanlah berita gembira kepada umat tuan, barang siapa yang meninggal dunia, dia tidak mempersekutukan ALLAH S.W.T dengan sesuatu, maka dia pasti dapat masuk syurga.” Saya pun berkata, “Wahai Jibril, sekalipun ia mencuri dan meskipun ia berzina?” Jawabnya, “Ya, sekalipun ia mencuri dan sekalipun ia berzina. “Masih sekali lagi bertanya, “Sekalipun ia mencuri dan sekalipun ia berzina?” Dia (malaikat) menjawab, “Ya benar, bahkanmeskipun dia minum minuman keras yakni khamar.” - Riwayat daripada Imam Muslim. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits Rasulullah s.a.w, Ms477
- Bedaklah wajah dengan wuduk bagi menaikkan seri muka. Mohonlah kepada ALLAH S.W.T agar diberi nur pada wajah tatkala menjadikan wuduk sebagai bedak asas.
Daripada Abu Hurairah r.h. dia berkata, aku men- dengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada wuduk.”
Hadis ini menjelaskan fadilat atau kelebihan kepada umat Muhammad s.a.w iaitu mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada berwuduk. Sesungguhnya ALLAH S.W.T jadikan alamat yang akan menyebabkan Rasulullah s.a.w. mengenali umatnya di akhirat nanti.
Insya-ALLAH, kita akan cukup cantik di mata penduduk langit dan sebahagian yang lain mampu menilai kecantikan dengan menggunakan mata hati. Ingatlah bahawa tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali dihiasi dengan iman kepada ALLAH S.W.T. Apabila tertegaknya di atas jalan ini, maka kitalah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan di sisi Rabb-NYA.
Namun, jika dilepaskan jalan kebenaran tersebut, menafi dan mengingkari tuntutan agama, maka kitalah cermin kepada wanita yang murahan dan jahil dalam mengenal maksud sebenar kecantikan. Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung bintang, meskipun bermahkota bintang dan matahari terbit di ufuk timur, akan tenggelam jua kecantikan yang dimiliki.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mukminah yang selalu ingin kembali kepada ALLAH... ambillah nasihat ini juga sebagai makanan kecantikan tambahan. Semoga diri yang cantik akan bertambah cantik hingga memiliki kecantikan kekal abadi:
· Jadikan diri seperti sepohon kurma. Iaitu apabila dilempar dengan batu ia menjatuhkan buahnya. Tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberi manfaat kepada sekalian manusia.
· Basahkan bibir dengan ucapan zikir, bentuklah pandangan sebagai satu pengajaran dan berdiam diri adalah untuk berfi kir pada sesuatu yang baik sahaja.Berdiam diri bukan bermaksud sombong atau meninggi diri tetapi kerana melatih lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati pendengar lantas men- cipta dosa yang tidak disedari.
· Ketika berdiam diri, saat itulah kita mendapat ke- tenangan dan kedamaian. Tercurah segala pujian yang baik-baik dari hati yang ikhlas. Juga ALLAH S.W.T akan menjauhkan kita daripada kesempitan, bayangan ketakutan dan gumpalan kekeruhan.
· Tidurlah berbantalkan curahan doa, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepada kita. Saat itulah kita mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada harta, kad kredit, kereta, rumah mahupun kepada kasihnya seorang manusia, namun kepada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, tetapi kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
· Jadilah seorang wanita yang bermaruah dan punya kedudukan tinggi di sisi TUHANnya. Nama nya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat dan berjaya memperoleh cinta yang teragung, iaitu cinta Ya Rabb lantas jadilah wanita paling bahagia di dunia.
Kepada mereka yang tidak pernah yakin dengan kecantikan yang dimiliki,renungkanlah kisah ini. Semoga keyakinan menjadi milik kita semula. Seorang wanita tua Cina mempunyai dua bekas pasu air yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang satu lagi masih elok dan dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.
Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun. Maka, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana hanya mampu membawa separuh sahaja air daripada sepatutnya. Setelah dua tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak itu berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.
“Aku sangat berasa malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu.”
Wanita tua itu tersenyum dan berkata, “Sedarkah kamu akan bunga di batas laluan kamu tetapi tidak di batas laluan yang lagi satu? Kerana menyedari kekuranganmu, aku telah menyemai benih-benih bunga di batasan itu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa disedari kamu telah menyiram benih-benih itu. Selama dua tahun aku berpeluang mencantas bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi mejaku. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.”
Yakinlah... setiap daripada kita mempunyai kekurangan. Ketahuilah bahawa kekurangan yang dirasakan itu adakalanya merupakan kekuatan buat mereka yang melihat melalui mata hati. Semoga mereka yang merasakan kekurangan atau keretakan terus hidup dan menghidu haruman kebahagiaan di sisa kehidupan yang tinggal..

Selasa, 29 Januari 2013

Mahu Cantik atau Sakit?

MEMANG benar, kasut bertumit tinggi pelengkap gaya seseorang wanita. Selain rekaannya yang cantik, kasut tumit tinggi membuatkan wanita berdiri dengan gaya menawan berbanding berkasut rendah.
Malah ia menambah sentimeter pada si pemakai agar kelihatan setanding dengan supermodel yang berjalan di pentas peragaan. Sekali gus, ia meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan si pemakainya lebih menarik.
Realitinya, tiada yang baik mengenai kasut tinggi kecuali rekaannya.
Apa yang wanita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar, pemakaian kasut tinggi merosakkan badan mereka.
Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai lagi masalah disebabkan oleh kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.
MasalahPengarah Urusan MyOrtho dan Pakar Orthotik dan Prostetik, Edmund Lee berkata, kaki adalah asas badan yang perlu dijaga dengan betul agar tidak mengganggu sistem lain yang menjejaskan kesihatan.
"Masalah yang sering dihidapi mereka yang gemar berkasut tumit tinggi antaranya bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua lalu menyebabkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki.
"Ini akan menyebabkan rasa tidak selesa timbul terutamanya ketika memakai kasut yang bertutup di hadapan dan runcing sehinggakan ada kes memerlukan pembedahan, bergantung kepada tahapnya.
"Tekanan berat badan pada hujung kaki juga akan menyebabkan jari ketiga dan keempat menyempit lalu menyebabkan kesakitan pada saraf.
"Keadaan itu juga akan menyebabkan darah tidak dapat bergerak dengan betul kerana tersekat lalu menyebabkan kesakitan.
"Betis turut akan memendek dan tegang akibat tumit tertolak ke atas dan akibatnya kaki sering mengalami kekejangan dan sakit di bahagian tumit," ujarnya yang baru-baru ini mengadakan Karnival 1Malaysia Kaki dan Tulang Belakang Sihat di Tropicana City Mall, Petaling Jaya. Karnival itu bertujuan meningkatkan kesedaran penjagaan kaki dan tulang belakang di Malaysia.
Menurut Edmund, kulit di beberapa bahagian kaki yang sering menerima tekanan akan mengeras seperti di bahagian tapak kaki, di bawah jari serta bahagian tepi hujung kaki.
Lutut pula akan mula sakit kerana kasut tinggi menyebabkan badan tidak stabil lalu lutut digunakan untuk menyeimbangkan badan.
Kasut tumit tinggi turut menyebabkan kesakitan akibat saraf bengkak atau menebal pada bola kaki yang digelar morton's neuroma, pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund) dan jari bengkok (claw hammer).
Selain bahagian kaki, masalah serius yang dihidapi oleh si pemakai kasut bertumit tinggi yang tegar ialah sakit bahagian tulang belakang.
Menggunakan kasut tumit tinggi akan menyebabkan pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.
Tulang belakang akan miring ke belakang bagi menyokong keseimbangan badan lalu memberikan tekanan pada tulang belakang.
Pencegahan Terang Edmund, tidak salah jika tidak mahu ketinggalan mengikuti perkembangan fesyen berkasut tumit tinggi asalkan tidak memakainya dalam tempoh yang lama dalam satu masa dan mengamalkan pelbagai langkah penjagaan seperti senaman kaki selepas berkasut tumit tinggi.
"Seelok-eloknya, kasut bertumit tinggi hanya dipakai pada majlis tertentu untuk tempoh beberapa jam sahaja.
"Beri sokongan yang lebih terhadap tapak kaki dengan memilih kasut tinggi yang mempunyai tapak berbentuk atau menggunakan lapik dalam kasut khas mengikut bentuk kaki sendiri.
"Kasut bertumit tinggi yang melebihi empat inci ketinggiannya amat bahaya kepada kaki dan tulang belakang di samping menjejaskan keselamatan si pemakai," ujarnya.
Ketinggian yang sesuai dengan bentuk kaki sebenarnya paling maksimum setinggi 1.5 inci sahaja untuk kegunaan dalam tempoh lama.
Ujarnya lagi, senaman dan regangan amat perlu terutamanya bagi mereka yang sering menggunakan kasut tumit tinggi setiap hari seperti model dan pramugari.
Senaman dilakukan dengan melunjurkan kaki dan mengangkat hujung kaki beberapa kali bagi memberi kelegaan pada buku lali.
Regangan kaki terutama pada bahagian betis boleh dilakukan dengan menjarakkan kaki ke bahagian sisi dan menekannya ke bawah beberapa kali.
Juga digalakkan bertemu dengan pakar orthotik dan prostetik bagi menjalani rawatan manipulasi kaki bagi membetulkan tulang yang sering bergesel bagi mengurangkan geseran.
"Apa pun, penjagaan kaki dari awal amat penting supaya tidak memudaratkan ketika tua," ujarnya.

Isnin, 22 Oktober 2012

Cantikkah Kamu?




Saudari, kamu cantik sekali
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.
Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?
Saudari, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.