Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Ahad, 20 Oktober 2013

Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden

LAAFTMAN memeriksa kandungan Singelman di klinik Mama Mia, Sweden.

HANYA sekali menjalani ultrabunyi dalam tempoh sembilan bulan dan tidak perlu berjumpa doktor. Itulah gambaran penjagaan ibu-ibu mengandung di Sweden.

Walaupun tidak melakukan prosedur seperti negara-negara Barat lain, gaya penjagaan ibu mengandung di negara itu terbukti membawa kebaikan.

Organisasi Selamatkan Kanak-Kanak menyatakan, Sweden merupakan negara kedua terbaik di dunia untuk bakal ibu selepas Finland.

Menurut Laporan Kesihatan Perinatal Eropah 2010, negara tersebut mencatat kadar kematian terendah selepas Iceland iaitu sebanyak 1.5 kematian daripada 1,000 kelahiran manakala jumlah ibu yang meninggal semasa melahirkan anak ialah 3.1 daripada 100,000 kelahiran.

Di Sweden, bidan-bidan diberi kepercayaan untuk menjaga kesihatan ibu mengandung dan janinnya.

Ia merupakan satu-satunya rawatan yang boleh didapati oleh kaum wanita dan diberikan secara percuma kepada pesakit bawah faedah kesihatan negeri.

"Seorang doktor boleh dipanggil jika bidan mendapati ada sesuatu yang tidak kena kepada ibu yang mengandung," kata seorang bidan di pusat bandar Stockholm, Sofie Laaftman.

Bagi mereka yang biasa dengan rawatan perubatan intensif semasa mengandung, cara masyarakat Sweden mungkin dilihat sebagai rawatan asas sahaja.

Antara rawatan tersebut ialah ujian darah dan air kencing untuk mengesan kekurangan vitamin atau anomali, pemeriksaan tekanan darah ibu dan denyutan jantung janin serta nasihat pemakanan.

Bayi pramatang

Ibu yang mengandung normal tanpa sebarang komplikasi akan menjalani rawatan ultrabunyi sekali sahaja dalam tempoh sembilan bulan.

"Kehamilan adalah keadaan yang biasa dan ia tidak sakit," kata seorang Profesor Penjagaan Kesihatan dan Sains di Universiti Gothenburg, Marie Berg.

Laaftman turut menyokong kenyataan Berg dengan memberitahu kebanyakan wanita ber usia bawah 40 tahun tidak memerlukan rawatan rapi kerana tubuh badan mereka masih sihat dan mampu melahirkan anak. Ia adalah proses semula jadi bagi seorang ibu.

Kajian saintifik Kerjasama Cochrane membuat kesimpulan bahawa kebanyakan wanita yang tidak mempunyai komplikasi kehamilan mendapat banyak kelebihan jika menggunakan khidmat seorang bidan berbanding doktor.

KELAHIRAN bayi juga turut disambut oleh bidan dan doktor cuma akan dipanggil jika berlaku komplikasi. - Gambar hiasan

Penulis kajian itu menyatakan, penjagaan seorang bidan mampu mengurangkan jumlah kelahiran bayi pramatang. Di Sweden, hanya lima peratus kelahiran bayi lahir pramatang.

Segelintir ibu mengandung di negara itu yang kurang berinteraksi bersama bidan atau doktor akan mengalami kesukaran semasa melahirkan bayi mereka.

Seorang ibu mengandung, Christina Singelman, 31, berkongsi pengalaman kandungan pertamanya apabila dia dibelenggu rasa sunyi kerana kurang bertemu dengan doktor.

Singelman berkata, dalam tempoh kandungannya berusia 10 minggu, dia hanya mendapatkan satu rawatan di klinik bagi rawatan ultrabunyi.

Bagi Adina Trunk, 33, dia telah berjumpa dengan dua bidan berbeza untuk kedua-dua kandungannya kerana menghadapi masalah yang sama.

"Bidan-bidan ini sangat berwibawa, tetapi kaedah itu sendiri telah meletakkan mereka dalam kedudukan yang pasif atau kurang bercakap.

"Para ibu mengandung terpaksa mengambil inisiatif untuk bertanya soalan atau berkemungkinan berjumpa dengan pakar lain," katanya.

Kelahiran bayi

Di samping itu, kelahiran bayi juga turut disambut oleh bidan. Doktor akan terlibat sama jika berlakunya komplikasi semasa kelahiran bayi tersebut atau jika ibu mengandung meminta suntikan epidura.

Bidan di Sweden telah diberi kepercayaan penjagaan ibu mengandung sejak abad ke-18 lagi.

Peningkatan profesion perubatan moden pada hari ini turut memberi kesan kepada bidan-bidan apabila mereka terpaksa menyerahkan separuh daripada tanggungjawab kepada doktor.

Namun, bidan di Sweden tetap berterima kasih kepada sokongan yang telah diberikan oleh doktor sekali gus mewujudkan kesatuan yang kukuh.

Sistem itu juga tidak pernah dipersoalkan ekoran rekod prestasi yang kukuh.

Jumlah kelahiran bayi secara pembedahan juga rendah di Sweden dengan kira-kira 17 peratus pada 2011 dan hanya 10 peratus wanita melakukan episiotomi.

Episiotomi adalah pengguntingan kulit dan otot antara faraj dan dubur untuk melebarkan ruang bagi bayi keluar. - AFP

Isnin, 2 September 2013

Serai

Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.

Memutihkan gigi

Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut

Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'

Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi

Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut

Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

Ajen pencegah kanser

Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Lepas ni bole start amalkan minom air serai.. rase pon bole tahan sedap... ;)

Selasa, 20 Ogos 2013

Tips Mengukur Saiz Bra Yang Betul.

Assalamualaikum ♥

Disebabkan aku seorang wanita, jadi aku rasa entri ni sangat la wajar dan sesuai untuk aku kongsikan dengan para wanita cantik diluar sana. *diluar la sangat* Hehe~ Amaran! Yang lelaki pun boleh baca untuk pengetahuan SAHAJA okay, bukan untuk dipraktikkan pada diri sendiri.
Adakah korang benar2 memakai bra yang sesuai dengan saiz payudara korang?? Atau mungkin korang pernah mengalami simptom2 seperti gatal pada bahagian payudara, merah2 seperti melecet sekitar bawah lingkaran payudara, rasa sesak dan tidak selesa semasa memakai bra?? Oh tidak!!
Jika hal tersebut berlaku bermakna korang mungkin telah memakai bra yang tidak sesuai dengan saiz payudara korang! Jaga2 cik Salmah! Penting ke tahu pasal saiz bra ni? Gila tak penting?! Payudara adalah salah satu aset yang sangat penting bagi kaum wanita. Oleh itu jagalah ia sebaik mungkin dengan memulakan langkah pertama memilih bra yang benar2 sesuai.
Berikut adalah tips mengukur saiz bra yang betul:

#1 Ukur lingkaran badan
Ambil pita pengukur dan lilit badan bawah payudara iaitu dekat area tulang rusuk bawah payudara (sila rujuk pada gambar diatas). Ukuran dikira dalam unit inci. Jika hasil ukuran nombor genap, tambahkan 4 inci. Jika ukuran nombor ganjil, tambahkan 5 inci.
Contoh:
Ukuran lilit badan pada pita pengukur menunjukkan angka 28, jadi ukuran bra korang ialah 32. (28+4=32). Sekiranya ukuran lilit badan korang adalah 29, maka ukuran bra yang sesuai untuk korang ialah 34. (29+5=34).
#2 Ukuran cawan (cup)
Ukuran pada cawan @ cup bra adalah merupakan bahagian paling penting. Pilih saiz cup yang tepat supaya payudara korang boleh bernafas dengan betul! Ukur lilit badan pada bahagian paling depan payudara iaitu bahagian puting paling menonjol (sila rujuk pada gambar diatas). Bundarkan ukuran tadi kepada nombor genap. Kira perbezaan dengan angka ukuran lilit badan yang telah dibuat awal2 tadi.
Contoh:
Ukuran lilitan badan tadi = 28. Ukuran lilitan payudara = 31. Jadi perbezaannya ialah 3 inci. 28+4=32 & beza 3 inci, jadi saiz sebenar bra ialah 32C.
Tips:
Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D
Info penting!
Jangan memakai bra semasa tidur pada waktu malam. Memakai bra sepanjang waktu dapat menyekat aliran darah sekitar payudara dan berisiko untuk mendapat kanser payudara. Takutnyaaa! Huhu~
Selamat memilih saiz bra yang betul! ;p

Isnin, 19 Ogos 2013

Daun Sup, cuci buah pinggang

Tips Kesihatan - Rahsia Daun Sup, Mampu Mencuci Buah PinggangAntara rahsia tersembunyi sayuran yang mungkin kita kerap makan tanpa kita ambil peduli tentang khasiatnya ialah daun sup. Ketahuilah rahsia daun sup melalui tips dibawah.

Selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang kita dalam proses biologi badan. Kandungan garam dan racun yang ada didalamnya tidak kita ketahui betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja.

Namun begitu, tahukah anda dengan "daun sup" anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini...

Cara dan penyediaan

Ambil daun sup, cuci bersih-bersih , potong kecill, masukkan ke dalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.
Sejukkan rebusan air daun sup tadi, tapis dan masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk.
Amalkan meminumnya segelas sehari...Insya Allah anda akan rasa perubahannya...Segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing.
Daun sup telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Berusaha - Berikhtiar - Allah jua yang menyembuhkan.

Selamat Mencuba ...

Rabu, 31 Julai 2013

Miliki Gigi Sehat dan Berkilau

http://us.images.detik.com/content/2013/08/01/766/072938_gigiputihts.jpg

Memiliki gigi yang sehat dan berkilau tak hanya membuat penampilan lebih menarik serta percaya diri. Tetapi, kita juga bisa menikmati makanan yang kita santap. Oleh karena itu penting sekali untuk merawat gigi kita. Nah, untuk mendapatkan gigi yang sehat, kuat, putih dan berkilau, dokter gigi di Mumbai, Dr Ajay Kakkar berbagi rahasianya, seperti dikutip dari Health Me Up, Kamis (1/8/2013):

1. Berus gigi dua kali sehari

Dr Ajay mengatakan bahwa 70 persen masalah gigi bisa diatasi jika kita memberus gigi secara menyeluruh. Pastikan Anda menyikat gigi dua kali sehari selama dua sampai empat minit untuk menghilangkan plak.

2. Berkumur

Dr Ajay menyarankan berkumur tak hanya dilakukan setelah memberus gigi saja. Berkumur setiap kali menyantap makanan ringan pun baik bagi kesehatan gigi dan mulut Anda. Jika diperlukan, Anda bisa menggunakan obat kumur untuk mengurangi risiko kerusakan pada gigi.

3. Konsumsi makanan kaya nutrisi

Untuk mendapatkan gigi yang kuat, Anda perlu memasukkan makanan kaya nutrisi pada daftar menu. Perbanyaklah konsumsi sayuran atau buah yang mengandung vitamin B seperti alpukat, bayam, atau brokoli agar gigi tetap sehat dan kuat.

4. Sertakan susu dalam menu Anda

Produk susu bisa mengurangi penyakit gusi danmembantu memelihara gigi agar tetap putih. Selain melindungi danmemperkuat enamel gigi, keju padat seperti cheddar sangat efektif untuk membersihkan dan memutihkan gigi.

5. Hindari minuman soda

Sebisa mungkin jauhi cola atau jenis minuman soda lainnya karena itu bisa menyebabkan noda pada gigi kita. Jika memang ingin minum minuman soda, gunakanlah sedotan untuk meminimalkan noda pada gigi Anda.

6. Jangan merokok

Rokok tak hanya membahayakan tubuh, tetapi juga memperburuk kesehatan dan penampilan gigi. Kandungan nikotin pada rokok bisa menyebabkan kerusakan gigi dan menimbulkan bau mulut. Jadi, hentikan kebiasaan merokok Anda.

7. Rutin ganti berus gigi

Jika Anda sudah menggunakan sikat gigi dalam kurun waktu satu tahun, segeralah ganti berus gigi Anda. Atau, jangan tunggu setahun, jika bulu berus gigi sudah usang atau mekar, itu berarti tandanya Anda harus mengganti berus gigi.

8. Gunakan produk yang baik

Untuk menyingkirkan semua partikel makanan, gunakanlah berus gigi yang baik. Sebaiknya, pilih berus gigi yang dirancang secara ilmiah sehingga membantu Anda menjangkau seluruh daerah mulut. Selain itu, gunakan juga pasta gigi berfluoride.

9. Rutin ke DENTIST

Hal inilah yang paling sering dilupakan banyak orang, periksa ke dokter gigi. Untuk menjaga kebersihan mulut, setidaknya periksakan gigi Anda ke dokter minimal sekali dalam satu tahun.

10. Gunakan benang gigi (Floss)

Flossing bisa membantu menjaga kebersihan gigi dan menghilangkan plak pada gigi. Jadi, biasakan membersihkan gigi dengan menggunakan benang gigi setidaknya dua kali seminggu.

Selasa, 30 Julai 2013

Kos Perubatan

Beberapa anggaran kos perubatan di malaysia yang saya akan senaraikan:

1. Pintasan Jantung RM30K – RM50K
2. Pemindahan Jantung RM50K – RM80K
3. Serangan Jantung RM10K – RM30K
4. Hipertension Pulmonari RM20K – RM40K
5. Rawatan Kegagalan Ginjal RM1500 sebulan
6. Pemindahan Ginjal RM100K
7. Bedah Otak RM25K – RM40K
8. Strok RM30K – RM60K
9. Pemindahan Hati RM300K – RM400K
10. Bedah RM300K – RM400K
11. Pemindahan Sum-sum Tulang RM350K
12. Barah RM3K – RM400K
12. Radioterapi RM1200 – RM2000 setiap rawatan

Adakah anda mampu membiayai biaya perubatan ini. Bertindak bijak dengan menyimpan mulai sekarang. Terlewat untuk menyimpan, tiada istilah terlewat ataupun lambat sekiranya anda masih sihat dan masih lagi berupaya bernafas. Disamping itu juga jangan lupa untuk manambahkan simpanan untuk hari kemudian yang kekal diSANA.

Biarpun harga kos perubatan ini di luar jangkaan. Tetapi masih ada sahaja yang terus-menerus membuat rawatan kesihatan di Malaysia.

Rawatan boleh dibayar, nyawa tiada jual beli.

Kesahihan untuk setiap anggaran kos perubatan ini saya tak pasti seratus peratus, boleh tanya pakar atau doktor pakar itu sendiri.

Harap maklum.

Ahad, 21 Julai 2013

Jerebu kembali lagi

Jerebu kembali lagi

159 titik panas dikesan di Sumatera, Bukit Rambai dan Cheras catat IPU 111 serta 101
Kuala Lumpur: Negara ini berkemungkinan dilanda jerebu pusingan kedua jika pembakaran terus berlaku di Sumatera, Indonesia, yang diburukkan lagi dengan cuaca kering berterusan dan musim Monsun Barat Daya.

Khamis, 18 Julai 2013

How to keep your body healthy and nourished during Ramadhan

From energy foods to how you can stay hydrated, we’ve got the tips for you straight from the expert!

tomatoes (© Getty Images)

It’s really tempting to just gorge ourselves with whatever our heart desires from the Ramadhan bazaar after a day of fasting. But not so fast. This habit can be harmful to your body if you continue to do so. MSN Specials get in touch with Ms Elisha Teh, HQ Pharmacist of AEON Wellness Malaysia to share some tips on how you can look after your body during this holy month.

Tips to stay healthy and nourished during Ramadhan

tomatoes (© Getty Images)

How to keep your body hydrated during Ramadhan besides drinking a lot of water?

Avoid caffeine drinks such as Coke, coffee or tea, as caffeine is a diuretic and stimulates faster water loss through urination. As there is usually sugar in these drinks, the sudden lack of it during Ramadhan can also prompt headaches, mood swings and irritability.

I also recommend keeping cool and stay out from under the sun as this will promote perspiration and water loss.  It is also advisable to minimise consumption of high sugar or salt in food as it will dehydrate the body further, but consider fruits or fresh salads which give ample supply of water content to your body.

If you need to work out during the fasting month, it is important that you do it at a good time especially two to three hours after Iftar & to drink water before going to bed at night.

tomatoes (© Getty Images)

What are the five energy foods to consume during Ramadhan?

1. Oat & Beans

2. Grains & Cereals

3. Fruits & Vegetables 

4. Whole wheat

5. Milk & Dairy

1, 2, 3 and 4 contain complex carbohydrates which gives a constant release of energy as well as keep you feeling satiated for longer hours. Milk & dairy are rich in protein & low in sugar content, giving you a store of healthy energy source to get through the day.

tomatoes (© Getty Images)

What sort of foods best taken for Sahur and Iftar?

First of all, there is no need to consume excess food at Iftar or Sahur. The body has regulatory mechanisms that activate during fasting. There is efficient utilisation of body fat, and basal metabolism slows down during fasting. Therefore, a diet that is less than a normal amount of food intake but balanced is sufficient enough to keep a person healthy and active during the month of Ramadhan.

Here are some healthy food suggestions for Sahur:

Consume a light Sahur. Eat whole wheat or oat cereal, or whole wheat bread, one to two servings with a cup of milk. Add two to three teaspoons of olive oil or any other monounsaturated or polyunsaturated fats in a salad or the cereal. Eat one to two servings of fruits, as a last item.

As for Iftar, the body's immediate need at the time is to get an easily available energy source in the form of glucose for every living cell, particularly the brain and nerve cells. Dates and juices are good sources of sugars and are sufficient to bring low blood glucose levels up to normal levels. Juice and soup also help to maintain water and mineral balance in the body. An unbalanced diet and too many servings of sherbets and sweets with added sugar have been found to be unhealthy, so skip them if you can.

tomatoes (© Getty Images)

Any types of food to avoid when fasting?

As mentioned before, try to avoid caffeine, tea and soft drinks as much as possible. Also try to avoid fruit juices which contains high contents of added sugar because it will give you a sudden spike of sugar levels in the blood which is unhealthy for long-term blood sugar control and will only give you energy for a few hours.

As for food, try to avoid the heavily processed and fast-burning foods that contain refined carbohydrates such as sugar and white flour or fatty food like cakes, biscuits, chocolates and sweets.  In addition, avoid deep fried foods and look for food which are grilled, baked or steamed for a healthier alternative.

tomatoes (© Getty Images)

Can you share some tips to stay healthy during Ramadhan?

When we fast, our bodies naturally become less active because of the reduced energy that we are getting from food. Therefore, it is advisable to reduce the level of high impact exercise you perform during Ramadhan. Rather than lifting weights at the gym, consider something like yoga which will place less stress on your body and also allows you to relax during your exercise. If you need to work out or train at the gym, consider exercising after you have broken the fast.

As fasting during Ramadhan only extends from dawn until dusk, there is ample opportunity to replenish energy stores at pre-dawn and dusk meals. This provides a progressive and gentle transition from glucose to fat as the main source of energy, thereby preventing the breakdown of muscle for protein.

Balanced food and fluid intake is important between fasts. The kidney is very efficient at maintaining the body’s water and salts, such as sodium and potassium. However, these can be lost through sweating. To prevent muscle breakdown, meals must contain adequate levels of ‘energy food’, such as carbohydrates and some fat. Hence, a balanced diet with adequate quantities of nutrients, salts and water is vital.

Selasa, 16 Julai 2013

Kekal Sehat Dengan Makanan Anti Penuan

ahukah anda sesetengah makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran juga ikan mempunyai khasiat yang boleh mengurangkan kesan penuaan yang berlaku pada usia yang semakin meningkat. Makanan tersebut bukan sahaja enak rasanya tetapi mudah di dapati di pasaraya-pasaraya di negara ini.

1. Avocado
Avocado sangat terkenal dengan kandungan antioksida yang sesuai untuk anti penuaan seperti contoh vitamin C, E dan Omega 3 asid lemak. Avocado menghalang kedutan pada wajah dan menjadikan kulit anda lebih bertenaga disebabkan kandugan Vitamin E itu sendiri.

Avokado mampu mencegah penyakit mata

Avokado juga mengandungi lutein iaitu sejenis antioksidan yang amat baik untuk mata. Pengambilan makanan yang tinggi lutein dikatakan mampu mencegah penyakit mata seperti katarak dan kemerosotan makular.

Lembutkan kulit

Avokado digunakan dengan banyak dalam industri kosmetik seperti pencuci, krim dan masker muka. Ada juga yang dibuat syampu, minyak avokado dan bermacam-macam lagi. Avokado terbukti berkesan dalam penjagaan kulit wajah kerana kandungan vitamin E yang tinggi.

Antara kebaikan lain buah avokado ialah mampu mencegah arteriosclerosis, merangsang pembentukan kolagen sekaligus membantu kulit mengalami penuaan, membantu menentang masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.

Selain itu, buah avokado juga boleh dihancurkan dan ditampal pada ruam dan kulit yang kasar. Kesannya, kulit akan menjadi lebih lembut. Minyak yang diekstrak daripada buah avokado boleh dijadikan sebagai losen kulit dan minyak urut. Penggunaannya dikatakan mampu memperbaiki kulit menjadi lebih bermaya.

2. Tembikai

Tembikai mengandungi lebih dari 90% air, vitamin C, kalsium, fosforus, natrium, kalium dan unsur-unsur zat makanan yang lain.  Lycopene dan beta-karoten yang terkandung dalam tembikai membantu melindungi kulit dan membaiki sel sel yang rosak akibat pancaran matahari yang terik.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

3. Berri

Buah berri bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, ianya tinggi kandungan serat, vitamin dan mineral. Ianya juga sumber antioksida yang membantu melindungi otak dan kulit.

Selain kandungan antioksida yang tinggi, buah ini juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus. Ia mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis.

4. Ubi Keledek
Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji.

Ubi keledek juga mengandungi lycopene, ianya menghalang kulit dari pancaran sinar UV yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi tidak sihat. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam keledek ini menghasilkan sumber kolegen yang baik untuk kulit yang lebih sihat.

Tergolong dalam keluarga Convolvulaceae, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza serta digunakan meluas dalam industri makanan, khususnya kuih tradisional.

5. Sayur Bayam

Ada banyak sekali nutrisi yang terkandung di dalam bayam seperti vitamin A, C, E, K, kalsium, zat besi, potasium, magnesium, mangan, seng, dan sejumlah mineral lain. 

Sayur bayam juga bayam kaya dengan lutein, yang dikatakan memiliki ciri ciri anti penuaan yang bagus.

6.            Teh Hijau

Kajian mendapati mereka yang mengamalkan meminum tiga cawan teh hijau sehari berupaya melambat proses penuaan. Ini kerana, teh hijau meningkatkan struktur DNA dan mengurangkan pemendekan sel-sel dalam badan yang menghasilkan kesan penuaan tersebut.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.

7. Salmon

Ikan salmon penting untuk mengekalkan keremajaan kulit kerana salmon kaya dengan protein yang mengekalkan kulit yang lebih anjal dan membaiki sel yang rosak. Kandungan omega 3 asid lemak yang dijumpai dalam salmon ini juga baik untuk otak, mata dan sendi.

8. Minyak zaitun

Minyak zaitun bukan sahaja terkenal di Eropah dan Timur Tengah malah hampir ke seluruh dunia mengamalkan minyak zaitun tidak kira di dalam masakan mahu pun penjagaan kesihatan. Bagi umat Islam minyak zaitun sudah diamalkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda memang menganjurkan umatnya mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan seharian.

Minyak zaitun sememangnya sesuai digunakan dalam masakan (tidak sesuai untuk menggoreng) ianya juga diamalkan sebagai pelembap kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi termasuk vitamin E, juga bertindak melindungi anda dari radikal bebas yang berkait rapat dengan proses penuaan.

Ahad, 14 Julai 2013

Tingkatkan Metabolisma Tubuh

Salam.
Korang ada tak kawan-kawan yang makan banyak tapi tak gemuk ? Makanan yang dia makan lebih banyak dari korang. Korang pulak jadi ke gemuk. Hurm. Ini rezeki mereka.  Ada orang kata cacing banyak dalam badan betul ke? Jangan lah dengki sampai lagu tu na.

Ok. Sebab utama mereka kurus adalah disebabkan metabolisma dalam badan mereka serious kuat. metabolisme ni macam process pembakaran lemak dalam badan lah . correct me if im wrong. :D
Ok kepada korang yang nak meningkatkan boost metabolisma dalam badan korang tu. korang boleh lah amalkan memakan makanan yang amer list bawah ni yer.

Gandum.

Eh roti gardinea je korang terfikir ? hihi Bukan hanya gandum tapi keseluruhan gandum. Beras perang, oatmeal, roti padat gandum memang kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Yang paling penting, gandum ini membantu perut untuk merasa lebih kenyang dalam jangka masa yang lama.

Bawang putih.

Korang suka makan bawang putih? ada kata ya ada kata tidak. Jangan nak tidak2. Kalau nak kurus kenalah makan bawang putih ni yer. Telan jelah. Khasiat bawang putih ini adalah mengurangkan lemak di dalam badan. Selain meningkatkan metabolisma badan, bawang ini juga beperanan sebagai antibiotik iaitu menaikkan tahap immune atau ketahanan dalam badan.

Teh Hijau.

Ni banyak dah tahu. Memang berkesan kot. Amer selalu je minum teh hijau dalam kotak yeaos tu. Teh yang boleh diaplikasikan di dalam pelbagai cara untuk menjadikan ianya lebih menarik dan sedap untuk diminum. Khasiat teh hijau membantu menaikkan tahap metabolisma dalam diri dan mampu membakar kalori lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Sekaligus, badan kita akan mencerna makanan yang tidak diperlukan. Selain daripada membantu membakar lemak dengan cepat, teh hijau juga mampu untuk melancarkan urat saraf.

Khamis, 4 Julai 2013

Rawatan Mata dengan Khasiat Pati Beri

Masalah saya adalah berkaitan dengan mata yang pedih dan lebab disebabkan kurang tidur dan banyak bekerja, belajar dan berhibur menggunakan internet and Astro hihi....itulah penyakit zaman cyber sekarang ini...akibatnya...sendiri mau jaga...mata oh mata...

kadang2 saya cuba menaip tampa melihat pada skrin dan memandang pada arah yang jauh dan kalau boleh sesuatu yang berwarna hijau...tapi teknik ini memerlukan kepakaran menaip tampa melihat skrin....cuba praktikkan untuk menyelamatkan mata anda daripada terkena radiasi, radang dan kebengkakan mata.

Khasiat dan perlindungan kepada mata anda dengan kebaikan Pati Beri. Ia diperbuat daripada campuran khas buah-buahan beri premium dari Eropah seperti blueberry, blackcurrant,cranberry, chokeberry, strawberi, acai berry dan elder berry yang kaya dengan Anthocyanins, Vitamin A, C, E, Zink dan pelbagai nutrien untuk mengekalkan mata anda kelihatan segar dan bersinar sepanjang hari.

*  Pati Beri kaya dengan Vitamin A dan Zink. Khasiat ini adalah penting terhadap kanta mata, yang berperanan sebagai lapisan yang melindungi mata.
* Pati Beri membantu mengekalkan kelembapan mata di samping dapat mengurangkan kelesuan mata anda.
* Pati Beri kaya dengan Vitamin A dan Zink. Khasiat ini adalah penting terhadap kanta mata, yang berperanan sebagai lapisan yang melindungi mata.
* Pati Beri membantu mengekalkan kelembapan mata di samping dapat mengurangkan kelesuan mata anda.

Flavonoids dalam Pati Beri meningkatkan kelancaran saluran darah untuk mengangkut oksigen dan nutrien ke mata anda dengan berkesan.

# Bahagian retina berperanan seperti filem di dalam kamera dan menghantar imej ke bahagian otak anda. Zink boleh didapati dengan banyaknya di dalam retina, dan ini membuktikan kepentingannya di dalam fungsi daya penglihatan.

# Pati Beri kaya dengan Zink dan Vitamin A bagi membekalkan khasiat untuk retina, supaya anda terus dapat melihat imej yang jelas dalam warna yang lebih terang.

# Vitamin A juga membantu membina ‘rhodopsin’ yang bertanggungjawab bagi daya penglihatan di waktu malam. Kekurangannya boleh menyebabkan rabun malam dan buta warna.

Overall...pati ini tak dapat nak ubat mata aku yang ada tompok merah2 ....so aku stop ambil selepas minum 3 kotak....aku dah dapat rasa macam tak boleh bila try satu kotak, tapi aku beli lagi sebab sedap...kikikiki

Rabu, 26 Jun 2013

Cara Memilih Makanan Sihat

Disebabkan sekarang ini terlalu banyak pilihan makanan membuat rancangan diet menjadi tak teratur. Untuk memudahkan anda memilih makanan dan menyokong pola makanan sihat, penulis Food Rules: An Eater s Manual, Michael Pollan meringkaskan isi bukunya untuk membantu anda memilih makanan sihat.

1. Tambah hidangan daun-daunan.
Makan sayur selalu menjadi cadangan untuk pola makan yang sihat. Namun sayuran seperti apa yang sebaiknya dipilih? Pollan menyarankan tambah hidangan makanan berasaskan tanaman terutama daun-daunan dalam pola makan harian.

2. Protein haiwan dari sumber terbaik.
Jika ingin makan daging, seafood, ayam pilih produk yang diternak di persekitaran sihat. Dengan kata lain, hanya pengambilan makanan yang berasal dari sumber terbaik. Anda boleh menemuinya dengan panduan dari berbagai media.

3. Sayur-sayuran aneka warna.
Variasi makanan bukan hanya membuat waktu makan lebih menyenangkan. Anda boleh menambah variasi makanan dari ragam pilihan warna sayur. Selain kelihatan lebih cantik dan memancing selera makan, sayur-sayuran aneka warna dalam satu hidangan menu harian mengandungi lebih banyak antioksidan yang perlu untuk melawan penyakit kronik.

4. Junk food buatan sendiri.
Kalau anda ingin makan junk food, tak perlu menahan keinginan ini. Anda masih boleh menikmatinya asalkan memasak sendiri di rumah.

Junk food copy

Junk food copy (Photo credit: Wikipedia)

5. Roti gandum.
Semakin putih warna roti semakin tinggi risiko kesihatannya. Jadi pilih roti gandum dan meminimumkan penggunaan produk berasaskan tepung putih.

6. Gunakan makanan segar.
Apabila membeli-belah di pasar raya, jangan tertipu dengan produk makanan yang telah diproses yang banyak terdapat di pasar-pasar raya. Sebaiknya beli makanan segar bukan makanan yang telah diproses.

7. Makan ikan sardin.
Ikan sardin boleh menjadi salah satu pilihan makanan kaya nutrisi. Kandungan omega-3 pada ikan sardin lebih tinggi berbanding salmon atau tuna.

8. Kembali ke tradisi.
Makan makanan dengan mengikuti tradisi kadang-kadang lebih sihat berbanding diet moden. Sejumlah negara punya tradisi makan yang lebih sihat seperti Perancis, Jepun, Itali atau Greece. Anda boleh meniru bagaimana masyarakat di negara-negara ini menjalankan tradisi makan mereka yang ternyata lebih menyihatkan berbanding diet moden sekali pun.

9. Gantikan makanan ringan dengan sayur dan buah.
Gantikan aneka makanan ringan yang banyak mengandung garam, lemak dan gula dengan sayur dan buah.

10. Berhati-hati memilih bahan mentah makanan.
Apabila membeli makanan olahan perhatikan kandungan bahan-bahan mentahnya. Perhalusi senarai kandungan bahan-bahan mentahnya terutama tiga bahan yang teratas. Jika terlalu banyak gula dalam makanan tersebut, sebaiknya batalkan niat anda untuk membeli apalagi memakannya.

Selasa, 25 Jun 2013

Telinga capang boleh dibaiki

SEORANG penilai harta untuk firma lelongan Bonhams di York, England pernah diejek oleh rakan-rakannya kerana dia mempunyai telinga yang lebih besar daripada manusia biasa. Penilai harta itu, Jeremy Wood pernah mengaku dia berasa malu dengan ejekan daripada rakan-rakan sekolahnya.

Rakan-rakan sekolahnya itu memembuat ejekan dengan memberikan gelaran kepadannya sebagai pemilik telinga kelawar. Gelaran itu diberikan kerana dia mempunyai telinga capang. Bagaimanapun, Wood kini tidak lagi mempunyai telinga yang panjang dan lebar itu.

Dia harus berterima kasih dengan teknologi perubatan yang menyebabkan telinga capangnya telah menjadi kisah silam. Teknologi baharu itu menggunakan implan yang diletakkan pada telinga capang milik seseorang individu supaya ia kelihatan seperti telinga normal.

Seramai 50 penduduk Britain sudah menjalani prosedur terbaharu itu.

"Saya mewarisi telinga capang itu daripada bapa. Saya digelar mempunyai telinga kelawar oleh rakan-rakan di sekolah," imbas beliau tentang zaman persekolahannya. Menurutnya, dia berasa malu kerana ejekan tersebut telah menghantui dirinya sehingga umurnya meningkat dewasa. Saya tidak pernah terfikir untuk menjalani pembedahan sehinggalah saya terdengar mengenai teknik implan pada telinga. Anak perempuan saya mempunyai telinga yang sama seperti saya dan menjalani pembedahan otoplasti konvensional semasa berumur 10 tahun. Dia mengalami trauma selepas menjalani pembedahan itu. Sehingga kini, dia masih terasa sensitif pada bahagian telinganya selepas empat tahun dia menjalani pembedahan," katanya.

Bagaimanapun, selepas menggunakan implan tersebut, Wood mengaku dia hanya berasa sakit selama dua minggu. Dia berasa terkejut kerana tiada rawatan susulan diperlukan selepas menjalani prosedur tersebut selama 15 minit. Disebabkan terdapat risiko dalam pembedahan otoplasti konvensional seperti yang dialami anak Wood itu, seorang pakar bedah plastik dari United Kingdom, Norbert Kang berusaha mencari kaedah terbaharu untuk memperbaiki rupa bentuk telinga capang.

Kang kemudian menemui idea untuk menggunakan kaedah implan. Menurutnya, dia sudah melakukan pembedahan bagi membetulkan telinga sejak lebih 15 tahun lalu. Kang berkata, menerusi pembedahan biasa , para pesakit terpaksa melalui proses pembedahan yang agak lama selain terdapat penggunaan ubat bius.

"Saya pasti terdapat kaedah lain yang lebih selamat. Kelebihan utama dalam kaedah tersebut ialah pesakit akan terlebih dahulu memberitahu saya apa yang mereka mahukan (bentuk telinga)," jelasnya.

Menurutnya, apabila pesakit sudah memberikan persetujuan untuk menjalani prosedur tersebut, lubang sepanjang lima hingga 10 milimeter (mm) akan ditebuk pada telinga. Dua implan sepanjang 15mm yang lebih nipis daripada rambut manusia akan dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk.

Menurut Kang, implan itu kemudian dilekatkan pada kulit dekat telinga itu. Dia berkata, implan itu yang diperbuat daripada bahan nitinol mudah dilentur. Walaupun terdapat kesakitan dan bengkak selama dua minggu, katanya, tiada rawatan susulan diperlukan.

"Pesakit-pesakit dinasihatkan untuk tidak bersukan dan mengambil langkah berjaga-jaga selama beberapa minggu bagi mengelakkan telinga mereka terkena objek lain. Pemakaian anting-anting juga perlu dielakkan," tambahnya.

Prosedur tersebut yang dikenali sebagai earFold boleh didapati di Hospital Royal Free di London untuk pesakit persendirian.

Implan earFold itu disalut dengan emas 24 karat bagi mengelak ia dapat dilihat oleh orang ramai. Sementara itu, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad menjelaskan, telinga capang terbentuk mengikut rawan yang berada di bawah kulit telinga.

"Bentuk telinga yang capang terhasil apabila rawan elastik (fibroelastik) terbentuk sedemikian rupa”. Menurutnya, kaedah menggunakan implan tersebut masih baharu dan ia belum digunakan secara meluas termasuk di Malaysia.

Dr. Irfan berkata, jika seseorang pesakit itu mempunyai indikasi untuk menggunakan implan tersebut, risikonya amat kurang berbanding dengan pembedahan konvensional. Bagaimanapun, katanya, kajian terperinci perlu dilakukan berhubung penggunaan implan tersebut.

"Prosedur itu memakan masa antara 15 hingga 20 minit. Ia dilakukan dengan menggunakan bius setempat setelah telinga dibersihkan melalui kaedah antiseptik ketika pesakit berada dalam keadaan sedar. Pembedahan otoplasti dilakukan dengan seluruh badan dibius. Ia memakan masa yang lebih panjang dan mungkin perlu dilakukan sekali lagi pada peringkat yang seterusnya. Penjagaan selepas pembedahan juga lebih rumit dalam kes otoplasti konvensional berbanding dengan menggunakan kaedah implan.”

Namun, katanya, telinga capang tidak mempunyai kesan secara langsung ke atas fungsi pendengaran.

"Telinga capang tidak mendatangkan masalah terhadap ramai individu. Cuma ia memberikan tekanan psikologi terutamanya kepada kanak-kanak," kata Dr. Irfan.

Justeru, tambahnya, pembedahan secara otoplasti atau menggunakan implan harus dilakukan bagi menghapuskan tekanan psikologi itu.

Gastrik

Soalan:

ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji Lokman. Saya menghadapi masalah gastrik kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 10 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah Haji Lokman memberi ayat-ayat Al-Quran untuk menyembuhkan atau membantu meringankan penyakit saya ini?

n Haji Iskandar, Kulai.

Jawapan:

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus disiasat supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut.

Punca gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Simptom gastrik

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Rawatan moden

Sebelum rawatan gastrik dapat dimulakan, siasatan dan diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu. Ujian darah lengkap dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit kehilangan darah yang banyak atau anaemik.

Najis turut diperiksa untuk mengesan jika mempunyai sebarang kesan darah. Dalam sesetengah kes, kamera kecil perlu dimasukkan ke perut (endoscopy) untuk diagnosis yang tepat. Malah, ujian kultur bakteria di dinding perut dilakukan untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan keradangan dinding perut.

Rawatan moden gastrik memerlukan pesakit untuk mengelak daripada punca-punca sakit gastrik. Sebagai contoh, jika penyakit gastrik berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, maka pesakit harus berhenti mengambil ubat tersebut.

Kemudian, ubat anti-asid seperti Omeprazole dan Famotidine akan diberi kepada pesakit untuk bertindak terhadap kandungan asid yang berlebihan.

Jika didapati bahawa kuman H.pylori adalah punca utama gastrik, rawatan akan melibatkan pemberian ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

Komplikasi

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan. Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.

Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut. Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius. Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.

Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Rawatan Al-quran

Daripada pengalaman saya, ramai pesakit gastrik yang berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif ketara selepas mempraktikkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Amalan pembacaan al-Quran secara konsisten setiap hari memberi banyak manfaat dan ketenteraman hati kepada pesakit. Ramai pesakit Al-Hidayah berjaya membentuk banyak sifat terpuji seperti sabar, tekun dan sangka baik setelah membaca al-Quran setiap hari.

Rasulullah saw ada menyentuh tentang pembentukan sifat sabar dalam diri manusia. Rasulullah saw bersabda: "…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" (HR. Bukhari).

Setiap pesakit gastrik yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jika ada sebarang gangguan makhluk halus.

Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan mengeluarkan gangguan jika ada dan seterusnya memberikan ayat berikut untuk diamalkan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

l Surah al-Buruuj ayat 1 hingga 22

l Surah Ghafir ayat 41 hingga 55

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Buruuj tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ghafir tiga kali pada waktu siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan. Pesakit harus ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanya dengan izin Allah. Oleh itu, kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Seperti di dalam surah al-Mukminun ayat 111, Allah swt berfirman; “Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.“

Penutup

Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya. Jika merasa anda mempunyai simptom gastrik saya nasihatkan agar tuan atau puan cepat berjumpa pegawai perubatan atau perawat Al-Hidayah untuk pemeriksaan lanjut.

Jangan tunggu hingga gastrik menjadi kronik dan pendarahan dalaman berlaku. Jika anda adalah pesakit gastrik, tidak kira sama ada tahap awal atau kronik, jangan berputus asa berikhtiar dan berdoa sepenuh hati untuk penyembuhan penyakit gastrik.

Sesungguhnya, setiap penyakit merupakan satu ujian Allah dan turunnya sesuatu penyakit atau musibah bukannya bermakna Allah kejam atau membenci kita. Musibah merupakan ujian untuk hamba-hambaNya yang beriman. Jangan ingat bahawa kita sudah cukup beriman selagi kita belum diuji Allah dengan musibah atau ujian yang pasti mencabar iman dan kesabaran kita sebagai hambaNya yang hina.

Allah berfirman di dalam surah al-Furqan ayat 75 yang bermaksud; “Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya."

Jerebu

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-


Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma 
    • bronkitis 
    • radang paru-paru 
    • penyakit paru-paru yang kronik 
    • jantung 
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

Jintan Bukan Sekadar Rempah Masakan

MASYARAKAT di Malaysia, terutamanya kaum Melayu terkenal dengan penggunaan pelbagai rempah ratus dalam masakan mereka. Antara rempah ratus yang sering digunakan ialah jintan. Terdapat empat jenis yang biasa digunakan, iaitu jintan, jintan hitam, jintan putih dan jintan manis.

Jintan penambah perisa makanan dan mampu mengatasi masalah mulut berbau.

Jintan atau nama saintifiknya Carum carvi L. merupakan sejenis pokok herba yang tumbuh liar di tanah tinggi. Pokok ini merupakan tumbuhan asli di Eropah dan Asia. Biji jintan secara tradisionalnya digunakan untuk merawat demam panas, masalah pembuangan air besar, kembung angin, sakit kepala, diuretik, sawan dan selesema. Bijinya dikunyah untuk mengubati nafas berbau busuk. Minyak daripada biji ini pula digunakan sebagai tonik perut bagi mengeluarkan angin daripada perut dan usus. Jintan juga dapat merawat perut kembung.

Menurut kajian Nicola, Pietro, Francesco, dan Felice (2005) menerusi “Antibacterial Activity of Cuminum cyminum L. and Carum carvi L. Essential Oils” menunjukkan minyak pati biji jintan terdiri daripada komponen utama, seperti karvon, linonena, germakrena D dan trans-dihidrokarvon. Mereka turut menjalankan kajian antibakteria terhadap minyak pati ini dan hasil kajian menunjukkan bahawa minyak pati ini menunjukkan aktiviti yang tinggi terhadap genera Clavibacter, Curtobacterium, Rhodococcus, Erwinia, Xanthomonas, Ralstonia, dan Agrobacterium yang merupakan pembawa penyakit pokok atau tanaman cendawan di seluruh dunia. Hal ini menunjukkan bahawa minyak pati ini berpotensi mengawal bakteria penyakit.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Mac 2012.

Isnin, 24 Jun 2013

Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

Gambar hiasan

Tips dan Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tinggi bagi mengelakkan daripada alahan dan penyakit.
Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Semakin hari semakin terasa akan kesan-kesannya. Mata mula terasa pedih, tengkuk mula terasa cepat kering
, dan macam-macam lagi.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bers
in.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Panduan Dan Tip Kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan


Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Sumber : www.moh.gov.my

Ahad, 23 Jun 2013

GASTRIK - PENYAKIT RAMADHAN

Petua merawat GASTRIK

Selalunya sampai Ramadhan ramai kalangan mereka yang " ingkar " untuk berpuasa akan mengambil kesempatan untuk berbuat demikian, tapi kita tidak perlu " salah sangka " mungkin ada kalangan mereka yang benar-benar sebagai pengidap penyakit itu, untuk itu bagi mereka yang benar-benar ingin berpuasa tapi di halang oleh penyakit ini dengan merujuk ke satu laman blog di copy untuk tatapan pengunjung blog ini pula.

Gastrik adalah merupakan serangan yang berlaku secara tiba-tiba dan ia bukannya sejenis penyakit. Gastrik adalah gangguan dalam perut terutama pada bahagian perut atas (berhampiran ulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.

Disebabkan itu terdapat petua tradisional gastrik yang berkesan untuk mengubati keadaan ini. Anda tak perlu gusar kerana gastrik boleh hilang dengan sendirinya tetapi memakan masa yang agak lama untuk sembuh. Jom kita lihat petua tradisional bagi mengubati masalah gastrik ini :

1. Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.

2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.

3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.

Jika masih tidak menjadi, sebelum menggunakan kaedah moden, lebih baik menggunakan kaedah herba semulajadi.

http://www.klik4sihat.com

Khasiat Kurma

Aku beli Jus Kurma d Warisan ni kerana ingin mempraktikkan sunnah rasulullah saw....nak makan kurma seperti rasulullah aku agak susah sikit sebab keras, rasa manis dan ada biji...lagipun kurma susah nak dapat kecuali masa bulan puasa...

Jadi setelah aku buat survey sikit kat pasaran...jus kurma dwarisan ni harganya agakla murah dan boleh di simpan dalam peti ais dan boleh di makan berulang-ulang...

Pagi-pagi ambil sudu besar dan tuangkan dalam 3 kali suapan...insyallah mujarab untuk kesihatan...baik bagi perempuan yang hendak mengandung, supaya dimudahkan untuk mendapat zuriat, baik untuk sistem penghadapan bagi sesiapa yang susah nak buang air besar (kena tahu masalah sistem penghadaman adalah 50% punca berbagai penyakit kronik) dan bagi perempuan yang sedang mengandung, insyallah dapat memudahkan melahirkan anak dan mendapat anak yang sihat insyallah...

Aku ada member yang dapat anak cacat...kesian...susah hidupnya seharian...jadinya kita hendaklah berusaha supaya kesihatan diri kita berada dalam keadaan yang baik...

Aku cadangkan amalkan sunnah rasulullah ni...kalau susah nak telan kurma, telan jus kurma lebih mudah...asalkan kita dapat mempraktikkan sunnah rasulullah setiap kali kita makan baca bismillah dan selawat 3 kali insyallah dapat pahala mengikut sunnah dan kesihatan...

Mari kita baca apa rahsia kurma...sebenarnya aku dah post pasal kurma kat posting yang lepas, tak pelah ini ada sedikit tambahan

Kurma adalah sejenis tumbuhan (palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sehbagai Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara – negara Arab dan mempunyai berbagai – bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh – puluh jenis. Di kalangan penduduk di negara – negara Arab, kurma adalah makanan utama mereka, malah di kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak. Kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah s.a.w.

Kurma bukan sahaja istimewa kerana mampu tumbuh di padang pasir yang gersang, tetapi cara penanamannya juga unik. Pokok jantan akan dikacukan dengan betina yang mempunyai tiga kuntum bunga dan apabila proses berkenaan selesai, hanya sekuntum bunga yang hidup dan mengeluarkan benih kurma.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Ia amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat – zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Jus Kurma D’Warisan ini dihasilkan adalah untuk menggalakan masyarakat dalam usaha membudayakan amalan pemakanan kurma sebagai amalan pemakanan harian. Misi kami juga adalah ke arah melahirkan generasi insan yang sihat hati dan jasad (Rohani dan Jasmani). Khasiat kurma telah dibuktikan secara saintifik mampu membantu perkembangan minda anak – anak dan juga mampu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan. Oleh itu bagi memudahkan masyarakat untuk menyediakan amalan pemakanan kurma sebagai amalan harian maka terhasillah Jus Kurma D’Warisan yang mana ianya amat mudah untuk diamalkan. Hanya satu sudu pagi dan petang sahaja. Bagi melengkapkan dan menambah khasiatnya maka ianya digabungkan dengan khasiat madu, habbatus sauda dan minyak zaitun serta beberapa herba terpilih.

dari ibu mengandung , bayi, kanak – kanak, orang dewasa hinggalah kepada warga emas. Oleh itu ia adalah pilihan tepat bagi ibu bapa yang mahu melihat anak –anak mereka sihat, cerdik, pintar dan atas keberktan buah kurma yang disyorkan oleh Rasulullah s.a.w., insyallah dapat membantu untuk membentuk peribadi serta akhlak yang baik pada anak – anak kita.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia (kesukaran untuk tidur). Bagi mereka yang menghidapi masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal – gatal dalam kerongkong sekaligus menghilangkan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak, kerana telah terbukti di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas besalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau lemah selepas bersalin.

Firman Allah :-

Maksud : “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.”

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya : “ Beri makan buah tamar kepada isteri – isteri kamu yang hamil dan barangsiapa yang memakan buah tamartersebut semasa hamilnya, maka anak – anak yang lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar. Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)”

Berdasarkan pada ayat – ayat Al-Quran dan hadis, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan; hasil kajiannyamenunjukan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan urat – urat rahim pada bulan – bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia, menunjukan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal – sengal badan, lesu dan barah usus besar, menggalakan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan pembuangan air besar. Di samping itu ia membantu menambahkan tenaga seksual dan juga sebagai pencuci mulut yang ringkas.

Khasiat pengamalan Jus Kurma D’Warisan

1.Meningkatkan daya kecerdasan minda terutamanya kepada kanak – kanak.
2.Melancarkan peredaran darah.
3.Membantu mengatasi masalah berkaitan pernafasan terutama lelah.
4.Kaya dengan vitamin – vitamin yang diperlukan dalam badan.
5.Baik untuk wanita yang sukar mengandung dan juga yang sedang mengandung.
6.Membantu mengurangkan bau badan yang kurang menyenangkan.
7.Membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh (sistem imun) bagi melawan penyakit.
8.Mengurangkan masalah keletihan.
9.Sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Isi kandungan

Pati Kurma
Madu
Habbatus Sauda (Nigella Sativa)
Minyak Zaitun
Pati daun sireh serta herba – herba terpilih.

Nota : Tidak mengandungi bahan pewarna dan perasa tiruan (aku harap betullah..)