Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan

Rabu, 15 Januari 2014

Kebahagiaan

Apakah yang dicari dalam hidup ini? Adakah wang burjuta? Kediaman yang mewah? Harta bertimbun? Isteri/ Suami yang cantik/kacak? Anak yang ramai?... tentunya tidak. Setiap individu didunia ini mencari kebahagiaan dalam kehidupan yang sementara ini.

Kebahagiaan tidak boleh diukur secara meterial (kebendaan) kebahagiaan merupakan suatu yang abstrak ianya adalah berbeza mengikut pandangan individu. Ada yang mengukurnya melalui kebendaan, wang ringgit dan sebagainya.

Bayangkan anda seorang yang amat kaya memiliki wang berjuta di ibaratkan tidur, makan, pakai di atas hamparan duit. Kekayaan yang anda miliki tidak habis dibelanjakan untuk 7 keturunan. Adakah ini erti kebahagiaan bagi anda? Pernahkah anda terfikir seorang yang memiliki wang yang begitu banyak risau akan keselamatan harta yang di miliki, setiap malam dan ketika memikirkan kemungkinan dirompak, disamun dan sebagainya. Bahagiakah dia.

Seorang individu yang memiliki seorang isteri yang begitu cantik malah tiada bandingan dalam dunia ini, Ibarat kata

Kebahagiaan yang sebenarnya adalah ketenangan yang hakiki yang diperolehi. Ianya hanya boleh diperolehi melalui ajaran agama yang syumul iaitu Islam. Islam adalah agama kepada sekalian alam ini daripada Tuhan yang satu yang mencipta sekalian alam daripada tiada kepada ada.

Ahad, 25 Ogos 2013

Common Mistake "Rumah Terbuka"

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghabiskan Ramadhan pada tahun ini. Entah ini adalah Ramadhan yang terakhir atau akan berkesempatan untuk menemuinya lagi pada tahun hadapan. InsyaAllah jika diizinkan olehNya.

Setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga kini tiba Syawal bagi meraikan kemenangan melawan godaan nafsu. Di bulan yang mulia ini, ramai diantara kita menyambutnya dengan penuh kemeriahan bagi yang mempunyai lebihan pendapatan pula mereka mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri sepanjang bulan yang mulia ini. Hampir setiap hari dan hujung minggu ada sahaja Rumah Terbuka diadakan tidak kira, di taman-rumah dan juga dewan. Dalam keghairahan mengadakan Rumah Terbuka jangan sesekali kita mengulangi akan beberapa kesilapan biasa "Common Mistake" dalam mengadakan Rumah Terbuka. [Kesilapan Biasa Rumah terbuka]

Berikut disenaraikan Common Mistake dalam mengadakan rumah terbuka:

1. Pemilihan Hari dan Masa. (Right Time)

Pemilihan hari dan masa adalah penting dalam mengadakan Rumah Terbuka. Bayangkan betapa bodohnya sekiranya menganjurkan Rumah terbuka pada hari dan masa yang tidak sesuai kerana ianya akan mendapat persepsi yang buruk daripada jemputan seolah kita menjemput tidak ikhlas. Contoh masa dan hari yang tidak sesuai adalah Hari Jumaat pukul 11.00 pagi, kerana kebanyakan jemputan lelaki akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergegas untuk menghadiri Solat Jumaat. Seelok-eloknya jika tiada pilihan hari lain dan hanya tinggal Hari Jumaat sahaja maka seelok-eloknya di adakan setelah Solat Jumaat selesai iaitu di jam 2.30 petang.

Sekiranya anda mempunyai hari-hari lain, elakkan mengadakan selepas Solat Maghrib.

2. Pemilihan Tetamu.

Tetamu yang dijemput juga adalah penting dalam menjayakan Rumah Terbuka kerana tanpa tetamu yang hadir apalah ertinya Rumah Terbuka yang di adakan. Elakkan menjemput tetamu dalam dua kumpulan yang terlalu besar jurang sosial dalam masyarakat, ini adalah bagi mengelakkan satu pihak rasa terhina dan tersinggung dengan pihak yang satu lagi. Ia ibarat mernjemput pipit dan enggang.

3. Aturcara Majlis.

Dalam sesuatu majlis Rumah Terbuka aturcara majlis adalah penting bagi melancarkan perjalanan majlis, tetapi elakkan memberikan pembuka kata yang melalut. Cukup sekadar menjemput mempelawa dan berterima kasih kepada mereka semua kerana sudi hadir pada majlis yang diadakan. Sekiranya perlu majlis bacaan doa atau kenduri doa selamat ringkaskannya sebaik mungkin agar tidak mengganggu masa dan perancangan tetamu yang hadir. Kerana perlu diingat Syawal paling banyakpun cuma 30 hari sahaja, dan bilangan hari ini tidak mencukupi bagi mereka untuk mengadakan majlis tanpa bertindih diantara satu sama lain.

4. Formaliti.

Sekiranya anda merupakan seseorang yang bergelaran, tetapi untuk menjayakan Rumah Terbuka, tinggalkanlah segala gelaran anda tidak kira Tan Sri, Dato' Seri. Datuk, Dato' atau Tun sekalipun kerana sekiranya anda tidak mampu melupakan gelaran anda itu anda bukanlah sesiapa disisi masyarakat cuma apa yang membuatkan anda kelihat begitu adalah kerana pangkat dan gelaran anda sahaja. Tak Percaya cuba tanyakan kepada malaikat maut ketika mencabut nyawa anda.. adakah anda di catatkan sedemikian dalam daftar kematian anda itu.

5. Menu.

Bagi menu pula, tidak perlulah di sediakan hidangan yang berat. Cukup sekadar hidangan sederhana seperti mee, kue-tiaw, laksa atau dari keluarga yang seangkatan dengannya sahaja ditambah dengan biskut raya, buah-buahan dan minuman ringkas. Perlu diingat jemputan juga mungkin ada beberapa jemputan lain yang perlu dihadiri bukannya perlu kerumah anda sahaja.

Jumlah hidangan perlu lah mencukupi untuk jumlah jemputan (tetapi kalau dinamakan rumah terbuka maknanya sesiapa sahaja boleh hadir kan tanpa perlu dijemput). Tidak perlu hidangan yang grand looking tetapi akhirnya membazir.

Sediakan juga beberapa peralatan untuk tapau sekiranya dikhuatiri makanan yang disediakan terlebih boleh diberi sebagai bekal kepada mereka yang hadir di penghujung majlis.

Khamis, 1 Ogos 2013

Forgive but not forget bukanlah kemaafan

Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari,

 
Jom kita cerita pasal marah.

Marah itu adalah sesuatu yang normal. Kadang kadang bila kita marah pada seseorang memang sukar nak memaafkan orang itu. Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik terutamanya perempuan yang sangat kaya dengan perasaan dan bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar walaupun tidak bermaksud berbuat demikian.Sememangnya bukan mudah untuk menjadi pemaaf. Sikap negatif yang kawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam diri seseorang.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134).

Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia. Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan, dimalukan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Kalau boleh jangan terpahat di hati kita ungkapan... "aku ni susah sikit nak maafkan orang" . Selalu cuba nak buangkan ungkapan itu jauh-jauh. Cuba tanamkan sifat pemaaf dalam diri. Saya pun selalu mencuba ke arah itu. Insyaallah.

Bila tengah marah sesuatu yang logik dan dirasakan betul tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Tindakan marah melampau, mempengaruhi orang sekeliling supaya mempercayai apa yang kita cerita dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar.
Sesiapa saja berupaya menahan kemarahan dan mengakui kesalahan lampau walaupun mengaibkan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah dan sukar mengaku kesalahan sendiri adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.

Menjauhi maksiat juga dapat membantu melapangkan hati sebab maksiat adalah penyebab kekeruhan jiwa, kegelisahan dan kegelapan hati. Dengan maksiat itulah yang membuatkan hati dan dada kita menjadi sempit,  jiwa tidak tenang, sentiasa menyalahkan orang lain dan marah.
 
Sabda Rasulullah SAW ; "Sesungguhnya orang mukmin itu bila dia melakukan satu dosa, akan wujudlah satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat serta meninggalkannya serta beristighfar, titik itu akan hilang daripadanya. Jika dia kembali melakukannya, titk hitam itu akan bertambah, sehingga menebal dihatinya. Itulah tutupan yang disebut Allah dalam Al-quran." (Al-hadis)
 
Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan oleh orang alim agar kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa semoga orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita. Insyaallah. Kerana sesungguh kesalahan dengan Allah itu lebih mudah untuk kita memohon keampunan kerana memang sifat Allah Maha Pengampun tetapi kesalahan sesama manusia susah untuk di selesaikan tetapi jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini. Sama-sama kita amalkan InsyaAllah
Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Iaitu sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?
Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
Itulah kebahagiaan yang sebenar.
"Forgive but not forget, or you will be hurt again. Forgiving changes the perspectives. Forgetting loses the lesson." [Paulo Coelho]

 
Waallahualam.

Ahad, 28 Julai 2013

Tidur-tidur yang Sunat dikejutkan

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.

Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت

من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

Rahsia Malam Lailatul Qadar mengikut kajian sains

Artikel tentang Lailatul Qadar ini bersumberkan dari buku tulisan Rajendra Kartawiria, Quranic Quotient Centre. Sebahagian isi buku ini kemudiannya dipublikasikan di internet oleh Aulia Muttaqin dan beberapa sumber lain.

Manfaatkan malam Ramadhan untuk memperluas ilmu dan membangun keyakinan, Mengapa Ramadhan?

Dalam Islam kita mengenali kewujudan 4 bulan suci, iaitu Dzulkaidah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab. Ramadhan yang bererti panas tidak termasuk sebagai bulan suci. Mengapa Ramadhan dipilih untuk puasa sebulan penuh?

Dalam ilmu astronomi, Radiasi Matahari memiliki siklus 11 tahun. Tahun 2007 sendiri merupakan pengakhiran dari siklus ke 23 sejak pengamatan pertama pada abad 18.

Bumi dilindungi Magnestosphere, sehingga kesan gelombang radiasi tidak terjadi pada sisi bumi yang menghadap matahari (siang hari).

Ketika gelombang radiasi matahari datang, kesannya terasa pada bahagian bumi yang membelakangi matahari (malam hari).

Radiasi di malam hari mempengaruhi tahap getaran otak.

Radiasi dan daya tarikan graviti bulan purnama meningkatkan permukaan air laut dan kehidupan makhluk laut di malam hari. Juga menarik air dalam membran otak dan lebih menggetarkan sel-sel otak. Getaran sel otak menggambarkan tahap  kesedaran dan aktiviti otak.

Umat Islam dianjurkan untuk berpuasa sunat 3 hari “shaumul biidh” pada ketika bulan penuh setiap tanggal 13,14, dan 15 bulan-bulan Hijriyah dan menghidupkan malam-malamnya.

Tahap radiasi ini bervariasi antara 0-100,000 dan di skala S1-S5 oleh NOAA

Berdasarkan kajian  , radiasi sebesar 1000 MeV particles s-1 ster-1 cm-2 terjadi 10 kali dalam satu siklus 11 tahun, atau terjadi setiap 13 bulan sekali. Radiasi sebesar1000 MeV particles s-1 ster-1 cm-2 ini digolongkan dalam skala S3, dan mulai berbahaya bagi manusia sebesar 1 chest x-ray.

Radiasi dengan siklus 11.7 bulan (1 tahun hijriyah) adalah sebesar 800 MeV particles s-1 ster-1 cm-2.

Mengarah pada hipotesis malam Lailatul Qadar Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS Al Qadr 97:3).

Building Block

  • Siklus satu tahunan (hijriyah) bernilai 1000 x bulan purnama.
  • Malam yang nilainya 1000 bulan purnama adalah Lailatul Qadr.
  • Lailatul Qadr terjadi di bulan Ramadhan.
  • Jadi siklus badai matahari yang berulang setiap satu tahun (hijriyah) terjadi setiap bulan Ramadhan.

Itulah sebabnya

  • Sejarah para nabi menunjukkan bahawa mereka senang merenungkan hakikat kehidupan, bertapa, pada setiap bulan Ramadhan.
  • Secara
    umum wahyu-wahyu tentang ajaran agama yang memerlukan tahap pemahaman
    yang tinggi, banyak diturunkan di malam-malam bulan Ramadhan.
  • Penataan
    ayat-ayat Al Quran ke dalam surah-surah seperti yang wujud ketika ini,
    dilakukan Nabi Muhammad pada malam-malam bulan Ramadhan.
  • Umat Islam diajak untuk menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan.
  • Lebih utama adalah i’tiqaf di masjid pada 10 malam terakhir, pada malam-malam sebelum dan setelah Lailatul Qadr.

Tenaga tambahan untuk pembelajaran di bulan Ramadhan

  • Untuk dapat beribadah pada malam Ramadhan diperlukan tenaga ekstra.
  • Kenyataannya puasa siang hari bukanlah menyebabkan tubuh kekurangan / kehabisan tenaga.
  • Oleh itu puasa menggunakan 10% tenaga tubuh  kerana tidak digunakan untuk mencerna makanan.
  • Tenaga yang diguna ini sangat membantu pemahaman pelajaran di malam hari.

Three in One di bulan Ramadhan

  1. Efektif memahami Al Quran di malam hari.
  2. Detoksifikasi dan Manajemen Tenaga di siang hari.
  3. Kembali fitrah setelah berpuasa 28 hari berturut-turut.

Manfaatkan malam-malam Ramadhan

  • Untuk dapat
    dengan mudah memahami makna kehidupan secara komprehensif dan benar,
    manfaatkan kecerdassan otak di kesunyian malam Lailatul Qadar.
  • Untuk mendapat pemahaman lebih luas, malam-malam di sekitar Lailatul Qadr (10 malam terakhir Ramadhan).
  • Lebih baik lagi kalau dimulai malam pertama Ramadhan.
  • Hasil renungan malam ini harus dapat kita implementasikan dalam kehidupan sehari-hari.
  • Nikmat hidup akan diperoleh jika kita berkontribusi positif kepada kehidupan dunia dengan berserah diri kepadaNya.
  • Nikmat kehidupan akhirat akan diperoleh bila kita mampu selalu menikmati dan mensyukuri kehidupan dunia.

Khamis, 25 Julai 2013

Al-Quran untuk dihayati, diamal dalam kehidupan

Antara keistimewaan dan kehebatan al-Quran, ia diturunkan secara berperingkat. Firman Allah SWT itu disampaikan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Jibril. Hikmah al-Quran tidak diturunkan sekali gus ialah untuk memudahkan manusia memahami keseluruhan tuntutan al-Quran.

Contohnya, pada zaman sahabat, wahyu diturunkan oleh Allah SWT secara beransur-ansur mengikut waktu, keadaan, peristiwa dan tempat supaya dapat difahami, dihayati, dihafaz serta diamalkan terus dalam kehidupan mereka.

Sahabat bukan saja mampu membaca, menghafaz, memahami makna, bahkan lebih daripada itu. Setiap ayat yang sampai kepada mereka diamalkan penuh ikhlas serta kesungguhan. Al-Quran adalah panduan terbaik kepada seluruh umat manusia untuk mengamalkan syariat Islam melalui suluhan wahyu secara sepenuhnya.

Al-Quran adalah panduan terbaik kepada seluruh umat manusia untuk mengamalkan syariat Islam melalui suluhan wahyu secara sepenuhnya.

Pandangan mengenai penurunan al-Quran

Ulama mempunyai pandangan mengenai penurunan al-Quran dan pandangan paling benar ialah pandangan menyatakan al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam lailatulqadar dalam satu jumlah (secara keseluruhan).

Kemudian al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 20, 23 atau 25 tahun. Perbezaan pandangan mengenai tempoh itu berdasarkan tempoh masa Nabi SAW menetapkan di Makkah selepas kenabian baginda.

Secara kesimpulannya, penurunan al-Quran berlaku sebanyak dua kali, proses pertama, dari Lohmahfuz ke Baitul Izzah iaitu di langit dunia. Ini berpandukan dalil firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1)

Proses atau peringkat kedua penurunan al-Quran secara berperingkat dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW berdasarkan waktu, tempat, keadaan dan peristiwa tertentu. Nabi SAW menerima wahyu pertama ketika baginda berkhalwat di Gua Hira’.

Malaikat Jibril datang menyerupai seorang lelaki dan terus memeluk Nabi Muhammad SAW sambil berkata, “Bacalah”. Nabi Muhammad mengatakan baginda tidak tahu membaca. Malaikat Jibril terus memeluk dan menyuruh baginda baca. Ia berlaku tiga kali dan baginda memberi jawapan sama.

Setelah itu, barulah Jibril mengajar Nabi Muhammad SAW wahyu pertama iaitu surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5.

Khamis, 18 Julai 2013

Manipulasi nafsu membeli

MOOD mewah di hotel adakalanya membuatkan kita tidak kisah untuk membayar pada harga yang mahal ketika berbuka. - Gambar hiasan

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, seolah-olahnya menjadi satu gaya hidup baharu masyarakat apabila pusat beli-belah mula mengadakan pelbagai promosi untuk menarik pembeli. Kita akan dapati Jalan Masjid India di Kuala Lumpur dan pasar raya di seluruh negara dipenuhi dengan lautan manusia.

Hotel-hotel tertentu akan menawarkan pelbagai pakej berbuka puasa dengan tawaran yang menggoda. Setiap orang seolah-olah perlu berbelanja lebih besar ketika bulan Ramadan, sekalipun bagi barangan yang tidak perlu.

Setiap orang bagaikan tertawan dengan promosi harga runtuh yang ditawarkan oleh peniaga, walaupun harga yang diturunkan tersebut adakalanya hanya beberapa ringgit sahaja.

Bulan Ramadan telah menjadi bulan untuk kita berbelanja besar.

Mengapa pembeli sangat teruja untuk melakukan pembelian secara berlebihan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan dan tidak pada waktu yang lain?

Dalam psikologi, inilah yang kita namakan sebagai atmospheric atau suasana. Ia merupakan situasi bagaimana persekitaran atau satu-satu suasana telah mengubah tingkah laku manusia.

Keadaan itu biasa kita alami apabila memasuki pusat beli-belah atau makan di restoran tertentu. Ada muzik tertentu dimainkan yang menyebabkan kita terasa untuk membeli barangan tertentu dan seolah-olahnya menjadikan kita ini sebagai manusia yang lain.

Begitu jugalah apabila kita dihadapkan dengan sinar lampu dan penataan cahaya yang ada di hotel menyebabkan mood kita berubah.

Perubahan mood itu bukan sahaja menjadikan kita berasa selesa, tetapi juga menyebabkan tingkah laku kita berubah sama sekali.

Misalnya, apabila kita minum di kafe hotel, kita berasa seperti orang kaya yang tiada masalah. Kita juga mungkin sanggup berbelanja lebih sedikit untuk menikmati secawan kopi kerana suasana tadi telah mengubah mood kita.

Bagaimanapun, kita mungkin akan berfikir panjang sekiranya perlu membayar harga yang sama di kedai kopi biasa.

Semua ini sebenarnya hanyalah perasaan yang dibangkitkan oleh manipulasi persekitaran tadi.

PASTIKAN anda membeli barangan keperluan atau makanan tanpa membazir. - Gambar hiasan

Kejayaan atmospheric itu dikatakan berlaku dalam tiga proses utama, iaitu:

i) Sejauh mana suasana tersebut menarik.

ii) Bagaimana ia mampu membangkitkan rangsangan fisiologi.

iii) Darjah kekuatan rangsangan yang diwujudkan itu.

Fikir rasional

Dikatakan bahawa wangian adalah antara bentuk atmospheric yang sangat berkesan mengubah mood manusia, kerana ia mampu merangsang fungsi otak dan mengubah emosi manusia pada kadar segera.

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, kegagalan psikologi manusia untuk bertindak secara normal dengan persekitaran mungkin akan merosakkan diri, khususnya ketika berbelanja.

Kita mungkin berbelanja bagi barangan yang tidak diperlukan, tetapi mengabaikan barangan yang sepatutnya dibeli.

Ini kerana suasana yang wujud tadi menyebabkan manusia menilai sesuatu itu secara positif, walaupun ia mungkin tidak rasional.

Misalnya sesuatu barangan yang dijual itu tetap dilihat sebagai berkualiti dan cantik disebabkan oleh pengaruh manipulasi persekitaran tadi.

Ia biasa terjadi dalam kehidupan kita seharian. Kita berbelanja bukan disebabkan kita ingin membelinya. Sebaliknya, kita berbelanja kerana kita telah menjadi manusia yang lain.

TAWARAN harga runtuh hakikatnya mungkin melibatkan penurunan harga sebanyak beberapa ringgit sahaja tetapi berjaya membuatkan orang ramai memborong sakan. - Gambar hiasan

Sebab itulah, kita dapati mood 'Ramadan' ini telah digunakan oleh banyak pihak untuk memanipulasi nafsu manusia.

Kuatkan psikologi

Kita akan mendapati kewujudan pakej berbuka puasa dengan harga yang tidak masuk akal atau jualan murah yang harga sebenarnya mungkin lebih mahal daripada bulan biasa.

Bagaimanapun, kejayaan peniaga mewujudkan sentimen tertentu menyebabkan manusia tidak mampu berfikir panjang lagi.

Ia seperti temasya yang memerlukan setiap orang berbelanja besar seolah-olah itulah pembelian yang terakhir.

Walaupun kajian mendapati kewujudan atmospheric seperti suasana hiruk-pikuk dan keriuhan manusia boleh menyebabkan pola pembelian terganggu, sebaliknya ia mungkin tidak terjadi kepada semua individu.

Ada sesetengah individu yang merasakan sekiranya mereka tidak membeli barangan, barangan tersebut akan habis dibeli oleh orang lain. Ini menjadikan mereka tidak ada pilihan dan perlu membeli sesuatu barangan walaupun mungkin ia tidak ada dalam senarai keperluan mereka.

Sebab itulah, sebagai pengguna kita wajar berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan atmospheric ini.

Ia bukanlah kesalahan peniaga kerana mereka perlu mempunyai strategi untuk melariskan barangan. Bagaimanapun, sebagai pengguna, kita juga perlu mempunyai strategi agar bijak berbelanja dan berhemah mengguna wang.

Bulan Ramadan sepatutnya memberi peluang untuk kita lebih rasional dan tidak bertindak mengikut hawa nafsu. Kita mungkin tidak tergoda untuk makan dan minum pada siang hari.

Bagaimanapun, kita terlupa bahawa kita sedang digoda oleh manipulasi persekitaran yang merangsang nafsu membeli. Kekuatan psikologi boleh menjadi panduan untuk kita semua.

Khutbah Jumaat: Ramadan ruang buat kebajikan

Masa sesuai tarbiah diri lakukan perubahan

Kita sudah menghampiri pertengahan Ramadan yang penuh keberkatan. Pastinya kita telah mengorak langkah dan mencapai kenikmatan mengerjakan ibadah termasuk solat sunat Tarawih. Namun, langkah yang telah dimulakan harus sentiasa dikemas kini.

Ganjaran pahala berlipat ganda

Firman Allah yang bermaksud: “Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (di jalan kebaikan) adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.” (Surah at-Taghaabun, ayat 16)

Apakah kita semakin berasa kelazatan dalam beribadah dan kehidupan semakin berubah mengikut panduan Ramadan yang berkat, seterusnya mendapat maghfirah dan rahmat Allah SWT. Selari keberkatan bulan penuh rahmat ini, Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda untuk mereka yang sentiasa mencari dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Bagaimanakah untuk meraih ganjaran pahala yang hebat itu? Kita hendaklah mempunyai keinginan dan keazaman kuat. Keinginan ini harus disokong dengan pengetahuan yang benar dan penghayatan terhadap nilai sesuatu amalan berlandaskan ajaran Islam.

Contohnya, bagi menggalakkan umat Islam berpuasa Ramadan, kita dituntut menunaikannya dengan iman dan ihtisab iaitu menjiwai ganjarannya. Menjalani latihan dalam tempoh masa berterusan. Sedarlah, kita sebenarnya diberi satu tempoh yang mencukupi untuk faedah jasmani dan rohani. Latih tubi pelbagai aktiviti sama ada yang fardu atau sunat yang kita jalani setiap waktu perlu dilaksanakan dengan semangat.

Yakinlah hasil daripada latihan ini, kita diberikan bekalan dan tenaga yang mampu untuk dimanfaatkan dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Jika nikmat dikecapi tanpa henti itu adalah maghfirah dan keampunan Allah, sudah pasti tiada ruang untuk tabiat buruk menguasai diri seseorang.

Puasa Ramadan mengandungi didikan untuk setiap lapisan masyarakat merangkumi tarbiah zahir dan batin. Umat Islam yang ingin melakukan perubahan sebenarnya bukan bersendirian, tetapi bersama orang lain yang inginkan perubahan ke arah kebaikan.

Keprihatinan satu pihak terhadap pihak lain dalam ujian yang dihadapi dapat meringankan bebanan seterusnya membantu mereka merebut rahmat Allah dan keampunanNya pada bulan mulia ini.

Ketahuilah takwa adalah hasil yang diharapkan daripada amalan pada Ramadan. Ia akan menjadi bekalan orang beriman dan perisai supaya manusia tidak terjebak dalam jurang maksiat serta kejahatan. Usahlah kita lalai dan leka daripada memanfaatkan bulan yang hanya tiba sekali dalam setahun ini kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput. Bayangkanlah, apakah nasib dan balasan yang akan diterima jika kita menemui ajal dalam keadaan lalai serta tidak sempat bertaubat.

Maka, bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT, ia akan melaksanakan ajaran Islam secara menyeluruh. Dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara yang diharamkan. Dia juga tidak akan membiarkan maksiat berterusan.

Takwa bukan perkara mudah dicapai

Percayalah, takwa yang menjadi tujuan utama kita berpuasa bukan perkara mudah yang hendak dicapai. Bahkan sahabat pun melahirkan kerisauan membentuk sebenar-benar takwa sehingga turun ayat al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud: “Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (di jalan kebaikan) adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.” (Surah at-Taghaabun, ayat 16)

Walaupun bulan impian ini kelihatan memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam, tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya untuk mencari maghfirah sebagai satu inspirasi kehidupan. Penuhilah ruang dan masa sepanjang bulan ini dengan perkara kebajikan, kebaikan dan berpahala.

Selasa, 16 Julai 2013

Wanita Benci Poligami, Lelaki Tetap Mahu Menambah Isteri.

Setiap apa yg kita alami melalui deria terutamanya dari mata dan telinga semuanya membina jaringan2 neuron yg baru didlm otak, jika keadaan yg sama dialami berulang-ulang, semakin kuat jaringan tersebut dan akan sampai ketikanya ia menjadi automatik tanpa kita sedari. Contohnya ketika mula belajar mengira, kita harus kira dgn tangan atau alat bantuan mengajar yg 2+2=4, tetapi sebab sudah terbina sahaja jaringan2 neuron, sekarang bila kita dgr sahaja soalan 2+2 secara automatik sahaja kita tahu ianya adalah 4.  Begitu juga dgn hal yg lebih kompleks seperti berjalan, berlari, memandu dan percaya atau tidak cara anda menangani marah juga adalah selalunya melalui jaringan neuron yg telah terbina didlm otak anda.

Suatu yg menarik disini terutamanya bila manusia melihat tv, otak tidak membezakan samada apa yg kita lihat dan dengar dr pemerhatian tv itu sesuatu yg benar atau tidak, bahayanya tv adalah kerana ia sebenarnya alat pemukau, kerana ketika menonton tv, kita tidak memberi penilaian samada yg berlaku itu sesuatu yg benar atau tidak. Jadi jika kita fokuskan kepada perkara tersebut, jaringan2 neuron akan terbentuk tidak kira ia sesuatu yg positif atau negatif.

Setiap jaringan2 baru yg terbentuk bilamana ianyanya digabung dgn emosi, jaringan neuron ini akan menjadi lebih kukuh dan amat sukar untuk di ubah walaupun otak manusia sebenarnya begitu fleksibel untuk mengambil cara pemikiran baru yg mungkin sebenarnya lebih baik dari apa yg sudah terbina.

Lihat dan dengar disekeliling kita dari tv, filem, surat khabar, perbualan sesama rakan2 jarang ataupun tidak pernah sekali manusia membincangkan perkara2 yg positif tentang kehidupan, ini kerana manusia sudah ketagih kepada "aksi" dan "drama". Ketagihan ini adalah sebenarnya kepada "neurochemical" yg dirembes oleh kelenjar2 hormon dibadan mengikut situasi2 tertentu. Contohnya jika seorang ayah sudah biasa merotan anaknya setiap kali anaknya membuat kesalahan, rasa puas setelah merotan ini adalah kerana "neurochemical" yg dirembas setelah dia melakukannya.

Sebab itu setiap kali anaknya melakukan kesalahan, untuk merasa puas hati (kesan dari terembesnya neurochemical sebelum2 ini" secara tanpa sedar, melalui otak yg tidak berfikir akan cara2 yg baru mendidik, akan menggunakan jaringan2 yg sudah lama terbina, dia tanpa berfikir akan terus mencapai rotan dan merotan anaknya, ini termasuklah juga memarahi, memaki atau apa2 lain hukuman, ini termasuk juga kepada ibu2. Perangai anak tetap sama kerana fisiologi manusia tidak boleh belajar didlm ketakutan. Mungkin dia tidak akan melakukan perkara yg sama tetapi perkara2 lain pula akan timbul.

Kecenderungan otak manusia untuk membuat keputusan dgn mengikut jaringan2 otak yg sudah tersedia tanpa memikir kan kebarangkalian yg lain selalunya disebabkan oleh prefrontal cortex yg lemah. Prefrontal cortex yg lemah membuat manusia tidak boleh berfikir dan untuk tindakan yg pantas, otak lebih mudah untuk mengambil keputusan2 melalui jaringan2 yg tersedia ada.

Tetapi bagaimana jaringan2 "memukul" anak ini sudah tersedia di kepala ayah2 yg contohnya baru memiliki anak pertama? Jawapannya jaringan ini tersedia semasa bapa tersebut masih kecil lagi terutama ketika usianya antara 1 hingga 7 tahun, tidak kira jika samada dia sendiri yg mengalaminya atau dia melihat abang atau kakaknya dipukul, tindakan ayahnya merotan itu akan dirakam secara terus didlm otak membentuk jaringan2 baru sebagai panduan untuk kehidupan. Kemana kuah kalau tak tumpah ke nasi, bukan setakat bakat menyanyi atau berlakon sahaja, bagaimana anda mengajar anak anda itu juga akan diwarisi oleh anak2 anda bile mereka dewasa nanti.

Jadi berbalik kepada hal poligami, jika dari kecil wanita sudah melihat ditv akan cerita keluarga yg punah ranah kerana poligami walaupun ianya hanya lakonan, jika setiap hujung minggu membaca DCCK yg mana ramai isteri2 mengadu tentang pahitnya poligami, jika rakan2 yg telah bermadu selalu menceritakan masalah bila poligami, jaringan2 diotak yg membawa kepada keputusan poligami harus ditolak akan makin hari semakin kuat, ini ditambah pula dgn kesan rembesan "neurochemical" yg menyebabkan timbulnya rasa marah dan geram, semua emosi adalah disebabkan kesan "neurochemical" ini, perasaan sayang dan cinta juga adalah datangnya dari kesan yg sama. Jaringan2 neuron terhadap bencinya poligami ini semakin hari akan menjadi semakin kuat.

Cerita mengenai faedah2 poligami amat jarang didengar atau mungkin tiada langsung diceritakan baik di tv, akhbar mahupun perbualan, ini juga disebabkan mereka yg berpoligami, tetapi bahagia, tidak berani dan malu untuk tampil kehadapan disebabkan mereka tahu masyarakat memandang poligami itu sesuatu yg negatif (dr yg dilihat atau didengari). Kesan tiadanya cerita2 menarik mengenai poligami menyebabkan tiadanya jaringan2 neuron yg membawa kepada fikiran yg menyokong poligami.

Jadi bila suami sebut sahaja poligami, ataupun tahu sahaja suaminya ada mempunyai hubungan dgn wanita lain, fikiran isteri terhadap wanita lain ini akan menyebabkan ingatan terhadap poligami timbul, ditambah dgn prefrontal cortex yg lemah, jaringan mudah yg diambil adalah poligami mesti dielakkan. Jadi ada kalanya walaupun suami tidak punyai apa2 perasaan terhadap wanita lain, disebabkan otak mengaitkan wanita lain dgn poligami, siisteri akan mula menunjukkan kemasaman dan kemuncungan tanda tidak setuju, malah mungkin mengambil langkah yg lebih ekstrim dr itu.

Jaringan neuron diotak mengenai poligami adalah sesuatu yg di halalkan oleh islam jika diketahui sekalipun tidak begitu kuat disebab kurangnya pendedahan yg berulang2, dinafikan pula dgn cerita2 buruk ketidak adilan poligami, fikiran yg mudah mengambil jaringan poligami bersamaan tidak adil. Tidak mahu berfikir atau lemahnya prefrontal cortex menyebabkan siisteri tidak akan terfikir yg mana sebelum dia membantah, periksa dahulu adakah suaminya mampu dr segi zahir dan batin, adakah dgn memberi suaminya berkahwin akan menaikkan semangat suami untuk lebih berusaha dan juga kesan baiknya terhadap masyarakat secara keseluruhan.

Sikap pentingkan diri sendiri sebenarnya menyebabkan siisteri takut dan gerun bila disebut poligami kerana otaknya sudah terbiasa dgn jaringan2 yg mengaitkan poligami dgn ketidakadilan, kesusahan, kurangnya perhatian dan bermacam2 lagi perkara2 negatif. Allah tidak membenarkan poligami sekiranya ianya tidak membawa kepada kebaikan, surah albaqarah ayat 126 memberitahu ada sesuatu yg kita tidak suka itu tetapi ianya baik untuk kita dan sebaliknya, hanya Allah yg lebih mengetahui.

Ada sifat2 semulajadi yg sudah terbina pada diri manusia sejak lahir lagi, seperti bagaimana si bayi yg tidak perlu diajar untuk menghisap puting menyusu ketika lahir, ini amat penting untuk memastikan manusia terus hidup, begitu juga dgn sifat lelaki yg sukakan wanita, ianya adalah semulajadi, bayangkan jika lelaki harus diajar menyukai wanita, peluang manusia untuk terus berkembang biak akan terbantut dan manusia akan pupus dimuka bumi.

Setiap kali lelaki melihat wanita lain, terutamanya jika bahagian yg dilihat itu sesuatu yg terlarang, ini juga akan merembeskan "neurochemical" yg mnyebabkan timbulnya emosi nikmat terhadap keadaan2 tersebut, jika setiap hari lelaki di hujani dgn "tawaran2 percuma" dr wanita untuk melihat pinggulnya yg ramping, dadanya yg montok, lurah dadanya yg dalam, rambut yg ikal, leher yg jinjang dan sebagainya, ini menyebabkan keinginan lelaki terhadap wanita2 semakin bertambah2. Keadaan yg lebih ekstrem akan terjadi bila mana lelaki melihat filem2 lucah, otak tidak tahu itu benar atau tidak, tetapi jaringan2 baru yg kuat akan terbentuk mengatakan "amat nikmat" untuk mendapat wanita2 lain kerana kesan dihujani oleh "neorochemical" emosi ketika melihatnya.

Tetapi mengapa lelaki yg sudah berkahwin berminat mahu berkahwin lain? Pernahkah anda makan direstoran bersama rakan2, masing2 membuat pilihan masing2 tetapi ketika makanan sampai, melihat makanan rakan lebih nampak menarik dari apa yg kita pesan, kita teringin juga untuk merasanya. Begitu lah perumpamaan lelaki terhadap wanita, selagi sisuami tidak menasihati siisteri menutup aurat, selagi si ayah tidak mendidik anak2 perempuan menutup aurat, selagi wanita bersetuju dijadikan alat pelaris barang jualan, selagi itu keinginan lelaki terhadap wanita lain akan tetap ada. Jadi untuk menyuruh lelaki berhenti sukakan wanita lain samalah seperti menyuruh wanita menutup aurat, kedua2 sukar tetapi tidak mustahil dgn kesedaran apakah hikmah disebaliknya.

Si suami pula dari perbualan dgn rakan2, dr ceramah agama, dari pembacaan, tahu yg poligami itu dibolehkan, ditambah pula dgn jaringan "neuronet" yg wanita lain lebih ramping dr isteriku, wanita lain lebih montok dr isteriku, semua ini merembes "neurochemical" emosi yg mengaitkan poligami dgn wanita lain, ditambah pula dgn kesan yg lebih hebat dari, "free show" wanita yg mendedahkan aurat, dari kulit majalah mangga ataupun URTV ataupun dgn melihat filem2 lucah, jaringan2 ini akan terbina semakin hari akan menjadi semakin kuat. Sebab itu lelaki sanggup mengaku bujang untuk berkahwin lain kerana ketagih pada "neurochemical" yg akan terembes ketika dapat melihat wanita lain atau pun dapat melakukan hubungan kelamin kerana kesannya sama dgn menonton filem lucah itu sendiri.

Lelaki yg pentingkan diri sendiri ini juga sebenarnya mempunyai prefrontal cortex yg lemah, tidak boleh untuk berfikir menggunakan jaringan2 neuronet lain akan kesesuaian atau kemampuan dirinya sendiri untuk berpoligami, mampukah dia dari segi batin, cukupkah pendapatannya untuk menampung keluarga dan sebagainya. Disebabkan lelaki yg tidak berfikir inilah poligami akhirnya dilabel sebagai sesuatu yg mesti dielakkan, malah ada yg menganggap ia adalah hukum yg sudah lapuk, sudah jumud dan tidak sesuai lagi dizaman moden. Bukankah ini menidakkan hukum Allah, jadi tanya diri sendiri balik jika doa2 kita tidak termakbul sedangkan manusia secara tanpa sedar menjadi hamba yg tidak bersyukur.

Amatlah dukacitanya juga bila mana artis2 yg menjadi idola masyarakat juga menonjolkan kesan buruk terhadap poligami, bila seorang artis berkahwin dgn suami orang, isteri pertama harus diceraikan, jika kedua2 wanita tersebut faham konsep poligami, mereka boleh hidup berkongsi, sisuami pun jika dia benar2 bertanggungjawab tidak akan menceraikan isteri pertama hanya semata2 ingin berkahwin lain, dgn pendapatan yg lumayan nafkah zahir tiada masaalah. Ini antara contoh yg menjadi ikutan masyarakat.

Mungkin penyelesaiannya adalah dgn menyuruh lelaki menjaga mata tidak melihat wanita lain supaya keinginan terhadap wanita lain tiada, tetapi tahukah anda, contohnya ketika memandu, walaupun minda sedar lelaki melihat jalan dihapadan, minda separuh sedar lelaki tetap seperti radar mengesan apa sahaja yg terjangkau oleh pandangan mata, perempuan yg seksi ditepi jalan tanpa sedar juga akan dirakam oleh minda separuh sedar lelaki, otak juga akan merembeskan "neurochemical" nikmat tersebut dan bila sudah berulang2 akan tetap menguatkan keinginan lelaki terhadap wanita2 lain.

Sebenarnya menyuruh lelaki berhenti inginkan wanita lain sama seperti menyuruh wanita berhenti berpakaian seksi dan menutup aurat, lihat perkembangan semasa, lihat fesyen2 wanita zaman kini. Kalau tak nampak dada yg lapang tak sah. Bagaimana lelaki ingin mengejar kejayaan dunia jika mata harus ditutup, muka harus memandang ke lantai, tidak akan maju lelaki jika mindanya selalu ketagih terhadap wanita lain, sebab itu zaman sekarang lelaki dilabel makin tak guna, yang baik dah berpunya, yang dah kahwin masih mencari, jika jumpa yg bujang pula asyik merengek meminta seks dari teman wanita, keputusan yg diambil, zaman sekarang ini tiada lagi lelaki yg baik. Tetapi jika difikir2 balik siapa yg menyebabkan lelaki menjadi tidak baik? Tidak salahkah jika saya katakan sebabnya dari wanita itu sendiri?

Seorang wanita yg tidak menutup aurat sudah cukup untuk membuat beribu2 orang lelaki ketagih akan keinginan mahukan wanita lain, selagi manusia tidak mengikut "manual" kehidupan iaitu Al Quran selagi itu dunia akan menuju kebinasaan. Seorang artis berpakaian tertentu sudah cukup untuk mengubah fesyen peminat seluruh negara untuk turut sama berpakaian begitu. Selagi manusia mementingkan diri sendiri dgn alasan hak individu dan tidak dapat melihat yg kesannya adalah kepada masyarakat, selagi itu masaalah tetap sama atau mungkin semakin teruk.

Bagaimana pula dgn lelaki soleh yg mampu dr segi zahir dan batin, yg punyai cita2 tinggi dan yakin yg dia boleh berjaya, mereka ini juga terdedah pada "free show" wanita2 lain dan mereka juga mempunyai keinginan untuk kahwin lain, tetapi disebabkan mereka, kasihankan isteri atau fikirkan siisteri yg mengamuk bila disebut sahaja poligami, yg akan meracuni fikiran anak2 yg "ayah engkau ni tak sayangkan engkau nak cari mak lain", mereka mengambil jalan mudah memendam rasa dan perasaan, sebab itu rata2 lazimnya lelaki akan mati dahulu berbanding wanita. Selagi lelaki bodoh yg mahu berpoligami tetapi tidak tahu berfikir mengukur kemampuan diri wujud selagi itu lelaki yg mampu ini akan dinafikan haknya.

Jika diselidik2 balik semuanya berpunca dari lelaki sebagai pemimpin didunia ini, jika pemimpin menegakkan syiar islam, jika si ayah mendidik anak, jika sisuami menasihati isteri menutup aurat, bukankah banyak perkara yg tidak diingini yg menjadi masaalah masyarakat boleh dielakkan dari masalah isteri dan anak2 terabai hinggalah kepada masaalah rogol dan sebagainya.

Khusuk dan fokuslah didlm solat kerana "frontal lobe" iaitu otak hadapan yg "hidup" boleh membuat kita boleh berfikir dgn lebih sempurna daripada terus menggunakan jaringan2 yg terbina dr pemerhatian2 yg selalunya tanpa tapisan baik buruknya. Otak hadapan yg lebih sihat mampu membina jaringan2 baru didlm otak, mengambil kira kemungkinan2 lain kearah masyarakat yg lebih aman dan harmoni. Kita hidup bukan sendirian, memang kubur masing2 tetapi dipadang masyar kita tetap bersama2.

Wanita menentang & lelaki menyokong semuanya kerana ketagihkan "neurochemical" terhadap situasi2 kesan buruk poligami dan kesan nikmat rangsangan melihat wanita2 lain, selagi lelaki dan wanita berfikiran sama selagi itu dunia ini akan menuju kehancuran, hanya panduan Al Quran sahaja sepatutnya kita semua kembali.

Khutbah Rasul Allah Menjelang Ramadhan

Inilah Khutbah Rasul Allah yang boleh kita jadikan panduan untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan ini, berdoalah agar kita diizinkan untuk melalui Ramadhan kali ini dan ambillah peluang untuk merapatkan diri dan bertaubat kepadaNya serta memperbaiki segala kekurangan dalam diri agar menjadi mukmin sejati…

“WAHAI MANUSIA, sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan. Bulan yang paling mulia di sisi Allah Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama....

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu menjadi ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah, Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.

Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini. Kenang dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada fakir miskin, muliakan orang tuamu, sayangi yang muda, sambungkan tali persaudaraanmu, pelihara lidahmu, kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya. Kasihi anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang: Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, bebaskan ia dengan Istighfar. Belakangmu berat kerana beban dosamu, ringankan dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah, Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, Dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa diantara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini, di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,Tidaklah kami mampu berbuat demikian,”

Rasulullah meneruskan khutbahnya,”Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air,”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini,ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai @pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini, Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa yang melakukan solat fardhu, baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.

Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan. Ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupnya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, mohon kepada Tuhanmu agar ia tidak dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu.

Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini, berdiri dan berkata,”Wahai Rasulullah,amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hassan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(az-Zumar 39:53)

Sampaikanlah kami di bulan Ramadhan..

Wallahu a’lam..

Isnin, 15 Julai 2013

Perkara Yang Membatalkan Puasa dan Pantang Larang Puasa

Membatalkan Puasa:

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.

2) Muntah dengan sengaja.

3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.

4) Haid atau nifas.

5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).

6) Murtad (keluar dari Islam).

7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.

2) Mengumpat, mengata orang.

3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.

4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.

5) Marah. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Bermaksud: Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.

(Hadis menurut Sahih Muslim)

 

Wallahu a’lam..

Ahad, 14 Julai 2013

Ayah

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.. Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan menciumm kamu??