Memaparkan catatan dengan label Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sosial. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

Menjelang Perayaan Hari Valentine Malam Ini…



Hari Kekasih atau lebih tepat disebut Valentine Day diraikan oleh penganut agama Kristian pada 14 Februari setiap tahun.

Tujuan ia diraikan adalah sebagai memperingati dua orang paderi bernama Valentine yang berasal dari Rom dan Terni.

Kedua-dua paderi tersebut dikatakan telah mati demi mempertahankan agama Kristian.

Hari Valentine pada awalnya tidak sedikitpun berkait dengan cinta asmara.

Ia dikatakan hanya dikaitkan dengan pengorbanan terhadap agama.

Namun setelah puisi yang dikarang oleh Geoffrey Chaucher untuk majlis ulangtahun pertunangan Raja Richard II disalahertikan oleh pembaca, Hari Valentine menjadi sinonim dengan cinta dan kasih sayang.

Di seluruh dunia ramai yang turut meraikan hari tersebut walaupun berbeza pegangan agama.

Ia diraikan dengan memberi hadiah, coklat, kad ucapan dan bunga-bungaan kepada pasangan masing-masing.

Penganut agama Islam juga tidak ketinggalan meraikan Hari Valentine walaupun hukum meraikan sambutan tersebut sudah dibincang dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada tahun 2005.

Di dalam persidangan tersebut, telah diputuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Ianya mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam.

Muzakarah juga berpendapat bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tiada hari tertentu untuk meraikannya.

Pada tahun 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM telah melancarkan kempen ‘Awas Jerat Valentine’s Day’ di seluruh negara dengan menghalang umat Islam daripada menyambut perayaan itu.

Pelbagai langkah diambil di dalam kempen tersebut termasuk menyerbu hotel untuk menghalang pasangan kekasih daripada melakukan khalwat dan perbuatan tidak bermoral serta mengedarkan risalah kepada mahasiswa universiti yang beragama Islam tentang larangan Hari Valentine.

Namun begitu, walaupun pihak JAKIM sudah menjalankan pelbagai langkah pencegahan, masih ramai juga umat Islam terutama di kalangan remaja yang diberkas dan didakwa di Mahkamah Syariah akibat mengingkari larangan dan melakukan maksiat ketika meraikan Hari Valentine.

Merayakan Hari Valentine tidak memberikan sebarang faedah kepada umat Islam.

Selain daripada melanggar larangan agama, menyambut Hari Valentine juga boleh menimbulkan masalah sosial yang lebih teruk.

Bermula dengan janji temu, bertukar-tukar hadiah, para remaja terjebak melakukan maksiat dan akhirnya mengundang gejala sosial seperti pengguguran dan pembuangan bayi yang tidak berdosa.

Khamis, 23 Januari 2014

Gangguan seksual di tempat kerja


Gangguan seksual di tempat kerja 

Ramai mangsa tidak yakin buat laporan terutama kepada majikan

Natasya, 27, (bukan nama sebenar), setiausaha kepada seorang pengurus kanan sebuah syarikat. Wajah cantik dan personaliti menarik.

Natasya kerap diganggu rakan sekerja lelaki yang suka datang mengejut di belakangnya sambil mengusap bahu, menyentuh wajah, memegang tangan, payudara dan cuba menciumnya.
Bukan setakat itu, pekerja lelaki itu sering menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bercerita mengenai hubungan seksual dan tidak pernah jemu mengajaknya keluar makan.

Kejadian itu berlarutan, akhirnya Natasya tidak tahan dan mengadu kepada pihak atasan. Malangnya aduan itu tidak dipedulikan menyebabkan dia membuat laporan polis. Kini, kesnya sedang disiasat.

Kunci mulut

Gangguan seksual di tempat kerja adalah, isu lama tetapi sering kali menjadi ‘hangat’ apabila pelaku terlepas manakala mangsa pula ‘mengunci mulut’.
Keadaan itu berlaku kerana mangsa tidak yakin untuk membuat aduan, malah, mangsa sering dipersalahkan kerana tiada bukti kukuh hingga menyebabkan mereka tidak mahu memanjangkan kes. Apatah lagi, rata-rata kejadian dilakukan rakan sekerja.

Tambahan pula bagi kebanyakan aduan diterima, pelaku dalam kalangan bos yang memiliki pengaruh di pejabat berbanding mangsa yang rata-rata terdiri daripada pekerja biasa.

Kod amalan

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow, berkata isu gangguan seksual berlaku dalam pelbagai cara.

Katanya, selepas ‘Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja’ dilaksanakan pada 1999, semakin ramai mangsa membuat laporan dan merasai mereka dilindungi.

“Kes gangguan seksual diterima akan diselesaikan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Kementerian Sumber Manusia mengikut kod amalan berkenaan. Berdasarkan statistik, sejak diperkenalkan pada 1999 hingga 2010, sebanyak 297 kes diterima.

Selasa, 21 Januari 2014

Suami 'restu' isteri jual tubuh untuk cari wang tambahan



KUALA TERENGGANU - Demi mendapatkan wang tambahan, seorang wanita warga Kemboja dipercayai sanggup menawarkan diri untuk dijadikan hamba seks, selain mencari rezeki menjalankan perniagaan emas Kemboja dari rumah ke rumah.

Lebih memualkan, pekerjaan ‘lebih masa’ yang dilakukan itu turut diketahui suaminya, namun disebabkan kesempitan wang, si suami terpaksa ‘tutup mata’ dan merestui pekerjaan yang dilakukan isterinya.

Aktiviti tidak sihat ibu kepada tiga anak itu yang dikenali sebagai Santari, 24, terbongkar selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, sempena Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen, Mohd Shahrir Khalil berkata, siasatan mendapati pasangan warga asing itu sudah hampir tiga tahun menetap di negara ini menggunakan pas pelancong.

“Hasil soal siasat, wanita itu mengaku mengambil kesempatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya semasa menjalankan perniagaan menjual barang kemas dari rumah ke rumah.

“Dia mendakwa suaminya yang turut ditahan, tidak kisah dengan pekerjaan ‘tambahan’ itu kerana pendapatan suami sebagai buruh binaan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Mohd Shahrir berkata, wanita itu juga mengakui, selain menawarkan khidmat seks kepada orang tempatan, dia juga menawarkan khidmat sama kepada warga asing termasuk Pakistan, India dan Indonesia.

“Turut ditahan dalam serbuan itu, suami; dua anaknya berusia empat dan 15 tahun dan adik iparnya berusia 19 tahun. Mereka ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, seorang pelajar tabligh, Rumly El, 19, dari Kemboja turut ditahan atas kesalahan visa tamat tempoh.

Rumly ketika ditemui berkata, dia menyedari visanya sudah tamat tempoh dua minggu lalu, namun terlambat memperbaharuinya kerana mendakwa terlalu sibuk bekerja.

“Saya sudah mendalami ilmu agama di negara ini selama lapan tahun. Sebelum ini saya menuntut ilmu al-Quran di Johor dan selepas tahfiz 30 juzuk, saya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu kitab pula.

“Bagaimanapun, akibat masalah kewangan, saya terpaksa menangguhkan pembelajaran dan datang ke Terengganu untuk bekerja sebagai buruh binaan sebulan yang lalu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, seramai 135 Pendatang Asing Tanpa Izin berjaya diberkas dalam Operasi Ops 6P Bersepadu yang dilaksanakan di sekitar Kuala Terengganu.

Mohd Shahrir berkata, dalam operasi membabitkan seramai 154 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi itu, seramai 463 warga asing diperiksa melibatkan 54 lokasi penempatan di seluruh daerah ini.

Jumlah tangkapan itu membabitkan seramai 55 warga Kemboja; 28 warga Bangladesh; 17 warga Myanmar; tujuh warga Pakistan dan 22 warga India.

Kesemua mereka ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.

Isnin, 2 September 2013

Mengaku lakukan seks sejak di bangku sekolah ketika dicekup khalwat

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.

Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.

Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.

Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu. “Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.

Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.

Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.

Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Beri pelbagai alasan

Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.

Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.

Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.
Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.

“Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.

Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.

Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.

Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.

Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.

Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.

Rumah sewa turut diserbu

Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.

Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.

Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.

Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.

Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.

Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.

Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.

Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.

Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu.

Isteri sarat mengandung, dara sunti pula jadi mangsa nafsunya

KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol kenalannya yang berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.

Mohamad Azansazuan Mamat dari Kampung Paloh Rawa, Machang didakwa merogol mangsa sebanyak dua kali pada bulan Disember tahun itu.

Berdasarkan tuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa antara jam 4 dan 5 petang di atas tanah dalam semak di Kampung Cina, Machang.

Manakala pada tuduhan kedua, tertuduh sekali lagi didakwa merogol rakan sekolahnya itu pada masa yang sama di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di kampung sama.

Tuduhan terhadapnya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah.

Pada prosiding semalam, Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin sebelum kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 2 Oktober depan.
Ketika dibawa keluar dari lokap semalam, tertuduh dilihat memeluk ibu dan isteri yang sedang sarat mengandung. Suasana bertukar hiba apabila mereka sekeluarga menangis sebelum tertuduh mencium perut isterinya dan dibawa pergi oleh polis.

Selasa, 27 Ogos 2013

Gagal Beri Suami Zuriat, Wanita Arab Tawar Suami Isteri Baru & Hadiahkan Kereta Mewah

Rata-rata suami tentu mahukan seorang isteri yang cantik, prihatin dan penuh dengan kasih sayang..Bagi seorang lelaki di Arab Saudi, dia amat bertuah mendapat seorang isteri yang sangat istimewa dan jarang boleh dilakukan oleh para isteri yang lain..Nak tahu sebab apa, meh baca kat bawah ni..

Arab Saudi - Seorang wanita Arab Saudi yang tidak mampu melahirkan zuriat untuk suaminya telah mengambil keputusan untuk menawarkan isteri baru kepada suaminya dan sebuah kereta mewah, lapor sebuah akhbar tempatan Isnin lalu.

Wanita yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu telah mengambil langkah yang "luar biasa" dengan memilih bakal isteri yang sesuai untuk suaminya selepas dia berasa tidak mampu untuk melahirkan anak, lapor akhbar Daily Al-Bilad dan menambah si isteri berkenaan juga sanggup menaja perkahwinan baru suaminya itu.

Wanita itu juga menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada suaminya itu sebagai kejutan kepada orang-orang kampung, saudara mara dan sahabat handai mereka, tambah akhbar itu lagi.

Seorang guru wanita Arab Saudi juga pernah dilaporkan sebelum ini menaja perkahwinan kedua suaminya dengan salah seorang murid perempuannya. Guru wanita itu sanggup mengeluarkan belanja yang mahal untuk perkahwinan tersebut selepas si suami meluahkan hasrat untuk berkahwin dua.

Baru-baru ini juga, seorang lelaki Arab Saudi telah berkahwin dengan seorang murid, guru dan seorang pengetua.

Lelaki tersebut yang berusia dalam lingkungan 50 tahun tidak dinamakan oleh akhbar Arab Saudi, Okaz kerana berlaku kekacauan dalam majlis perkahwinan tersebut.

Lelaki tersebut juga telah berkahwin empat di mana isteri barunya itu bertugas sebagai seorang pegawai penyelia pendidikan dan kebanyakkannya menyelia sekolah tempat isteri-isteri lain suaminya bertugas.

Sementara itu, guru sekolah itu berkata kepada akhbar berkenaan bahawa cara dia berinteraksi dengan isteri-isteri lain suaminya itu adalah sama seperti mana dia berinteraksi dengan para pelajar dan pegawai atasan yang lain.

Belajar Tinggi Bertingkat-tingkat, Bodoh Berlapis-lapis

Sedih bila baca tajuk berbunyi Siswi jadi hamba seks bomoh, foto bogel dirakam.Dah nama Siswi, tapi masih cetek akal untuk nilai baik dan buruk.

Kerana ingin mengubah nasibnya, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur menjadi mangsa hamba seks seorang bomoh lelaki sejak April tahun ini.

Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA Datuk Michael Chong berkata mangsa yang dikenali sebagai Loh, 21, mengenali bomoh itu, 50, ketika sedang bercuti bersama rakan dan keluarganya dua tahun lepas.

“Bomoh itu menilik tapak tangan mangsa dan mendakwa mangsa akan mengalami nasib malang berpanjangan termasuk meninggal jika berkahwin atau menjadi isteri kedua jika tidak diubati. Mangsa yang naif dan tidak tahu apa-apa itu kemudian mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling daripada bomoh itu sehingga mula bertemu secara serius April lepas,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri mangsa di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata bomoh yang telah berkahwin itu mendakwa mangsa yang turut menghidap penyakit diabetes boleh diubati jika menjadi rakan perniagaannya dan meluangkan masa bersamanya. Chong berkata kerana terpedaya dengan nasihat bomoh yang dikenali ramai itu, mangsa bersetuju untuk menjalinkan hubungan seks sejak April dengan suspek dalam usaha mengubah nasibnya.

Beliau berkata sepanjang hubungan itu suspek telah mengambil gambar mangsa ketika dalam keadaan bogel dengan mendakwa sebagai ritualnya untuk membantu mangsa.

“Setelah sedar yang dirinya ditipu, mangsa cuba mengambil gambar suspek namun dipukul dan ditampar sama ada di rumah suspek atau hotel di bandaraya ini,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang mengambil jurusan pemakanan itu mendakwa hasil pemeriksaan doktor, dia turut didapati dijangkiti penyakit kelamin (STD) sepanjang menjalin hubungan seks sebanyak 12 kali dengan suspek.

Suspek mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian malang itu kepada keluarganya atau berdepan dengan tindakan penyebaran gambar bogelnya di Internet, katanya.

Chong berkata bimbang akan perkara yang lebih buruk berlaku, mangsa mendapatkan khidmatnya bagi tujuan keselamatan dan pihaknya sedang meneliti bukti dan maklumat bagi membawa suspek ke muka pengadilan.Katanya, tujuh kes membabitkan sindiket bomoh penipu direkodkan sepanjang tahun ini yang membabitkan penipuan wang sebanyak RM433,000 dilaporkan kepada pusatnya berbanding RM260,000 dan lapan kes tahun lepas

Bomoh atau mbah dukun atau penyihir laki-laki juga pawang apa nama itu pernah berhubungan dengan orang yang punya kepercayaan di kalangan masyarakat. Sebahagian besar daripada kita percaya bahawa roh jahat dapat dihilangkan dan disembuhkan dari tubuh kita melalui bomoh saat ini. Kami percaya mereka kerana seseorang kita terpercaya seperti keluarga keluarga atau teman tertutup, dianjurkan untuk orang ini untuk sembuh masalah roh jahat. Jadi kerjaya sebagai bomoh tidak memerlukan sijil formal seperti anda ingin menjadi doktor wajib memerlukan MDdegree.

Alright untuk entah bagaimana jika anda ingin menjadi bomoh anda akan selama anda memiliki usus untuk menangani roh jahat, syaitan dan syaitan itu. Dengan kata lain setiap orang boleh menjadi bomoh sebagai sebuah profesi. Lesen adalah berdasarkan kepercayaan dan untuk mendapatkan kesuksesan bomoh anda perlukan repo yang baik, menghormati dan menyebar dari mulut ke mulut di kalangan masyarakat.

Sad benar buruk beberapa bomoh memuat keuntungan untuk pesakit mereka terutama tak berdaya gadis dan wanita muda menganiaya mereka bahkan terburuk pemerkosaan tanpa ampun. Sebenarnya di dunia bomoh itu mirip dengan internet hacker, di mana kita ada white hat hacker, black hat hacker, dan sebagainya. Yang berbeza kita boleh menentukan di sini adalah bomoh memiliki kategori hardcore. Bomoh hardcore korban bermaksud pesakit tidak mempunyai keluhan apa pun bomoh lakukan untuk anda bahkan kami melihat ini adalah salah kasus pemerkosaan itu!.

Isnin, 19 Ogos 2013

Pelajar Sekolah Jual Body raih Pendapatan RM18000 Sebulan

Bermodalkan RM2 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di FB.
Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun.
Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya.
Peluang itu digunakan Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan.
Sanggup membelakangkan keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah 'keluar kandang harimau, masuk mulut buaya' apabila rumah yang dihuninya turut menjadi 'port' lepak 10 lelaki setiap hari.
"Saya pasti keluarga melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada Fendi. Tiada paksaan ketika kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama seronok. Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman berkenaan. Namun saya tak bodoh, sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar. Paling banyak RM60, paling sedikit RM30. Fendi yang kononnya kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya," katanya kepada Metro Ahad.

Menurut Tina, selama tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari.
Secara purata, gadis hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika 'bekerja' berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak itu.
Selepas bosan selain memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari 'penjara ciptaan' itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya membeli-belah menggunakan duit haram itu.
Namun, kegembiraan untuk membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan.
Pertemuan dengan keluarga yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari semula selepas pergerakannya dikawal ketat.
"Saya dikurung keluarga, namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. Berbekalkan wang tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib baik tidak cedera. Kemudian, saya ke kafe siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka. Bertemu di lokasi ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun, 'dating' ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel. Sekali perkhidmatan, saya mengenakan bayaran maksimum RM60. Selalunya pelanggan tidak kira keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan layanan saya. Selepas habis tempoh itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya. Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan diri dari rumah," katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung, Selangor.
Enggan menyalahkan sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi tidak mencukupi.
Malah, katanya, dia tidak memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya.
"Saya berada di sini hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di lembah maksiat. Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. Saya juga belum kuat untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke jalan salah," katanya mengakhiri perbualan.

Khamis, 1 Ogos 2013

Gadis Melayu TERLAMPAU

 Nak cerita terasa malu sangat, tak cerita rasanya dah tanggung jawap, apa boleh buat kenalah cerita. Sayang anak gadis sekarang sudah tak ada langsung moral ke MELAYUAN dan ke agaman yang dikaitkan dengan ISLAM.

Mengapa ini terjadi? Apakah berpunca ikut-ikutan budaya barat atau kerana tiada didikan displin, kesopanan, agama dan budaya oleh keluarga? Siapa perlu disalahkan? Apakah wajar kita salahakan kepimpinan kita kerana membenarkan budaya barat bermaha raja lela di tv,mediamasa dan internet?. Semua ini kita tidak boleh elakkan jika kita mahu pembangunan. Perubahan era globalisasi, dunia iT sebenarnya untuk kemudahan kita dalam mempercepatkan segala proses kemajuan.

Dunia tanpa sepadan tidak bermakna budaya melayu islam turut dilupakan dan tidak langsung dijadikan landasan kehidupan. Apabila budaya seks bebas sosial yg keterlaluan menjadi asas kehidupan harian setiap manusia, bermakna kemunduran akan terjadi. Perubahan kehidupan hari ini perlu dipilih di mana sempadannya, tak bermakna kita melanggar perundangan hidup dan perundangan anutan. Sekalipun agama lain kita anggap kafir, dan islam agama yang sebenarnya, kita pasti setiap penganut agama ada mempunyai asas kebaikan, memperbetulkan setiap perjalanan manusia ke arah kesempurnaan ahklak.

Kita lihat setiap photo yang saya upload ini...Adakah ia menonjolkan budaya melayu dan islam? Berkucupan sesama jenis dengan memakai tudung kononnya menutup aurat... Tapi sebaliknya melakukan perkara terkutuk.Sewajarnya kita malu dengan sikap memperggunakan imaj islam tetapi melakukan perkara yang memalukan seperti ini:-
Sebab itu ramai anak gadis sekarang rosak, tiada dara, melahrikan anak luar nikah dan tidak hairanlah ada yang menjadi perempuan simpanan. Purata dalam kajian terdapat 30% anak gadis melayu yang masih bersekolah lingkungan usia 16-18 tahun sudah sanggup menjual tubuh menjadi call girl, perempuan simpan dan mejadi pelacur vip. Dengan bayaran mahal anggaran RM500 ke RM1000, mereka yang masih mudah seperti timun muda ini menjadi santapan Vip yang kebanyakannya berusia 45 - 55 tahun dan mereka ini selayaknya di panggil ayah dan sewajibnya menjadi pembimbing, serta pelindung para remaja gadis ini. Sayangnya mereka ini seronok meratah tubuh gebu anak2 gadis yang sebaya anak2 mereka. Tidak langsung merasa malu dengan usianya yang layak dipanggil ayah.
Melihat pakaian dan tubuh gebu seperti ini hati laki mana yang tak geram bernafsu. Gadis2 ini tanpa segan silu mengambil photo separuh bogel dan upload ke face book.Apa tujuannya? Mengapa perkara seperti ini perlu dilakukan?
Saya pernah berkawan dengan mereka ini dan bertanyakan mengapa mereka sanggup melakukan perkara seperti ini, jawapannya :- kebanyakan mereka ini adalah gadis yang sudah rosak berpunca dari sikap terburu-buru semasa bercinta dengan sanggup melakukan seks dengan pasangan, akhirnya ditinggalkan. Ada juga yang terpengaruh dengan kawan seasrama lesbian.
Tanda pada payudara gadis ini berbentuk seperti kebiasaannya terletak ditanda di tandas lelaki berwarna biru bermaksud sesiapa juga boleh menerima layanan darinya.Dikatakan bayaran untuk seks antara RM200 ke RM 500.

Jelasnya pada hari ini hampir 85% gadis melayu tiada dara dan rosak, daripada 85% itu 60% nya adalah kalangan mereka yang berpakaian bertudung. Bukan bermakna kita ingin merendahkan atau menghina budaya menutup aurat bertudung, kita mengharapkan supaya budaya bertudung ini bukanlah disalah gunakan untuk menutup kesilapan diri, sebaliknya ia dijadikan satu alat untuk menghindari daripada terjerumus budaya ahklak rosak terutama agar tidak terjebak kancah maksiat...

Saya katakan jangan memakai tudung untuk menutup keburukan diri, kononnya bermaruah, sebaliknya dalam diam mereka ini sangat mudah untuk melindung diri diketahui perkara sebenar yg mereka lakukan.


Rabu, 17 Julai 2013

Wanita dan Berat Badan

Setahun, Wanita Habiskan 127 Jam Bicara Soal Berat Badan

Menurut sebuah penelitian, rata-rata banyak wanita menghabiskan hidupnya sepanjang tahun selalu resah terhadap berat badannya.Setahun, Wanita Habiskan 127 Jam Bicara Soal Berat Badan

Liputan6.com, Jakarta : Menurut sebuah penelitian, kebanyakan wanita menghabiskan hidupnya dengan meresahkan berat badannya. Wanita biasanya bicara tentang diet yang dilakukannya setiap hari. Bahkan, per harinya wanita dapat bicara soal berat badan sekitar 21 menit, atau lebih dari dua jam setiap minggunya.

Itu berarti, wanita menghabiskan 127 jam setahun hanya untuk membahas masalah berat badan saja. Sebaliknya, pria menghabiskan 18 menit sehari, atau 109 jam setahun tentang berat badannya.

Rata-rata orang dewasa menghabiskan 338 hari dari kehidupannya dalam menghitung kalorinya, yang setara dengan 20 menit sehari, dan lebih dari dua jam seminggu, dan 121 jam per tahun, selalu memeriksa label untuk kandungan kalori di setiap makanan yang akan dikonsumsinya.

Hal seperti itu ternyata bukan hanya dilakukan wanita. Pria ternyata selalu memeriksa bagian belakang bungkus makanan, untuk melihat informasi kalorinya, agar berat badannya tak bertambah. Penelitian ini juga menyoroti, rata-rata orang ingin mengecilkan berat badannya demi orang yang disayanginya. 38 persen hasil dari penelitian menyebutkan, orang ingin menurunkan berat badannya agar pasangannya lebih bahagia.

Seperti yang dilansir Dailymail, Kamis (27/6/2013), pekerja kantor tidak pernah bisa lepas dari yang namanya kalori. Satu dari empat belas orang pekerja mengaku, selalu membaca label agar terlihat baik di depan rekan-rekannya.

"Menghitung kalori adalah bagian dari kehidupan masyarakat moderen. Penelitian kami menunjukkan, masyarakat Inggris terobsesi dengan mengawasi berat badannya. Sangat penting untuk menawarkan pilihan masyarakat sebagai bagian dari diet seimbang," ujar Fiona dari Hope of SodaStream, yang meneliti kasus ini.

Minah gam ringan-ringan

Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.

Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.

Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya..

Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.

Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.

“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai. Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba.

Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai.

Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka. Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia. “Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan.

Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan.
“Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan. Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya.
Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya.
-harianmetro

Selasa, 16 Julai 2013

Teman lelaki menyorok atas loteng

Melaka: Misteri status seorang lelaki yang sering bertandang ke sebuah rumah didiami sekumpulan wanita di Bukit Beruang, di sini, sejak hampir sebulan lalu, akhirnya terbongkar apabila dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), kelmarin.

Dalam pemeriksaan 10.30 pagi di rumah teres itu, sepasukan penguat kuasa JAIM menemui pasangan kedua-duanya berusia 26 tahun berkurung di rumah berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, ketika tiba di lokasi berkenaan pihaknya terpaksa menunggu kira-kira 15 minit walaupun beberapa kali dipanggil dan barulah ia pintu rumah dibuka oleh seorang wanita.

Katanya, selepas memperkenalkan diri, wanita terbabit terus memaklumkan ada rakan lelaki di dalam rumah itu selain tinggal bersama adiknya yang kebetulan tidak ada di rumah ketika itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui lelaki terbabit di atas loteng rumah berkenaan dan diarahkan turun bagi siasatan. Selepas mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai sebarang hubungan mahram, mereka terus ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan mendapati, wanita terbabit takut untuk membuka pintu ketika dipanggil oleh pasukan penguat kuasa JAIM.

Khamis, 11 Julai 2013

Tangani gejala kehamilan gadis

Putrajaya: Malaysia berusaha keras menerusi penggubalan pelbagai dasar bagi menangani gejala kehamilan gadis remaja kerana ia adalah bentuk diskriminasi terhadap golongan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim, berkata antara yang dilaksanakan kementerian, termasuk menggubal Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI), bertujuan menghasilkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial.

Katanya, menerusi pelan tindakan dasar itu, kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) membangunkan pelbagai program untuk setiap lapisan masyarakat bermula daripada sekolah rendah hingga menengah dan dilaksanakan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan.

Respek Wanita

Selain itu, kementerian juga melancarkan Kempen Respek Wanita bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat di Malaysia khususnya wanita mengenai isu keganasan terhadap wanita.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya kaum lelaki agar sentiasa menghormati, menghargai dan menyayangi wanita, katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia, semalam.

Sambutan Hari Penduduk Sedunia dengan tema tahun ini Kehamilan Gadis Remaja dianjur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 1989, bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat mengenai isu kependudukan dunia.

Beliau berkata, remaja hamil bukan saja tidak dapat menikmati zaman remaja mereka tetapi juga menutup peluang untuk mendapat pendidikan lebih tinggi selain berisiko terhadap penderaan. Mereka juga akan berhadapan dengan isu kehamilan dan penjagaan anak dalam keadaan mereka masih belum bersedia untuk menjadi seorang ibu dari segi mental dan fizikal, katanya.

Khamis, 27 Jun 2013

Konflik Sosial

Bermacam-macam ragam anak muda zaman sekarang boleh bikin kepala pusing. Krisis dalam diri dan masalah yang membelenggu fikiran menjadikan mereka cepat untuk melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Sudahnya, akhlak dan moral dipinggirkan menjadikan peratusan kes jenayah berkaitan remaja terus meningkat. Disenaraikan antara masalah utama menular dalam kalangan anak muda kini.

Ponteng sekolah

Tak semua pelajar mempunyai tahap kefahaman sama antara satu sama lain. Ada yang lemah dan ada yang cerdik pandai. Punca gejala ponteng berlaku disebabkan pelajar yang lemah sentiasa diabaikan guru menyebabkan mereka hilang minat.

Selain itu, dipandang rendah kerana tidak cemerlang dalam pencapaian akademik turut membuatkan mereka rasa bosan untuk ke sekolah. Jalan pintas, ponteng sekolah dan merayap ke tempat lain seperti kafe Internet dan pusat beli-belah.

Vandalisme

Perbuatan yang merosakkan harta benda awam dipanggil vandalisme. Walaupun pelbagai kemudahan disediakan, malangnya ia sering dirosakkan oleh kelompok anak muda yang tidak bertanggungjawab ini. Bukan nak menyalahkan remaja 100 peratus dalam hal ini tetapi banyak kajian mendapati ia angkara anak muda yang bermasalah.

Dalam kajian turut menyebut kebanyakan remaja melakukan vandalisme akibat dipengaruhi kawan. Demi mengeratkan hubungan antara kawan, mereka sanggup mengikut apa saja disuruh untuk menunjukkan bahawa mereka mementingkan persahabatan itu. Ayuh remaja, anda mampu berubah!

Hamba dadah

Pada usia remaja, kita akan penuh dengan rasa ingin tahu dan mencuba. Apabila disuruh mencuba sesuatu yang baru, ia ibarat mencabar keupayaan diri. Isu ini termasuklah najis dadah. Biarpun mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan tetapi jika disalah guna, ia membawa keburukan.

Sikap ingin tahu apakah kesan selepas menggunakannya membuatkan kita lali untuk berfikir ke depan. Malah menurut kajian, remaja yang terbabit dengan dadah mencatat peningkatan mendadak. Sedih!

Rogol

Sejak kebelakangan ini, kes rogol membabitkan remaja sering menjadi tajuk utama surat khabar. Mana perginya akhlak anak muda? Kes rogol yang dilaporkan pada 2010 meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah. Antara puncanya, kemajuan teknologi memberi kemudahan kepada kita untuk akses segala yang dimahukan tanpa batasan.

Bagi sesetengah remaja, mereka menyalahgunakan kemudahan ini untuk mendapatkan gambar dan bahan lucah. Dalam keghairahan mereka menonton video lucah, mereka tidak sedar bahawa mereka menuju ke arah melakukan jenayah seksual.

Buang bayi

Jika 20 tahun lalu, mungkin sukar untuk dengar kes buang bayi tapi kini ia ibarat perkara wajib berlaku setiap hari. Semakin hari masalah ini menjadi serius. Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 65 kes buang bayi dicatat pada tahun 2000, meningkat kepada 83 kes pada 2006.

Daripada 83 kes itu, 79 membabitkan pembuangan bayi yang baru dilahirkan dengan empat lagi masih janin. Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Statistik ini membuktikan, jumlahnya meningkat setiap tahun. Apa sebabnya?

Golongan ini berpelajaran rendah dan lemah dari segi ilmu pengetahuan. Mengikut kajian, gadis remaja yang terjebak dalam gejala ini tidak berpelajaran tinggi dan ada sesetengah daripada mereka tidak tahu mengenai fungsi bahagian badan dan sistem reproduktif.

Ini sekali gus menyebabkan mereka mudah tertipu oleh individu berniat jahat untuk melakukan hubungan seks tanpa ikatan, seterusnya memungkinkan mereka mengandung. Akhirnya, takut dimarahi ibu atau rasa malu, jalan pintasnya dengan membuang bayi terbabit.

Kesimpulannya, gunalah kelebihan akal untuk masa depan lebih bermakna.

Isnin, 17 Jun 2013

Anak 11 Tahun Menghamili Ibu Temannya

Anak 11 Tahun Menghamili Ibu Temannya

Seorang anak laki-laki berusia 11 tahun menghamili seorang perempuan berusia 36 tahun yang adalah ibu kawan sekolahnya sendiri.

Situasi ini membuat para aktivis menyerukan reformasi undang-undang pelecehan seksual yang berlaku di negeri itu, setelah anak itu memberitahukan hal tersebut kepada guru besar sekolahnya di Auckland selatan.

Anak itu dan anaknya saat ini diyakini berada dalam perlindungan negara. Menteri Kehakiman Selandia Bru Judith Collins mengatakan dia akan memeriksa perangkat hukum yang ada saat ini yang tidak boleh mempidanakan seorang perempuan atas tuduhan perkosaan.

"Saya akan mencari pertimbangan resmi terkait perlu atau tidaknya undang-undang ini diubah," kata Collins.

Berdasarkan undang-undang yang berlaku di New Zealand, tindak pidana perkosaan hanya boleh dijatuhkan saat seorang pria memaksakan tindakan seksual terhadap seorang perempuan. Tindak pidana perkosaan terancam hukuman penjara maksimal 20 tahun namun sejauh ini hanya lelaki yang boleh dijatuhi pidana perkosaan.

Namun dalam kes ini, hubungan anak laki-laki dan perempuan itu berawal pada April tahun lalu, saat anak itu berusia 11 tahun. Ketika itu,putra perempuan tersebut membolos satu hari dan membujuk anak itu untuk melakukan hal yang sama dan mengajaknya bermain ke kediamannya. Sesampainya di kediaman sang kawan, perempuan itu kemudian menyuguhkan bir untuk anak tersebut sebelum kemudian berhubungan seksual dengannya.

Hubungan seksual itu berlanjut selama beberapa bulan, sebelum bocah itu melaporkan hal tersebut ke kepala sekolahnya yang tentu saja sangat terkejut mendengar pengakuan salah seorang muridnya itu.

Guru Besar sekolah lalu menghubungi Departemen Sosial untuk melaporkan masalah ini. Pemerintah kini merawat si anak dan bayinya. Kes ini sekarang dalam penanganan polis meski perempuan itu menolak telah melakukan hubungan seksual dengan anak 11 tahun itu.

(NZ Herald)Read more: http://www.borakkosong.com/2013/06/anak-11-tahun-menghamili-ibu-temannya.html#ixzz2WWiuDeMM

Jatuh Cinta

Pernahkah Anda Jatuh Cinta Pada Seseorang
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
Bila bercinta, semuanya nampak indah, semuanya harum mewangi, semuanya nampak sempurna. Tatkala diuji sedikit mulalah goyah untuk mempertahankan keimanan cinta. Inilah barisan insan-insan bacul yang tidak yakin pada cinta mereka. Hanya pandai berjanji tapi tidak pernah menunaikannya.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.
Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.
Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.
Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.
Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.
Cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada Allah, itulah cinta yang kekal abadi. Biarlah kita menunggu cinta yang benar-benar ikhlas, yang benar-benar yakin dan yang benar-benar cinta!

Ahad, 16 Jun 2013

Isteri curang kantoi dengan suami sendiri

Isteri curang kantoi dengan suami sendiri | Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung. Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu. Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu. Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku. Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan. Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis. Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu. Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi. Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini. Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan. Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut. Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. -SH

Rabu, 12 Jun 2013

Bersolek untuk pikat rakan sejantina

Benarkah ?
LONDON: Satu kajian mendapati pendapat bahawa wanita menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin semata-mata untuk menarik perhatian golongan lelaki adalah tidak benar, sebaliknya mereka berdandan untuk menarik perhatian rakan sama jantina.
Satu kajian terhadap 2,000 orang oleh jenama penjagaan kulit Simple mendapati dua pertiga berpakaian cantik untuk mendapatkan pujian daripada wanita lain manakala enam daripada 10 orang berusia antara 18 hingga 30 tahun, berkata mereka lebih banyak memikirkan mengenai rakan wanita apabila memilih apa yang hendak dipakai.
Lebih satu pertiga berkata pujian sebenar yang diperoleh adalah daripada rakan wanita yang mereka kenali dan bukan daripada golongan lelaki.
“Ada satu tanggapan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian jantina bertentangan tetapi kajian ini mendedahkan bahawa ia bukanlah perkara sebenar,” kata Daily Mail yang memetik seorang jurucakap Simple. Fakta bahawa ramai wanita mengambil berat mengenai apa yang difikirkan rakan wanita mengenai penampilan mereka adalah semula jadi. Secara keseluruhan, wanita lebih mengetahui apabila ia membabitkan pakaian, solekan dan gaya, jadi ia bukanlah satu kejutan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian wanita lain berbanding lelaki,” kata jurucakap terbabit.
Dalam kajian terbabit, lebih separuh wanita berkata mereka tidak pernah berdandan semata-mata hanya untuk menarik perhatian seorang lelaki manakala 22 peratus berpendapat bahawa pandangan seseorang lelaki langsung tidak penting bagi mereka.
Sejumlah 48 peratus wanita pula sebenarnya lebih suka untuk mendapatkan satu pujian daripada seorang wanita yang tidak dikenali berbanding seorang lelaki.
“Penampilan ternyata amat penting bagi wanita, mereka mahu sentiasa kelihatan menarik sepanjang masa. Ia lebih baik mengetahui bahawa wanita lebih suka menarik perhatian rakan sesama jantina dan ia langsung tidak ada kaitan dengan jantina bertentangan,” kata jurucakap Simple terbabit. – Agensi

Hanyut Angkara IBU

KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.
Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.
“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.
Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.
“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir. “Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.
SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.
“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin. Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.
Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.
“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya. Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.
Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.
“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.
Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.
“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.

Isnin, 10 Jun 2013

Projek Geli-Geli, Guru Wanita Kantoi Tanpa Pakaian

Projek Geli Geli, Guru Wanita Kantoi Tanpa Pakaian

Projek Geli-Geli, Guru Wanita Kantoi Tanpa Pakaian - GARA-GARA tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah rumah di Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.

Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.

“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama. Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.

Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.

Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak. Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh.