Selasa, 3 September 2013

SUP TULANG ALA SIAM

Bahan-bahan;

1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah [tumbuk]
3 ulas bawang putih [tumbuk]
1/2 inci halia [tumbuk]
1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb
2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
4 biji cili padi [ketuk]
1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat]
1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato [dibelah 4]
1/2 batang saderi [hiris]
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula dan bahan perasa

Cara Menyediakan;

1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

resepi;Faa
sumber : Rohah@MesraSelera
sumber : K.Nor@secubitGaram

Isnin, 2 September 2013

Tanda Terkena Santau & Cara Mengelakkannya.

Assalamualaikum sumer!~

Di akhir zaman ni, lagi ramai orang menggunakan ilmu sihir @ ilmu santau untuk membuat aniaya terhadap orang lain. Walaupun sumer serba serbi canggih tapi budaya santau tetap tebal 'melekat' dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Apa puncanya??cemburu,iri hati,perasaan dendam terhadap seseorang inilah yang mencetuskan fenomena santau.

TANDA TERKENA SANTAU DAN CARA MENGELAKKAN SANTAU

Santau terbahagi kepada dua:

Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat.

Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan seperti berikut:

  • Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
  • Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
  • Ingin menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan seseorang.
  • Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang dimiliki.
  • Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya.
  • Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.
BAHAN-BAHAN SANTAU

  • Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
  • Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
  • Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.
  • Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
TANDA-TANDA TERKENA SANTAU

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

  • Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  • Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  • Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
  • Lenguh seluruh anggota badan.
  • Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  • Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
  • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
  • Sentiasa sakit pada tulang belakang
  • Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
KESAN-KESAN SANTAU

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.

  • Hilang daya ingatan
  • Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.
  • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran.
  • Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
  • Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.
  • Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
  • Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.
PANDUAN MENGESAN KEHADIRAN SANTAU

Apabila orang yang terkena santau angin, makan limau nipis atau nenas bersama kicap dan mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan dan pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam.

Panduan untuk kita mengesan kehadiran santau bila kita makan di kedai makan ataupun di restoran daripada Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali:

Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.

Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau!

AYAT PELINDUNG DIRI DARI SANTAU

Ayat di atas ini adalah amalan bagi mengelakkan dari terkena santau ataupun bagi pendinding diri dari segala mudharat. Hadith nabi “Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun”. Segalanya dengan izin Allah SWT. Seeloknya ayat ini diamalkan sekurang-kurangnya sebanyak 3 atau 7 kali sebelum keluar daripada rumah setiap hari

Antara ayat-ayat lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan santau boleh ke website Darussyifa yang diasaskan oleh Dato` Dr. Haron Din. Boleh dirujuk DI SINI

Semoga ilmu ni bermanfaat untuk semua.

Serai

Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.

Memutihkan gigi

Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut

Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'

Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi

Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut

Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

Ajen pencegah kanser

Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Lepas ni bole start amalkan minom air serai.. rase pon bole tahan sedap... ;)

Mengaku lakukan seks sejak di bangku sekolah ketika dicekup khalwat

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.

Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.

Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.

Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu. “Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.

Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.

Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.

Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Beri pelbagai alasan

Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.

Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.

Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.
Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.

“Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.

Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.

Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.

Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.

Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.

Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.

Rumah sewa turut diserbu

Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.

Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.

Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.

Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.

Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.

Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.

Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.

Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.

Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu.

Punca kematian Puteri Diana akhirnya didedahkan

London: Enam belas tahun selepas Puteri Diana meninggal dunia, misteri kematian beliau belum terungkai sepenuhnya tetapi kehadiran sebuah motosikal berwarna hitam mungkin kunci jawapan kepada punca nahas yang meragut nyawanya.

Wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) Sussana Reid yang menyiasat kematian Diana menegaskan dakwaan seorang penembak hendap dari Pasukan Unit Khas (SAS) dikenali Soldier N, bahawa anggota elit rejimen itu membunuh Diana beberapa saat selepas kereta Mercedes terbabit bergerak dengan kelajuan 100 kilometer sejam di terowong terbabit ada kebenarannya.

“Saya menemuramah saksi, pegawai perisikan Britain, Perancis, askar SAS sehingga kepada rakan Diana dan Dodi. Saya juga sudah menemuramah ibu bapa pemandu kereta itu, Henri Paul. Bukan kaki mabuk Mereka memeritahu saya bahawa Paul bukan seorang kaki minum atau pemabuk. Semua keterangan yang saya peroleh menunjukkan kematian Diana bukan kemalangan,” katanya.

Sussana berkata siasatan kematian puteri itu tidak mendedahkan kebenaran sepenuhnya, apabila 170 saksi penting termasuk doktor yang mengawet Diana tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan.
Siasatannya menunjukkan jurugambar paparazzi yang dikatakan mengekori Diana hingga saat kematiannya tidak ada di terowong ketika kereta itu terbabit nahas.

“Saksi berkata mereka melihat sebuah motosikal berkuasa tinggi hitam memecut dan memotong kereta Diana di dalam terowong sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Mungkin paparazzi dijadikan ‘kambing hitam’ sebagai punca kematian Diana. Sebahagian daripada jawapannya boleh dilihat daripada keterangan 14 saksi bebas di tempat kejadian yang berkata, beberapa buah kereta dan motosikal mengejar sebelum memotong kenderaan Diana di terowong itu. - AGENSI

Isteri sarat mengandung, dara sunti pula jadi mangsa nafsunya

KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol kenalannya yang berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.

Mohamad Azansazuan Mamat dari Kampung Paloh Rawa, Machang didakwa merogol mangsa sebanyak dua kali pada bulan Disember tahun itu.

Berdasarkan tuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa antara jam 4 dan 5 petang di atas tanah dalam semak di Kampung Cina, Machang.

Manakala pada tuduhan kedua, tertuduh sekali lagi didakwa merogol rakan sekolahnya itu pada masa yang sama di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di kampung sama.

Tuduhan terhadapnya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah.

Pada prosiding semalam, Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin sebelum kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 2 Oktober depan.
Ketika dibawa keluar dari lokap semalam, tertuduh dilihat memeluk ibu dan isteri yang sedang sarat mengandung. Suasana bertukar hiba apabila mereka sekeluarga menangis sebelum tertuduh mencium perut isterinya dan dibawa pergi oleh polis.

Harga petrol: Ikuti Penjelasan Perdana Menteri

Seorang penunggang motosikal melihat notis pemberitahuan kenaikan harga minyak di stesen minyak di Melaka, malam tadi. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Sebahagian langkah penyusunan semula subsidi untuk kukuh kewangan negara

Putrajaya: Harga minyak RON 95 serta diesel dinaikkan 20 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi sebagai sebahagian langkah penyusunan semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan.

Berikutan itu, RON 95 kini dijual pada harga RM2.10 seliter manakala diesel RM2 seliter.

Langkah itu yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam adalah antara inisiatif ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam berdepan persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.

Pada mesyuarat itu, FPC juga memutuskan supaya kerajaan menimbangkan secara lebih teliti pelaksanaan projek sektor awam dengan memberi keutamaan kepada projek dengan kandungan import rendah, tetapi mempunyai kesan penggandaan yang tinggi.

Pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya bertujuan menangani lebihan akaun semasa negara yang semakin berkurangan.

Itu semua alasan...