Ahad, 2 Jun 2013

Homemade Alfredo Sauce Recipe and Tutorial

Homemade Shrimp Alfredo
It is No secret that I love Italian food, especially the yummy, creamy, buttery kinds. We don’t get to eat out much for several reasons. I have 3 kids 6 and under(read chaos and Pricey foods if we eat out, and pricey babysitter if we leave the kids at home). 2 of them have allergies that prevent us from eating out most of the time.
Hubby and I really enjoy good food, but it is hard to enjoy a meal together at this phase of our life. Crossing my fingers that a couple more years puts us in better regards to either eating out or running away.
So we fed the kids something quick and put them to bed, and he and I started cooking an item we love and wanted to savor. I used to be afraid to try to make Alfredo sauce. It seemed so scrumptious that it just seemed to be out of my league. I had dinner with another family one night and she showed me how easy it really was.
So here are some steps for you:
alfredo base ingredients
There are really 3 base ingredients and the rest will be based on your taste. Romano or Parmesan Cheese, Butter (real butter), and Half & Half or Heavy Cream. Don’t worry, we have made it work with other options using what we had on hand, but when we plan for it, this is what we get. I get our cheese and butter from a dairy food co-op.
homemade alfredo
We start heating our pot and add the butter, a lot of garlic, and chopped onion, and a bit of pepper. We let it cook and caramelize together.
homemade alfredo sauce
Then we add in the Cream and Cheese. I don’t measure at all with this, we can always add more cream or cheese, or butter. It is all based on taste. I add in some basil and oregano and a bit more pepper and give it some time to simmer for the cheese to melt.
homemade alfrdo sauce
Do you see all that butter! Now I sound like Paula Deen! LOL, However that is part of the charm of this. It is not something we can eat daily. It is a treat! We savor it and dip bread in it. We taste it and see if it needs anything else. Usually just a bit of salt, but remember you don’t fully taste the salt until the sauce cools so adding and tasting it while hot will mislead you. It really doesn’t need much. In this case, since we were splurging, we added Shrimp that we sauteed, another item we don’t get much of due to the allergies in our home. So, just to make your mouth water just a bit more, here is the finale.
Homemade Shrimp Alfredo
Now go enjoy and see how simple this really is to make. I bet you have most ingredients in your home already. A couple variations we have done based on what we had at home- regular milk, cheddar, gouda, soy milk, provolone, etc. We have used whatever milk type we have had, and the same for the cheese, sometimes multiple types of cheese. It will still work and be yummy. Don’t stress over it. Think of substitutions you can make based on allergies at your home. We still can’t do this for our kids. I can substitute soy milk but no real butter alternative works as well, and we have a dairy allergy.
What options and alternatives have you tried? How have you changed up a recipe before? Are there other recipes you find are easier than you think or ones you would like to learn to do yourself?

Perkongsian jaya Rizman Ruzaini, Fiziwoo

JEJAK ke menara gading di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak tidak lama dahulu telah mempertemukan dua individu kreatif dalam seni reka pakaian.

Permulaan persahabatan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil, 29, dan Rizman Nordin, 29, terjalin saat ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Keakraban yang terjalin diteruskan sehingga ke UiTM Shah Alam, Selangor ketika kedua-duanya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen.

“Mungkin disebabkan kami berdua datang dari utara dan berasal daripada keluarga susah menjadikan kami serasi. Kami duduk menyewa bersama di Shah Alam, malah hasil kerja kami ketika belajar dahulu pun mempunyai banyak persamaan,” ujar Ruzaini yang berasal dari Taiping, Perak.

Perancangan awal Ruzaini bukanlah untuk bergelar seorang pereka fesyen. Usai menamatkan pengajian, lelaki itu mahu menjadi pensyarah. Bayangan bagi menempa nama dalam industri seni tidak pernah diutamakan kerana kurang yakin dengan kebolehannya. Impian itu amat bertentangan dengan Rizman yang terlebih awal mengimpikan kerjaya gemilang sebagai pereka fesyen.

Ekoran keserasian dalam bekerja yang ditampilkan Rizman dan Ruzaini, timbul cakap-cakap orang sekeliling yang mencadangkan mereka bergabung membentuk satu jenama fesyen. Selepas melalui pertimbangan dan perbincangan wajar, kedua-duanya bersetuju bergabung di bawah jenama Rizman Ruzaini.

Busana Ziana Zain

“Kami bermula pada tahun 2005 dan ketika itu masih menuntut di tahun akhir pengajian. Projek pertama kami adalah menghasilkan busana untuk Ziana Zain bagi satu majlis anugerah. Gembiranya tidak terkata ketika Ziana berani mengambil risiko dan meletakkan kepercayaan kepada kami yang pada masa itu tidak dikenali sesiapa. Alhamdulillah bermula daripada situ, perlahan-lahan hasil kerja kami mula diberi perhatian. Malah tidak lama selepas Ziana tampil dalam persalinan kami, Datuk Siti Nurhaliza menerusi pengurusnya meminta kami mereka pakaian untuk satu majlis anugerah. Saya masih ingat kesusahan yang kami hadapi ketika itu. Berbekalkan RM150 yang dipinjamkan arwah ayah, kami berjaya menghasilkan sehelai busana yang tampak elegan dan eksklusif buat Siti Nurhaliza,” singkap Ruzaini ketika ditemui Stailo di butiknya di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Kejayaan demi kejayaan ditempa duo tersebut. Antaranya ialah Anugerah Pereka Popular yang berjaya disandang Rizman Ruzaini selama tiga tahun berturut-turut. Berkat kesungguhan dan kejujuran yang dipraktikkan dalam konteks kerja mereka, nama Rizman Ruzaini hari ini mampu berdiri megah. Pelanggan-pelanggan mereka juga bukan calang-calang, malah menjadi kegemaran artis-artis wanita kelas pertama.

Mungkin ramai berpendapat, apabila dua pereka kreatif bekerjasama, pasti timbul perselisihan pendapat dan pertentangan idea. Rizman dan Ruzaini tidak menolak masih ada pertelagahan idea sesama mereka, namun segalanya mampu dikawal dan diselesaikan secara bernas.

DARI kiri: Ruzaini dan Rizman telah bekerjasama selama lapan tahun.

40 lakaran

“Pembahagian tugas amat kami tekankan. Contohnya, apabila ada koleksi baharu hendak dikeluarkan, kami akan berbincang mengenai tema terlebih dahulu. Katalah sebanyak 20 helai pakaian diperlukan dalam koleksi tersebut, setiap daripada kami perlu menghasilkan 40 lakaran. Proses ini mengambil masa selama sebulan sebelum kami berbincang kembali dan membentangkan idea yang telah dilakar. Kemudian, kami akan mengolah 20 helaian akhir berdasarkan 40 lakaran awal tadi,” ujar Rizman yang berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang.

Selain daripada pembahagian kerja, Rizman dan Ruzaini turut sepakat dalam mengendalikan urusan butik, pelanggan dan selebriti. Apabila ada sesi fotografi bersama artis dan majlis-majlis tertentu, Rizman memainkan peranannya untuk turun padang bagi membawa baju dan menguruskan segala persiapan artis.

Ruzaini pula lebih kepada pengurusan butik dan pekerja. Begitu juga dengan pertemuan bersama pelanggan. Kedua-dua mereka memiliki pelanggan tersendiri tetapi setiap pakaian yang direka perlu berpandukan garis panduan jenama Rizman Ruzaini.

“Selama lapan tahun kami bekerja bersama dan setakat ini belum pernah timbul pertelagahan serius. Dahulu mungkin agak kritikal kerana segala perkara kami uruskan dari awal hingga akhir. Kini kami mempunyai lapan pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses penghasilan pakaian,” tambah Rizman yang mendedahkan bahawa jenama mereka bakal tampil dengan koleksi CT Scarf hasil kolaborasi bersama Siti Nurhaliza menjelang hujung tahun ini.

Kejayaan pereka antarabangsa, Gianfranco Ferre dan Giorgio Armani pula menjadi sandaran pereka duo tempatan yang sedang mencipta nama, Fiziwoo berganding bahu. Meskipun Hafizi Radzi Woo, 24, dan Izree Kai Haffiz, 29, berlainan latar belakang pendidikan, kedua-duanya berjaya menggegarkan industri fesyen tanah air masa kini.

Seperti Ferre yang merupakan seorang arkitek pada asalnya, begitu juga Izree yang memiliki Ijazah Seni Bina Arkitek dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Kepakaran dalam bidang seni bina memacu Izree untuk berkolaborasi dengan Hafizi yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen UiTM Shah Alam.

“Pada mulanya, kami berdua hanyalah kawan baik. Ketika jenama Fiziwoo masih dikendalikan saya seorang, Izree selalu membantu saya ketika pertunjukan fesyen, memberi pendapat saat koleksi baharu dihasilkan dan mengikuti saya ke majlis-majlis fesyen. Semenjak itu, kami mempunyai keserasian dari segi cara kerja, ideologi dan falsafah meskipun berbeza jurusan pelajaran. Namun kecintaan terhadap fesyen mengatasi perbezaan itu dan kami percaya gabungan fesyen dan arkitek mampu menghasilkan idea rekaan yang unik,” ujar Hafizi yang bergabung dengan Izree pada penghujung tahun 2011 dan membuat penampilan sulung bersama di pentas Minggu Fesyen Malaysia Antarabangsa (MIFA) pada tahun yang sama.

Di bawah jenama Fiziwoo, Hafizi dan Izree menghamparkan kreativiti mereka. Skop tugas Izree lebih kepada pengurusan, pemasaran, penjenamaan, strategi dan perancangan serta promosi jenama. Sehubungan itu, tugas-tugas rekaan, kajian dan produksi produk banyak terletak di atas bahu Hafizi.

HAFIZI (kiri) dan Izree (kanan) mula berkolaborasi di bawah jenama Fiziwoo pada tahun 2011.

Dapat perhatian

Biarpun berlainan tugasan, kesefahaman tetap diutamakan. Malah Hafizi dan Izree mengakui bekerja berdua membantu sesuatu kerja disiapkan dengan pantas.

“Tolak ansur dan bersikap rasional menjadi pegangan kami saat melaksanakan tugas,” dedah Izree ketika ditemui Stailo di kediaman merangkap butik Fiziwoo di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor.

Kelibat dua tulang belakang Fiziwoo itu di kebanyakan acara fesyen sering mengundang perhatian. Selain respons positif pemerhati fesyen terhadap hasil kerja mereka, penampilan kemas dan hampir sedondon Hafizi dan Izree juga membuatkan orang menganggap mereka kembar.

Tambah Hafizi: “Apabila bekerja berdua kami dapat mengisi kekosongan yang ada. Ia bermaksud setiap daripada kami mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Sehubungan itu, gabungan ini dapat melengkapkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan sedia ada. Selain itu, jenama Fiziwoo juga dapat berkembang pantas kerana pelbagai kerja mampu dijalankan secara serentak. Idea juga dapat dikongsi bersama ketika merangka sesuatu. Sudah menjadi kebiasaan apabila hendak menghasilkan koleksi baharu, kami akan menjalankan proses perkongsian idea dan pengawalan kualiti. Ketika inilah berlaku percanggahan ideologi tetapi menerusi penapisan, kami dapat memutuskan idea yang terbaik.”

BAT Malaysia umum kenaikan harga rokok 30 sen sekotak hari ini

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan semua harga rokok keluarannya sebanyak 30 sen, berkuat kuasa hari ini. Pengarah Urusan BAT Malaysia, Datuk William Toh berkata, seperti syarikat lain, BAT Malaysia berhadapan dengan tekanan inflasi, buruh dan kos pengeluaran menyebabkan kenaikan kos operasi dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, perdagangan rokok secara haram yang berterusan turut memberi kesan kepada jualan rokok yang sah. "Bagi menangani masalah ini, kami mengambil keputusan menaikkan harga sebanyak tiga peratus kepada semua jenis jenama rokok yang dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sabtu, 1 Jun 2013

Lari tinggalkan mayat kekasih

BAPA Aimi Hamizah, Mohamad Sahak terpaksa dipapah oleh anaknya, Abu Suffian lantaran gagal mengawal emosi selepas melihat mayat anaknya di Hospital Melaka semalam.


MELAKA – Kes pembunuhan seorang gadis yang mayatnya ditemui di tapak pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek Rabu lalu mendapat petunjuk baharu apabila siasatan mendapati suspek meninggalkan mangsa di situ selepas panik melihat pelajar berkenaan mati akibat sesak nafas.

Bagaimanapun, ia masih belum cukup untuk merungkai punca sebenar kematian mangsa kerana laporan bedah siasat mendapati tidak terdapat kesan mencurigakan pada badan mangsa dan tiada tanda gadis itu menjadi mangsa serangan jenayah seksual.

Tambahan pula, doktor menghadapi sedikit kesukaran untuk mengetahui punca kematian ekoran jasad Aimi Hamizah Mohamad, 14, yang sudah mereput.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P. R. Gunarajan berkata, suspek mendakwa, selepas mendapati kelas mengaji dibatalkan pada malam Isnin lalu, mangsa telah membonceng motosikalnya untuk ke sebuah taman berdekatan.

Katanya, suspek berusia 17 tahun yang kini direman itu merupakan kekasih mangsa dan mereka belajar di sekolah yang sama.

“Mereka kemudian telah pergi ke kawasan semak di Kampung Solok Gaung pada pukul 9 malam. Ketika sedang berdua-duaan, suspek mendakwa mangsa mengalami sesak nafas dan suspek cuba melakukan CPR (bantuan pernafasan kecemasan) untuk menyelamatkan kekasihnya namun gagal.

“Akibat terlalu panik dan takut melihat mangsa mati secara tiba-tiba, suspek bertindak meninggalkan mayat mangsa di situ,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0601&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2UxA16AIa
Hakcipta terpelihara

Saluran darah retina mudah pecah

MENURUT Sim Ee, diabetes menjadi punca saluran darah pada retina dan bebola mata menjadi lemah, mudah bocor dan tersumbat


KAJI Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes pada 2012.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman, bilangan pesakit diabetes di Malaysia meningkat sebanyak 31 peratus dalam tempoh lima tahun berbanding pertambahan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.

Pada masa ini, dianggarkan terdapat lebih 5.6 juta pesakit diabetes di negara ini dan 25 peratus daripada jumlah itu mengalami komplikasi kaki yang serius dan memerlukan penjagaan luka yang betul.

“Ramai pesakit diabetes sedar betapa pentingnya penjagaan luka di kaki kerana mahu mengelak ia dipotong. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa risiko diabetes bukan sekadar lumpuh kaki.

“Mereka juga berisiko untuk mendapat retinopati diabetes penyebab buta,” ujar Pakar Optamologi, Pusat Perubatan Tropicana di Petaling Jaya, Dr. Khor Sim Ee.

Jelas beliau, retinopati diabetes adalah gangguan pembuluh darah di retina mata pesakit diabetes melitus. Kerosakan tersebut berlaku disebabkan komplikasi penyakit diabetes yang boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan membawa kepada buta jika pesakit tidak mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Ramai pesakit muda tidak begitu mementingkan kesihatan mata sedangkan ia merupakan penyebab utama kebutaan bagi golongan belia yang baru bekerja,” katanya.

“Kebanyakan pesakit mula mengalami retinopati ini selepas 20 tahun menghidap diabetes.

“Akibat daripada komplikasi tersebut, saluran darah pada retina dan bebola mata menjadi lemah, mudah bocor dan tersumbat.

“Kebocoran tersebut mengakibatkan lemak, air dan darah memasuki retina sekali gus menjadikannya bengkak.

“Keadaan bengkak ini pula menjadi punca pandangan pesakit kabur. Ada masanya saiz serta bentuk objek yang dilihat berubah-ubah.

PEMERIKSAAN awal dapat menyelamatkan mata daripada buta sepenuhnya.


Bocor

“Jika keadaan ini berterusan, pesakit akan mendapati pandangan mereka diganggu oleh bintik-bintik hitam,” jelasnya.

Tambah Sim Ee, disebabkan komplikasi diabetes juga, kesihatan mata mula menyusut. Retina akan kekurangan oksigen dan zat-zat yang diperlukan untuk kekal sihat.

“Memandangkan adanya permintaan oksigen dan zat pada retina, saluran darah baharu akan tumbuh di permukaan retina untuk menampung kekurangan itu.

“Malangnya, saluran darah baharu tersebut bersifat kurang matang. Dindingnya mudah pecah dan pendarahan berlaku di belakang mata. Akibatnya, penglihatan menjadi kabur.

“Secara fizikalnya keadaan mata tidak berubah. Ia kelihatan seperti mata normal.

“Disebabkan itu, setiap pesakit diabetes perlu menjalani pemeriksaan mata.

“Bagi pesakit peringkat pertama, iaitu penghidap diabetes kanak-kanak dan remaja, mereka perlu menjalani pemeriksaan ini selepas lima tahun didiagnosis menghidap penyakit ini. Ini kerana kesan komplikasi tidak dapat dikenal pasti pada lima tahun pertama.

“Bagi pesakit diabetes peringkat dua yang melibatkan penghidap berusia 30 tahun ke atas, mereka harus menjalani ujian saringan ini sebaik sahaja disahkan mendapat diabetes,” katanya.

Jika mereka tidak mendapatkan rawatan awal dan keadaan mata sudah teruk, Sim Ee menambah, parut akan terhasil pada retina mata.

“Ini menyebabkan urat saraf lekang daripada lapisan dalam mata dan membentuk glaukoma yang juga punca kebutaan.

OBESITI dikaitkan dengan penyakit diabetes.


Tidak boleh ditukar

“Jika pesakit datang awal, sekurang-kurangnya kita boleh memberi rawatan untuk mengekalkan penglihatan yang ada.

“Jika sudah terlewat, retina yang rosak teruk tidak boleh diselamatkan lagi. Pesakit akan berdepan masalah buta seumur hidup kerana retina tidak boleh ditukar atau ditransplan, tidak seperti kornea,” jelasnya.

Bagi pesakit retinopati diabetes, ada beberapa kaedah rawatan untuk menyelamatkan mata mereka.

Antaranya, rawatan laser. Kaedah ini dapat membantu mengawal penyakit daripada merebak ke peringkat yang lebih serius.

“Pesakit juga boleh mendapatkan rawatan suntikan ubatan tertentu. Selain itu, pembedahan boleh dilakukan untuk membuang darah, lemak dan air yang bergenang di dalam bebola mata.

“Pesakit diabetes perlu tahu, selain risiko kehilangan kaki, mereka juga berdepan dengan risiko komplikasi mata kalau mereka tidak mengawal penyakit tersebut dengan baik.

“Risiko ini tidak boleh dihilangkan namun dengan pengawalan yang baik, risiko tersebut dapat dilambatkan perkembangannya.

“Sekiranya seseorang itu patuh kepada arahan doktor, dia mungkin mengambil masa selama 10 tahun sebelum kerosakan retinanya beralih dari peringkat permulaan ke pertengahan.

“Namun, jika pesakit tersebut tidak begitu menjaga kesihatannya, tidak mustahil dalam tempoh lima tahun, dia akan buta,” katanya.

Nissan Almera Grade E

WALAUPUN nampak kompak, ruang dalaman Almera sebenarnya luas.


SAYA pernah bertanya kepada bekas seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat automotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman kepada syarikatnya.

Jawapannya di luar jangkaan apabila dia tidak menyebut jenama Korea Selatan seperti yang saya jangkakan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan dengan alasan pengeluar tersebut boleh menawarkan harga kereta yang murah.

Benar katanya, selang beberapa bulan kemudian, Nissan melancarkan Almera pada harga RM66,000 yang berada pada paras harga kereta nasional.

Serta-merta Almera menjadi popular dan mencatat rekod tempahan melebihi 15,000 unit dalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada penghujung Oktober 2012. Almera juga terbukti popular apabila mencatat carian tertinggi dalam senarai automotif Google untuk tahun 2012.

Selepas enam bulan dilancarkan, saya mendapat peluang untuk memandu uji Nissan Almera Grade E. Sebelum itu, sudah lama saya memerhatikan Almera dari luar. Memang diakui saiznya besar dan saya fikir itulah antara faktor jualan utama model tersebut.

Nampaknya pasukan pembina model itu berjaya menekan butang yang betul memandangkan banyak sungguh Almera di atas jalan sekarang. Demografi pembelinya juga pelbagai. Lelaki, wanita, muda dan berusia. Selain itu, Almera merupakan alternatif yang segar di antara pesaingnya yang lain seperti Toyota Vios dan Honda City yang kini sudah memasuki kitaran akhir produk.

Nissan dilihat mempunyai jalan mudah untuk membuat penanda aras memandangkan kedua-dua model itu sudah lama berada di pasaran. Senang kata, Nissan dapat mengagak selera pembeli berdasarkan ciri-ciri yang ada pada pesaingnya. Hasilnya, Almera tampil dengan pakej yang kena dengan selera pengguna. Jadi tidak hairanlah kenapa model itu merupakan sedan global terlaris Nissan.

Saiz dalaman Almera memang besar walaupun dari luar nampak kompak. Ini berjaya dilakukan melalui teknik memaksimumkan ruang. Ruang kaki penumpang belakang luas, begitu juga dengan bonet.

Dua ciri tersebut sangat penting berdasarkan budaya pembeli terutama sekali di negara membangun yang mempunyai keluarga, selain suka berjalan jauh seperti pulang ke kampung dan bercuti. Kerusi pemandu dan penumpang juga selesa. Saya yakin penumpang pasti lena tidur semasa dalam perjalanan.

Penjimatan kos

Daripada tempat duduk pemandu, kerusinya boleh dilaras ke atas dan ke bawah. Namun disebabkan fizikal saya yang tinggi perbezaannya tidak ketara. Melihat keluar, kereta ini terasa tinggi namun itu merupakan poin bonus untuk pemandu wanita dengan fizikal yang rendah.

Almera Grade E adalah varian kedua termurah pada harga RM69,000. Maka peralatannya tidaklah semewah varian lain. Terdapat beberapa ciri-ciri penjimatan kos seperti stereng yang kurang selesa dipegang. Perkakasan plastik juga nampak kasar permukaannya.

Paparan grafik meter juga berbeza daripada varian lain dan nampak biasa-biasa sahaja. Almera Grade E didatangkan dengan hanya satu beg udara di sebelah pemandu. Tetapi sistem keselamatan lain seperti EBD, BA dan ABS dikekalkan.

Dari segi pemanduan, Almera sememangnya ditala untuk negara membangun dengan keadaan jalan yang tidak sempurna. Almera menyerap hentak lopak jalan dengan baik. Pada kelajuan sederhana di atas lebuh raya, kereta terasa stabil walaupun dengan saiz tayar yang langsing. Kiranya dua ciri tersebut boleh saya kelaskan sebagai bagus.

RUANG kabin dengan rekaan ringkas dan praktikal.


Suasana di dalam kabin juga agak senyap. Namun Almera tidak boleh lari daripada sifat kereta sedan biasa. Olengannya sederhana sewaktu mengambil selekoh, manakala stereng tidaklah ‘setajam’ mana.

Untuk kuasa pula, Almera dijana oleh enjin bersesaran 1.5 liter CVTC yang dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. Pecutan Almera terasa linear dan saya fikir mungkin itulah karakter enjin moden yang mungkin dipengaruhi oleh teknologi penjimatan minyak.

Sewaktu memandu dalam keadaan normal, enjin Almera sememangnya senyap dan lancar. Namun karakternya berubah menjadi lebih ‘garau’ apabila gear dianjak daripada seleksi D ke gear 2 semasa mendaki bukit atau memotong kenderaan.

Harus diakui Nissan memang pandai memasarkan kereta mereka bagi memenuhi pelbagai kehendak pasaran. Ini boleh dilihat melalui aksesori rasmi dengan jaminan kilang seperti Nismo, Autech dan paling popular ialah Impul.

Bagi mereka yang mahukan penampilan dan karakter sporty, Nissan ada menyediakan pakej Impul. Pakej itu terdiri daripada kit badan, sistem suspensi dan ekzos dengan tambahan RM10,000 untuk pakej penuh.

Pembeli juga boleh menaik taraf aksesori standard seperti pemain cakera padat kepada DVD dan sistem navigasi, kerusi kulit dan roda aluminium. Jika terasa banyak sangat yang hendak ditambah, beli sahaja model spesifikasi penuh iaitu Grade VL yang pastinya lebih menarik dan mewah.

Setakat ini saya sudah memandu uji tiga buah model Nissan. Harus diakui bahawa produknya mempunyai ciri tersendiri seperti pemanduan selesa dan semestinya penggunaan minyak yang ekonomikal.

Berdasarkan pengalaman pandu uji, saya dapat rasakan Almera dibina dan dibangunkan oleh pasukan jurutera dan pereka berpengalaman. Mereka berjaya memberikan semua ciri-ciri yang diperlukan oleh pasaran.

Almera juga dilihat popular kerana ia menawarkan alternatif sesuai untuk mereka yang baru berkeluarga dan pilihan yang segar untuk menaik taraf daripada kereta bandar. Nissan memasarkan Almera pada masa yang sangat sesuai, ketika pengeluar lain sedang menyiapkan model masing-masing.

Mini

AWAL tahun 1994 menyaksikan pengeluar kenderaan premium Jerman iaitu BMW AG menyempurnakan pengambilalihan Rover Group di Britain.

Langkah itu diambil sebagai salah satu usaha mengembangkan rangkaian produk sedia ada.

Rover Group pada ketika itu memiliki beberapa jenama yang popular seperti Land Rover, Rover, MG, Triumph dan MINI. Rancangan asal adalah untuk mengabungkan Rover Group ke dalam BMW AG.

Namun, pelan itu gagal dizahirkan. BMW AG bertindak melupuskan jenama kenderaan di bawah Rover Group pada tahun 2000. Hanya jenama MINI sahaja dikekalkan di bawah BMW AG hingga hari ini.

Tahun 2001 menyaksikan pengenalan semula kenderaan MINI ke pasaran global. Kali ini, ia bukan lagi sebuah kereta kompak seperti era 1960-an. Tetapi telah diposisikan sebagai produk premium dalam segmen kompak.

Di bawah naungan BMW AG, sebanyak enam model MINI generasi baharu telah dihasilkan. Model itu ialah Hatchback, Clubman, Convertible, Countryman, Coupe dan Roadster.

Sewaktu pameran Detroit Auto Show 2011, MINI mengetengahkan sebuah model konsep iaitu MINI Paceman yang menimbulkan persoalan sama ada ia bakal sampai di saluran pengeluaran atau sebaliknya.

Segmen SAC

Naib Presiden Kanan Koordinasi Perniagaan dan Pengurusan Jenama MINI, Dr. Kay Segler pada pertengahan tahun lalu mengesahkan Paceman ialah model ketujuh MINI.

Baru-baru ini, BMW Group Malaysia telah memperkenalkan MINI Paceman ke pasaran tempatan. Buat masa ini, hanya satu varian sahaja ditawarkan iaitu MINI Cooper S Paceman.

Paceman dikategorikan dalam segmen Sport Activity Coupe (SAC) dan lahir daripada platform MINI Countryman.

Untuk makluman, Countryman ialah sebuah crossover kompak dalam kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) dan dilancarkan di negara ini pada Mac 2011.

Perbezaan fizikal ketara antara MINI Paceman dan Countryman adalah jumlah pintu dan kerusi bahagian belakang.

Paceman didatangkan dengan dua pintu dan empat tempat duduk. Sementara Countryman pula memiliki empat pintu dengan kapasiti lima tempat duduk.

Wajah hadapan Paceman adalah sama seperti model Countryman. Bumbung jentera coupe itu ada iras-iras model Range Rover Evoque. Setakat ini, Paceman belum ada pesaing secara langsung.

Ruang kargo seluas 330 liter boleh ditingkatkan kepada 1,080 liter dengan menurunkan kerusi belakang.


Paceman membawa beberapa inovasi terbaharu ke dalam rangkaian kenderaan MINI. Pembaharuan paling ketara adalah adaptasi set lampu belakang yang diletak secara melintang.

Sebelum ini, semua model MINI generasi baharu dilengkapi set lampu yang memanjang ke bawah.

MINI Cooper S Paceman juga tampil sebagai produk MINI pertama di negara ini yang mempunyai plat nama di bahagian belakang.

Tindakan itu disifatkan tepat pada masanya memandangkan rangkaian produk dan pasaran MINI sudah berkembang ke dalam beberapa segmen baharu.

Pertumbuhan positif

Malah permintaan untuk kereta itu di Malaysia juga menunjukkan trend peningkatan. Buktinya, tempoh empat bulan tahun ini merekodkan pertumbuhan serahan kenderaan sebanyak 14 peratus.

“Pada tahun ini, sebanyak 121 buah MINI telah diserahkan berbanding 106 buah MINI pada tempoh yang sama tahun lepas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

MINI Cooper S Paceman dipasang enjin petrol empat silinder dan suspensi sport untuk mengekalkan warisan pemanduan go-kart dan berprestasi.

Satu butang sport didatangkan bersama model itu untuk meningkatkan keseronokan pemanduan di bandar.

Apabila butang itu ditekan, ia akan mengaktifkan program sport yang ditala khas dan mengubah respons enjin termasuk menambah kuasa ketika gear ditukar.

Bahagian kabin memaparkan susun atur kemas dengan mengekalkan ciri-ciri tipikal seperti panel instrumen meter dan meter laju bulat pada bahagian tengah papan pemuka.

Pembaharuan hanya melibatkan pemasangan butang kawalan tingkap pada bahagian panel pintu dan rekaan baharu corong pendingin hawa.

Susun atur kerusi belakang mengadun konsep ruang istirehat dengan ruang bahu dan kepala yang luas serta boleh diselaras.

METER laju berbentuk bulat ditempatkan di bahagian tengah papan pemuka yang memaparkan pelbagai maklumat semasa kepada pemandu.


Berhubung ruang kargo pula, kapasiti sedia ada adalah 330 liter. Ia boleh ditingkatkan kepada 1,080 liter dengan menurunkan kerusi belakang.

MINI Cooper S Paceman ialah produk pertama dalam rangkaian MINI yang didatangkan bersama ciri penuh MINI Connected termasuklah Mission Control.

Mission Control berfungsi memaparkan pelbagai maklumat berhubung perkembangan semasa sistem operasi kereta kepada pemandu. Tambahan lain ialah sistem radio MINI Visual Boost dan skrin paparan LCD 6.5 inci.

Didatangkan dalam lima pilihan warna termasuk dua warna baharu iaitu biru dan tembaga, model itu ditawarkan pada harga RM288,888 seunit.

Harga itu adalah atas jalan tidak termasuk insurans dan meliputi pakej servis MINI Tender Loving Care.

Sewaktu majlis pelancaran model itu, Pils mengumumkan bahawa pihaknya bakal melaksanakan rancangan pemasangan tempatan (CKD) MINI di kilang pengeluaran di Kulim, Kedah.

Pengeluaran MINI CKD itu dijadualkan bermula pada akhir tahun ini. Ia hanya untuk pasaran Malaysia dan masih belum ada rancangan untuk dieksport ke negara jiran.

Sumber memberitahu model CKD pertama ialah MINI Countryman. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya.