Rabu, 4 April 2012

Kenapa Mesti Bertudung?

Assalamualaikum......
Wanita akan nampak ayu bila dia memakai tudung dan itu sudah pasti dan amat diakui dan dipersetujui oleh kebanyakkan lelaki. Seperti yang semua sedia maklum yang wanita wajib menutup auratnya dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki kecuali pergelengan tangan dan muka. Jadi rambut adalah sebahagian dari aurat bagi wanita. So, kenapa yang banyak yang masih tak faham tentang perkara nie. Memakai tudung bukannya menjadi suatu kewajiban kepada wanita itu sendiri tapi yang menjadi kewajiban adalah menutup aurat.
Banyak kelebihan wanita yang memakai tudung nie. Antaranya, wanita akan nampak ayu dan cantik bila memakai tudung. Kedua, wanita itu akan lebih dihoramati oleh golongan lelaki. Ketiga, dapat mengelakkan rambut dari terkena panas terik matahari dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang ada. Salah satu kelebihan wanita itu memakai tudung adalah dapat menjaga tona kulit wanita itu sendiri. Sebab itulah wanita yang memakai tudung nie lebih manis dan cantik bila dipandang berbanding dengan wanita yang tak bertudung atau freehair. Memang terdapat fakta secara medical tentang wanita bertudung. Kalau tak percaya, meh baca fakta kat bawah nie lepas tu baru komen erk...
Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS..
Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.
Allah S.W.T. ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung. Hal ini kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang empat saraf yang penting antaranya ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya.
Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA.
Oleh hal yang demikian, pemakaian tudung kepada wanita adalah digalakkan demi untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, dan untuk kecantikan dia juga. oleh sebab itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..
"SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA."








Selasa, 3 April 2012

Tips Penting Untuk Memikat Wanita

1) Jadi Diri Sendiri
Cubalah jadi diri sendiri dan jangan ikut style orang lain.Kita kena ingat,tuhan telah jadikan kita cukup sempurna dan unik.Kenapa perlu jadi diri orang lain?Paling penting,laki tu mesti yakin pada diri sendiri,tak lembik, dan boleh diharap.Perempuan mana yang suka kalau bf dia pengecut dan tak boleh harap?
2) Jaga Kebersihan Diri
Tinjaun yang dilakukan terhadap wanita ciri2 lelaki pilihan mereka adalah lelaki itu mesti tau jaga penampilan diri dan sentiasa bersih.Antaranya :
  • Gigi kena gosok selalu dan tiada saki baki makanan dicelah gigi dan pastikan juga gigi tidak kuning!
  • Sentiasa berbau wangi.Semburkan perfume yang wangi2 pada badan korang dan pastikan juga ketiak korang ditepek dengan deadorant!
  • Kuku kena pendek dan tidak hitam.
  • Bagi lelaki yang dihujani dengan misai dan janggut, pastikan sentiasa kemas dan tidak berserabut!
  • Jangan merokok.( Sebenarnya aku ni perokok..tapi aku tak kisah pun kalau gurl xnak!haha).Statistik menunjukkan perempuan tidak suka akan lelaki yang merokok. ( Aku nak kena berenti rokok lepas ni).
3) Jangan DESPRATE Sangat
Kalau iapun korang tergila-gila sangat dekat perempuan tu, pastikan korang sentiasa cool dan tidak memaksa si dia untuk suka dekat korang.Bagi kaum hawa, lelaki yang jenis macam ni dianggap seperti kebudak-budakkan! ( buat malu je weiii!)
4) Kena Senyum Selalu
Amalan senyum itu adalah sedekah.Banyak kebaikan kalau korang senyum.Muka tak hensem tak apa, yang penting bila senyum nampak manis bila dipandang orang
5 ) Bahagiakan Dia
Sifat semulajadi wanita ialah ingin disayangi dan dicintai sepenuh hati oleh kekasih mereka.Kalau muka korang hensem macam Aaron Aziz sekalipun, tetapi langsung tak pernah hiburkan wanita itu, keberangkalian untuk mereka tinggalkan korang amat tinggi sekali.










Pemilik Matahari

Jangan anda jadi sebangang ini… Wanita Mengaku Menjadi Pemilik Matahari
Setelah berjuta-juta tahun, akhirnya Matahari memiliki pemilik; Seorang perempuan dari wilayah lembab di Sepanyol, Galicia mengatakan dia telah mendaftarkan planet itu di mahkamah setempat sebagai harta bendanya. Angeles Duran (49) mengatakan  dia melakukan tindakan tersebut pada September, setelah dia membaca mengenai seorang lelaki Amerika yang telah mendaftarkan dirinya sebagai pemilik Bulan dan sebahagian besar planet di Galaksi Bimasakti.
Dengan berbekal surat yang dibuat mahkahmah, Angeles Duran secara rasmi mengkukuhkan diri sebagai pemilik matahari.
Memang ada kesepakatan antarabangsa yang menyatakan tak ada negara yang boleh mengatakan memiliki atas satu planet atau bintang pun, tapi kesepakatan itu tak menyebut-nyebut mengenai perseorangan, kata Angeles Duran. “Tak ada penghalang, saya membuatnya  secara hukum, saya tidak bodoh, saya tahu hukum. Saya melakukan itu tapi orang lain juga dapat melakukannya, itu cuma berlaku buat aku sebagai yang pertama.”
Dokumen yang dikeluarkan tersebut menyatakan Angeles Duran sebagai “pemilik Matahari, satu bintang jenis G2, yang berada di pusat Sistem Tata Surya, dan dari Bumi berada dalam jarak sekitar 149.600.000 kilometer. Angeles Duran, yang tinggal di kota kecil Salvaterra do Mino, mengatakan ia sekarang ingin mengenakan bayaran buat siapa sahaja yang menggunakan Matahari dan memberi separuh dari hasilnya kepada pemerintah Sepanyol

Isnin, 2 April 2012

Eksekutif Teknologi Maklumat Halang Anak Guna Komputer…

Banyak pegawai tinggi Apple yang mendaftarkan anak mereka ke sekolah Waldorf di wilayah Los Altos, California, kerana di sana komputer tidak boleh digunakan sebelum kelas 8, penggunaannya pun sangat terbatas.
Seperti yang dilaporkan oleh New York Times, komputer tidak diperbolehkan digunakan dalam ruang kelas. Bahkan pihak melarang penggunaan komputer untuk pelajarnya di rumah.
Dari banyaknya pekerja Google yang mendaftarkan anak mereka di sekolah tersebut membuktikan bahwa standard yang diterapkan di sekolah Waldorf ternyata dirasa cukup baik oleh para orang tua.
"Program ini menolak anggapan bahawa teknologi sangat diperlukan pada tingkat dasar pendidikan sekolah," ujar Alan Eagle, salah satu eksekutif di Google yang mendaftarkan anaknya ke sekolah tersebut.
Entah apa yang mendasari pemikiran para pekerja Google yang mendaftarkan anak mereka di sekolah tersebut, mengingat latar belakang orang tuanya yang penuh dengan teknologi.
Eagle mengatakan bahawa anaknya yang duduk di kelas 5 tidak tahu cara menggunakan Google, sementara anaknya yang kelas 8 baru belajar untuk menggunakan Google.
"Di Google, kami membuat teknologi agar semudah mungkin digunakan oleh konsumen, yang mungkin hal inilah yang boleh menghambat perkembangan otak dari anak-anak; semuanya menjadi terlalu mudah," ungkap Eagle.
Sekolah Waldorf cukup berhasil dalam melakukan metode pendidikannya, banyak yang lulus dengan nilai tinggi. Banyak orang tua pun ikut memuji metode pendidikan sekolah tersebut.

Sultan Muhammad V

Sultan Yang Prihatin
SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.
Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.
Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.
Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.
Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.
Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.
Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.
Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.
Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.
Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)
Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah...”
Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.
Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.
Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)
Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.
Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...
Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.
Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.
Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

Ahad, 1 April 2012

Proton Preve

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa model terbaru Proton Sdn Bhd ialah Proton Preve, kini reka bentuk kereta ini boleh dikatakan mewah seperti mana kereta Proton Inspira. Model terkini Proton Preve ini direka khas bagi meningkatkan lagi pasaran pengeluaran kereta Proton sekaligus cuba menandingi syarikat pengeluar automobil yang lain di Malaysia.
Proton Preve
dari sudut tepi ini sudah menampakkan tarikan yang dimiliki oleh kereta ini. Proton Preve ini dijangka akan melepasi rekod terbaik penjualan kereta Proton Inspira sebelum ini. Lagi beberapa keping gambar kereta Proton Preve terbaru.
Proton Preve
Proton Preve
Proton Preve
Proton Preve
Selepas hari pelancarannya nanti berkemungkinan lebih banyak lagi koleksi gambar-gambar Proton Preve ini di internet. Apakah respon anda tentang model terbaru ini? Adakah ia cukup menarik di mata anda sekalian?


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA
Tentunya semua penjawat awam tertunggu-tunggu untuk melihat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012. Namun seperti biasa capaian ke laman web JPA akan terganggu dan lembab. Untuk itu sebagai alternatifnya, kami bawakan khas untuk anda…
Hebohkan kepada semua mengenainya untuk mendapatkannya disini…