Selasa, 4 Februari 2014

Pandangan Syiah Tentang Makam Umar Bersebelahan Dengan Makam Rasulullah?

Seorang syiah yang berkunjung ke kota Madinah dan hendak menziarahi makam Rasulullah. Ketika dia sampai di makam Rasulullah, dia memberi salam dan mendoakan beliau.

Ada yang aneh, dia melihat orang-orang berhampiran dengannya ikut mendoakan dua makam bersebelahan makam Rasulullah. Dua makam itu tidak lain adalah makam Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Alangkah terperanjat dan terkejut dia melihat perkara tersebut. Musuh terbesar dalam agamanya iaitu Abu Bakar dan Umar, musuh yang selalu dia mencela, maki dan dia kafirkan selama ini dikuburkan berdampingan dengan makam orang yang dicintainya. Bagaimana mungkin musuh dikebumikan dekat dengan Rasulullah?
Dia pun tersedar, dan merasa dibohongi oleh para ulama syiah. Kemudian dia bertaubat memohon ampun pada Allah dan mengganti aqidahnya dari syiah menjadi ahlus sunnah. Tidaklah terlalu menghairankan, kerana imam Syiah sendiri (orang yang yang mereka anggap sebagai Imam), Ali bin Musa Ar-Ridha dikuburkan dekat dengan makam khalifah Abbasiyah yang Sunni, Harun ar-Rasyid di bandar Masyhad (dulu bernama Thus), Iran.

Bahkan, orang yang dianggap sebagai Imam ke-8 oleh orang Syiah ini yang meminta sendiri agar dikebumikan di sisi makam Harun ar-Rasyid. Makam Imam Ali bin Musa ar-Ridha berhampiran dengan makam Harun Ar-Rasyid di bawah kubah yang sama dalam masjid yang sama di Bandar Masyhad, Iran.

Kata Syaikh Mamduh Farhan Al - Buhairi, "Tidak mungkin seorang lelaki memberikan wasiat untuk dikuburkan di sisi jenazah seseorang, melainkan jika jenazah tersebut termasuk golongan orang-orang soleh dan bertakwa." (Majalah Qiblati, edisi Rabiul Akhir 1433 H)

Bagaimana tanggapan Syiah tentang kubur Umar yang berada di sisi Rasulullah dan Imam Ali ar-Ridha yang berada bersebelahan dengan makam Harun ar-Rasyid?

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Rabu, 29 Januari 2014

10 hotel di Malaysia dicalonkan Anugerah Hotel Hijau Asean 2014

10 hotel di Malaysia dicalonkan Anugerah Hotel Hijau Asean 2014

KUCHING: Malaysia mencalonkan 10 hotel di seluruh negara untuk menerima Anugerah Hotel Hijau Asean yang diadakan bersempena Forum Pelancongan Asean 2014 yang bermula di sini Khamis lepas.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Mohd Daud Mohd Arif berkata sejak dimulakan pada 2006, 40 hotel di negara ini telahpun meraih anugerah itu yang diperkenalkan sebagai sebahagian usaha untuk mempromosi kesedaran terhadap alam sekitar.

"Seperti juga anugerah lain, anugerah ini akan memberi kebanggaan dan menaikkan martabat penerimanya selain dapat digunakan sebagai alat perhubungan awam untuk mempromosi premis mereka sendiri.

"Ini dianggap cara terbaik untuk mempertingkatkan perkhidmatan perhotelan terhadap kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar," katanya pada sidang akhbar Anugerah Hotel Hijau 2014 yang akan diadakan di sini esok.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand Dr Patanachart Kridiborworn.

Sementara itu, Patanachart berkata terdapat 216 hotel di seluruh negara anggota Asean yang telahpun memenangi anugerah berprestij itu dan bagi tahun ini, 86 hotel lagi dijangka meraih gelaran Hotel Hijau.

Beliau berkata anugerah berkenaan diadakan dua tahun sekali dan setiap pemenang mengekalkan gelaran itu selama tiga tahun.

"Sudah tentulah mereka akan berusaha mengekalkan kualiti perkhidmatan dalam usaha mengekalkan gelaran, jika tidak mereka akan kehilangannya," kata Patanachart.

Beliau memperjelaskan jawatankuasa anugerah itu menetapkan kriteria atau garis panduan yang menggalakkan perkhidmatan mesra alam sekitar dalam operasi hotel.

"Kriteria yang kami tetapkan adalah tentang dasar dan tindakan alam sekitar dalam operasi hotel, penggunaan produk mesra alam, kerjasama dengan komuniti dan pertubuhan setempat serta pembangunan insan," katanya.

Khamis, 23 Januari 2014

Dekorasi Ruang Tamu

Bosan dengan ruang tamu anda? Cobaterapkan beberapa ide dekorasi ruang tamu yang akan kami hadirkan untuk menginspirasi anda melakukan sedikit renovasi atau sekedar menata ulang ruang tamu yang anda miliki.
Ruang tamu bisa mendapatkan fungsi ganda yakni tempat bersantai. Meskipun sekarang ini gaya rumah minimalis modern yang memiliki space sempit biasanya diakali dengan ruang tamu yang sempit pula, karena jarang digunakan. Sehingga bisa memiliki ruang santai tersendiri dibalik ruang tamu tersebut. Lebih lengkapnya bisa baca-baca artikel lain di blog ini.
Memilih dekorasi ruang tamu tak mesti harus mengadopsi gaya modern, gaya antik dan klasik atau vintage pun bisa diaplikasikan selama nyaman dan sesuai dengan gaya rumah anda.
Gaya Klasik Elegan

Gaya klasik nan elegan bisa anda terapkan untuk ruang tamu. Unsur-unsur pendukungnya bisa dilihat dari perpaduan warna juga kualitas furniture yang terdapat pada ruangan. Warna beige memang selalu bisa tampil elegan jika disandingkan dengan warna gelap atau perpaduan dengan abu-abu di sekelilingnya.
Aksesoris Pendukung

Meja kecil atau yang sering disebut “coffe table, vas dan bunga, juga bantal untuk sofa minimalis bisa digunakan sebagai aksesoris pendukung ruang tamu yang anda miliki. Pilih warna yang sesuai dengan sofa, lantai, atau dinding.
Gaya Minimalis

Desain minimalis yang paling difavoritkan oleh banyak orang. Tampilannya yang elegan, modern, bersih, dan simpel membuat banyak orang jatuh hati terhadap konsep modern ini. Anda bisa cek artikel tentang ruang tamu minimalisuntuk mendapatkan berbagai macam gaya ruang tamu yang pas untuk rumah anda.
Pemilihan Warna

Memilih warna juga terkadang menjadi hal yang sulit. Namun jika anda memilik cat rumah minimalis berwarna netral seperti putih atau abu-abu, anda akan lebih mudah melakukan dekorasi ruangan dengan berbagai warna sesuai keinginan. Misalnya diberikan aksen hijau, merah, dan kombinasi warna hitam.
Siap melakukan dekorasi ruang tamu minimalis anda?

Terapi lilin buang toksin

Terapi lilin buang toksin  
Selain telinga, terapi lilin juga dilakukan pada muka.
 
Teknik rawatan alternatif bersihkan kotoran dalam telinga, muka

Terapi lilin antara kaedah ditawarkan di kebanyakan spa dan pusat kecantikan.

Terapi ini juga dikenali terapi pembersihan kerana berupaya menyerap keluar toksin dan bau dalam telinga, selain membantu melancarkan peredaran darah, pernafasan, membuang angin serta memberikan kelegaan otot mahupun saraf yang tegang di sekitar leher
 
Ada yang mempercayai ia teknik rawatan alternatif untuk membersihkan kotoran di dalam telinga, selain membantu menyembuhkan beberapa penyakit telinga.


Kaedah rawatan ini dipercayai berasal dari Amerika Selatan dan diamalkan oleh suku kaum asli, Red Indian, lebih 4,000 tahun lalu. Ia juga dikenali dalam kalangan masyarakat India kuno dan Tibet.

Mereka menggunakan lilin herba terpilih, khusus untuk rawatan seperti madu lebah asli, kulit kayu manis dan herba tradisi Cina yang dipercayai dapat memberikan ketenangan, merehatkan minda serta menyembuhkan penyakit.

Mudah dan pantas

Bagaimanapun, pada masa sama, masih ada yang kurang mempercayai penggunaan terapi lilin ini dan menganggap ia hanyalah gimik untuk mengaburi pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan ini. Apa pun, menariknya rawatan dilakukan sangat mudah, pantas dan tidak memerlukan pembedahan.
Hanya perlu baring mengiring dan sebatang lilin khas akan dibakar hujungnya dan diletakkan pada hujung telinga.

Prosesnya juga mengambil masa tidak terlalu lama dan tidak menyakitkan langsung. Pada akhir rawatan, hanya hasil yang dinantikan dan dianggap sebagai kekotoran yang keluar dari telinga.

Pakar Aestetik dan pemilik Ananaz MediSpa, Samsinar Mashood, berkata kaedah ini antara alternatif dan usaha yang boleh dilakukan, manakala penerimaannya bergantung kepada individu.

Samsinar berkata, kebiasaannya corong lilin yang digunakan diperbuat daripada kain yang direndam dengan madu dan campuran herba seperti kulit kayu manis, memandangkan ia bahan antiradang.

Katanya, individu yang mendapatkan rawatan berasa lega sedikit selepas menjalani tiga sesi. Tiada kajian saintifik berhubung faedah rawatan ini.

Gangguan seksual di tempat kerja


Gangguan seksual di tempat kerja 

Ramai mangsa tidak yakin buat laporan terutama kepada majikan

Natasya, 27, (bukan nama sebenar), setiausaha kepada seorang pengurus kanan sebuah syarikat. Wajah cantik dan personaliti menarik.

Natasya kerap diganggu rakan sekerja lelaki yang suka datang mengejut di belakangnya sambil mengusap bahu, menyentuh wajah, memegang tangan, payudara dan cuba menciumnya.
Bukan setakat itu, pekerja lelaki itu sering menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bercerita mengenai hubungan seksual dan tidak pernah jemu mengajaknya keluar makan.

Kejadian itu berlarutan, akhirnya Natasya tidak tahan dan mengadu kepada pihak atasan. Malangnya aduan itu tidak dipedulikan menyebabkan dia membuat laporan polis. Kini, kesnya sedang disiasat.

Kunci mulut

Gangguan seksual di tempat kerja adalah, isu lama tetapi sering kali menjadi ‘hangat’ apabila pelaku terlepas manakala mangsa pula ‘mengunci mulut’.
Keadaan itu berlaku kerana mangsa tidak yakin untuk membuat aduan, malah, mangsa sering dipersalahkan kerana tiada bukti kukuh hingga menyebabkan mereka tidak mahu memanjangkan kes. Apatah lagi, rata-rata kejadian dilakukan rakan sekerja.

Tambahan pula bagi kebanyakan aduan diterima, pelaku dalam kalangan bos yang memiliki pengaruh di pejabat berbanding mangsa yang rata-rata terdiri daripada pekerja biasa.

Kod amalan

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow, berkata isu gangguan seksual berlaku dalam pelbagai cara.

Katanya, selepas ‘Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja’ dilaksanakan pada 1999, semakin ramai mangsa membuat laporan dan merasai mereka dilindungi.

“Kes gangguan seksual diterima akan diselesaikan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Kementerian Sumber Manusia mengikut kod amalan berkenaan. Berdasarkan statistik, sejak diperkenalkan pada 1999 hingga 2010, sebanyak 297 kes diterima.

Selasa, 21 Januari 2014

Suami 'restu' isteri jual tubuh untuk cari wang tambahan



KUALA TERENGGANU - Demi mendapatkan wang tambahan, seorang wanita warga Kemboja dipercayai sanggup menawarkan diri untuk dijadikan hamba seks, selain mencari rezeki menjalankan perniagaan emas Kemboja dari rumah ke rumah.

Lebih memualkan, pekerjaan ‘lebih masa’ yang dilakukan itu turut diketahui suaminya, namun disebabkan kesempitan wang, si suami terpaksa ‘tutup mata’ dan merestui pekerjaan yang dilakukan isterinya.

Aktiviti tidak sihat ibu kepada tiga anak itu yang dikenali sebagai Santari, 24, terbongkar selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, sempena Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen, Mohd Shahrir Khalil berkata, siasatan mendapati pasangan warga asing itu sudah hampir tiga tahun menetap di negara ini menggunakan pas pelancong.

“Hasil soal siasat, wanita itu mengaku mengambil kesempatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya semasa menjalankan perniagaan menjual barang kemas dari rumah ke rumah.

“Dia mendakwa suaminya yang turut ditahan, tidak kisah dengan pekerjaan ‘tambahan’ itu kerana pendapatan suami sebagai buruh binaan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Mohd Shahrir berkata, wanita itu juga mengakui, selain menawarkan khidmat seks kepada orang tempatan, dia juga menawarkan khidmat sama kepada warga asing termasuk Pakistan, India dan Indonesia.

“Turut ditahan dalam serbuan itu, suami; dua anaknya berusia empat dan 15 tahun dan adik iparnya berusia 19 tahun. Mereka ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, seorang pelajar tabligh, Rumly El, 19, dari Kemboja turut ditahan atas kesalahan visa tamat tempoh.

Rumly ketika ditemui berkata, dia menyedari visanya sudah tamat tempoh dua minggu lalu, namun terlambat memperbaharuinya kerana mendakwa terlalu sibuk bekerja.

“Saya sudah mendalami ilmu agama di negara ini selama lapan tahun. Sebelum ini saya menuntut ilmu al-Quran di Johor dan selepas tahfiz 30 juzuk, saya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu kitab pula.

“Bagaimanapun, akibat masalah kewangan, saya terpaksa menangguhkan pembelajaran dan datang ke Terengganu untuk bekerja sebagai buruh binaan sebulan yang lalu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, seramai 135 Pendatang Asing Tanpa Izin berjaya diberkas dalam Operasi Ops 6P Bersepadu yang dilaksanakan di sekitar Kuala Terengganu.

Mohd Shahrir berkata, dalam operasi membabitkan seramai 154 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi itu, seramai 463 warga asing diperiksa melibatkan 54 lokasi penempatan di seluruh daerah ini.

Jumlah tangkapan itu membabitkan seramai 55 warga Kemboja; 28 warga Bangladesh; 17 warga Myanmar; tujuh warga Pakistan dan 22 warga India.

Kesemua mereka ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.

Isnin, 20 Januari 2014

Rahsia Pemasaran Internet

-Awas, kebanyakan newbie akan jadi mangsa kepada Otai-Otai Internet!! Berikut adalah antara tips pemasaran internet yang seharusnya dijadikan panduan oleh para newbie.

1. Fokus

Kesilapan ramai usahawan yang baru hendak memulakan perniagaan internet ialah tidak focus kepada sesuatu perkara yang hendak dilakukan. Mereka menghabiskan masa denag melakukan kempen di media social dan dalam masa yang sama belajar membuat blog dan website. Silapnya, apabila mereka melayari internet, mereka akan terperangkap dengan promosi-promosi yang tiada kaitan dengan pelan asal perniagaan. Sememangnya tidak salah mencuba tetapi apabila melakukan terlalu banyak perkara dalam masa sama, ia akan mengelirukan anda sendiri.

2. Mencuba sebelum memperkenalkan kepada orang lain

Anda takkan mampu menerangkan kebaikan, keburukan mahupun fungsi sesuatu produk tanpa anda sendiri menggunakannya. Sebagai contoh, anda mempromosikan satu eBook, tapi anda tidak tahu apa kandungan eBook tersebut. Begitulah juga halnya apabila anda cuba menjual software. Saya sendiri pernah menggunakan satu software, dan vendor kepada software tersebut tidak membalas pertanyaan pertanyaan saya, akhirnya, kerugian berlaku.. bukan sahaja kepada pembeli tetapi juga kepada penjual. Penjual tersebut mungkin mendapat komen negative dalam forum.

3. Mengurus Aliran Tunai

Ramai usahawan yang terperangkap dalam perkara ini. Perniagaan internet samalah juga dengan perniagaan fizikal dimana kita mengurus berpelanjaan dan simpanan bagi sesuatu perniagaan. Dala perniagaan internet, kita juga terpaksa mengeluarkan berbagai kos seperti membayar penyedia autoresponder, membayar iklan, hosting, domain dan web designer.  Untuk mengurus aliran tunai dengan baik, kita perlu menetapkan had perbelanjaan yang mana kita mampu sahaja. Disamping itu, menambah kemahiran sendiri akan mengurangkan kos perbelanjaan.

4. Mengambil Tindakan Positif

Ramai Usahawan Internet yang kecundang ditengah jalan dan gagal mengambil tindakan positif dari kegagalan tersebut. Mereka kalah dalam pertarungan yang mudah!! Hakikatnya,  tindakan akan membolehkan anda mempelajari perkara baru dan juga menjadikan anda seorang pejuang yang tulen.

5. Pengikut

Dalam perniagaan internet anda perlu mempunyai ramai rakan yang akan menjadi bakal pembeli anda. Namun, anda harus menyedari bahawa rakan-rakan tadi bukanlah terdiri daripada bakal pembeli yang akan membeli produk anda secara terus. Ini boleh jadi sebagai rakan yang menjadi alat ‘viral’ bagi produk anda. Anda harus ada autoresponder untuk mencari rakan yang ramai. Disamping rakan anda juga perlu menjadi pengikut kepada otai-otai internet. Ia nya akan member peluang kepada anda belajar daripada mereka.