Isnin, 28 Januari 2013

Pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’

Apa? Sungguh berani ingin mencoretkan cerita demikian untuk tatapan minda semua yang mengikuti dan membaca. Sekiranya anda berada dalam situasi “pakcik” apakah reaksi anda sekiranya mendengar permohonan yang sungguh kurang asam dan keji sedemikian. Namun begitu fikirkan apa, mengapa, bila, dimana, bagaimana dan siapa yang berani bertindak sedemikian.

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya

Bapa G : oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.

Teruna : segan cik. Hehe

Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G : boleh takda masalah

Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G : kalau boleh 20 ribu

Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu cik?

Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

Bapa G : itu kenalah Tanya maknya

Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G : abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G : boleh sikit-sikit kot

Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.

Ibu G : kenapa?

Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa G : serius lah sikit.

Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,

aku redha dan akan terus bersama mu,

aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

Hikmah berpoligami

Hidup ini penuh dengan ujian. Kami mahu bawakan satu artikel yang bagus untuk bacaan korang semua yang bergelar isteri. Ia adalah sebuah kisah mengenai seorang isteri yang sangat taat pada Allah dan merelakan suaminya bernikah lagi. Isteri yang diuji : Hikmah kebahagiaan berpoligami - Terbakor
Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…
Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.
Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”
Pembaca sekalian… maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘menguruskan’ diri sendiri, aku kehilangan daya untuk terus berkongsi. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah sunnatullah dalam perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.
Namun, mana mungkin kita lari daripada tanggung jawab dan peranan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman…
Seorang Isteri yang Diuji
Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat juga tetapi segala-galanya disuarakan begitu teratur.
“Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami,” luahnya perlahan.
“Sudah lama?”
“Baru sahaja… Sejak dua bulan yang lalu,” katanya.
“Puan rasa kecewa, marah?”
“Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-galanya dengan baik.”
“Jadi apa masalahnya?” tanya saya terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.
“Masalahnya ialah ibu-bapa saya dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak.”
“Puan bertindak?”
“Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah.”
“Alhamdulillah, kalau begitu… Jadi, apa masalahnya lagi?”
“Bila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersyubahat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah menziarahi tidak semeriah dulu lagi. Saya sedih diperlakukan begini.”
Saya diam. InsyaAllah itu akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah… kekadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin ‘didengari’. Teringat apa yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, manusia peru didengar luahan dan rintihannya sama seperti mereka perlukan makanan.
“Puan, kunci keharmonian dalam poligami ini, insya-Allah, terletak di tangan puan dan suami, bukan di tangan ibu-bapa puan, ibu-bapa suami, apalagi oleh ipar-duai puan,” akhirnya saya bersuara. Perlahan-lahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.
Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan,”Jika puan tabah, tenang dan kelihatan ‘steady’, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan ‘bising’ seketika sahaja. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-galanya. Apa rasa puan berpoligami?”
“Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya,” ujarnya.
Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah ‘rezeki’. Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-galanya dengan tabah sejak awal lagi.
“Apa yang mendorong puan bertindak begitu?” tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.
“Ustaz, suami saya baik. Bertanggung jawab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan kerana suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggung jawab dengan baik terhadap dua orang wanita.”
Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar… Ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isteri sendiri.
“Sejak awal lagi rumah tangga kami dibena atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istiharah dia. Sebelas tahun berlalu, telah bermacam-macam-macam ujian kami lalui. Istikharah itu pun diujikan? Begitu yang saya baca dalam tulisan ustaz. Istikharah itu pun perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-galanya dapat kami harungi bersama. Sekarang… ujian poligami.”
“Puan tidak rasa dieksploitasi?”
“Oh, tidak, “jawabnya dengan tegas, ” tidak sekali-kali ustaz. Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri…”
“Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama dengan suaminya,” pintas saya.
“Mengapa ibu-bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya yang menanggung segala-galanya?” Dia kembali kepada permasalahan asalnya.
“Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepsi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiyaan. Padahal, poligami itu adalah satu perkongsian dan pembelaan.”
“Mungkin kerana pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini,” balasnya.
“Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit penceraian terjadi… apakah penyebabnya poligami?”
“Masyarakat kita hanya mengikut sentimen. Bukan berdasarkan ilmu dan fakta, ustaz.”
“Saya tidak nafikan, ada juga yang lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba,  dan sebab-sebab lain yang tidak syar’ie. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka  tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!”
“Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap negatif ibu-bapa, mertua dan ipar-duai saya?”
“Selagi puan tabah, selagi suami puan berlaku adil dan bijak mengemudikan rumah tangga, insyaAllah semuanya akan reda dengan sendirinya.”
“Sunyi juga. Terasa kehilangan.”
“Inilah hikmah besar poligami puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan untuk akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!”
“Saya akan kehilangan cinta suami?”
“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”
“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah!”
Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al Quran dan Al Hadis. Atau oleh sajak dan ungkapan yang indah dan puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan… Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita… kerana bahagia itu ditempa oleh derita!
“Kekadang datang juga rasa cemburu… bagaimana?” kembali suara itu mengocak lamunan saya.
“Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?”
“Begitulah ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat, membaca Quran,  dan buku-buku yang tangguhkan membacanya sejak dulu.”
“Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri,” dorong saya.
“Seperti mana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu bila diuji,” ujar saya perlahan.
“InsyaAllah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz pesankan… jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya. Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?

Sambuatan Maulidurrasul…

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRXRRlbR0_ZAtCtKiCB6torVNyHETQwUid6GBDU2o-HR0z75ObU8MjjOTf0F2UyfMkN7I_eYKx6AkFW48QWKZ9ulEXi6pCSQugdbzLm1KP14ljkydkGncbf3fPIgIZbiFe0LadN8lKwng/s1600/Maulidur-rasul.jpg

 

Picture1

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Imran: 31)

Alhamdulillah, Rabiul Awal datang lagi. Sudah beberapa kali kita telah menemuinya, kali ini entah yang keberapa kali dalam hidup kita ataupun mungkin ini adalah yang terakhir buat kita. Hanya Allah swt yang mengetahuinya. Sebenarnya setiap bulan yang kita tempuhi samada Muharam atau Safar dan lain-lainnya hendaklah kita bersyukur kehadrah Allah swt kerana kita masih dipanjangkan usia. Bezanya pada Rabiul Awal ini kita ummat Islam bersama-sama menyambutnya dengan peristiwa yang di penuhi kecintaan kepada rasul junjungan Nabi Muhammad saw yang lahir pada bulan ini.
Bukan bererti hanya pada bulan ini sahaja kita ummatnya mengingati baginda rasulullah saw. Tidak juga bererti pada bulan ini kita di mestikan membuat perayaan-perayaan sambutan secara rutin sekadar sambutan sahaja, tetapi ianya bertujuan supaya setiap muslim lebih mengetahui sejarah hidup baginda Rasulullah saw seterusnya bakal menimbulkan bibit-bibit kecintaan kepada seorang manusia yang diangkat menjadi nabi dan rasul terakhir kepada ummat manusia.
Memang salah kalau ada yang menganuti Islam mengkhususkan kecintaan kepada rasul junjungan hanya pada bulan Rabiul Awal . Begitu juga teramat keliru jika ada ummat Islam sendiri yang menganggap bahawa bulan Rabiul Awal sahaja bulan perayaan bagi nabi. Yang benar kita ummat Islam hendaklah sentiasa mencintai nabi pada setiap masa dan ketika. Firman Allah swt:
9:24
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(Al-Taubah: 23)
Dari ayat di atas, terbukti bahawa kita ummat Islam perlu disetiap masa dan ketika melaksanakan ajaran Allah yang ditunjukkan oleh rasulnya. Hanya sahaja sebagai tanda untuk menunjukkan kecintaan itu, tidak salah jika kita bersepakat meraikan bulan bulan kelahiran nabi saw.
Di ketika musuh berada di setiap penjuru kita. Sebut sahaja di rumah dengan siaran televisyen yang memaparkan tubuh-tubuh wanita yang terbuka luas auratnya, suara di radio yang sentiasa memikat pendengar untuk berbual, berborak dengan kita yang perkara-perkara melaghakan, iklan di media massa dan sebahagian akhbar majalah yang di penuhi dengan gambar-gambar lelaki perempuan yang bukan muhrim berpegangan sana dan sini tanpa segan silu, tiada malu sedangkan nama yang terpapar adalah nama-nama orang Islam yang mengaku cintakan Allah dan RasulNya. Betulah sabda junjungan yang bermaksud:
Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku sebagaimana (orang nasrani) berlebih-lebihan memuji Isya bin Maryam. Katakanlah (tentang aku) hanya sebagai seorang hamba Allah dan rasulNya.
dan sabdanya lagi yang bermaksud:
sekiranya kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukan apa sahaja yang kamu kehendaki.
Jadi tujuan sambutan mengingati maulidurrasul atau kelahiran Nabi Muhammad saw ini bukan seqadar mematuhi rutin acara tahunan dan mengabiskan masa cuti atau tenaga dengan berselawat sana sini dengan bermacam-macam bawaan-bawaan (sepanduk), tetapi jauh dari semua yang di sebutkan adalah supaya kita umat islam di segerkan kembali dengan sejarah perjuangan baginda Rasulullah saw. Sejarah dalam pengertian bukan untuk dijadikan kenangan nostalgia tetapi untuk dijadikan iktibar dan pedoman supaya dapat mengembalikan kemuliaan Islam sepertimana terkenalnya bangsa arab setelah kedatangan Muhammad saw dan masyornya bangsa-bangsa lain setelah menerima kedatangan Islam.
Oleh itu, kalau kita antara yang sering menghadiri acara selawat dan kerap kali menyebut atau mendengar rangkap yang berbunyi:
engkaulah rahsia hidup mulia; engkaulah obor penyuluh jiwa
Usahlah kita mencari yang lain untuk mulia, jangan sekali-kali terikut dengan mereka yang tiada pegangan aqidah dan meremehkan syariat. Yakinlah bahawa hidup mulia hanya dengan kembali mengikut ajaran yang ditunjukkan nabi junjungan saw. Firman Allah swt:
33:36

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

(Al-'Aĥzāb)

Memang sejak dahulu lagi dan berterusan sehingga ke hari ini bermacam-macam tohmahan, herdikan ditujukan kepada peribadi mulia junjungan besar Nabi Muhammad saw melalui berbagai cara dan wadah samada tulisan atau gambar serta filem dengan niat semata-mata untuk menjatuhkan maruah Islam dan ummatnya, sedangkan Allah swt telah berfirman:
61:8
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Malang sekali jika setiap tahun kita meraikan dan menyambut mauliduRasul dengan berselawat dan memuji baginda tetapi sunnahnya tidak kita jaga. Ambil sahaja contoh yang berulang kali berlaku dalam masyarakat kita yang ingin melangsungkan perkahwinan, setelah semuanya di ijab kabulkan oleh imam atau wali yang bertauliah, terus sahaja si suami mencium si isteri di khalayak ramai, kadangkala di dalam masjid, kononnya untuk acara membatalkan wudhu’, pada halnya ia telah membelakangkan sunat nabi saw kerana tidak perlu pun mengucup pipi atau dahi isteri di khalayak ramai. Percayalah ianya merupakan amalan bukan Islam tetapi sudah meresapi di dalam jiwa pemuda-pemudi muslim yang dengkal itu cetek pengatahuan ajaran Islamnya. Kita yang bergelar ibu atau bapa jangan dibiarkan cudayan ini menular kepada anak-anak kita.
Akhirnya marilah kita menjadikan sambuatan Maulidurasul kali ini sebagai pengukuhan imyaj ummat Islam untuk lebih berdaya saing dengan mengambil sifat-sifat yang ada pada nabi Muhammad saw seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathanah.
Demi meraih kehidupan cemerlang dunia akhirat, wajib atas kita memperbanyakkan ilmu pengetahuan tentang riwayat baginda yang bermati-matian memperjuangkan Islam supaya kita mampu mengasihinya dengan sepenuh hati dan terlebih penting biarlah kita dapat meneguk air kolam baginda saw yang sering kita lafazkan dalam selawat: “kolam airmu sejuk jernih, kunjungi kami hari akhirat. “ dengan itu marilah kita semua bersama-sama bermuhasabah diri. Dapatkah kita meneguk air kolam nabi?

Rabu, 23 Januari 2013

Berkuda tajamkan fokus minda

SUDAH menjadi persepsi ramai bahawa sukan berkuda sering dikaitkan dengan status sosial seseorang kerana kuda sinonim sebagai lambang kemegahan.
Bagaimanapun, hari ini persepsi seperti itu seharusnya dikikis memandangkan semakin banyak pusat sukan berkuda boleh disertai orang ramai pada harga berpatutan.
Apatah lagi, sukan berkuda bukan sahaja menjadi satu rekreasi yang menyihatkan tubuh, bahkan mental seseorang.
Disebabkan itu, Kelab Ekuestrian Asia (AEC) dan sebuah syarikat berpengkalan di United Kingdom, Oxcell Inspire mengasaskan program kepimpinan berkuda yang pertama di Asia. Program Kecemerlangan Kepemimpinan Berkuda Al-Muharib (KKBA) itu dicetuskan bagi memecahkan batasan keupayaan manusia menerusi penguasaan kawalan pergerakan kuda dan komunikasi antara penunggang dengan haiwan pantas itu.
Presiden AEC Malaysia, Datuk Dr. Nek Abd. Rahman Saleh berkata, program tersebut menerapkan pelbagai nilai tambah bagi menyerlahkan sifat khalifah dalam diri pesertanya.
“Apabila anda menunggang kuda, fikiran akan menjadi lebih fokus kerana minda akan dilatih untuk menumpukan perhatian terhadap cara menstabilkan diri agar tidak jatuh dan pada masa yang sama berupaya mengawal pergerakan kuda.
“Kuda mengajar penunggangnya untuk tidak berputus asa dan teruskan mencuba sehingga berjaya. Ia diibaratkan semangat juang seorang pahlawan,” katanya ketika ditemui di Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Serdang, Selangor baru-baru ini.
Latihan tersebut berjaya melatih individu berkenaan untuk lebih bersemangat dengan tindakan dan keputusan yang perlu diambil pada masa akan datang.
Pada masa sama, aktiviti menunggang kuda turut menerapkan nilai kerjasama berkumpulan, semangat juang ketika bekerja, kaedah berinteraksi yang berkesan dan pergaulan rapat dalam kalangan peserta program.
“Kuda juga boleh membantu seseorang membina keyakinan diri menerusi kejayaan mereka mengawal pergerakan kuda yang sukar pada awalnya. Kombinasi pergerakan badan, rentak tunggangan kuda dan suhu sekeliling pula membantu keupayaan tubuh memulihkan sistem saraf dalam badan si penunggangnya,” katanya.
Pendiam jadi periang
Individu yang pendiam dan sukar menyesuaikan diri dengan individu lain boleh mencuba rawatan terapi terkini menggunakan kuda.
Mereka akan diajar cara untuk berkomunikasi dengan kuda bagi mendapatkan keserasian antara penunggang dengan seekor kuda.
Lama-kelamaan, peserta yang mengalami masalah pendiam atau lebih dikenali sebagai introvert ini berubah menjadi seorang yang mudah bergaul dengan orang lain.
Menurut Pensyarah Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud, seorang yang introvert suka memendam perasaan dan bersikap mendiamkan diri.
“Masyarakat boleh mengajak individu yang pendiam untuk bergaul seperti berborak dan menjalankan aktiviti bersama-sama. Perkara tersebut dapat membantu mereka berubah sedikit demi sedikit,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Kepimpinan berkuda
Di Eropah, program kepimpinan berkuda diwujudkan untuk menunjukkan betapa kelakuan seseorang mempengaruhi tindak balas sebenar haiwan atau individu lain dalam dunia nyata.
Latihan tersebut membolehkan pesertanya mengamalkan tingkah laku yang lebih konstruktif, seterusnya membantu mereka membina hubungan yang lebih akrab dengan orang lain serta menggalakkan peningkatan prestasi di tempat kerja.
Berbeza dengan manusia, seekor kuda tidak memiliki niat tersembunyi di sebalik setiap perlakuannya.
Kuda akan bertindak balas terhadap apa yang dilihatnya. Ia menggunakan emosi dan pergerakan fizikal bagi menunjukkan perasaannya kepada situasi yang dialaminya pada ketika itu.
Jurulatih kepimpinan berkuda di Eropah mempercayai sikap seseorang terhadap kuda mencerminkan sikap mereka bergaul dengan makhluk lain.
Lazimnya, latihan bersama kuda dapat membantu seseorang meningkatkan keupayaan berkomunikasi secara berintegriti, jelas dan mudah mendapat perhatian.
Sikap kepekaan kuda mengajar penunggangnya cara untuk menjadi ketua yang mampu berkomunikasi dengan efektif dan membentuk kerjasama antara anggota bagi mencapai kecemerlangan pentadbiran sesebuah organisasi.
Dalam pada itu, KKBA yang mula bertapak di Malaysia pula menggunakan khidmat jurulatih bertaraf antarabangsa bagi memastikan peserta program tersebut menerima pendedahan terbaik tentang prinsip yang hendak diterapkan.
“Al-Muharib mempunyai seorang ketua jurulatih yang berpengalaman melatih kuda dalam sukan Olimpik manakala lima orang lagi merupakan jurulatih tempatan yang memiliki sijil pengiktirafan antarabangsa,” katanya.
Badan korporat atau organisasi yang berminat boleh menghubungi AEC di talian 03-4142 7958 untuk sebarang maklumat lanjut.

Penetapan gaji mati staf awam diumum Februari ini


ALI (kiri) bersalaman dengan sebahagian penjawat awam pada majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2013 di PICC, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' pada Februari ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.
"Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan cemerlang mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.
"JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap statik.
"Kami perlu berbincang dengan Perbendaharaan mengenai implikasi kewangan. Kerajaan amat positif mengenainya. Mereka faham gaji statik bukannya jawapan kepada penjawat awam yang berprestasi cemerlang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sebelum itu, Ali menyampaikan amanat kepada kira-kira 4,000 penjawat awam daripada pelbagai kementerian dan jabatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis yang dilaksanakan menerusi sidang video itu turut boleh disaksikan penjawat awam di seluruh negara.
Dalam amanatnya, Ali menyarankan penjawat awam turut memainkan peranan dalam sektor luar negeri khususnya untuk memahat nama Malaysia di persada antarabangsa. - Bernama

Hitler yang perlu anda tahu

1. Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya.
2. Dengan kod etika ketenteraan yang menebal dalam jiwa Hitler, Hitler tidak pernah menanggalkan kotnya di depan orang awam walau apa pun berlaku.

3. Pada 1923, Dr. Sedgwick iaitu Penasihat Akhbar kepada Hitler menasihatkan beliau untuk membuang gaya misai kontot. Hitler dengan nada selamba menjawab,
“Jangan risau tentang misaiku ini,jika sekarang bukan trend fesyen, ia akan menyusul kemudian hari kerana disebabkan aku mengayakannya.”
4. Hitler adalah pemidato terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi. Setiap syarahan beliau akan memukau jutaan orang yang datang menyaksikannya. Tiada siapa dapat menandingi beliau pada masa itu termasuk pemimpin daripada negara-negara musuh. Hitler gemar menggunakan pelbagai gaya untuk memeriahkan ceramah beliau seperti memerli perkataan ‘Say Heii’ yang selalu digunakan oleh cheerleader di Amerika Syarikat. Seluruh penonton ketawa dan teruja sepanjang ceramah beliau.
5. Hitler adalah satu-satunya pemimpin pada WWII yang mengamalkan budaya makanan yang sihat. Beliau adalah seorang Vageterian, tidak minum arak serta merokok. Miskipun usia beliau pada ketika WWII boleh dikatakan sudah melebihi 50-an,tubuh beliau tetap mantap dan terampil. Berbeza dengan pemimpin Britain, Winston Churcill dan pemimpin Russia, Joseph Stalin.!
Meskipun berumur lewat 50-an, beliau masih kelihatan segak dan aktif
6. Hitler adalah seorang yang bergitu mengagumi ISLAM, dalam satu petikan ucapannya, beliau berkata:
“You see, it’s been our misfortune to have the wrong religion. Why didn’t we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness….”
Hubungan Hitler dengan Mufti daripada Palestin, Sheikh Hj. Amin al-Husaini adalah tersangat akrab. Beliau juga menubuhkan satu divisen khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hadzar yang berkhidmat di rantau Balkan.
7. Meskipun dikutuk oleh banyak media Yahudi yang menceritakan profil kehidupan awal Hitler yang dikatakan sebagai seorang budak dungu dan lembap, beliau sebenarnya memiliki IQ setinggi 141,hampir setaraf dengan Albert Eistein.!
8. Hitler pada penghujung usianya iaitu ketika 56 tahun mengalami penyakit yang biasa bagi seorang tentera iaitu Parkinson. Dikatakan, rakaman beliau yang terakhir ketika mengadakan kawad cam untuk Hitler Youth di Berlin melihatkan tangan kiri beliau yang terketar-ketar.
9. Hitler adalah seorang yang penyayang. Meskipun media Yahudi selalu melabelkan Hitler sebagai seorang yang layak digelar Iblis adalah seorang yang bergitu menyayangi binatang terutamanya anjing dan kucing. Semasa WWI(perang dunia pertama) menjumpai anjing yang digelar Little Fox. Hitler mengajar Little Fox dengan pelbagai teknik bagi menghiburkan rakan askarnya yang lain. Ketika Little Fox hilang seperti seorang hilang semangat dan murung buat beberapa ketika.
Hitler dirakam memberi makan kepada seekor anak rusa. Tidak adil jikalau mengadili Hitler sebagai Penjahat sepanjang zaman kerana ramai lagi pemimpin lain yang kejam lagi zalim. Malahan kejadian Holocoust masih boleh dipertikai.
Dan normal bagi setiap peperangan, mesti akan melibatkan nyawa. Jadi tidak adil kalau dikatakan Hitler ini seorang pembunuh kerana pemimpin negara lain seperti Britain,Russia, dan Amerika Syarikat juga menyebabkan banyak nyawa melayang. Malah Amerika Syarikat menyebabkan Bandar Hiroshima dan Nagasaki hancur lebur disebabkan bom Atom.!
10. Hitler adalah seorang yang pandai melukis. Masa lapang beliau diisi dengan melukis pelbagai pemandangan. Selain itu, tulisan tangan Hitler adalah bergitu cantik seperti feminine. Seorang psikologi bernama Carl Jung menyatakan:
11. Tinggi Hitler adalah 179cm atau 5 kaki 8 inci. Beliau tidaklah sekecil mana seperti yang digembar-gemburkan oleh majalah-majalah dan media-media Yahudi.

REMAJA

APA ITU REMAJA
Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.
PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN
Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.
Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara sesaorang individu dengan individu yang lain.
PERUBAHAN FIZIKAL
PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH
REMAJA PEREMPUAN
Buah dada (payudara) mula membesar.
Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari.
Punggung melebar menunjukkan ciri--ciri kewanitaan.
Jerawat mula tumbuh.
Mula didatangi haid
Suara munkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH
REMAJA LELAKI
Suara menjadi garau.
misai dan janggut mula tumbuh.
Bahu dan dada menjadi bidang.
jerawat mula tumbuh.
Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akhil baligh.
zakar dan buah zakar mula membesar.
ORGAN REPRODUKTIF REMAJA PEREMPUAN

Tahukah anda, semenjak lahir sesaorang bayi perempuan mempunyai 4000,000 ova (sel telur). Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga 400 ova sahaja akan matang dan boleh disenyawakan sepanjang hayat seorang wanita.
ORGAN REPRODUKTIF REMAJA LELAKI

KITARAN HAID
HAID MENUNJUKKAN ORGAN REPRODUKTIF SEORANG GADIS TELAH MULA BERFUNGSI
  1. Hari pertama kedatangan haid . Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara seorang gadis ke seorang yang lain.
  2. Pada masa yang sama, ova menjadi matang di dalam ovari.
  3. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.
  4. Ketika pertengahan kitaran haid, ova dibebaskan dari ovari. Ova akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ova tidak disenyawakan oleh sperrna, ova akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid.

HAID

Kebiasaannya seorang gadis akan mengalami haid setiap bulan sehingga dia mengalami putus haid(menopos), kecuali semasa mengandung. Bagaimanapun haid mungkin lewat atau tidak teratur dalam keadaan:
  • Gangguan emosi.
  • Tekanan dalam hidup.
BAGAIMANA MENJAGA KEBERSI HAN SEMASA HAID
Kebersihan peribadi semasa haid adalah amat penting. Semasa kedatangan haid seorang gadis itu perlu.
Mengunakan tuala wanita semasa haid. Tuala wanita perlu di tukar selalu. (jangan buant tuala wanita merata-rata). Bungkus dan buang kedalam tong sampah.
Membasuh kemaluan menggunakan sabun dan air.
Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.
SEGUNGGUT
Senggugut ialah pengecutan dinding rahim yang kuat semasa hari pertama kedatangan haid setiap bulan. Ia akan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut dan belakang. Semasa mengalami senggugut seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah.
Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Senggugut ?
Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berbaring.
Sekiranya tidak-dapat menahan sakit, dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat dengan anda.
DARA
Dara adalah istilah yang digunakan untuk remaja lelaki dan perempuan yang belum pernah mengalami perhubungan seks (persetubuhan).
Bagi remaja perempuan, dara dikaitkan dengan selaput dara. Seorang gadis itu dikatakan hilang dara sekiranya selaput dara gadis koyak akibat dari persetubuhan.
Namunbegitu selaput dara juga boleh koyak akibat dari senaman lasak dan kemalangan. Jika ini berlaku, gadis itu tetap lagi dikatakan dara.
PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI
Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran.
Tetapi, perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak Menghancurkan masa depan remaja.
PERUBAHAN-PERUBAHAN LAIN:
Perubahan- perubahan lain yang tidak kurang penting adalah:.
Perasaan ingin mencari identiti diri
Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri
Ingin mencuba perkara-perkara yng tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Penerimaan rakan sebaya adalah penting.
Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya cuba meracuni golongan remaja.
Bimbingan keluarga, pelajaran dan ugama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.
SOKONGAN SOSIAL
Dalam melalui saat-saat manis alam remaia, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan:
  • Ibubapa.
  • Rakan sebaya: Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.
  • Guru/ orang dewasa yang boleh dipercayai.
  • Sertailah program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat di pesekitaran anda
TIDUR SECUKUPNYA
Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perlu berehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
MENJAGA KEBERSIHAN DIRI Semasa membesar, anda akan lebih kerap berpeluh. Oleh itu anda perlu selalu mandi dan mencuci rambut.
PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Jika anda mahu kelihatan ceria, cergas dan cerdas anda perlu mengambil makanan yang seimbang. Nasi, mi, bijirin, sayur--sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan hasil tenusu serta kekacang. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam diet harian anda.
BERSENAM SECARA TETAP
Senaman akan:
Menguatkan otot
Menjadikan remaja segar pada waktu siang.
Membantu remaja tidur lena di waktu malam.
ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA
lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.
Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan Kemahuan anda sendiri.
Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai......
Nilai yang ingin anda pilih
Memilih rakan sebaya
Arah masa depan anda
Cita-cita anda
Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa
HIASILAH DIRI ANDA DENGAN NILAI NILAI-MURNI
Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.
Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.
Amanah
Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.
Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
Menabung untuk masa depan anda.
ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKAN SEKIRANYA ANDA.
Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda
APAKAH ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI REMAJA YANG SIHAT
Cuba buat penilaian untuk diri anda sendiri mengikut senarai semak ini.
 
 
Jika jawapan anda 'YA' bagi semua soalan di atas, SYABAS! Anda adalah seorang remaja yang sihat. Sekiranya anda menjawab 'Tidak' bagi satu soalan atau lebih, anda perlu mengubah gaya hidup anda. Anda boleh meminta bantuan dari:-
  • lbubapa
  • Kaunselor
  • Guru
  • Doktor