Rabu, 19 Disember 2012

Who Are They… U Should Know

Berikut merupakan pekerjaan asal figure2 yang terkenal di Malaysia...
01. Dato' Yusoff Haslam - Konduktor Bas
02. Nabil (Raja Lawak 2) - Despatch
03. Amy Mastura - Pramugari
04. Ziana Zain - Pramugari
05. Anuar Zain - Pramugara
06. Shamsul Ghau2 - Polis
07. REM - Cikgu
08. Adibah Nor - Cikgu Bahasa Inggeris
09. Amelina - Operator
10. Nubhan (AF) - Kerani Bank
11. Fauziah Ghous - Pramugari
12. Shawal (AF) - Despatch
13. Suhaimi(Inteam) - Guru agama
14. Salleh Yaakop - Askar
15. Aaron Aziz - Penjual Kereta
16. Jimmy (trek selebriti) - Akauntan
17. Rahmat (Ekamatra) - Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
18. M nasir - penyanyi jalanan di CM
19. Kumpulan medicine - pesawah
20. Nora danish - playan kdai mkn mak die
21. Ezlynn - pelayan cafe di tv3 (kedai mak dia)
22. Mahathir mohamad - dokter
23. Rafidah aziz - pensyarah
24. Nik aziz - uztaz
25. Anwar berahim - abim
26. Samy vellu - arkitek
27. YB nizar - engineer
28. Muhammad Taib - cikgu
29. Khir toyo - dentist
30. Abdullah badawi - pegawai kerajaan
31. Almy nadia - keje kilang
32. Ina naim - keje kilang
33. Mawi - qari,pengait kelapa sawit
34. Azean irdawaty - pegawai ban
35. Remy Ishak - bellboy
36. Fahrin Ahmad - pegawai bank
37. Nazim Othman - pramugara
38. Tan Sri Syed Mokhtar - penjual daging
39. Rosmah - Suri rumah tangga dulu kini dan selamanya

Selasa, 18 Disember 2012

Pentingkah ststus ‘DARA’ kepada ‘LELAKI’

Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa di negara ini dalam tempoh satu jam, seramai 6 orang gadis kehilangan dara mereka. Satu kajian juga menunjukkan 15.000 anak luar nikah dilahirkan setiap tahun. Perangkaan ini boleh menjadi satu tamparan hebat kepada kaum lelaki yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Ini kerana mereka bakal dihimpit dilema kerana kemungkinan memperisterikan wanita yang telah kehilangan dara sebelum waktunya.
So, persoalan kat sini, adakah lelaki zaman sekarang masih lagi mementingkan status dara pada seorang gadis? Secara ringkasnya ini adalah pendapat peribadi aku, yang mungkin mewakili pendapat sesetengah golongan lelaki.
Gambar sekadar hiasan tiada kene mengena dengan isi kandung artikel ni.
Aku rasa zaman sekarang ne pun lelaki masih lagi mementingkan status ‘dara’ seorang gadis. Bagi aku, dara tu melambangkan kesucian,maruah dan keperibadian wanita. Bukan bermaksud wanita yang tidak mempunyai dara itu tidak suci, mungkin mereka sukakan aktivit lasak sehinggakan tanpa disedari mereka kehilangan dara. 
Kalau macam tu, aku tetap terima melainkan perkara tersebut berlaku kerana zina. Bagi kes lain, seperti mangsa rogol, ianya terpulanglah kepada lelaki untuk menerima atau tidak. Perlu diingatkan, kes seperti mangsa rogol ini berlaku bukan atas kehendaknya.
Sebenarnya, status dara ne perkara yang subjektif. Lain orang lain pemiirannya. Walau bagaimana pun pun, Tuhan dah tentukan jodoh kita. Macam mana sikap kita, begitulah jodoh kita. Jadi, kalau kita mementingkan status dara atau gadis, kita sebagai lelaki kena juga mempertahankan keterunaan kita.
Walaubagaimanapun, janji Allah itu pasti, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.
Apa pandangan anda?





mesej menuju zina?


video hanya memarkan mesej balas dari pihak lelaki. Sepatutnya kita dah boleh mengagak apakah yang dibalas kembali oleh pihak perempuan.
Teks video dipetik dari satu kisah tidak diketahui sumber asalnya (sangat dihargai jika dimaklumkan) dengan sedikit olahan. Kita yakin kisah tersebut adalah suatu pengalaman yang benar, sama ada yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi buat sesiapa sahaja yang melalui jalannya. Ianya adalah satu PERMULAAN yang berakhir dengan sesuatu yang kita dah ketahui. Anda nilaikan sendiri!

Tradisi seks aneh dari berbagai masyarakat dunia

Percaya atau tidak, ini dia budaya seks aneh yang boleh di katakan unik dari berbagai budaya kehidupan masyarakat  dunia tetapi budaya yang mereka terapkan itu tidak sesuai dengan masyarakat kita yang mengamalkan kehidupan sopan ,beradat dan yang paling penting beragama....
Pedalaman Irian JayaPasangan yang melakukan hubungan seks di semak-semak hutan akan memberikan tanda dengan 2 buah anak panah yang ditancapkan ke tanah dengan menyilang di sekitar tempat mereka melakukannya, yang artinya dilarang mendekati area tersebut, dan jika ada orang yang nekad mendekat, maka akan dipanah.
Tulung Agung, Jawa TimurPunya keunikan sendiri, iaitu saat mereka berhubungan, gayanya diam seperti patung. Akan tetapi, katanya di balik diamnya itu, vaginanya memijit-mijit dengan hebat yang membuat pasangan merasakan kenikmatan.
Venesia, Italy
Sudah menjadi budaya melakukan hubungan seks dilakukan dengan anal seks , konon katanya salah satu tujuannnya adalah untuk mencegah kehamilan, dan alasan lain katanya kerana seks lewat anal lebih kuat cengkeramannya. Padahal seperti sudah di ketahui, seks anal berisiko kerana di dalam anus tersimpan berbagai kuman dan virus menular.
Bahrain
Seorang doktorlelaki  sah secara hukum untuk memeriksa alat vital wanita (vagina), tetapi dilarang keras secara langsung melihatnya selama pemeriksaan! Mereka hanya diperbolehkan melihatnya melalui cermin.
LebanonLelaki diperbolehkan ‘bercinta ’ dengan binatang! asalkan binatang itu betina. Hukuman mati dikenakan bagi lelaki yang ketahuan berhubungan dengan binatang jantan.
GuamAda pekerjaan  bagi para lelaki untuk  mengambil perawan seorang gadis yang membayar mereka untuk melakukan hubungan seks badan pertama kalinya dengan gadis perawan tersebut. Menurut hukum di Guam, wanita yang masih perawan atau virgin dilarang menikah.
HongKongIsteri yang dikhianati atau diselingkuhi, sah secara hukum membunuh suaminya yang selingkuh. Tetapi hanya dengan menggunakan tangan kosong, sedangkan wanita itu pula boleh dibunuh dengan cara apapun.
Cali, ColombiaWanita hanya diperbolehkan berhubungan badan dengan suaminya, dan pada malam pertama pada saat melakukang hubungan seks,  ibu  wanita  itu harus berada di dalam kamar untuk menyaksikan adegan  tersebut.
Tokyo, JepunDitemukan sebuah rekaman video yang dirakamkan di sebuah pusat perguruan tinggi di Tokyo, memperbolehkan mahasiswa senior melakukan ospek pada para mahasiswi barunya dengan mencabuli dan memperkosa secara beramai-ramai disuruh bogell dan berlari-lari di kawasan kampus.

Tangisan Rasulullah SAW Menggetarkan Arasy

Assalamualaikum.

Sekarang aku mintak kamu semua, pejam mata 5 saat, bace Bismillah, mengucap, bersyukur Alhadulillah sebab hari ni sihat lagi dapat pegang mouse, tengok skrin untuk bace blog aku.

Ape yang aku nak kongsikan dengan kisah ini adalah kerana dek kisah ini yang wow! buat aku leatak kat tepi blog aku. Yes, kite panggil tab tepi. Yanag purple tu.

Disarankan bace tepi tu dulu sebagai teaser atau trailer kisah ini. Silakan.

Ok, mari kita mulakan.

“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,”jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya,sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

“Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!”kata orang Arab badwi itu.

“Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan
pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!”

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. “

Sumber Sirah Nabawiy

Isnin, 17 Disember 2012

Detik Kematian

Bismillahirrohmanirrohim ...
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI ..
Firman ALLAH SWT :
كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتاً فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
" Mengapa kalian kafir kepada Allah , padahal kalian tadinya (benda) mati , lalu Allah menghidupkanmu , kemudian kalian dimatikan (lagi) , lalu dihidupkan-Nya kembali , kemudian (pada akhirnya) kepada-Nya-lah kalian dikembalikan? " (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini ..
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda .. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian .. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya , wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut .. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya ..
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya .. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT .. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT ..
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati .. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya ..
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja ..
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil ..
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar .. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini ..
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat ..
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati ..
Tanda 40 hari sebelum hari mati ..
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar .. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut .. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT ..
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa .. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi , mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika ..
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma satu tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya ..
Tanda 7 hari ..Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan ..
Tanda 3 hari ..Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri ..
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti ..
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi ..
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam .. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan ..
Tanda 1 hari ..
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya ..
Tanda Akhir ..
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum ..
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula ..
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita ..
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain ..
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata .. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat .. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri ..
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil , maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap , maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu , bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa , maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir , maka banyaklah bacaan " Laa illallah , Muhammadur Rasulullah " supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Wallahualam ...

Rabu, 12 Disember 2012

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.