Isnin, 7 Oktober 2013

Belimbing Buluh

Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Herba ubat

Ekstrak metanol daun pokok ini mempunyai sifat antibakteria terhadap Pseudomonas aeruginosa dan Staphylococcus aureus serta sedikit kesan terhadap Bacillus subtilis . Bagaimanapun, ekstrak itu langsung tidak berkesan terhadap bakteria lain seperti Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Klebsiella pneumonia. Sebaliknya, pokok ini peka terhadap bakteria-bakteria ini.

Perubatan tradisi

Belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisi moden. Secara tradisi, perubatan Melayu tidak kenal penyakit moden seperti kencing manis atau darah tinggi. Oleh petua-petua ini tidaklah berdasarkan mana-mana kajian moden atau amalan tradisi dan tidak terbukti keberkesanannya.

Jus buah ini dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

Cara Bersihkan Ayam

Cara+Bersihkan+Ayam

Selain dibasuh dengan air seperti biasa, membasuh ayam dengan sedikit tepung boleh membuatkan ayam lebih enak dan kekal segar tanpa bau yang tidak menyenangkan. Selepas dibasuh seperti biasa, campurkan sedikit tepung gandum dan gaulkan rata. Biarkan seketika kemudian barulah dibilas bersih. Hasilnya ayam lebih bersih tanpa bau yang kurang menyenangkan.

Mut'ah Persundalan Alaf Baru

Mut'ah hari ini telah dihidupkan semula, tetapi dalam bentuk yang keji dan tidak adil. Ia lebih menyerupai pelacuran zaman moden di mana seorang lelaki boleh membayar untuk menjadi suami kepada seseorang wanita selama 15 minit, 15 hari, 15 minggu, 15 bulan, atau 15 tahun ... mengikut kehendak lelaki itu.

Sekiranya wanita yang menjadi isteri kontrak itu cantik, muda dan menyelerakan nafsu, maka lelaki yang mengahwininya akan mengambil masa yang lama untuk menceraikannya dan termaktub dalam kontrak.

Setelah wanita itu lusuh dan tidak lagi menarik perceraian akan pasti berlaku mengikut syarat kontrak. Lelaki akan bebas daripada sebarang tanggungjawab terhadap wanita.

Kontrak yang lebih pendek iaitu satu jam , dua jam dan satu hari tidak ubah seperti melanggan pelacur di cow kit, bukit bintang dan siam. Teringat pula kes gadis johor ini mencari pelanggan di facebook. RM 300 sejam mau ka? Lu order kalu dosa sendiri tanggung. wakaka!

Apa bezanya gadis itu dengan gadis mutaah? Gadis mutaah juga menerima bayaran untuk dikahwini selama tempoh dan ganjaran yang dipersetujui bersama. Gadis johor itu juga demikian. Bezanya gadis itu tidak melangsungkan akad nikah.Tanpa kadi dan wali.

Bagi yang suka bertukar-tukar pasangan, mutaah memang elok diamalkan tetapi adakah itu yang diunjurkan oleh Islam? Adalah mustahil perkara buruk seperti itu dihalalkan oleh Islam.

Di Iran Rejim Syiah telah membenarkan amalan ini dan malah digalakkan oleh pemimpin agama Syiah. Selepas revolusi di Iran, jumlah amalan Mut'ah meningkat lebih 600%. Wanita diseludup di seluruh dunia dari Iran, Iraq, Turki, Pakistan, Afghanistan, dan dalam beberapa kes walaupun ke Eropah.

Wanita sering diculik atau ditipu menjadi pelacur Mut'ah pada usia yang sangat muda dan sesetengah keluarga walaupun memaksa anak-anak perempuan mereka untuk melaksanakan amalan dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

Hadith Syiah mengisytiharkan penyata bidaah kufur apabila bercakap mengenai subjek Mut'ah. Seperti yang dikatakan dalam hadith shia:

Seseorang yang terlibat dalam Mutah sekali dalam hayatnya mencapai status Imam Al-Hussain.

Seseorang yang terlibat di dalamnya dua kali menjadi sama dalam status Imam Al-Hasan.

Satu yang melakukan tiga kali mencapai kedudukan Imam Ali.

Dan dia yang mengamalkan empat kali memperoleh tahap dan kedudukan Nabi Muhammad. (Furoo al-Kafi)

Jika begitu mudahnya mencapai tahap nabi Muhammad, esok juga gua boleh dapat. Mutaah dengan empat orang wanita. Kahwini seorang wanita untuk dua jam dan ceraikan dan kahwin mutaah lagi.Wakaka! Gua akan setetahap dengan nabi??????

Memang sialan punya hadis, kongkek punya pasal pun boleh dapat kemuliaan setaraf nabi...Apa pulak status kalau gua mutaah 2000 orang sepanjang hidup gua? Adakah itu bermaksud gua akan 1196 kali lebih darjat daripada nabi?

Kepada yang sudah terjebak, kembalilah ke pangkal jalan. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua umat. Tiada pilih kasih.. semua taubat akan diterima Allah. Kalau buat lagi bermakna anda tidak pernah bertaubat.

Konsep taubat bukanlah taubat hari ini dan buat dosa lagi esok. Kemudian taubat lagi dan buat dosa lagi. Itu bermaksud percubaan menipu Allah. Sudah pasti taubat yang begitu tidak diterima Allah.

Kepada yang belum terjerat, ingatlah pepatah jerat tidak lupa akan pelanduk

Selasa, 1 Oktober 2013

Jambatan Berpusing KAWAZU-NANADARU

DiKawazu Jepun, kerana kekurangan tanah untuk membina jalan bagi menaiki lereng bukit, mereka membina sebuah jambatan berpusing. Ia kelihatan seperti binaan tempat letak kereta bertingkat yang kita sering lihat. Jambatan berpusing Kawazu Nanadarusiap dibina pada tahun 1982. Ianya setinggi 45 meter dan berdiameter 85 meter. Dengan pembinaan jambatan ini kenderaan boleh mendaki gunung tanpa perlu membina jalan yang lebih panjang di tepi gunung. Pemandu melakukan dua pusingan penuh di atas jambatan sepanjang 1.1 kilometer ini. Very cool. Ini bukan satu-satunya jambatan berputar di dunia.

Rita Diumpan Hadiah Mahal

Sejak keputusan Mahkamah Syariah yang mengesahkan penceraian artis cantik ni dengan sorang pemain bolasepak, beliau khabarnya dihujani dengan pelbagai gossip dengan beberapa individu kenamaan.
Biasalah kann.., bila dah bergelar janda muda.., cantik pulak tu.., ramailah jantan hidung belang yang cuba nak cucuk jarum beb..

Khabarnya.., ada beberapa individu termasuklah para VIP yang mula ajak Rita keluar dan telefon artis tu setiap malam untuk memenangi hatinya..

Itu belum kira lagi yang bagi hadiah mahal-mahal yang diimport dari luar negara sebagai umpan untuk keluar jalan-jalan bersama janda cantik tersebut..

Ishh.., beruntung sungguh kan Rita kalau macam tu.. Rasanya belum habis edah lagi dah ramai pulak yang offer untuk jadi pengganti..

Standart lah kannn..., pompuan cantik macam Rita ni mesti ramai yang sudi buat bini.. Kalau Rita nak kat gua pun gua tak tolak beb... Rezeki tuuuu... Kikikikiki....

"Ayam Busuk" Dikenalpasti Punca Keracunan Makanan Yang Sebabkan 4 Maut

Sungai Petani - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian, BERNAMA dipetik.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak. Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.

"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.

“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Pada Isnin, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala semalam (Selasa) seorang lagi meninggal dunia.

Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.

Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.

Semalam, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi kelmarin.

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.

MAKLUMAT TAMBAHAN

10 Jenis Mayat Yang Tidak Akan Reput

Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :

1). Para Nabi-Nabi

2). Para Ahli Jihad Fisabilillah

3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.

4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5). Para Penghafal Al-Qur’an dan beramal dengan Al-Qur’an.

6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.

8). Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.

9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.

10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum’at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)

SubhanAllah..

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin

Sekarang anda mempunyai Dua pilihan :

1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.

2. menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik ‘Bagikan’ supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala.

- See more at: http://www.illustrasiaku.com/10-jenis-mayat-yang-tidak-akan-busuk-di-dalam-kubur/#sthash.RILrXYqY.dpuf