Ahad, 2 Jun 2013

Pereka Fesyen Cium Anak Menteri

SETIAP pasangan kekasih, masing-masing punya cara tersendiri untuk mengabadikan saat-saat manis bersama. Begitu juga dengan pereka fesyen bertaraf antarabangsa Jovian Mandagie, 27, dan buah hatinya, Nina Sabrina Ismail Sabri, 26. Sejak dia mengakui sedang hangat bercinta dengan kakak kepada penyanyi, Dafi itu, baik Jovian mahu Nina, kedua-duanya tidak lokek berkongsi gambar-gambar saat mereka meluangkan masa, menerusi lama sosial masing-masing.

Ramai yang menyambut baik berita percintaan pasangan ini. Mereka sama cantik, sama padan. Namun kedengaran cakap-cakap belakang sesetengah pihak kurang senang dengan cara pasangan mempamerkan saat mereka berkasih sayang.

Isu tercetus pada salah satu gambar yang menunjukkan Jovian mencium kepala buah hatinya itu, dianggap tidak sepatutnya menjadi tatapan umum memandangkan mereka belum ada apa-apa ikatan yang sah.

Apa yang dilakukan oleh Jovian dan Nina itu mungkin pada pandangan segelintir pihak, ia sesuatu yang biasa. Tetapi, Jovian seorang yang dikenali ramai, begitu juga dengan Nina yang datang dari keluarga golongan atasan terutama ayahnya seorang yang dihormati dan berkepentingan dalam kerajaan. Jadi, sudah pastilah pasangan ini menjadi tumpuan umum.

“Itu hanyalah sekadar gambar. Saya rasa kita boleh menilai sesuatu tu hanya pada gambar sahaja”, jawabnya Jovian ringkas kepada Malaysian Digest.com

Jovian yang ditemui sewaktu pelancaran butiknya, Jovian Flagship Store, bertempat di Bangsar petang semalam, diminta mengulas mengenai isu berkenaan.

Kemudian sambil tersenyum dia menambah, “Saya dan Nina, kami serius. Alhamdulillah, Tuhan beri saya rezeki dan hadirkan pada saya seorang wanita yang yang sopan santun. Saya tertarik dengan sifat ketimurannya. Dia seorang yang memahami saya. Sebab, saya ni seorang yang kuat bekerja, selalu terpaksa terbang ke luar negara atas urusan kerja. Jadi memang susah untuk saya luangkan masa bersamanya. Dating dengan dia pun jarang-jarang. Tapi dia sangat memahami saya”.

Jovian dan Nina mula berkenalan sebagai seorang pelanggan dan pereka fesyen, tetapi kemudian selepas kerap berjumpa mereka semakin rapat hingga melahirkan perasaan cinta, sejak setahun lalu.

Ditanya pula mengenai penerimaan keluarga serta perancangan masa depan mereka, Jovian memberitahu hubungan mereka direstui kedua-dua belah keluarga. Mereka sudah bertemu dan berkenalan dengan keluarga masing-masing.

Bagaimanapun buat masa ini kata Jovian, dia dan Nina belum memikirkan mahu mengakhiri cinta mereka ke jinjang pelamin kerana sekarang ini masing-masing mahu memberi tumpuan pada kerjaya dahulu.

Manfaat Jalan Kaki Tanpa Alas Kaki

Manfaat Jalan Tanpa Alas Kaki - Ternyata jalan kaki tanpa alas kaki banyak juga manfaatnya kawan. Kadang ada sebagian orang yang menganggap jalan kaki tanpa alas kaki itu kotor padahal berani kotor itukan baik. Berjalan kaki tanpa alas kaki sangat baik untuk kesehatan kawan, seperti yang kita tahu kaki itu sangat penting, selain itu ada banyak syaraf yang menjalur ke telapak kai kita. Banyak pengobatan-pengobatan yang tekniknya dengan menggunakan syaraf-syaraf pada kaki.

Blitari tidak akan berpanjang lebar lagi berikut ini adalah manfaat-manfaat dari berjalan kaki tanpa alas kaki.

Mencerahkan pikiran

Saat kaki melangkah tanpa alas kaki, tingkat kesadaran kita akan meningkat secara spontan. Setidaknya pada benda di sekitar yang akan kita pijak, seperti duri, kerikil tajam atau benda lain yang bisa melukai telapak kaki. Tanpa disadari, kondisi ini akan membuat pikiran jadi lebih cerah dan merangsang fokus pikiran lebih baik.

Yoga kaki gratis

Berjalan kaki tanpa menggunakan alas kaki, seperti sepatu atau sendal, juga akan membantu meregangkan sekaligus memperkuat otot tendon, ligamen dalam, pergelangan kaki dan betis, ketegangan lutut dan masalah punggung, sehingga akan membantu mencegah cidera. Jalan nyeker juga mengaktifkan kerja otot tertentu yang membantu menjaga postur tubuh dan keseimbangan badan. Otot ini tak aktif ketika mengenakan alas kaki.

Refleksi gratis

Kaki memiliki beberapa titik refleksi yang terhubung ke hampir semua organ tubuh. Benjolan kecil, batu atau permukaan kasar akan menstimulasi titik refleks di kaki. Meski terasa sakit, namun memiliki efek positif untuk meredakan gejala penyakit di tubuh.

Redakan stres

Sebuah penelitian mengungkapkan bahwa berjalan tanpa alas kaki di atas rumput membantu mengurangi kecemasan dan depresi sebesar 62 persen. Selain itu, jalan tanpa alas kaki juga meningkatkan kadar endorfin sehingga memicu timbulnya rasa senang.

Tidur malam lebih berkualitas

Ada beberapa orang yang percaya bahwa berjalan kaki tanpa alas merupakan obat terbaik untuk mengatasi insomnia.

Detoksifikasi

Bumi memiliki muatan ion negatif yang berperan dalam detoksifikasi tubuh, mengurangi efek peradangan, sinkronisasi siklus ritme hormonal dan fisiologis, serta memberikan efek yang menenangkan. Jadi, saat Anda sedang bermain di pantai, cobalah untuk melepaskan alas kaki.

Menyehatkan jiwa

Berjalan tanpa alas kaki membuat Anda terhubung dengan alam sekitar. Lebih mudah untuk merasakan hangatnya sinar matahari atau desiran angin di pepohonan. Sehingga, berjalan kaki tanpa alas sangat baik untuk kesehatan pikiran, tubuh dan jiwa.

Nabishallallahu 'alaihi wasallam telah mewasiatkan kepada para Shahabat beliauradhiyallahu 'anhum agar mempraktekkan jalan kaki seperti ini (tanpa alas kaki). Dan telah diriwayatkan dari Fadhalah bin 'Ubaid bahwasanya dia berkata:

(كان النبي صلى الله عليه وسلم يأمرنا أن نحتفي أحياناً) (رواه أحمد)

"Dahulu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kami agar berjalan tanpa alas kaki kadang-kadang." (Musnad Imam Ahmad dengan sanad yang shahih menurut Syaikh al-Albani dan Syau'aib al-Arna'uth rahimahumallah)

Meski memiliki banyak manfaat bagi kesehatan, tapi masyarakat sebaiknya melakukan kegiatan ini dengan cermat dan hati-hati agar tetap aman dan tidak menimbulkan masalah atau cedera.
Ada beberapa tips agar bisa dilakukan jika ingin berjalan kaki tanpa menggunakan alas dengan aman yaitu:

  • Selalu waspada mengenai jalan yang akan dilewati
  • Hindari jalan-jalan yang berpotensi bahaya seperti banyak percabangan pohon, ada pecahan kaca, paku atau berisiko terdapat limbah industri
  • Saat pulang, maka segera cuci kaki dengan menggunakan sabun dan air mengalir untuk membersihkan kaki dari kotoran yang menempel serta memastikan bahwa tidak ada serangga yang masih menempel di kulit.

Semoga bermanfaat..

Read more:

Pesta Liar

50 remaja  sertai  pesta liar ditahan Sebahagian remaja yang ditahan oleh polis dalam serbuan ketika menyertai pesta liar di Port Dickson, malam kelmarin. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Polis menahan 50 remaja lelaki dan wanita berusia 17 hingga 27 tahun, termasuk seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana menyertai pesta liar di sebuah apartmen di sini, malam kelmarin.

Mereka berpesta dengan meneguk minuman keras dan mengambil dadah, sambil menari mengikut rentak muzik dalam apartmen tiga bilik yang disewa khas dengan bayaran RM750 satu malam.

Serbuan 3 pagi

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata serbuan dalam 3 pagi itu, pihaknya menahan 38 lelaki dan 12 wanita. Katanya, kebanyakan mereka yang menyertai pesta itu datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

"Sebanyak 27 remaja, termasuk lima wanita didapati positif dadah jenis ecstasy dan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah. Sebelas daripada mereka yang memiliki dadah akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 esok (hari ini) di Mahkamah Majistret Port Dickson," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini, semalam.

Alasan sambut hari jadi rakan

Abd Wahab berkata, siasatan pihaknya mendapati sebahagian besar remaja berkenaan, menipu ibu bapa mereka dengan memberi alasan keluar menyambut hari jadi rakan. Katanya, itu kali pertama pihaknya mengesan aktiviti seumpama itu di dalam apartmen, selepas melumpuhkan pesta liar di pantai sebelum ini.

Final Piala FA di Bukit Jalil

Foto

FotoPemain Johor DT meraikan kejayaan ke final Piala FA selepas menewaskan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Kuala Lumpur: Final Piala FA antara Johor Darul Takzim (DT) dan juara bertahan, Kelantan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pemilihan Stadium Nasional untuk aksi final sememangnya sudah pun ditetapkan.

Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar.

Tiket diberi sama rata

Jadi kami akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat termasuk dalam menentukan soal pengagihan tiket. Seperti kebiasaan, sejumlah tiket akan diberi sama rata untuk dijual kedua-dua persatuan dan baki daripada jumlah itu akan dijual di Stadium Nasional untuk peminat di Lembah Klang, katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Kelantan dan Johor DT tetap perlu beraksi pada perlawanan ke-20 Liga Super, 26 Jun ini meskipun jaraknya hanya empat hari menjelang final Piala FA kerana tiada ruang lagi untuk ia dipinda.

Setakat ini belum ada permohonan daripada kedua-dua pasukan, tetapi saya rasa untuk mengubahnya agak sukar kerana Liga Super tetap perlu dihabiskan pada 6 Julai kerana umat Islam mula berpuasa pada 10 Julai, katanya.

Zed, artis dinasihat semuka selesai isu

Kuala Lumpur: Pengerusi Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi, dan lima artis veteran yang memfailkan saman terhadap SENIMAN serta tujuh individu lain dinasihatkan bersemuka bagi menyelesaikan kemelut dihadapi.

Penasihat SENIMAN, Datuk Aziz Satar, berkata kedua-dua pihak perlu menyelesaikan isu berkenaan tanpa membawanya ke mahkamah.

Perkara ini tidak perlu dipanjangkan hingga berlakunya kontroversi dalam SENIMAN dan perpecahan dalam kalangan penggiat seni tanah air.

Perbetul keadaan

Semua pihak perlu mengakui kesalahan masing-masing dan bersama memperbetulkan keadaan, bukannya membawa SENIMAN kepada risiko pembubaran, katanya ketika dihubungi, semalam. Jumaat lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop, membenarkan permohonan lima artis veteran iaitu Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang selaku plaintif bagi menghalang Mesyuarat Agung Tahunan SENIMAN ke-15 diadakan.

Plaintif memohon perisytiharan bahawa Mesyuarat Agung SENIMAN Ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung dibentang pada 26 Mei 2012 adalah tidak sah dan terbatal. Sementara itu, bekas Presiden SENIMAN, Harun Salim Bachik, berkata Zed adalah calon paling layak sebagai Presiden kerana banyak pembaharuan dilakukan sejak setahun menerajui SENIMAN.

Perbaiki laluan motosikal sedia ada: NIOSH

Kuala Lumpur: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mahu Kementerian Kerja Raya memperbaiki keadaan lorong motosikal sedia ada di seluruh negara supaya lebih selesa dan selamat buat pengguna.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kadar kematian membabitkan pengguna motosikal adalah tinggi, menyumbang kira-kira 70 peratus kepada 6,000 kematian akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun.

Tidak diselenggara dengan baik

Katanya, pengguna motosikal juga enggan menggunakan laluan berkenaan kerana tidak diselenggara dengan baik dan tidak begitu selamat, lalu berkongsi lebuh raya bersama kenderaan lain yang meningkatkan lagi risiko mereka terbabit kemalangan.

Beliau juga menyarankan pembangunan program khas untuk mengubah sikap pengguna kenderaan supaya mengamalkan pemanduan selamat dan berhemah.

Ramai sokong SPR di bawah Parlimen

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang memuji keputusan kerajaan memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.

Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk melakukan transformasi pilihan raya yang pastinya disokong sepenuhnya oleh Kabinet.

Ia sebahagian cadangan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya. Ini membuktikan Datuk Seri Najib Razak konsisten dengan program transformasi politiknya, katanya dalam akuan twitternya.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, kelmarin, untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil bagi memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara.

Langkah positif

Ahli Parlimen Papar yang juga Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menyifatkan langkah itu positif, telus dan demokratik, selain tiada lagi pertikaian mengenai kewibawaan SPR.
Semua pihak perlu melihatnya sebagai positif dan rasional, katanya.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh, menyokong keputusan itu dan berharap jawatankuasa khas berkenaan dapat merumuskan sesuatu dengan lebih baik untuk masa depan politik Malaysia. Tindakan Perdana Menteri untuk meletakkan SPR bawah Parlimen adalah langkah positif yang saya terima dengan baik, dan saya harap jawatankuasa ini dapat merumuskan sesuatu yang diterima seluruh rakyat, katanya.

Bagaimanapun, ayahnya yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempersoal mengapa baru sekarang kerajaan melakukannya. Perkara ini sepatutnya sudah dilaksanakan sejak sekian lama, katanya.

Ahli Parlimen Rasah daripada DAP, Loke Siew Fook, berkata partinya terbuka dengan cadangan itu dan berharap satu mekanisme berkesan diwujudkan bersama kedua-dua pihak.

Babitkan profesional

Pensyarah Kanan Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Paul Porodong, berkata selain ahli politik, SPR wajar dianggotai pihak lain termasuk golongan profesional dan wakil masyarakat pelbagai kaum.

Golongan ini perlu dibabitkan secara langsung untuk menggubal, melaksana dan memantau proses pilihan raya untuk memastikan ia dilaksanakan secara adil dan telus, katanya.

Bagi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Perdana Menteri bersungguh-sungguh melakukan transformasi dalam pilihan raya biarpun SPR terbukti berjaya melaksanakan amanahnya dengan baik.