Khamis, 30 Mei 2013

Islam Takluk Britain

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain. Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian. Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.

Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Foto

MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.

Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik. Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang. Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang. Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail

Kot Zaman Silam

pix_topright

Seindah rangkap pantun, begitulah indahnya sepersalinan songket lelaki sewaktu penulis melihat tempahan yang sedang disiapkan oleh dua anak muda di Toko Saudagar Tekua, di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Mohd Faizee Azwar Md Ariffin, 27, dan Shahrul Fadzly Mohd Zainal, 25, tidak sukar menyulam jari bersama benang dan jarum untuk menyiapkan tempahan diterima, malah semuanya pasti menarik mata yang memandang.

Dua sahabat itu meneroka seni pembuatan baju tekua sejak lima tahun lalu, selepas mendapati pakaian songket tradisional Melayu kini semakin hari semakin dilupakan, bahkan ramai di kalangan generasi baru sudah tidak mengenalinya.
Kecenderungan mereka berdua bermula sewaktu singgah di sebuah kedai jahit yang diuruskan warga Pakistan.

Melihat orang terbabit menjahit dan menghasilkan sebuah tanjak, membuatkan mereka tercabar dan berasa malu kerana pakaian tradisional Melayu itu dihasilkan oleh rakyat asing.

“Dari situ, kami mula menimba pengalaman untuk membuat tanjak serta mendalami ilmu dengan beberapa orang yang mahir dalam menghasilkan pakaian tradisional Melayu lelaki dan perempuan. Alhamdulillah, hasilnya boleh dibanggakan apabila usaha kami mendapat sokongan keluarga dan rakan, malah berjaya menarik perhatian pelancong asing sewaktu kami melakukan demonstrasi busana Melayu,” kata Mohd Faizee Azwar.

Menurutnya, pelbagai suka dan duka dilalui mereka berdua, malah ada yang melemparkan tohmahan dan menganggap mereka melakukan kerja gila. Namun katanya, melalui aktivis busana Melayu yang berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai persatuan dan kumpulan memberikan semangat dan harapan untuk mereka memperjuangkan pakaian tradisional Melayu itu.

“Menerusi aktivis ini, kami berpeluang menyedarkan generasi muda agar berani menampilkan diri dan memperkenalkan kembali pakaian tradisional Melayu melalui pelbagai aktiviti. Kami juga memulakan revolusi memakai tradisional warisan Melayu sewaktu ke Suria KLCC dan Bukit Bintang. Bayangkan, bagaimana pandangan masyarakat sewaktu 38 aktivis ini memakai pakaian berkenaan dari Stesen KL Sentral, seterusnya Suria KLCC dan Bukit Bintang.

“Malah, kami turut ke muzium serta beberapa negeri seperti Johor, Melaka dan Kelantan. Kemuncaknya pada 2012, aktiviti ini berjaya menghimpunkan peminat pakaian tradisional daripada pelbagai generasi di Ladang Alam Warisan, Negeri Sembilan,” katanya.

Pemakaian baju tekua dianggap antara pakaian rasmi kalangan pembesar istana dan panglima Melayu. Malah, dalam Sulatus Salatin menyatakan ia dipakai 10 pembesar Melaka, antaranya Temenggong, Laksamana, Syahbandar dan Bentara.

Barangkali masih ramai tidak mengetahui baju tekua. Ia boleh diumpamakan baju kot di zaman dulu, diperbuat daripada kain songket dan dipakai bersama tengkolok, baju kutang, seluar mengan, sampin serta bengkung. Boleh juga dipakai tanpa bengkung dan sampin.

Perkataan tekua dikatakan berasal daripada kata ‘takwa’ yang terbit selepas pedagang Arab melihat masyarakat Melayu memakai pakaian labuh seperti jubah. Perkataan itu mencerminkan pemakainya berbangsa Melayu dan memenuhi tuntutan agama iaitu menutup aurat.

Sementara itu, Shahrul Fadzly berkata, pakaian tradisional lelaki ada pelbagai jenis dan namanya yang tersendiri.

“Masyarakat mungkin mengenali baju layang dan baju sikap yang digunakan sewaktu majlis perkahwinan atau majlis bersilat. Baju tekua diperbuat daripada kain songket yang direka lebih singkat dengan rupa kaki baju hanya separas atau berada atas lantai agar si pemakai tidak duduk di atas pakaian itu. Panjang lengannya pula adalah sejengkal daripada pergelangan tangan, manakala potongan di tengah baju berukuran sebesar tapak tangan si pemakai dan diikat dengan kancing di bahagian dada,” katanya.

Memakai tekua tidak lengkap tanpa seluar mengan yang direka mengikut adat dan suku sama ada Melayu, Bugis ataupun Minang. Rekaan seluar mengan pula biasanya labuh hingga sejengkal dari buku lali. Rekaannya juga unik kerana mempunyai tepak di bahagian kelangkang bagi memudahkan pergerakan aktif golongan lelaki. Tanjak pula perlu dilipat teliti sehingga lima tingkat, mencontohi lima lilitan serban dipakai oleh orang Arab.

Selepas memahami semua jenis dan keperluan, tidak hairanlah bagi Toko Saudagar Tekua menghasilkan persalinan pakaian tradisional lelaki yang lengkap dari tanjak, baju tekua, baju dalam sehinggalah seluar mengan. Meskipun satu ketika dulu ia dipakai dalam majlis rasmi, adat istiadat dan kebesaran diraja, pemakaian busana Melayu ini boleh diberi nafas baru dan disesuaikan dengan peredaran zaman.
Sehingga kini, toko berkenaan menerima sambutan menggalakkan, malah mendapat tempahan dari pelbagai pihak termasuk dari luar negara seperti Singapura, Brunei, Belanda, Jordan dan Scotland.

Harganya pula tidaklah mahal, contohnya bagi sepasang pakaian tradisional lelaki berharga RM450, manakala tanjak dari RM100 hingga RM150, bergantung kepada reka bentuk dan pilihan pengguna.

Cinta, Sayang, Suka, Minat

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi, tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau.
Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. Dan dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah.
Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

C.I.N.T.A dan N.A.F.S.U

1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan

Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.

Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.

Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya,  orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks.

2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa

Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan).

Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).

3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi

Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.

Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.

4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan

Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?

Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..

Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.

Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.

Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk  dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.

5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik

Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.

Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..

Rabu, 29 Mei 2013

LISA SURIHANI for JOVIAN

Tahun 2013 ini menyaksikan Jovian Mandagie pereka fesyen terkemuka Malaysia mengorak langkah besar dengan pelancaran Jovian Flagship Store buat julung kali di tanah air. Butik yang dinamakan sebagai J STORE berkonsepkan Luxury of Jovian Mandagie masih mengekalkan keselesaan sama seperti yang sebelumnya, couture Jovian Mandagie. J STORE menyediakan koleksi sedia untuk dipakai dengan harga yang mampu milik.

Bagi pencinta rekaan pakaian Jovian, boleh mendapatkan rekaan pakaian yang terbaru di J STORE. Yang terbaru, Jovianista boleh mendapatkan koleksi baju lelaki, J Hommie juga di J STORE. Sehubungan dengan pelancaran J STORE, Jovian turut memperkenalkan koleksi terbaru yang kolaborasi beliau bersama pelakon jelita Lisa Surihani sempena lebaran, LISA SURIHANI for JOVIAN — mempamerkan 20 rekaan yang diilhamkan Jovian bersama Lisa.

LISA SURIHANI for JOVIAN mempamerkan hasil rekaan baju kurung moden, baju kurung kedah dan jubah moden yang berinspirasikan daripada karektor Lisa Surihani. Koleksi lebaran kali ini semestinya tidak sama dengan koleksi rekaan tahun-tahun sudah.

Pemilihan Lisa Surihani dalam kolaborasi bersama Jovian nyata memeranjatkan Lisa yang mengaku sendiri dirinya bukanlah seorang fashionista. Jelasnya lagi, dia sangat bertuah kerana mendapat tunjuk ajar dari Jovian. Dari tidak tahu apa-apa mengenai dunia rekaan fesyen, kini dia tahu serba sedikit.

Tambah Lisa lagi, dia sangat gembira kerana suaminya sendiri, Yusry yang sememangnya penggemar Armani, kini sudah beralih kepada rekaan Jovian Mandagie. Jelas Lisa, pertama kali singgah ke butik Jovian, Lisa memborong 15 pasang baju sekaligus. Lisa nyata sangat selesa dengan rekaan Jovian dan merasakan dirinya sangat bertuah kerana dipilih oleh Jovian dalam ramai-ramai artis lain untuk bekerjasama.


Jelas Jovian, personaliti dan peribadi Lisa yang sangat bersih menarik minatnya memilih Lisa. Namun tidak mustahil dimasa akan dating Jovian akan memilih personaliti lain untuk kolaborasi rekaannya.

Sementara itu, pemberian nama bagi 20 rekaan dinamakan sendiri oleh Lisa mengikut citarasanya. Jelas Lisa, setiap nama yang diberi mempunyai sentimen tersendiri. Rekaan tersebut kesemuanya dinamakan besempena dengan orang sekeliling yang rapat dengan Lisa termasuk dari nama nenek, ibu sehinggalah kepada rakan baiknya.

Bermain dengan warna-warna lembut dan warna nuansa menggambarkan sifat Lisa Surihani yang agresif dan berdikari. Malah corak-corak klasik pastinya memberi nafas baru kepada pakaian.

LISA SURIHANI for JOVIAN menggunakan material high quality poly blend, crepe, satin chiffon dan fancy fabric. Perincian terbaru yang digunakan termasuklah bunga applique velvet, manakala sulaman halus bermotifkan flora masih lagi mengekalkan trademark Jovian Ready To Wear.



















Kredit: Rotikaya.com

Kilauan Emas 3

juara kilauan emas 3Semalam telah pun berlangsung konsert akhir Kilauan Emas 3. 4 peserta iaitu Mior, Alina, Idris dan Silah. Kesemuanya menyanyikan 2 buah lagu dengan 1 lagu dicipta khas untuk mereka. 70% markah adalah daripada pihak juri dan 30% daripada undian SMS para peminat.

juara kilauan emas 3

Mior akhirnya menepati ramalan apabila berjaya menjadi juara Kilauan Emas 3. Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000, trofi dan hadiah sampingan. Idris yang berjaya mendapat tempat kedua membawa pulang RM30,000 dan Silah di tempat ketiga pula mendapat hadiah wang tunai RM20,000. Hebat-hebat juga hadiahnya kan?

juara kilauan emas 3

Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Walaupun kebanyakan peserta memang sudah dimakan usia, kehebatan mereka menyanyi memang tidak boleh disangkal lagi. Senang cerita, mereka memang otai. Apa pula pendapat anda yang mengikuti program Kilauan Emas 3?

Read more:

Rancang Gizi Seimbang Dengan Senarai Kalori Makanan Seharian

Adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian. Sebagai contohnya, wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kalori sehari manakala lelaki dewasa pula memerlukan sehingga 2000-2500 kalori sehari. 

Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti jantina, umur, saiz badan, jenis pekerjaan, iklim dan keadaan kesihatan. Manakala setiap 8000 kalori yang lebih atau terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat badan anda. Di bawah ini, disenaraikan kalori-kalori mengikut makanan harian kita.

Kategori: Makanan Rutin
 
1. Nasi putih (satu setengah cawan)                   = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan)                = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan)                    = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan)                  = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan)                    = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan)                        = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan)                      = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk)                                      = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan)                         = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping)                                      = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping)    = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping)                        = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji)                                             = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan)                  = 160kalori


Kategori: Lauk Pauk
 
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor)                        = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong)                      = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor)                                   = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong)    = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis)           = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong)                                    = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong)                                               = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong)                                            = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan)                                  = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan)                               = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji)                                                     = 110 kalori
12. Tauhu goreng (sekeping)                                             = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan)            = 40 kalori

Kategori: Kuih Muih
 
1.Kasui berkelapa parut (sekeping)                        = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping)                                            = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping)                                           = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana)                     = 180 kalori
5. Popia goreng (satu)                                               = 130 kalori
6. Popia basah (satu)                                                 = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping)                                      = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong)                        = 87 kalori
9. Karipap (sebiji)                                                      = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping)                               = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk)                                = 100 kalori

Kategori: Makanan Segera
 
1. Peha ayam goreng (satu)                            = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu)                                    = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil)                   = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub)                   = 75 kalori
5. Burger keju (satu)                                       = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil)       = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk)                                   = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong)                            = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
 
1. Tembikai (sepotong)                                 = 20 kalori
2. Betik (sepotong)                                        = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji)                                   = 76 kalori
4. Durian (5 ulas)                                           = 64 kalori
5. Limau (sebiji)                                             = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji)                                    = 110 kalori
7. Nenas (sepotong)                                       = 59 kalori
8. Epal (sebiji)                                                = 63 kalori
9. Ciku (sebiji)                                                = 44 kalori
10. Mangga (sebiji)                                        = 103 kalori

Kategori: Minuman
 
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g                = 120 kal
2. Minuman kotak 250g                                   = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan     = 33 kal
4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan    = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop                                               = 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan                 = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan                     = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh                                      = 75 kal


 
Untuk merancang pemakanan yang sihat dan seimbang juga, kita juga perlu mengambilkira beberapa faktor lain seperti:
 
a) keperluan kalori seharian kita 
 
keperluan kalori seharian adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Sebagai contoh, keperluan kalori bagi seorang budak lelaki yang aktif dengan seorang budak perempuan yang kurang aktif adalah berlainan.
 
b) kelas makanan yang seimbang
 
mengandungi kelas makanan yang seimbang dan mencukupi. Tidak ada kelas makanan yang berlebihan atau tidak mencukupi, kerana setiap zat makanan adalah penting dan mempunyai fungsi masing-masing.
Cubalah kira berapa banyak kalori yang anda ambil dalam satu hari. Atas sikap tak pernah ambil tahu dan tak nak ambil tahulah menyebabkan Malaysia tergolong dalam kalangan negara yang menghadapi masalah OBESITI.... 
 
Selamat Mencuba!!