Isnin, 1 April 2013

Punca dan Kesan Urat Simpul

Pernahkah anda melihat wanita yang memiliki urat-urat timbul di bahagian kaki yang kadangkala kelihatan bersimpul-simpul dan berwarna biru? Atau mungkin anda sendiri mengalaminya namun sehingga kini tidak tahu rawatan sesuai yang mampu menangani masalah itu?

Jika anda penderita masalah urat simpul, setuju andai dikatakan urat-urat itu sangat merunsingkan fikiran anda sekali pun kaki bagi sesetengah daripada kita merupakan bahagian yang sering ditutup. Dan sekali pun ada sesetengah penghidap tidak berasa sakit, urat simpul tetap dianggap beban kerana ia melibatkan masalah kosmetik kekal pada individu terbabit yang semestinya tidak boleh dirawat dengan cara biasa.

Urat Membiru

Urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Memudahkan pemahaman, vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik. Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti.

Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak berkerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.
Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku.


Sering Dialami Wanita
Urat simpul adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Sebanyak 20% wanita mempunyai vena varikos dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung.

Ia mula berlaku ketika mereka berumur antara 20 dan 30 tahun atau selepas mengandung. Terdapat juga individu yang mengalami vena varikos sejak dari usia belasan tahun lagi.

Ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena. Pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul.

Lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10% yang mengalaminya disebabkan keturunan.

Mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan.


Kesan Urat Simpul

Mereka yang mengalami masalah urat simpul akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit katanya berkemungkinan mengalami kekajangan pada waktu malam dan lebih teruk lagi, ada juga pesakit yang mengalami gatal-gatal pada kulit. Disebabkan masalah tersebut, pesakit akan mula menggaru hingga terjadi ulser, dermatitis dan ekzema.

Pesakit urat simpul juga akan terasa seperti urat mereka akan pecah sekiranya berdiri terlalu lama.

oleh Bintu Rasyada A. Rahman

JUAL ISTERI langsai hutang

Berang apabila isteri enggan memberi kerjasama untuk dia berurusan dengan ceti haram atau along, seorang lelaki mengugut menjual isterinya supaya dirogol sebagai cara melangsaikan hutang.

Dalam kejadian di rumah pasangan berkenaan di Selayang, dekat sini, pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, lelaki terbabit yang berusia 32 tahun meminta isterinya menyerahkan nombor akaun bank dan kad mesin juruwang automatik (ATM).

Sumber polis berkata, lelaki itu yang berhutang RM10,000 daripada along meminta isterinya yang juga berusia 32 tahun berbuat demikian kerana kad ATM miliknya sudah dirampas along yang turut mengambil wang gajinya.

“Buntu memikirkan masalah kewangan dihadapi, dia merayu isterinya supaya menyerahkan kad ATM dan nombor akaun bank supaya wang gajinya selepas ini dimasukkan ke akaun isterinya.”

“Bagaimanapun, isterinya enggan menyebabkan suspek naik angin dan memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak cukup dengan maki hamun mangsa mengugut mencederakan mangsa jika enggan memberikan kad terbabit.

“Gagal mengawal kemarahannya, suspek bertindak mengugut ‘menjual’ mangsa kepada along bagi melunaskan hutangnya,” katanya.

Dia yang bimbang kejadian tidak diingini berlaku membuat laporan di Balai Polis Selayang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Rumah Erra Fazira Diceroboh


Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira berada dalam keadaan trauma selepas dua lelaki yang tidak dikenali masuk ke halaman rumahnya di Damansara, dekat sini, dipercayai untuk mencuri kereta.

“Saya dan anak (Engku Aleesya) bersama pembantu rumah tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah yang baru dibuka semalam selepas cuti seminggu. Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.”

“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan. Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut pengacara program Primadona ini, perasaan traumanya masih terasa dan membuatnya terfikir untuk berpindah ke rumah lain.

“Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu.”

RAGUT : Nenek Tua Jadi Mangsa. Di Tumbuk Lagi.

Seorang nenek berusia 80 tahun bukan saja kerugian ratusan ringgit, malah cedera di muka dan lebam matanya apabila ditumbuk seorang lelaki dalam kejadian ragut di Kampung Pasir Pinji, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa dikenali sebagai Madam Wong mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran rumahnya selepas cedera di muka dan lebam di mata akibat ditumbuk peragut.

Difahamkan, mangsa sedang menyiram bunga di hadapan rumahnya sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal yang bertanyakan arah jalan untuk ke pekan terdekat.

Sumber polis berkata, suspek kemudian meragut rantai dan cincin emas dipakai mangsa.

“Suspek turut menumbuk di muka mangsa beberapa kali sebelum beredar dengan sebuah motosikal,” kata sumber itu, semalam.

Sebelum ini, beliau berkata, pihaknya menerima banyak laporan mengenai kejadian sama dengan suspek menyasarkan warga emas wanita terutama sekitar jam 5 petang hingga 7 malam.

Menurut sumber itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Pinji dan kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengetahui maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya, pihaknya menasihatkan orang ramai khususnya warga emas supaya berhati-hati terutama ketika bersendirian di rumah.

Dulu, Kini… tetap sama

KUALA LUMPUR

: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno.

Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN. Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini?

Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri.

Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu.

Beliau tahu sejak awal Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melepaskan peluang untuk menghumban beliau seperti Pak Lah sekiranya keputusan PRU13 tidak cemerlang seperti yang diharapkan ahli-ahli Umno.

Maka, Najib menunggu dan menunggu – Muhyiddin juga tertunggu-tunggu, dan Mahathir semakin tidak sabar menunggu.

“Kerana menyedari bahawa nyawanya sebagai Presiden Umno bakal terancam jika BN gagal mendapat 2/3 di parlimen, Najib mengambil keputusan menunggu sehingga keadaan mengizinkannya untuk memanggil PRU13 di mana BN boleh menang dengan cemerlang dan juga mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden Umno. Tapi tarikh yang dicari tidak dijumpai,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Muhyiddin, katanya, yang menanti di tepi untuk menjadi Perdana Menteri dengan menolak Najib daripada kerusi Presiden Umno jika keputusan PRU13 Najib tidak setanding Pak Lah, kini berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar.

“Jika BN tewas, Najib tetap akan ditolak. Tapi apakah Muhyiddin sanggup mengambil kerusi Presiden Umno ketika itu? Kerusi itu bakal membuatkan Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim jika BN tersilap,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut berkata jikalau amaran Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak menunjukkan bahawa beliau tidak sabar untuk menjadi PM, Najib sudah lama memanggil PRU13.

“Tapi sayang. Mereka menekan Najib. Najib mencari jalan keluar dengan menunggu sehingga beliau boleh menjamin keselamatannya di dalam Umno. Sekarang masa dah suntuk, dan Najib masih tidak berjumpa tarikh. Penungguan Najib bakal menyebabkan BN tertewas dan menghancurkan impian Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri,” tambah sumber Umno itu lagi.

Ketika diajukan soalan, apakah BN akan menang kali ini, berikut adalah jawapan sumber Umno.

“Sekarang nak print poster, bunting dan sebagainya, printer pun dah mula minta Umno bayar dulu secara tunai, tak boleh hutang. Malah, orang-orang yang dulunya penyokong tegar Umno sudah mempercayai bahawa Umno akan tumbang kali ini.

"Dulu tiada orang akan percaya Umno akan tumbang. Tapi kali ini sehinggakan budak-budak sekolah pun merasa Umno akan tumbang. Saya sendiri meletakkan 50-50, dengan kelebihan masih di BN dengan syarat Najib kena bubar cepat sebelum negeri kedua terbubar secara automatik,” tambahnya

Sumber juga turut menyatakan Najib bakal mengumumkan tarik pembubaran Parlimen dalam masa terdekat… mungkin setelah mesyuarat kabinet yang akan diadakan pada hari Rabu ini (3 April 2013)… dan parlimen akan dibubarkan pada 4 April 2013(Khamis). Tunggu dan lihat adakah Najib juga penakut dan tidak bermaruah dengan membiarkan parlimen terbubar dengan sendirinya setelah pelbagai agenda Transformasi yang dibawa olehnya… ataupun mungkin transformasinya gagal memberikan impak kepada kejayaan karier politinya…

Najib juga berdepan dengan cabaran dalaman… yang menjadi punca tarikh pembubaran masih belum diperolehi…

Nota: Pak Lah lebih Bermaruah dan Berani berbanding Najib.

Panasonic Toughbook sasar tentera sebagai pelanggan

Panasonic Toughbook sasar tentera sebagai pelangganMizobata menunjukkan Toughpad FZ-G1 selepas pelancarannya di Langkawi, semalam.

PANASONIC Toughbook Asia Pacific Group (TAPG), anak syarikat Panasonic Corp Jepun melancarkan tablet Toughpad FZ-G1 yang mampu beroperasi dalam persekitaran sukar dan lasak, dengan produk itu disasarkan untuk perniagaan dan institusi kerajaan, termasuk tentera.

Pengarah TAPG Satoshi Mizobata berkata, Malaysia menjadi negara kedua di Asia Tenggara selepas Singapura melancarkan operasi tablet lasak yang menggunakan operasi sistem Windows 8 Pro yang tahan lasak dalam keadaan kerja yang sukar.

“Tablet Toughpad dibangunkan untuk pekerja misi kritikal dan memerlukan kemudahan mudah alih tinggi dalam bidang seperti pertahanan, keselamatan awam, utiliti, pembinaan, penjagaan kesihatan, penyelenggaraan, bekalan rangkaian logistik dan insurans,” katanya semasa pelancaran tablet itu, semalam.

Menurutnya, tablet baru dijangka mengukuhkan kedudukan syarikat itu dalam pasaran peranti mudah alih lasak.

Tablet Toughpad FZ-G1 berharga AS$2,900 (RM8,987) berdasarkan keperluan pelanggan dengan jaminan tiga tahun. - Bernama

SPR kesan parti tertentu cuba cetus ketegangan

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan beberapa rancangan jahat oleh parti politik tertentu bagi mengganggu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, termasuk sengaja mencetuskan ketegangan dengan pegawai SPR.

Parti itu akan menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bertumpu di kawasan panas beberapa negeri tertentu bagi menangguhkan pilihan raya di kawasan yang sukar mereka menangi.

Kumpulan ini akan mempertikaikan kertas undi yang diberikan pegawai SPR nanti. Mereka merancang tidak akan menerima kertas undi yang berikan secara turutan, sebaliknya meminta kertas undi lain. Jika tidak diberikan mereka akan menimbulkan suasana tegang di situ,” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mereka juga akan menimbulkan kekecohan mengenai penggunaan dakwat kekal dan mengeksploitasi pengundi tua di kampung.
Beliau berkata, SPR mendapat maklumat mengenainya beberapa bulan lalu dan sudah mengadakan perbincangan dengan polis dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Tindakan berniat malukan SPR

“Kumpulan ini akan mempertikaikan kertas undi yang diberikan pegawai SPR nanti. Mereka merancang tidak akan menerima kertas undi yang berikan secara turutan, sebaliknya meminta kertas undi lain. Jika tidak diberikan mereka akan menimbulkan suasana tegang di situ,” katanya kepada BH semalam.

Wan Ahmad berkata, ia juga bertujuan memalukan serta memburukkan imej SPR dan negara ketika pemerhati pilihan raya luar negara memantau proses pilihan raya di negara ini.

Sehubungan itu, SPR akan melipatgandakan usaha menyampaikan maklumat tepat kepada pengundi, terutama di luar bandar melalui media massa dengan menggunakan bahasa atau dialek tempatan.

Mengenai tindakan SPR menangani penyebaran maklumat palsu termasuk keputusan pilihan raya yang dijangka akan menjadi satu strategi parti politik tertentu, beliau berkata: “SPR akan membuka satu portal berita PRU-13 untuk menyalurkan maklumat sahih dan tepat kepada semua,” katanya.