Isnin, 4 Mac 2013

Profession Pilihan Wanita

Berikut adalah enam profesion yang menjadi pilihan wanita seperti yang dipetik  dari Mag for Women
1. Pereka fesyen
Ramai wanita yang 'gila' dengan fashion. Supaya sentiasa dekat dengan apa yang diminati tersebut, maka ramai wanita yang memilih kerjaya sebagai pereka fesyen. memiliki minat yang besar terhadap fashion merupakan suatu kemestian.
2. Setiausaha
Setiausaha selalu dianggap dan dipandang sebagai salah satu profesion yang bersifat feminin. Tak hairan bila profesion tersebut diminati oleh wanita kerana mereka lebih mampu multitasking berbanding lelaki.
3. Interior designer
kebanyakan wanita memiliki selera estetika yang jauh lebih baik berbanding lelaki. Maka dari itu banyak wanita yang menceburi bidang ini.
4. Doktor
Majoriti wanita memilih belajar mengenai ilmu kedoktoran. Sebab itulah kebanyakan doktor didominasi wanita. Manakala lelaki memilih untuk menceburi dunia engineering.
5. Human Resources
Gerak hati dan persepsi wanita dikatakan lebih kuat daripada lelaki. Mereka lebih mampu mengenal pasti mana di antara calon pekerja yang akan menjadi aset bagi syarikat. Bukan itu saja, mereka juga mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik kerana pandai berinteraksi dengan orang ramai. Pekerjaan ini sudah jelas tepat untuk kaum wanita.
6. Guru
Wanita memiliki naluri keibuan yang membuat mereka boleh rapat dengan kanak-kanak. Oleh kerana itu, kerjaya sebagai guru sebahagian besar dikuasai oleh wanita.

Cara Mudah Hasilkan Duit Dari Blog

Salam buat semua teman dan para sahabat....
entry kali ini saya nak kongsi cara mudah mendapatkan duit dari blog heheheeheheee...
baiklh sebelum saya memberitahu caranya saya ingin sentuh dulu mengenai DUIT dan pandangan kita pada duit....
DUIT...MONEY atau PULUSss...semua org inginkan duit yg banyak kerana bg pandangan sesetengah pihak duit adalah segalanya....
.....MONEY IS EVERYTHING....
ok...cuba kita lihat perspektif duit dari dua pandangan berbeza..pandangan pada zaman sekarang dan pada 1 masa dahulu...
Di zaman sekarang duit adalah segala-galanya, manusia sangup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit, hingga ada yg menghalalkan cara untuk mencapai matlamat...
Pada masa dahulu zaman datuk2 nenek2 kita dahulu mereka lebih mementingkan keberkatan lebih dari nilai duit itu,,mereka sangup belapar dari mendapatkan duit dengan cara yg tidak berkat...malah mereka sangup berhabis duit dan harta untuk menunaikan haji, rukun islam kelima....
itu pandangan saya pada duit lh....
Baiklh sekarang saya ingin kongsi cara mendapatkan duit dari blog....
Setiap blogger ada tujuan masing2 bila mula berblog...
ada yg ingin jadikan diari hidup...
ada yg ingin berkongsi maklumat...
ada yg ingin berpolitik dan bergosip..
dan macam2 ber lg lh tujuan berbloger ni....
tapi bila masuk kedunia blog ni ramai yg mula kenal akan iklan2 yg boleh mendapatkn hasil sampingan dari blog..bermacam2 cara nak dapatkan hasil sampingan itu...
ada yg kata bila follower ramai maka akan cepat lh dapat hasil..maka ramai lh buat macam2 strategi nak tambah follower..maka bermacam2 segmen dan hadiah2 lh yg dijanjikan...
u follow me i follow back lh....tp nak org follow kita dulu baru nak follow balik...kenapa tidak kita jer yg follow dulu nanti dia follow lh balik kalu dia suka blog kita lh heheheehee....tp kadang2 sekali tu jer masuk blog tu..folllow lepas tu tidak tahu lh bila pulak nak g ziarah....
Bila dah tahu akan iklan2 mcam ni ramai lh blogger yg pasang iklan sb nak dapatkan hasil.
Terdapat ramai blogger2 lama dan baru mula tayang dia punya income...
siap print pages gambar income dia nak tunjuk kat blogger2 lain dgn riak nya kata dapat itu lh dapat ini lh tp kat ruangan jumlah RM yg dapat tu blurkn lak..kenapa xtunjukkan dah kata dapat banyak...
Semua blogger tahu iklan di bayar melalui jumlah klik pada iklan dan jumlah pelawat yg datang kat blog itu...
sb itu lh ramai blogger cuba untuk tarik perhatian dan ada yg sangup letak mcam2 cerita2 kontroversi janji ramai orang datang padahal tidak tahu cerita itu betul atau salah..secara tidak langsung menjadi egent penyebar fitnah lak....
Untuk pengetahuan teman2 dan sahabat cuba tengok blog apa paling ramai pengunjung kat malaysia ni...
Pertama BLOG POLITIK...setiap kali ada isu blog ni paling ramai reader dia walaupun dia punya follower kurang...
Kedua BLOG GOSIP...blog2 ni ramai pembaca dan ramai juga follower, kerana dah lumrah rakyat malaysia ni suka sangat gosip2 artis yg kadang2 tidak tahu betul ke x,,,,
Ketiga BLOG2 OTAI (katanya)...ni blog2 yg ramai follower dan diangap otai kerana dah lama berblog..xperlu lh aku bgtau blog saper kerana ramai blogger2 baru yg follower dan promote diaorg secara free sb tu diaorg semakin femes....
ada macam2 lg blog2 tp setakat 3 tu sudah jelaskan untuk menunjukkan blog mana paling ramai reader dan follower dan dapat duit lebih sikit...
Sebelum saya bgtau caranya say ingin bertanya...
ADAKAH ANDA BLOGER FULLTIME @ PARTTIME?
yg fulltime ni maksudnya tiap2 hari atau tiap2 jam dia update blog dia paling kurang pun semingu 5 kali...
kalau anda update blog pun sebulan sekali atau sebulan 5 kali maka susahlah nak dapat income yg diimpikan...
Kesimpulannya untuk dapatkan hasil yg diimpikan blog anda mestilh femes, ramai follower dan reader,
maknanya kena selalu update dan promote blog anda...
tapi ni cara yg lagi mudah.....
Pastikan anda ada blog dan komputer anda ter ON...
gerakkan mouse anda ke atas belah kanan blog anda lepas tu tekan SIGN OUT..
terus turn off computer anda dan pergi cari kerja yg jelas anda akan dapat gaji atau berniaga yg mendapatkan hasil heheheheehhee...
kalu tungu nak dapat hasil dari blog gak...cuba anda kira dalam masa 6 bulan berblog berapa anda dapat..lepas tak bayar bill broadband heheheheehe....
kalu tak lepas maknanya kena cari keje lh tu ya kawan2...
JANGAN MARAH GURAU JER...

Ahad, 3 Mac 2013

Sultan SULU - ahli UMNO

KOTA KINABALU: Badan Perhubungan UMNO Sabah akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya ahli UMNO sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu, Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dipecat daripada parti kerana mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, baru-baru ini.

Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat UMNO negeri, di sini malam kelmarin berikutan tindakan ahli perniagaan terbabit yang disifatkan mencemarkan imej UMNO dan memecahbelahkan perpaduan parti.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata UMNO memandang serius tindakan ahli terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Datu Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.

"UMNO negeri akan mengemukakan surat rasmi kepada MT tidak lama lagi. Mesyuarat pada malam ini (kelmarin) mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan. Beliau yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu, meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Awal bulan ini, Datu Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Sabah dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat sini.

Majlis itu turut disaksikan sekumpulan 60 jemputan, termasuk beberapa individu yang didakwa sebagai Pegawai Kanan Kesulatanan Sulu.

Bagaimana agaknya seorang pemimpin hendak menguruskan sebuah negara sekiranya hendak menguruskan parti pun tidak mampu…

Berita Harian

9 BINATANG KECIL BERBAHAYA KEPADA MANUSIA

9. Kutu

Kutu menghisap darah dan menghuni badan binatang lain (termasuk manusia). Kutu sukar untuk dihapus dan penghapusan harus dilakukan dengan hati-hati kerana kutu akan meninggalkan bahagian kepala yang kemudian dapat menyebabkan infeksi serius.

Menurut Wikipedia, kutu keras (hard ticks) dapat menyebarkan penyakit kepada manusia seperti penyakit Lyme, demam Rocky Mountain , tularemia, equine ensefalitis, demam kutu Colorado, African Tick Bite Fever, dan beberapa bentuk ehrlichiosis.

8. Tarantula Hawk

Tarantula Hawk diberi nama sesuai fakta bahawa binatang ini membunuh tarantula sebagai makanan larva mereka. Sengatan binantang ini dinilai sebagai salah satu sengatan yang paling menyakitkan di dunia (walaupun tidak sesakit seperti semut api ).

Salah seorang pengkaji menggambarkan “[...] sengatan sebagai penyebab langsung, rasa sakit yang menyiksa dan menghilangkan kemampuan seseorang untuk melakukan apa pun, kecuali, mungkin, menjerit. Keadaan mental tidak berfungsi dalam situasi ini.” Tarantula Hawk adalah ‘serangga rasmi’ negara New Mexico.

7. Lalat Tsetse

Lalat ini merupakan lalat penyegat besar dari Afrika yang menghisap darah binatang vertebrata. Lalat ini diketahui menyebabkan penyakit tidur pada manusia dan Nagana kepada binatang ternak.

Penyakit tidur adalah penyakit parasit pada manusia dan binatang yang disebabkan oleh Trypanosoma, suatu protozoa yang ditularkan oleh lalat Tsetse.

Gejala penyakit tidur dimulai dengan demam dan sakit kepala lalu merebak di bahagian belakang leher. Setelah itu, mangsa mungkin mengalami tidur siang hari dan insomnia.

Ini boleh mengakibatkan kematian akhirnya.

6. Africanized Bees

Lebah ini juga disebut lebah pembunuh, dan merupakan spesis dari 26 ratu lebah Tanzania yang dibesarkan dengan spesies lain setelah mereka tanpa sengaja dibebaskan dari sarang di Brazil.

Apa yang membuat lebah boleh membunuh adalah sifat dasar pertahanan lebah ini dan kecenderungan untuk berkerumun menyerang mangsa bersama.

Selain itu, lebah ini cenderung mengikut mangsa malah sehingga jauh dari sarang. Lebah ini sangat ageresif ketika menyerang memastikan potensi ancaman kematian yang sangat menyakitkan bagi mangsa.

5. Deathstalker

Merupakan sebuah spesies kala jengking yang sangat berbahaya kerana racunnya. Racun itu sebenarnya adalah campuran neurotoxins kuat.

Meskipun, racun tidak akan membunuh orang dewasa yang sihat, boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak dan orang tua.

Ironinya, komponen racun (peptida chlorotoxin) mempunyai potensi untuk menyembuhkan tumor otak manusia sedangkan racun lain dapat membantu melawan diabetes.

4. Black Widow

Merupakan salah satu spesies labah-labah yang paling terkenal, terutama kerana racunnya yang boleh menyebab kesan teruk kepada manusia. Racunnya dikatakan lebih kuat daripada ular derik.

Jantan dan betina mempunyai tanda berbentuk jam pasir di bawah perut mereka. Labah-labah betina relatif lebih besar daripada jantan dan bertentangan dengan kepercayaan popular masyarakat, jarang labah-labah betina memakan labah-labah jantan setelah bersama.

3. Army Ants

Semut ini banyak ditemui di Afrika dan Asia dan mampu membina sarang begitu cepat. Risiko terbesar semut ini untuk manusia adalah ketika semut ini berkerumun melalui rumah.

Ketika persediaan makanan rendah, kawanan semut ini akan berkerumun dalam jumlah hingga 50 juta semut. Ada laporan bahawa biasanya manusia dibunuh dengan membuatnya sesak nafas (semut akan sering masuk ke dalam paru-paru).

2. Bullet Ant

Satu gigitan dari serangga ini tidak akan membunuh anda, tetapi anda tidak akan pernah melupakannya. Semut ini dinamakan demikian kerana gigitannya terasa seperti ditembak dan dapat menimbulkan gigitan yang paling menyakitkan dari setiap makhluk yang dikenali manusia.

Semut ini berada di kedudukan nombor satu di Schmidt Sting Pain Index di mana semut ini digambarkan sebagai penyebab “gelombang yang panas, berdenyut, mengalahkan semua rasa sakit yang terus berlanjutan sehingga 24 jam”.

1. Nyamuk Anopheles

Nyamuk ini dianggap antara binatang yang paling berbahaya di bumi kerana menyebabkan lebih dari 300 juta pengidap malaria setiap tahun, yang menyebabkan antara 1 hingga 3 juta kematian.

Nyamuk ini dapat juga membawa demam berdarah, kaki gajah, dan demam kuning. Biasanya aktif sewaktu malam hari, jadi salah satu cara untuk melindungi diri sendiri adalah dengan menggunakan ubat serangga dan mengenakan baju lengan panjang.

Jumaat, 1 Mac 2013

Kedaulatan Negara

Berita khabar angin yang bertiup khususnya di bandar-bandar Lahad Datu, Semporna dan Sandakan menyebabkan tahap keselamatan rakyat Malaysia di sini agak kelam-kabut. Beberapa kedai ditutUp termasuk pejabat kerajaan. Begitu juga di Semporna, cuti kecemasan terpaksa diberikan apabila khabar angin bertiup kencang kononnya berlaku peperangan besar di bandar Lahad Datu.
Jika anda berada di Lahad Datu sekarang, kedai-kedai minum dan restoran masih dibuka seperti biasa. Orang ramai masih minum seperti biasa. Walaupun kedengaran bunyi ambulan tentera dan road block dibuat di kawasan strategik, namun Angkatan Tentera Malaysia telah berjaya mengawal keadaaan.
Kesemua penceroboh berjaya dipatahkan. Keselamatan Rakyat kita di sini lebih utama dan lebih penting Kedaulatan Negara kita berjaya dipertahankan.
Inilah, akibatnya apabila petualang bernama Anwar dan Tian Chua memberi harapan dan janji-janji yang besar-besar kepada Nur Misuari, MNLF dan penceroboh-penceroboh itu.
Bersambung....
Gambar kemudian...

Masihkah Ada Pemilik Mahar Tinggi?

Speak about Marriage, women nowadays are just to materialistic on finding the right future husband. Mesti setaraf dengan status pendidikan, mesti lepasan universiti, mesti ada kereta, kerjayanya mesti lebih dari 4k and all that stuff that mention about material semata-mata. Bila dah jumpa calon yang sesuai pula, masing-masing berlumba-lumba dengan tingginya mas kawin seolah-olah ibubapa menjual anak gadis mereka diatas nama pernikahan.

Namun, wahai wanita yang mengejar kebahagiaan, jangan pernah lalai untuk menilai tentang agama bakal suami dan ketaqwaannya kepada Allah. Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim dinyatakan dengan jelas,

"dinikahi seseorang itu kerana 4 perkara: harta, keturunan, kecantikan dan agama. Maka, pilihlah agamanya, nescaya dirimu akan beroleh keuntungan"

Wahai Wanita bergelar muslimah,

Mari kita lihat perbezaan kita dengan Ummu Sulaim, pemilik mahar tertinggi. Mas kahwinnya bukanlah ribuan mahupun jutaan wang melainkan keislaman Abu Thalhah menandingi semua harta yang wujud di alam fana ini, sekaligus meletakkan Ummu Sulaim sebagai pemilik mahar tertinggi. Meskipun Abu Thalhah pada mulanya melamar Ummu Sulaim dengan emas dan perak, Ummu Sulaim tetap menolak dengan tegasnya, membuktikan betapa unggulnya akal dan kuatnya keimanan Ummu Sulaim terhadap penciptanya.

Lihatlah, betapa kehambaan dan cinta Ummu Sulaim terhadap Allah hingga menolak segala kemewahan yang disediakan oleh Abu Thalhah.

Seringkali menjadi dialog orang ramai:

"Hello!!! cinta mana boleh bagi makan wooo. We need money to survive"

Mengapa perlu mempersoalkan status material lelaki? Bukankah rezeki itu di tangan Allah? Jika baik amalannya, HEBAT kehambaannya kepada Allah, Insya Allah segala-galanya akan baik. Sebab apa? Bukankah Islam itu agama Allah, dan Islam itu merangkumi seluruh aspek, cara hidup yang baik. Jika keimanannya teguh kepada Allah, insya Allah, 'dia' akan patuh dan mengikuti cara hidup Islam, termasuklah dalam aspek kekeluargaan dan tanggungjawap suami terhadap Isteri dalam menyediakan kelengkapan untuk Isteri. So, no worries dalam hal kewaangan :)

Apalah gunaanya harta dan kedudukan bila tidak memperolehi kebahagiaan? Apalah guna suami berpangkat tinggi, jika tidak mengikuti syariat Allah, melanggar batas-batas agama, tidak takut kepada Allah, melanggar hukum-hukum pernikahan, lantas membawa kepada keretakan rumah tangga.

Masihkah ada pemilik mahar tinggi seperti Ummu Sulaim tatkala dunia semakin menghimpit, menuntut penguninya memeluk dunia melebihi akhirat?

Betapa berbezanya pandangan Ummu Sulaim jika dibandingkan dengan wanita masa kini. Itu pandangan wanita. Pandangan wanita bergelar muslimah pula? Saya harap, pandangan muslimah yang membaca juga sama pandangannya dengan Ummu Sulaim, meletak cinta Allah melebihi cinta dunia agar tenang menjalani kehidupan, di dunia dan akhirat Insya allah.

#Semoga para pembaca sentiasa dibawah naungan rahmat Allah dan menemui pasangan yang mencinta kerana cinta pada Pencipta yakni Allah, zat yang maha kaya.

Terkini–Lahad Datu

Terkini kematian akibat perang di Lahad Datu Sabah. Kami akan membawakan info mengenai jumlah kematian yang sahih berdasarkan laporan wartawan yang berada di sahabat 7 Lahad Datu. Semua sudah maklum bahawa peperangan bersenjata masih lagi berlangsung antara pihak polis Malaysia dan tentera sulu sejak dari pukul 10 pagi tadi.

 

Terkini Kematian Perang Di Lahad Datu Sabah

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan BERNAMA yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Update Terkini 3.30 Petang

10 Anggota Penceroboh Terbunuh: ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.
“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” “Yang terbunuh termasuk seorang wanita.” Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie. - See more at: http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/03/terkini-laporan-kematian-perang-di.html#sthash.95E1ZnAZ.dpuf