Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2013

Kuih Serabai Kuah Durian

Pertama kali makan dan membuat kuih serabai ini. Setelah melihatnya di internet, rasa teringin untuk mencuba memandangkan cara2 membuatnya agak senang.
Bahan-bahan:
Serabai:
500gm tepung beras
300gm nasi ~ kisar bersama sedikit air sehingga hancur
1 1/2 biji kelapa ~ perah santan dengan air suam dan jadikan 1 liter
1 1/2 sudu kecil yis/ baking soda
Garam secukup rasa
Kuah Durian:
1 cawan gula perang
2 cawan santan
Isi durian atau lempok secukupnya
2 helai daun pandan ~ disimpul/diikat
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Serabai:
1. Campurkan yis/baking soda dengan santan suam dan kacau sebati.
2. Kemudian campurkan kesemua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam.(kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara).
3. Kalau nak senang, masukkan ke dalam blender dan blend hingga hancur.
4. Panaskan acuan serabai atau non stick pan dan sapukan sedikit minyak.
5. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil. Buat sehingga habis adunan.
Kuah Durian:
~ Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana hingga pekat.

Saya menggunakan kuali non stick untuk memasak kuih serabai..

Kuih serabai yang telah siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan..

Kuih Serabai Kuah Durian

Selasa, 11 Jun 2013

Cek Mek Molek

Ada yang tak kenal cik mek molek ker.. ala kuih dari ubi dan tepung dan dalamnya ada gula tu. Meh kita tengok camner nak buatnya..
1. Mula2 rebus jer ubi keledek sampai masak.
2. Dah masak bolehlah lenyek2 kan ubi tu cam dalam gambar kat bawah ni...

3. Dah lenyek masukkan tepung gandum dan uli bersama keledek lenyek tadi. Sukatan ummumishkah main agak-agak jer yer. Yang pastinya tak perlu masukkan air.

4. Bila dah sebati tepung dengan ubi tu boleh buat adunan cik mek cam gini..
5. Pas tu letakkan sedikit gula dalam cik mek tu.
6. Tutup gula tadi..
7. Haa.. dah dapat beberapa biji cik mek yang comel tu maka boleh lah digoreng sehingga warna kuning keemasan.
8. Dah siap goreng apa lagi.. siap untuk di makanlah!!
Selamat mencuba yer semua. Senang sangat. Sukatan tu pandai2lah yer..
Selamat mencuba!

Isnin, 15 April 2013

Akok Berlauk

Bahan-Bahan:
10 biji telur ayam
10 sudu gula
300 gm tepung gandum
Bahan untuk inti:
500 gm daging lembu
500 gm bawang besar
2 sudu besar rempah kermuk
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata.
Cara membuat inti:
Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis. Campurkan semua rempah yang telah digiling. Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging. Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi adunan.