Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan

Ahad, 4 Ogos 2013

Limpa Goreng Cili

Ini adalah masakan yang sempat saya masak semasa bercuti baru ni..limpa goreng bercili, agak susah untuk mendapatkan limpa..ni kebetulan jumpa semasa membeli daging salai..tu pun limpa yang beku..
 
Bahan-bahan:

500 gm limpa ~ rebus dan dihiris
5 biji cili api*
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
* dikisar (sy gunakan blender yg kering)
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak.

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan sos cili dan sedikit air.
2. Masukkan limpa dan gaul sehingga rata.
3. Rasakan masin dan manisnya. Masukkan bawang hiris, gaul seketika dan bolehlah diangkat.

* Limpa ni rasanya lebih kurang mcm hati jugak tapi bagi saya limpa lebih sedap sebab ianya lebih lembut dan tidak keras seperti hati.

Isnin, 22 Julai 2013

Minced Beef Pinwheel

 

Bahan yang diperlukan:

Puff Pastry ready made
cheese(saya guna cheddar cheese)
kuning telur ~ untuk sapu di atas permukaan)

Bahan Inti:-

500gm minced beef(daging cincang)
2 ulas bawang putih(cincang)
1 labu bawang bombay(cincang)
2 sudu besar double cream(boleh tukar kepada susu@ tomato puree)
2 biji buah tomato di cincang
sedikit mixed herb
garam secukup rasa
sedikit lada hitam
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:

Panaskan minyak zaiton, tumis bawang bombay dan bawang putih hingga kekuningan..masukkan daging cincang. Kacau hingga daging masak. Masukkan buat tomato cincang, kacau lagi hingga tomato masak. Masukkan double cream, kemudian mixed herb dan lada hitam. Perasakan dengan garam. masak hingga kering. sejukkan.
Penyediaan pinwheel:
Ambil sekeping puff pastry, alaskan dengan baking paper.

kemudian, letakkan inti daging cincang tadi di atas permukaan puffpastry. sapu rata...tinggalkan sedikit ruang kosong di bahagian tepi untuk seal di bahagian tepi agar inti tidak mudah keluar.
Taburkan cheese di atas inti daging, gulung dengan menggunakan baking paper seperti menggulung swiss roll.
Kelar di permukaan atas pinwheel tadi mengikut besar saiz pinwheel yang ingin kita potong nanti..sapu permuakaan atas pinwheel dengan kuning telur. Bakar 200C-220C sehingga puff masak/ kekunin-kuningan. Apabila sudah masak, potong mengikut saiz yang telah kita kelar tadi..dan bolehlah dihidangkan. Enak dimakan ketika panas.

Ahad, 21 Julai 2013

Loaf Daging Bungkus

Untuk Loaf:

Bahan-bahan:

250 gram tepung gandum
125 gram mentega- sejukkan dan cincang
1 biji telur
1sudu makan air sejuk

Cara penyediaan:

Masukkan tepung, mentega dan sedikit garam ke dalam mangkuk. Gaul dengan senduk kayu sehingga campuran menyerupai serbuk roti.
Pukul telur dan 1 sudu makan air sejuk dalam mangkuk sehingga sebati, masukkan kedalam adunan tepung tadi. Gaul sehingga adunan membentuk doh.
Letakkan doh di atas papan. Uli perlahan-lahan dan bentukkan seperti batang kayu empat segi yang panjang. Bungkus denganplastik dan masukkan ke dalamperti ais semalamanatau sekurang-kurangnya 2 jam.

Loaf Daging Bungkus

Bahan-bahan:

500 gram daging kisar
50 gram serbuk santan
2 biji ubikentang - potong kiub kecil-kecil
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili benggala - potong dadu
1 sudu besar campuran hirisan daun kucai dan daun selasih
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar serbuk roti
60ml susu segar
Garam secukup rasa
Pastri yang telah disediakan

Cara penyediaan:

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali pastri. Gaul sehingga rata.
Gris tin pembakar pembakar berbentukloaf dengan minyak masak. Masukkan adunan daging ke dalamnya dan padat-padatkan.
Masukkan ke dalamketuhar dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 40-50 minit atau sehingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
Sementara itu gelek pastri untuk bungkus bahan yang dibakar.
Bungkus bahan yang telah dibakar dengan pastri dan bakar lagi pada suhu 180 darjah C selama 15-20 atau sehingga warnapastri keemasan.
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dipotong.
Sedia untuk dihidangkan.

Selasa, 9 Julai 2013

Daging Merah Ala Thai

dagingmerahalathai

Bahan-bahan:

  • 400 gm daging
  • sedikit pewarna merah
  • 1 biji bawang holland dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit lada benggala merah/hijau
  • sedikit kobis bunga
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
  • bahan perasa secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan daging dalam periuk bersama sedikit pewarna merah serta air,rebus hingga daging empuk.Angkat dan toskan.Asingkan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali,masukkan bawang putih,bawang merah dan tumiskan hingga naik bau.
  3. Kemudian,masukkan sos tomato,sos cili serta sedikit air.
  4. Masukkan daging yang kemerahan tadi serta bahan perasa dan kacau sebati..
  5. Masukkan pula,lada benggala,kobis bunga serta bawang holland yang dimayang dan kacau seketika..
  6. Siap untuk dihidang..

Selasa, 29 Januari 2013

Lamb Chop

BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing
6 sudu makan kicap manis
1 sudu makan garam
2 sudu makan serbuk lada hitam

Sos Lada Hitam:
6 sudu makan mayonis
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan serbuk lada hitam

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging kambing bersama kicap manis, garam dan juga serbuk lada hitam semalaman.
2. Kemudian dipanggang sehingga masak.
3. Untuk sosnya, campurkan kesemua bahan di dalam periuk dan biarkan mendidih.
4. Apabila pekat kuahnya, angkat dan hidangkan bersama daging kambing.

* Info Chef
Semakin lama daging diperap semakin enak rasa bahan perapannya.