Taman Laut Pulau Redang, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada para pelancong terutamanya kepada yang meminati aktiviti 'scuba'diving'. Ianya terletak bersebelahan dengan Pulau Redang dan nama pulau ini ialah Pulau Pinang. Di bawah adalah pandangan dari udara tempat di mana gambar-gambar yang sempat saya rakam sewaktu berkunjung di sana. Jika anda ingin melihat keseluruhan gambar-gambar udara di sini sila ke laman web ini > http://www.abdulazizyusof.com/
Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Memandangkan sewaktu saya berkunjung di sini pada musim tengkujuh, aktiviti nelayan sangatlah terbatas. Jadi kebanyakan nelayan hanya menangkap ikan secara mengail berhampiran dengan taman laut ini memandangkan kawasan ini terlindung dari ombak besar. jangan terkejut kalau saya katakan bekalan ikan di sini diambil dari tanah besar.
Bot-bot dan kapal mewah juga ada berlabuh di sekitar pulau ini.
Ini adalah ikan-ikan yang terdapat di sekitar jeti. Kalau anda berkunjung ke sini
anda boleh berikan roti dan akan akan dapat lihat ikan-ikan berkerumun
mendekati anda. Anda jangan terkejut kalau ikan tersebut mengigit-gigit
jari anda. Memang seronok.
Ikan-ikan yang melompat dalam berkumpulan ini adalah pandangan biasa di sini.
Tetapi agak susah nak meneka di mana ia akan muncul, sebab ia akan menjelma secara tiba-tiba.
Di pulau ini juga merupa tempat tumpuan para penyelam. Kebanyakan resort
di Pulau Redang akan membawa pelancong ke sini untuk aktiviti 'snorkeling dan juga scuba'
Ini adalah kubur lama. Ia adalah kubur penduduk asal pulau ini.
'Kapal tenggelam' adalah merupakan satu lagi tarikan di sini. kalau
anda merupakan penyelam ini adalah salah satu tempat yang patut anda
kunjungi. Tetapi ada masa-masanya arus bawah air
di kawasan ini agak deras.
Tupai, burung, biawak adalah antara binatang yang terdapat di sekitar pulau ini.
kalau anda bernasib baik, anda boleh merakamkan aksi binatang-binatang ini.
Jangan lupa masukan ini dalam jadual percutian anda
jika anda berhasrat berkunjung ke Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan