Khamis, 6 Jun 2013

Salmon Grill

Bahan-bahan
  • 3 keping ikan salmon
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • garam
  • lada hitam
Bahan-bahan untuk sos ( by lydia )
  • 2 sudu besar butter (guna bekas grill salmon td lg sedap!)
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam
Cara-cara
  • Penyediaan sos putih: Panaskan butter dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
  • Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  • Lumur ikan dgn garam dan lada hitam. Panaskan butter dan minyak zaitun. (minyak zaitun utk tidak menghanyitkan butter, jika tiada guna minyak biasa). Grill hingga ikan masak.
  • Hidangkan ikan dengan sos putih tadi dan juga sayur2an rebus/kukus spt brokoli, carrot dan asparagus dan juga hirisan lemon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan