Himpunan beg tangan rona emas ini memang ada kelasnya yang tersendiri.
WANITA dan beg tangan memang sukar dipisahkan. Umpama keperluan asas yang kalau tidak dibawa bersama bakal menjejaskan segala urusan.
Tetapi untuk ke majlis makan malam tidak bermakna segala benda penting perlu dibawa bersama. Cukuplah sekadar kad pengenalan, kad-kad penting, tunai dan telefon bimbit. Jadi saiz beg tangan majlis rasmi juga lebih kecil dari beg tangan biasa yang anda guna.
Anda juga pasti mahu kelihatan menawan dengan pilihan beg tangan makan malam yang penuh gemerlapan.
Pilihan warna yang menarik tentunya yang berasaskan dari warna emas dan perak. Butiran batu berkilau menambah lagi seri beg tangan makan malam anda.
Koleksi beg tangan makan malam ini adalah keluaran terbaru dari Dina Collections (DC).
DC sebelum ini menawarkan beg tangan kasual dan formal untuk ke pejabat dan terbaru telah memperkenalkan koleksi beg tangan istimewa untuk majlis makan malam.
Keistimewaannya ialah rekaan dan coraknya jarang didapati di Malaysia. Rekaannya memang ringkas namun boleh menaikkan seluruh penampilan anda pada majlis makan malam formal.
Bukan hanya terhad kepada wanita dewasa, beg tangan makan malam ini juga turut sesuai digayakan wanita muda remaja tertakluk kepada potongan pakaian yang dipilih.
Terpulang sama ada anda penggemar warna emas, perak atau hitam, koleksi beg tangan majlis makan malam ini pasti ada yang berkenan di hati.
DC boleh dikunjungi di Jalan S2-F2,One Avenue, Garden Homes, Seremban2, Negeri Sembilan atau boleh hubungi 019 643 4500 atau emel ke dc@dinacollections.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan