Khamis, 19 Disember 2013

Banyak Ketawa Hati Mati

Nabi S.A.W bersabda ‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad SAW melarang ummatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?. Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.

Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. “Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegakkan oleh Nabi S.A.W. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).

Mereka yang banyak ketawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat”. Saidina Ali sentiasa mengeluh’…jauhnya perjalanan…sedikitnya bekalan…’

Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Dalam kita gembiara, kiat sering terlalai, lupa dengan Allah. Berapa ramai antara kita yang senang masih mengingati Maha Esa?

Dalam hadith lain, Nabi S.A.W bersabda “Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.” Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam api neraka. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”

p/s: Praktikalnya amat payah, namun perlukan usaha. Mari ikut Sunnah.

Hukum Pre-Wedding Photoshoot



Assalammualaikum...
Dalam Berblogwalking..aku tertarik dengan 1 entry yg ditulis oleh seorang Blogger nih..
dia berbicara mengenai Pre-Wedding: Trend Jahiliah Modern. Jahilkah Anda?? wahh memang x dapat dinafikan mmg betul apa yg dikatakannya..
sekarang ni mmg trend kan ramai pasangan yg bakal berkahwin akan buat pre wedding photoshoot terlebih dahulu..posing sana posing sini,pegang sana sini..sedangkan ikatan antara keduanya belum halal..ini antara apa yg dikatakan oleh blogger tersebut iaitu jejaka terhangat (http://www.jejakaterhangat.com)

Definisi pre-weddingPre-Wedding, trend yang semakin tersebar luas. Bagi sesiapa yang tak tau, Pre-Wedding ni adalah rakaman romantis pasangan yang bakal berkahwin, samada dalam bentuk gambar ataupun video SEBELUM hari pernikahan mereka.
Biasa la masa pre-wedding, pasangan tu akan photoshoot sana-sini. Pegang tangan, berpelukan. Laga-laga pipi sikit sambil berposing. Konon2 romantik la tu.
Trend ni kalau untuk mat saleh, dan yang bukan agama islam boleh la. Yang sampai orang melayu pun ada pre-wedding ni apa cer? Korang tu belum nikah lagi. Tak kan tak tahu hukum kot.
"Ish, orang kan dah nak kawen. Dah confirm dah. Tak kan tu pon salah kot"Ewah-ewah. Dah confirm yek. Buatnya sehari sebelum hari pernikahan engko, tiba-tiba engko eksiden. Mati. Macam mana? Sempat ke kau nak ucapkan kata taubat?
Walaupun engko nak kawen, tapi masih belum akad nikah. Engko pun tahu, kalau lelaki dan perempuan yang masih belum ada sebarang ikatan, tak boleh pegang tangan. Hukumnya HARAM. Kau tau kan tu? Tapi, kenapa masih buat?
"Ala, aku pre-wedding ambil gambar, mana ada peluk-peluk pegang tangan"Engko tak usah nak sejuta alasan. Tak pernah pulak aku tengok gambar-gambar pre-wedding lelaki dengan perempuan dok jarak semeter. Selalunya takde jarak pemisah pun. Kalau betul pun engko tak pegang-pegang, apa faedahnya engko buat benda ni? Engko nak sangat ke ikut trend omputeh? Nak sangat jadi jahil?
Kalau dah lepas kawen tu, engko nak photoshoot sampai ke bulan sekalipun, engko buat la. Takde orang nak kisah. Tapi, sebelum ada apa-apa ikatan. Jangan sesekali engko beri orang lain peluang untuk buat fitnah kat engko. Ngerti?
Photographer jangan bersubahatPhotographer aka jurugambar, watak paling penting dalam sesi pre-wedding. Sebagai jurugambar, jangan pulak korang bersubahat. Jangan ingat korang tak dapat saham dosa, sekiranya client korang bergambar tanpa pedulikan apa yang dilarang Islam. Tolong jangan jahilkan hati, semata-mata untuk duit.
Harap pembaca semua take note. Aku tak nak korang semua pun nanti terjebak dalam pre-wedding yang tak berfaedah ni. Benda ni trend barat, yang semakin menular ke budaya kita. Terlalu ikutkan sangat budaya barat, korang tak kisah ke kalau dipanggil orang jahiliah modern? Fikir-fikirkanlah..

Rabu, 18 Disember 2013

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014

Untuk makluman, Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014


  • akan dibuka bermula 23hb disember 2013 (isnin) ini sehingga 31 Januari 2014
  • Bagi penerima BR1M sedia ada - tidak perlu mendaftar semula tapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
  • Bagi pemohon baharu - boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.
  • Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati
    • di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),
    • Jabatan Pembangunan Persekutuan
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
  • Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari 2014.
  • Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Sedikit info pemberian BR1M 2014 :
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - RM650
  • Indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan - RM300.
  • Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara- RM650.  
  • Caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal

Bussiness, manage ur revenue

Okay straight to the point. Contoh kamu berniaga pakaian wanita seperti dress,blouse dan etc. Macam mana nak gunakan wang kamu dapat daripada bisnes tu dengan bijak? Ada '5 envelops' yang korang boleh apply ni.
1. 50% capital (modal)
2. 10% charity (kebajikan)
3. 10% savings (simpanan)
4. 15% business expense / trainings (utk seminar2 business marketing / training + minyak kereta dll)
5. 15% personal expenses (ni macam gaji untuk diri sendiri la)
So keuntungan kamu bulan-bulan lebih kurang RM 3000 la katakan. Jadi:
1. 50% capital (modal)
    50% X RM 3000 = RM 1500. 
    So RM1.5k ni akan digunakan sepenuhnya untuk modal bisnes / pusing balik modal.

2. 10% charity (kebajikan)
    10% X RM 3000 = RM 300
    RM 300 ni adalah untuk kebajikan seperti derma pada rumah anak-anak yatim, beri makan pada fakir miskin, jamuan makan bagi mereka yang kurang upaya dan sebagainya.

3. 10% savings (simpanan)
    10% X RM 3000 = RM 300
    RM 300 seterusnya untuk simpanan dalam akaun kamu. Yang ni jangan guna, walaupun amaunnya nampak sedikit dan tak seberapa, tapi kalau setiap bulan korang simpan dengan konsisten akan   membuahkan simpanan yang lumayan juga nanti untuk masa depan. Kena ada simpanan jugak walau macam mana pun, jgn dihabiskan terus setiap keuntungan kamu.

4. 15% business expense / trainings (utk seminar2 business marketing / training + minyak kereta dll)
    15% X RM 3000 = RM 450
    RM 450 untuk korang berbelanja bagi tujuan upgrading bisnes korang macam pergi training ke, seminar ke, apa-apa je yang berkaitan dengan bisnes korang. Boleh digunakan untuk spend sebagai cover duit minyak kereta, duit yang digunakan untuk berjumpa customer sana sini dan sebagainya.

5. 15% personal expenses (ni macam gaji untuk diri sendiri la)
    15% X RM 3000 = RM 450
    RM 450 yang terakhir adalah untuk gaji diri sendiri, untuk korang berbelanja bagi keperluan sendiri. Setelah penat-penat kerja kan, bagi la rewards  untuk diri sebagai tanda pernghargaan. Kalau small things pun takpe, contoh macam klip rambut je. Ia akan buat korang rasa untuk hargai diri setelah penat bekerja seharian. Ye lah dah ko kerja penat2 kan, takkan la rambut serabai baju lusuh macam hape and then nak jumpa customer. Kena la sentiasa kemas dan professional. Baru la rezeki bertambah-tambah. Hehe.
I think that's all I can share. Ada jugak yang tertanya-tanya kalau yang ada hutang kereta hutang rumah tu macam mana pulak kan? Kalau yang keuntungan lebih banyak tu mesti siap ada pekerja nak kena gaji pekerja lagi kan. Haa yang tu korang kena ubah suai '5 envelops' di atas dengan bijak dan suitable untuk keperluan korang lah. Boleh ubahsuai menjadi 6 envelops ke, 7-8 envelops ka, asalkan kamu dapat plan dengan bijak. Remember, if you fail to plan, you are actually plan to fail. So berhati-hati dengan pengurusan kewangan korang k.
Oh ya, ni ada sedikit tips (lebih kepada renungan+nasihat) untuk korang semua:
from Google
~ Learn to give although the amounts are small
Maksudnya jangan kedekut untuk memberi walaupun dalam kuantiti sedikit gile sebab you have no idea betapa besarnya ganjaran yang kamu dapat nanti. Setiap orang yang kamu beri tu akan doakan kamu dan doa itulah yang bakal menambah rezeki kamu dengan lebih banyak. Bak kata kawan, takkan miskin mereka yang bersedekah. Sebab tu ada dalam list di atas untuk charity (kebajikan) supaya korang tak lupa setiap yang korang dapat tu adalah pinjaman dari-Nya semata-mata dan bukan untuk dirasai kita seorang. Ada faham? Hihi.
from Google
~ Profit are better than wages (Keuntungan lebih baik daripada gaji)
Maksudnya begini. Kalau korang makan gaji, setiap bulan sama je kan untuk tempoh masa yang lama. Jujurnya kalau golongan middle class macam kita ni tak berapa nak cukup gaji yang sedia ada dengan kegawatan ekonomi yang melanda. Tambah pula harga barang yang semakin naik menyebabkan kesempitan hidup makin terasa. Sebab itu digalakkan untuk berniaga. Sabda Nabi s.a.w., 9 per 10 rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya 1 per 10 sahaja rezeki daripada makan gaji. Itu sebabnya orang berniaga ni lebih senang untuk hidup senang dan hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya mengikut syarak.
from Google
~ Don't get into debt and if you have, get out!
Sebagai dewasa kebanyakan kita ni memang pasti ada yang berhutang. Hutang rumah, kereta, PTPTN dan sebagainya. Tak jatuh hukum berdosa kalau berhutang tapi sila langsaikannya secepat mungkin dan sila keluar dari hutang korang! Orang yang berhutang ni takkan tenang hidup. Huhu. Percayalah. Aku pun rasa perasaan yang sama. Tiap bulan kena fikir nak bayar hutang tu hutang ni. Boleh sakit jiwa kadang-kadang. Itu pun aku dah tetap sepanjang hidup ni kalau aku ada hutang pun biarlah kereta dan rumah je. Taknak ada hutang lain. Bila dah langsai segala bagai hutang tu, baru kita dapat rasa betapa nikmatnya hidup ini lebih-lebih lagi kita dapat aplikasikan 5 envelops yang saya share di atas sepenuhnya! Syiokk kannnn. Apa lagi yang korang mahu? Kehkehkeh.
That's all. Lastly, sedikit info berguna tentang cara peniaga mendapat keredhaan Allah.

Auto Show or Tiger Show

Seperti biasa, Auto Show di Shanghai sering menjadi tumpuan ramai bukan kerana pameran kereta ciptaan terkini, tetapi model-modelnya melampau-lampau seksi.

Antara model paling melampau penampilannya kaliini adalah Gong Yue Fei (龚 玥 菲). Beliau memakai...err...entah apa yang dipakainya pun kami kurang pasti. Nampak macam tak pakai baju lagi ada la.

Jadi, entah apa objektif sebenar pameran kereta di Shanghai ini pun masih kabur...

PMR Terakhir

19 Disember 2013 merupakan detik yang dinanti-nantikan oleh calon yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). PMR 2013 juga merupakan PMR terakhir yang diguna pakai sebelum sistem baharu dimulakan. 
Bersedih cita dan melonjak kegembiraan
Biar apa pun keputusannya, usahlah calon bersedih cita terutama yang gagal. Sebaliknya, yang berjaya pastilah melonjak kegembiraan. Bagaimanapun, keputusan itu esok tidak bermakna yang gagal akan terus gagal mencatur kegemilangan pada masa hadapan. Masih belum terlambat untuk membuktikan sesuatu dalam Sijil Penilaian Menengah (SPM) nanti. 
Semangat juang yang ada
Sesungguhnya, saya bukanlah pelajar yang cemerlang sangat. Dan tidak pula memperoleh keputusan penuh A dalam mata pelajaran yang diambil, baik dalam UPSR, PMR, SPM mahupun STPM. Namun begitu, semangat juang yang ada, saya berjaya juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Universiti. Sekali lagi saya tegaskan, keputusan PMR 2013 bukan penentu segala-galanya. Oleh itu, dakilah tangga kejayaan dengan usaha yang jitu.
Semakan keputusan
Ada sesetengah calon akan membuat semakan keputusan melalui SMS. Ada juga yang akan mengambil keputusan di sekolah. Pastilah senario ini amat berbeza. Kepada yang akan membuat semakan melalui SMS terlebih dahulu, bolehlah mengikut panduan ini.
Taip PMR (No.KP) (ANGKA GILIRAN) dan SMS ke 15888
 
Anda juga boleh menyemak keputusan secara online di http://lp.moe.gov.my/semakan/