Khamis, 24 Oktober 2013

Diana Amir kahwin hari ini...

Cukup senaskhah al-Quran, kata Diana Amir

Diana Amir

Diana Amir

PELAKON cantik, Diana Amir mengumumkan perkahwinannya bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah bakal berlangsung, Jumaat depan.

Diana berkata, perancangan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya mengambil masa sebulan sahaja.

Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami,” katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, hari ini.

Diana dan Mohd Habib akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam. Ia disusuli dengan persandingan di sebelah perempuan dan menyambut menantu pula dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Characteristic

Siapa mampu meneka karakter seseorang individu dengan tepat. Lain orang sudah tentu berlainan personaliti dan perwatakan diri. Justeru, sejauh mana kita kenal seseorang itu termasuk keluarga sendiri, ada juga terselit sekelumit jiwanya yang tidak mampu kita fahami dengan sempurna.

Kalau dilihat daripada prospek kawan dan sahabat, aspek keserasian dan persefahaman adalah kunci utama yang mengakrabkan lagi antara dua pihak. Kerana persamaan karakter dan minat, dua individu itu menjadi baik.

Tapi serapat mana sekalipun dua kawan itu, sudah tentu ada juga perbezaan baik dari sudut pendapat mahupun personaliti yang mungkin mengundang rasa kurang selesa kepada pihak satu lagi.

Namun sebagai sahabat, sudah tentu kita berpegang pada prinsip menerima seadanya baik dan buruk seseorang itu.

Bagaimanapun jika kerap berlaku perselisihan faham dan pendapat, itu bermakna keserasian sudah mula pudar dan ia petanda negatif untuk sesebuah hubungan persahabatan.

Apa kata kita faham dengan sebaiknya sikap dan karakter sahabat kita agar perselisihan faham atau perbezaan pendapat itu dapat dikurangkan. Pertama sekali kita harus kenal siapa diri kawan kita.

Hippocrates, seorang pakar ilmu dari Yunani membahagikan peribadi manusia kepada empat jenis iaitu Sanguine, Phlegmatic, Choleric, dan Melancholic. Setiap keperibadian ini mempunyai unsur-unsur perwatakan yang berbeza baik dari segi positif mahupun negatif.

Gen Y melihat empat karakter asas manusia ini mampu memberi idea terbaik dalam kita mengenali siapa sebenarnya kawan baik kita itu.

1. Sanguine

Ini adalah jenis manusia pertama yang dijelaskan menerusi teori bijak pandai Yunani ini. Individu jenis ini mempunyai ciri-ciri dan perwatakan diri seperti senang diajak berbual, ekspresif, bersemangat, emosional, mudah berkawan, periang, suka jadi pusat perhatian, yakin diri dan suka membantu.

Individu jenis Sanguine adalah serasi dengan Choleric dan kebiasaannya berbeza pendapat dengan Melancholic.

Kalau melihat pada karakter diri individu jenis ini, sudah tentu orangnya begitu bagus dan komited terhadap kerjanya selain punya perancangan besar dalam merencanakan masa depannya.

Namun ada kalanya individu jenis ini lebih mudah terkesan jika diberi tekanan. Justeru, jika sahabat anda tergolong dalam perwatakan ini, apa yang patut anda lakukan adalah dengan memberi sokongan berterusan agar dia lebih bersemangat mengerjakan tugas yang di berikan sehingga siap.

Individu ini mudah tertekan jika terlalu lama melakukan sesuatu. Jadi sekiranya kamu nampak dia seakan tertekan sewaktu sedang membuat tugasan atau sesuatu kerja, apa kata ajak dia berehat sebentar untuk mengembalikan semangat itu.

Bila individu ini meminta pendapat atau pandangan, berikan yang terbaik padanya dan biarkan dia membuat keputusan sendiri kerana kebiasaannya individu jenis ini dia sudah punya jawapan dan penyelesaian namun menguji untuk melihat dirinya dihargai atau pun tidak.

Sanguine suka dipuji, jadi cuba sesekali kamu memuji kecantikan dan kebijaksanaan yang dia miliki.

2. Melancholic

Jenis individu kedua ini pula lebih menarik dengan memiliki ciri-ciri seperti tekun, serius, teratur, menyukai kesempurnaan, mudah terharu, tidak suka menjadi pusat perhatian, pemalu dan pasif.

Individu jenis ini sangat sepadan dengan Phlegmatic dan selalunya berbeza pendapat dengan Sanguine.

Harus diingat, individu ini sebenarnya sangat sensitif dan mudah tersinggung dengan sebarang reaksi yang kurang berpihak kepadanya. Jadi hati-hati sewaktu berkata-kata dan bergurau dengan individu ini.

Individu ini sering memandang sifat negatifnya berbanding positif. Jadi apa salahnya jika kamu sentiasa ingatkan mengenai kelebihan dirinya agar semangatnya tidak terus tenggelam. Malah sebagai sahabat, tindakan kamu dengan membantunya meyakinkan diri adalah sangat baik.

Kalau dia cuba meluahkan apa terbuku di hatinya, cuba kamu dengar dengan penuh fokus dan fahami perasaannya. Apa yang diluahkan adalah sesuatu yang penting memandangkan individu jenis ini begitu pendiam dan sukar mempercayai orang dengan mudah.

Jangan sesekali bermain dengan ‘moodnya’ kerana dia pasti akan ‘moody’ seharian.

3. Choleric

Individu jenis ketiga ini pula mempunyai karakter hebat khususnya jika dia adalah lelaki. Individu ini adalah mempunyai ciri-ciri pemimpin, aktif, bercita-cita tinggi, tegas, berdikari, berani, emosional dan berkeyakinan tinggi.

Individu ini jenis yang sangat sepadan dengan Sanguine dan selalu berbeza pendapat dengan Phlegmatic.

Jika individu jenis ini adalah gadis, sifatnya seperti ibu-ibu yang ada kalanya kuat membebel. Sekiranya dia menegur kamu, pekakkan telinga saja, niatnya sebenarnya baik kerana dia mahukan yang terbaik untuk kamu.

Bila sedang berdebat dengan individu ini pastikan kamu bijak mengawal emosi kerana pandangan dan pendapatnya sangat tajam selari dengan pendiriannya yang ingin ideanya itu diterima semua pihak.

Bila dia meminta pandangan kamu, terus terang saja. Jangan cuba putar-putarkan kata-kata atau berlapis-lapis kerana individu jenis ini mahukan pandangan yang tepat dan telus bukannya penuh teka-teki.

4. Phlegmatic

Mungkin jenis yang paling mudah dibawa berkawan, individu yang tergolong pada perwatakan ini adalah mereka yang ‘cool’ dan tenang. Mereka begitu rendah diri dan tidak banyak bercakap.

Paling menariknya, individu ini juga jenis yang penyabar dan sukar dijangka. Tapi yang mungkin kurang ‘best’, individu ini jenis yang senang mengatakan ‘YA’ walaupun terpaksa memaksa diri.

Phlegmatic sangat sepadan dengan Melancholic dan selalunya berbeza pendapat dengan Choleric.

Kalau anda ingin memahami sahabat anda yang tergolong dalam jenis perwatakan ini, jangan terlalu tegas bila menasihatinya kerana mungkin sikapnya yang penyabar dan ‘cool’, dia hanya menelan saja walaupun nasihat itu menyinggung perasaannya.

Sentiasa bantu dirinya untuk membuat keputusan dan mencapai cita-cita. Sekiranya kamu memerlukan pendapat dan pandangan, individu Phegmatic sedia membantu kamu kerana mereka jenis yang ingin melihat orang lain tidak berada dalam kemelut atau masalah.

Sentiasa mengajak sahabat kamu yang kebetulan tergolong dalam jenis Phlegmatic untuk dirinya melakukan aktiviti di dalam dan luar sekolah atau kerja. Jangan biarkan individu ini keseorangan.

Isnin, 21 Oktober 2013

SEMAKAN KEMASUKAN KE SBP TINGKATAN 4 2012

 

Kini semakan keputusan untuk status kemasukan ke tingkatan 4 (empat) di sekolah berasrama penuh (SBP) untuk tahun 2012 sudah dibuka. Pelajar-pelajar yang ada memohon untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh Boleh menyemak status tawaran anda melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti tertera di bawah:

SEMAK TAWARAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012 UNTUK PELAJAR TINGKATAN 4

Manakala untuk mereka yang tidak berjaya memasuki sekolah berasrama penuh, jangan risau anda masih boleh membuat rayuan. Sila klik link di bawah untuk membuat rayuan:

RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012 UNTUK PELAJAR TINGKATAN 4

Wassalam~

Ahad, 20 Oktober 2013

Sham nikah Nurul selepas cerai Farazilah

BAHAGIA. Gambar terkini Sham sempena Aidiladha baru-baru ini bersama isterinya, Nurul Halimin dan anak tirinya, tersebar di internet.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, isu rumah tangga gitaris Kamikaze yang kini selesa membawa diri sebagai pendakwah bebas, Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohd. Salleh merupakan antara isu paling hangat pada tahun lalu.

Ini kerana, pada waktu itu, Sham, 37, didakwa berkahwin dua dengan Nurul Halimin Md. Salleh dan perkahwinan tersebut berjalan tanpa keizinan isteri pertamanya, Farazilah Abdul Jabar.

Ia menjadi hangat apabila kononnya keluarga Nurul dikatakan kecewa dengan tindakan Sham yang menyembunyikan perkahwinan mereka yang berlangsung pada Januari 2013.

Isteri pertama Sham, Farazilah kemudian meminta cerai pada Ogos 2012. Padahal, pasangan tersebut memang telah bercerai sejak 1 September 2011 dan tidak merujuk penceraian mereka kepada pihak Mahkamah Syariah.

Sementelah, Sham sendiri menafikan dia telah berkahwin dua, namun enggan memberi sebarang penjelasan kepada umum.

Kini, selepas setahun, Sham yang ditemui Kosmo! sewaktu majlis Program Jom Jadi Sahabat Zakat yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Danau Kota, Kuala Lumpur, bercakap tentang tuduhan yang disifatkannya sebagai sama sekali tidak benar itu.

Apakah perkembangan terkini Sham?

Tiada apa yang baru mengenai diri saya selain menerima jemputan menghadiri majlis dakwah. Jika ada mana-mana pihak yang menjemput dan kena pada masanya, saya akan hadir untuk berkongsi menyampaikan dakwah. Malah, yang terbaharu saya ada muncul di RTM 2 untuk Konsert AidilAdha. Selain itu, saya ada menulis lagu baharu buat artis-artis dakwah dan nasyid.

Jika tak silap saya, sebelum ini anda ada menyatakan bahawa mahu berhenti daripada dunia seni, tetapi mengapa kini anda dilihat kembali aktif?

Ya, memang benar saya telah berhenti, tetapi atas pelawaan sesetengah pihak yang menyuruh saya menulis lagu, jadi saya kembali secara perlahan-lahan di belakang tabir. Kini, saya mahu aktif menulis lagu yang berunsurkan dakwah atau ketuhanan buat penyanyi yang memerlukan lagu-lagu berunsur sedemikian.

Kita berganjak kepada soalan peribadi. Boleh anda jelaskan kembali tentang isu rumah tangga anda yang sebelum ini digembar-gemburkan?

Saya ada sebab tertentu yang menyebabkan saya merahsiakan hal itu dan apa yang penting Tuhan dan keluarga saya tahu mengenai hal ini sudah cukup. Malah, sebenarnya dari dulu saya tidak pernah berkongsi mengenai kisah kehidupan saya. Saya tidak mengikut konsep jika seseorang itu adalah public figure dia harus berkongsi mengenai kisah hidupnya, tetapi secara peribadi saya mempunyai sebab dan hak juga untuk tidak mahu berkongsi tentang peribadi saya bersama khalayak.

SHAM menegaskan dia tidak pernah berkahwin dua, sebaliknya berkahwin kali kedua dengan Nurul Halimin selepas bercerai dengan isteri pertamanya, Farazilah.

Jadi adakah benar dakwaan anda telah berkahwin dua?

Itu tidak tepat sama sekali. Sebenarnya ini merupakan cerita lama dan saya telah memberitahu bahawa saya tidak berkahwin dua. Saya tidak mahu bercakap mengenai soal ini dan saya percaya anda juga tahu mengapa.

Jadi bagaimana anda boleh jelaskan situasi ini sebenarnya kerana anda memang mempunyai dua orang isteri sebelum ini? Atau adakah anda sebenarnya telah berkahwin kali kedua setelah bercerai dengan isteri yang pertama?

Ya, sebenarnya saya memang tidak berkahwin dua, sebaliknya saya telah berkahwin kali kedua setelah penceraian yang pertama, tetapi saya tidak akan memberitahu bila kerana saya ada sebab yang tertentu.

Jika benar mengapa anda tidak memberitahu kepada umum?

Andai kata saya melakukan kenyataan media untuk memberitahu mengenai perkahwinan saya, akan ada pihak yang akan membuat spekulasi lain mengenai diri saya dan saya mempunyai sebab-sebab yang tertentu juga untuk terus merahsiakannya.

Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan keluarga isteri kedua anda kesal kerana anda masih enggan mengakui sudah berkahwin dan bagaimanakah perhubungan anda dan keluarga mentua sekarang?

Saya tiada sebarang masalah dengan keluarga mentua saya. Malah, dakwaan cerita yang tersebar itu sama sekali tidak benar.

Boleh kongsikan sedikit tentang kehidupan anda kerana terdapat sekeping gambar anda bersama isteri dilihat sedang sarat hamil?

Ya, isteri saya sedang hamil anak sulung kami yang dijangka dilahirkan pada tahun hadapan.

Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden

LAAFTMAN memeriksa kandungan Singelman di klinik Mama Mia, Sweden.

HANYA sekali menjalani ultrabunyi dalam tempoh sembilan bulan dan tidak perlu berjumpa doktor. Itulah gambaran penjagaan ibu-ibu mengandung di Sweden.

Walaupun tidak melakukan prosedur seperti negara-negara Barat lain, gaya penjagaan ibu mengandung di negara itu terbukti membawa kebaikan.

Organisasi Selamatkan Kanak-Kanak menyatakan, Sweden merupakan negara kedua terbaik di dunia untuk bakal ibu selepas Finland.

Menurut Laporan Kesihatan Perinatal Eropah 2010, negara tersebut mencatat kadar kematian terendah selepas Iceland iaitu sebanyak 1.5 kematian daripada 1,000 kelahiran manakala jumlah ibu yang meninggal semasa melahirkan anak ialah 3.1 daripada 100,000 kelahiran.

Di Sweden, bidan-bidan diberi kepercayaan untuk menjaga kesihatan ibu mengandung dan janinnya.

Ia merupakan satu-satunya rawatan yang boleh didapati oleh kaum wanita dan diberikan secara percuma kepada pesakit bawah faedah kesihatan negeri.

"Seorang doktor boleh dipanggil jika bidan mendapati ada sesuatu yang tidak kena kepada ibu yang mengandung," kata seorang bidan di pusat bandar Stockholm, Sofie Laaftman.

Bagi mereka yang biasa dengan rawatan perubatan intensif semasa mengandung, cara masyarakat Sweden mungkin dilihat sebagai rawatan asas sahaja.

Antara rawatan tersebut ialah ujian darah dan air kencing untuk mengesan kekurangan vitamin atau anomali, pemeriksaan tekanan darah ibu dan denyutan jantung janin serta nasihat pemakanan.

Bayi pramatang

Ibu yang mengandung normal tanpa sebarang komplikasi akan menjalani rawatan ultrabunyi sekali sahaja dalam tempoh sembilan bulan.

"Kehamilan adalah keadaan yang biasa dan ia tidak sakit," kata seorang Profesor Penjagaan Kesihatan dan Sains di Universiti Gothenburg, Marie Berg.

Laaftman turut menyokong kenyataan Berg dengan memberitahu kebanyakan wanita ber usia bawah 40 tahun tidak memerlukan rawatan rapi kerana tubuh badan mereka masih sihat dan mampu melahirkan anak. Ia adalah proses semula jadi bagi seorang ibu.

Kajian saintifik Kerjasama Cochrane membuat kesimpulan bahawa kebanyakan wanita yang tidak mempunyai komplikasi kehamilan mendapat banyak kelebihan jika menggunakan khidmat seorang bidan berbanding doktor.

KELAHIRAN bayi juga turut disambut oleh bidan dan doktor cuma akan dipanggil jika berlaku komplikasi. - Gambar hiasan

Penulis kajian itu menyatakan, penjagaan seorang bidan mampu mengurangkan jumlah kelahiran bayi pramatang. Di Sweden, hanya lima peratus kelahiran bayi lahir pramatang.

Segelintir ibu mengandung di negara itu yang kurang berinteraksi bersama bidan atau doktor akan mengalami kesukaran semasa melahirkan bayi mereka.

Seorang ibu mengandung, Christina Singelman, 31, berkongsi pengalaman kandungan pertamanya apabila dia dibelenggu rasa sunyi kerana kurang bertemu dengan doktor.

Singelman berkata, dalam tempoh kandungannya berusia 10 minggu, dia hanya mendapatkan satu rawatan di klinik bagi rawatan ultrabunyi.

Bagi Adina Trunk, 33, dia telah berjumpa dengan dua bidan berbeza untuk kedua-dua kandungannya kerana menghadapi masalah yang sama.

"Bidan-bidan ini sangat berwibawa, tetapi kaedah itu sendiri telah meletakkan mereka dalam kedudukan yang pasif atau kurang bercakap.

"Para ibu mengandung terpaksa mengambil inisiatif untuk bertanya soalan atau berkemungkinan berjumpa dengan pakar lain," katanya.

Kelahiran bayi

Di samping itu, kelahiran bayi juga turut disambut oleh bidan. Doktor akan terlibat sama jika berlakunya komplikasi semasa kelahiran bayi tersebut atau jika ibu mengandung meminta suntikan epidura.

Bidan di Sweden telah diberi kepercayaan penjagaan ibu mengandung sejak abad ke-18 lagi.

Peningkatan profesion perubatan moden pada hari ini turut memberi kesan kepada bidan-bidan apabila mereka terpaksa menyerahkan separuh daripada tanggungjawab kepada doktor.

Namun, bidan di Sweden tetap berterima kasih kepada sokongan yang telah diberikan oleh doktor sekali gus mewujudkan kesatuan yang kukuh.

Sistem itu juga tidak pernah dipersoalkan ekoran rekod prestasi yang kukuh.

Jumlah kelahiran bayi secara pembedahan juga rendah di Sweden dengan kira-kira 17 peratus pada 2011 dan hanya 10 peratus wanita melakukan episiotomi.

Episiotomi adalah pengguntingan kulit dan otot antara faraj dan dubur untuk melebarkan ruang bagi bayi keluar. - AFP

Cukup senaskhah al-Quran, kata Diana Amir

Cukup senaskhah al-Quran, kata Diana Amir

Diana Amir

Diana Amir

PELAKON cantik, Diana Amir mengumumkan perkahwinannya bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah bakal berlangsung, Jumaat depan.

Diana berkata, perancangan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya mengambil masa sebulan sahaja.

Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami,” katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, hari ini.

Diana dan Mohd Habib akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam. Ia disusuli denga persandingan di sebelah perempuan dan menyambut menantu pula dijangka akan diadakan pada tahun ini.

'Sultan' Sulu meninggal dunia

Jamalul Kiram

SHAH ALAM -  “Sultan” Sulu Jamalul Kiram III yang mendalangi pencerobohan pengganas di Lahad Datu awal tahun ini, meninggal dunia awal pagi tadi, menurut anak perempuannya. Jacel Kiram-Hassan memberitahu sebuah stesen radio Filipina bahawa bapanya meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak sekian lama.

Menurut anaknya itu, bapanya meninggal dunia kira-kira pukul empat pagi di sebuah hospital.

"Terima kasih di atas doa dan sokongan anda,” kata Jacel dalam laman Facebooknya.

Kiram, 75 tahun, dilaporkan menjalani rawatan di Pusat Jantung Filipina sejak Khamis lalu. Jenazahnya akan dibawa Jolo, Sulu untuk pengkebumian. Beliau mempunyai sembilan anak termasuk Jacel yang kerap menjadi jurucakap ayahnya ketika krisis Lahad Datu tercetus.

Malah Jacel membayangkan bahawa perjuangan ayahnya menuntut Sabah akan diteruskan.

“Perjuangan ayah saya ditinggalkan untuk kami sebagai anak-anaknya untuk diteruskan. Beliau seorang yang baik, seorang insan agong yang mahukan Sabah dikembali kepada rakyat Filipina. Kami akan meneruskan perjuangan itu,” Jacel memberitahu radio DZIQ.

Pada Mac lalu, kira-kira 200 penyokong bersenjata Kiram menceroboh Kampong Tanduo di Lahad Datu dalam cubaan untuk merampas Sabah daripada Malaysia. Kumpulan bersenjata itu yang diketuai oleh adik Kiram, Agbimuddin,  enggan menyerah diri, sekali gus memaksa tentera dan polis Malaysia melancarkan serangan udara dan darat.

Enam puluh lapan orang terkorban dalam pertempuran termasuk sembilan prajurit dan anggota polis serta enam orang awam. Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, namun negeri yang kaya dengan sumber asli itu dituntut oleh Manila dan Kesultanan Sulu. Tuntutan itu kerap diungkit oleh media Filipina apabila melaporkan mengenai hubungan Kuala Lumpur dan Manila.