Oleh itu, satu senarai kereta terpantas pada tahun 2013 sudah dikeluarkan oleh laman Total Car Score. Senarai ini disediakan oleh Karl Brauer, CEO dan ketua editorlaman maya tersebut. Senarai ini tidak memasukkan syarikat pembuat kereta yang mempunyai kurang daripada 20 cawangan di seluruh dunia atau menjual kurang daripada 20 model per tahun di seluruh dunia. Berikut adalah senarai kereta terpantas pada tahun 2013. Jom lihat gambar di bawah ini.
Rabu, 27 Mac 2013
Bengang dengan Ainan Tasneem
DALAM orang sibuk-sibuk menilik bila tarikh pilihan raya yang tak kunjung tiba, ada pula yang bawa cerita perihal seorang penyanyi baru yang cukup manis bertudung ini. Syed ingatkan cerita apa rupa-rupanya cerita pasal Ainan Tasneem yang khabarnya dah buat hal baru-baru ini.
Apa yang dah dia buat sampai tukang cerita naik hantu ni? Syed pelik juga sebab selama ini tak banyak pun cerita tak baik pasal Ainan tapi kali ini nada tukang sampai cerita ini cukup lain berbanding biasa.
Katanya Ainan mungkir janji baru-baru ini. Dia sepatutnya mengadakan persembahan di sebuah negeri di Pantai Timur telah membatalkan undangan tersebut tanpa alasan yang jelas.
Tup-tup pada hari yang sama khabarnya kelibat penyanyi ini kelihatan di selatan tanah air pula. Macam mana pula tu? Syed rasa inilah yang menambah bara di hati penganjur tersebut.
“Memang kami bengang gila dengan Ainan yang batalkan show last minute macam ni. Bukan apa, banner dan kain rentang semua dah ada gambar dia tup-tup dia tak jadi datang.
“Kalau betul dia sakit atau ada apa-apa keuzuran tu boleh juga kita tutup mata. Yang timbul persoalan ni macam mana dia boleh muncul dekat show tempat lain pula? Sekarang yang tanggung malu kami sebagai wakil pihak penganjur juga!
“Kalau nak tahu dia yang batalkan show. Padahal pihak penganjur dan bayar wang pendahuluan untuk show tersebut. Kalau dah dia yang batal kenapa tak pulang balik wang yang diberi tu?
“Paling tidak pun pulang sahajalah wang pendahuluan. Kalau penganjur yang batalkan mungkinlah dia boleh ambil wang itu terus. Tak gitu?" kata wakil penganjur ini lagi.
Pembangkang tidak minat perintah negara, hanya penuhi agenda peribadi
KUALA LUMPUR 27 Mac - Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, pembangkang tidak berminat memerintah negara demi rakyat tetapi hanya mahu menjadi pemerintah demi memenuhi 'nafsu' segelintir pemimpin politik mereka.
Tunku Abdul Aziz mendakwa, beliau juga melihat pembangkang hanya berminat memporak-perandakan negara supaya agenda ke Putrajaya tercapai.
"Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) khususnya, tiada pelan jangka panjang, hanya 'gila' mahu ke Putrajaya. Jangan lupa dengan rekod moralnya," katanya di hadapan lebih 300 penduduk Taman Sri Keramat Tengah dalam sesi ceramah di sini malam ini.
Ceramah itu dianjurkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bertemakan Lahad Datu: Negara Terjajah dan Rakyat Tergadai. - UTUSAN
Mengundi itu wajib, pilihan hak pengundi
KAJANG - Mengundi itu wajib hukumnya, namun ia bukan satu kefarduan bagi setiap umat Islam kerana langkah itu bagaikan satu kesaksian syahadah, demikian menurut Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mohammad Kamil Abdul Majid. Sehubungan itu kata beliau, bukan setakat mengundi bahkan menyertai pilihan raya dan bertanding untuk membentuk kerajaan juga adalah wajib.
"... mencari pemimpin berkualiti itu mestilah seseorang amanah dan mempunyai rohani dan jasmani yang kuat," kata beliau pada Wacana PRU13: Aplikasinya Menurut Fiqh Politik Islam di Kolej Dar Al-Hikmah, di sini, malam tadi.
Kamil juga menggariskan 20 ciri utama yang perlu diberi perhatian oleh pengundi Islam bagi memilih bakal pemimpin yang akan membentuk kerajaan baru nanti.
"Pemimpin yang nak dipilih mestilah berakal, bijaksana, berani, bersih, pemurah, berlapang dada, bukan pemarah, seorang yang pemaaf bukan dendam, lemah-lembut dan budiman, menepati janji dan jujur.
"... selain boleh menyimpan rahsia, cekal hati, strategi, pandai tawar-menawar, bukan hasad dengki, bersyukur, bukan bernafsu, tidak menjadikan orang kafir sebagai penasihat, bertujuan berpolitik bukan cari keuntungan dan kemudahan diri sendiri serta jaga keadilan dan kebenaran," katanya lagi.
Tegasnya, seseorang pemimpin yang mahu dipilih nanti perlu menjaga agamanya daripada diperlekehkan, mempertahankan diri dan nyawa supaya tidak melayang begitu sahaja, berkeupayaan menjaga harta benda dan membelanjakannya secara halal dan memelihara maruah nasab keturunan umat Islam. Sementara itu, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil menyifatkan arena politik mula berubah kepada sistem dua parti sejak 2008.
"Orang undi berkirakan aspek 'public versus', tak terikat kepada politik perkauman.
"... rakyat mahukan politik integriti, politik berprinsip, politik idealisme, politik nilai dan bukan politik perkauman," katanya.
Malah katanya, tindakan Barisan Nasional (BN) tidak wajar mempersoalkan rakyat untuk menukar kerajaan hingga mereka takut untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya.
"Tukar atau tidak kerajaan itu, ia urusan pengundi, bukan Umno-BN," katanya sambil menyifatkan peralihan kuasa akan berlaku dengan aman dan damai Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya nanti.
Umno-BN tegasnya, perlu menghormati hak rakyat untuk memberi mandat kepada kerajaan baru yang akan dibentuk menerusi pilihan raya.
"Sistem pilihan raya adalah jaminan peralihan kuasa dengan aman dan damai.
"... tiada pertumpahan darah di empat negeri," jelasnya.
Dalam pada itu, Presiden Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, seseorang pemimpin negara yang hendak dipilih bukan sahaja baik agama dan solatnya malah kemahiran mentadbir dan mewujudkan hubungan dengan rakyat juga perlu dimiliki jika ingin terus terlibat dalam politik.
"Orang Cina pun tengok wibawa, orang Melayu pula tengok parti. Tak kira teruk mana pun Melayu itu, mereka tetap pangkah," katanya sambil tahap pendidikan tidak menjamin kejayaan bagi sesesorang ahli politik itu.
"Kalau tak tahan maki, jangan masuk politik di Malaysia," katanya.
Detik Bersejarah - Dun Pertama Terbubar
Sejarah Pilihanraya
Seremban: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bubar secara automatik sejurus selepas tengah malam tadi dan kini ditadbir kerajaan negeri sementara yang diterajui Datuk Seri Mohamad Hasan.
Semalam, Menteri Besar mengadakan mesyuarat EXCO terakhir di Wisma Negeri di sini.
“Pentadbiran negeri akan diteruskan seperti biasa untuk kesejahteraan rakyat,” kata Mohamad pada sidang media selepas mesyuarat itu.
Mengenai tempoh lima tahun pentadbiran kerajaan negeri, beliau berpuas hati dengan prestasi EXCO yang bertanggungjawab memastikan dasar dilaksanakan dengan baik.
Selasa, 26 Mac 2013
'Ter' atau 'Di' BUBAR
Parlimen, iaitu Kuasa Perundangan bagi Malaysia, berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini.
Parlimen berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan cukai-cukai baru.
Parlimen juga adalah wadah untuk perbahasan dan perbincangan; dan merupakan saluran bagi mengutarakan suara orang ramai dalam hal-ehwal negara.
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu:
- Yang di-Pertuan Agong
- Dewan Negara
- Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah Ketua Negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Baginda menjalankan tugas-tugas seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Ketua Tertinggi Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli – 44 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. 26 ahli yang selebihnya dipilih oleh 13 Dewan Undangan Negeri, di mana setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli.
Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia.
| Tarikh Pembubaran Automatik (Dun dan Parlimen) | |
Seorang pemimpin yang bermaruah dan berani akan membubarkan parlimen terlebih dahulu sebelum tempoh mandat terbubar dengan sendirinya. Kepercayaan rakyat terhadap seorang pemimpin menjadi lebih dan ini akan meningkatkan kredibiliti pemimpin berkenaan.









