Selasa, 4 Oktober 2011

Belanjawan 2012

Hanya tinggal lagi 2 hari sahaja sebelum Belanjawan bagi tahun 2012 dibentangkan di Parlimen. Apakah yang anda harapankan dari pembentangan Belajawan 2012? Betulkah Belanjawan 2012 mendahulukan rakyat? Apa yang saya harapkan dari Belanjawan tersebut merupakan satu keuntungan kepada rakyat yang akan mengurangkan perbelanjaan harian untuk terus hidup. Hidup yang dimaksudkan disini bukannya mewah tetapi sekadar selesa memenuhi keperluan harian dan juga berpeluang menyimpan sedikit sebanyak untuk digunakan dikemudian hari. Memandangkan kos sara hidup yang semakin menigkat, diharapkan ada sedikit perubahan bukannya besar yang dipinta hanya beberapa sen digunakan untuk menambahbaik kehidupan rakyat dan setiap rakyat berhak mendapatkan kehidupan yang selesa.

Diharapkan belanjawan ini lebih baik berbanding daripada tahun sebelumnya yang mengharapkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah, dengan menjamin deposit. Namun mampukah sebuah rumah yang selesa dimiliki oleh setiap keluarga yang berpendapatan dibawah RM1000.00 sebulan.

Apakah langkah yang akan diambil untuk meneruskan dan mencapaikan hasrat kerajaan tersebut dan supaya setiap nasib rakyat terbela walaupun tidak sepenuhnya.

Semoga Belanjawan 2012 ini adalah satu belanjawan yang akan meneruskan kesinambungan kerjaya dan politik mereka yang berkenaan

http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/10/belanjawan.html

Ahad, 2 Oktober 2011

Pembangkang…

Pembangkang!!! Adakah saya pro pembangkang? Adakah saya ahli pembangkang? Adakah saya.. pembangkang?

Ya, saya adalah pemnbangkang, namun bukannya mana-mana ahli parti politik atau pertubuhan yang membangkang pemerintah. Saya seorang pembangkang dan akan terus membangkang tidak kira siapa yang berkuasa, memerintah dan mentadbir negeri, negara atau jajahan mana-mana tempat yang pernah wujud dan wujud dimuka bumi Allah ini.

Bukan niatku untuk menumbangkan mana-mana pentadbiran, mana-mana pemerintah dan kerajaan yang ada. Aku membangkang sekadar untuk mengimbangi kuasa. Adakah aku berkuasa? Tidak yang Maha berkuasa hanya Allah yang Esa. Aku tidak berkuasa dan merupakan insan yang lemah dibandingkan denganNya yang Maha Kuasa. Hidupku inipun kerana sifat-sifatnya yang Mulia. Satu hari nanti apabila sifat-sifatNya yang dipinjamkan kepadaku ini ditarik balik aku tak berdaya dan hanya berbaring begitu sahaja.

Lemahnya aku, aku tak punya apa-apa. Namun kerana perjuangan untuk mengimbangi kuasa aku menjadi pembangkang. Hanya untuk mengingatkan dan menghalang dengan cara yang aku tahu, membangkang. Tidak aku tidak akan membangkang semua perkara dan usul yang baik. Cuma aku membangkang setiap gerak-geri dan tindak-tanduk yang akan merugikan rakyat.

Aku tidak pernah mengagungkan mana-mana ahli politik, bagiku biarlah aku membangkang tanpa bersekutu dengan mereka. Aku membangkang dengan caraku. menulis-menulis dan terus menulis tentang perkara yang berlaku supaya rakyat negaraku sedar apa yang berlaku bukan hanya mengangguk melihat perbuatan durja, perbuatan yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Aku membangkang untuk membuka mata mereka, melihat dari aspek berbeza. Bukan hanya kita yang betul. Mungkin apa yang mereka katakan itu berbeza dengan apa yang kita tahu, tidak bermakna mereka salah. Itu adalah pandangan mereka. Mereka adalah betul dari sudut pandangan mereka. Mereka bukannya bersalah dan pesalah yang patutu kita hukum hanya kerana pernyataan, tindakan, perlakuan dan jawaban mereka dan kita berbeza.

Kita akan merasaka gembira sekiranya apa yang mereka lakukan itu dilihat dari sudut pandangana mereka. Umpama pamain wau yang merupakan seorang Pilot dan juga jurutera aeroangkasa, yang tidak akan ada dalam konteks pilot dan jurutera aeroangkasa.

Belanjawan…

Sedar tak sedar sudah 9 bulan berlalu bagi tahun 2011. Sekarang sudah masuk bulan Oktober tahun 2011. Seperti biasa, kita telah maklum bulan ini adalah bulan yang amat penting kepada kerajaan Malaysia setiap tahun. Kenapa saya mengatakan demikian? Sedarkah anda setiap tahun Belanjawan untuk tahun berikutnya dibentangkan pada bulan Oktober setiap tahun.

Tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum belanjawan untuk tahun 2012 dibentangkan di Parlimen. Apakah agenda yang menarik dalam pembentangan tahun ini. Hanya Dato’ Sri Najib sahaja yang mengetahuinya. Betulkah begitu? Tidak juga kerana perancangan belanjawan untuk tahun 2012 melibatkan penasihat ekonomi dan politik beliau. Mereka inilah yang berperanan dalam menentukan belanjawan tahunan.

Mereka ini bertanggungjawab meneruskan kesinambungan politik dan kesinambungan pemerintahan negara. Setiap kali pembentangan belanjawan dibuat, kesan keatas kerjaya politik pemerintah dititik berat sebagai aspek utama membentangkan belanjawan.

Dalam keadaan ekonomi sekarang? Apakah yang rakyat mahukan. Ikutilah Belanjawan 2012 pada hari Jumaat bersamaan 7 Oktober 2011 jam 3.00 petang di rangkaian media perdana negara…

Selasa, 27 September 2011

Duit Bukanlah Segalanya, Segalanya Duit.

Kehidupan ini adalah pinjaman dari Allah yang Maha Esa dan kekal abdi selama-lamanya. Tidak ada yang kekal melainkan Allah. Kita adalah makhluk yang baru, yang akan menemui ajal bukannya kita mampu untuk menongkat langit. Oleh itu berusahalah untuk menyiapkan diri dengan bekalan yang akan kita bawa kesana.

Hidup ini merupakan satu perhentian, satu persinggahan sebelum menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Dalam menjalani kehidupan pelbagai aspek perlu untuk hidup. Kebahagiaan hidup dan kerdhaan Allah adalah matlamat kehidupan ini. Ini semua tidak boleh dibeli dengan wang berjuta.

Duit atau wang merupakan satu bentuk nilai untuk sesuatu barangan. Tidak semua perkara boleh dibeli dengan wang/ duit.

Kita boleh membeli makanan yang lazat namun tidak dapat membeli selera.

Kita boleh membeli ubat-ubatan dan membayar pakar perubatan namun tidak dapat membeli kesihatan.

Kita boleh membeli tilam yang empuk namuntidak dapat membeli tidur yang lena.

Kita boleh mengupah pengawal peribadi namun bukannya keselamatan diri.

banyak perkara yang boleh kita lakukan dan beli dengan duit yang ada, ada juga perkara yang tidak dapat kita beli dengan duit. Duit bukanlah segalanya namun segalanya memerlukan duit. 

Kita tidak boleh membeli kebahagiaan, namun untuk memberikan kebahagiaan kita memerlukan duit. Bercakap tentang duit nie memang semua hal memerlukan duit. Buang air kecil sekalipun memerlukan duit, bukannya untuk membayar duit masuk tandas, namun untuk membayar bil air dan kos penyelenggaraannya.

Hanya buang angin sahaja tidak memerlukan duit, itupun kerana masih belum ada tandas yang dikhaskan untuk kegunaan tersebut. Mungkin suatu hari nanti, apabila tahap pencemaran udara mencapai tahap yang kritikal. Nak buang angin pun kena caj, siapa tahu…

Perjalanan

Hidup ini adalah satu perjalanan, dari alam roh menuju alam BAQA’… iaitu alam yang kekal abadi. Dunia ini hanyalah satu persinggahan sementara untuk mengumpul bekalan untuk digunakan di alam BAQA’. Setiap insan pasti akan merasa saat perpisahan terakhir… meninggalkan jasad terbujur kaku tidak bernyawa, tidak berdaya. Hari itu pasti akan tiba dan destinasinya semakin hampir namun perjalanan yang dilalui tidak semestinya senang adakalanya penuh dengan rintangan dan dugaan. Janganlah sampai suatu hari nanti kita tersasar dari jalan yang sebenarnya kerana destinasinya berbeza. Setelah menyedari sekiranya anda tersesat kembalilah kepangkal jalan dan pilihlah jalan yang sebenarnya.

Bukan itu yang ingin aku coretkan disini. Apa yang sebenarnya ingin aku coretkan disini adalah perjalanan dengan kenderaan ke suatu destinasi yang jauh. Tahukah anda kenderaan anda dijana oleh enjin. Terdapat beberapa jenis enjin antaranya enjin elektrik, enjin petrol dan enjin diesel. Setiap enjin perlu sentiasa diselenggara untuk memastikan ianya berada dalam keadaan tip-top dan memberikan kuasa yang maksimum. Tentunya setiap pemilik kenderaan tidak mengabaikan penyelenggaraan enjin tetapi penyelenggaraan sahaja tidak mencukupi untuk memastikan ianya sentiasa memberikan kuasa maksimum. Ini yang jarang dititik berat oleh setiap pengguna kenderaan.

Seperti juga manusia dalam menempuh perjalanan yang jauh memerlukan rehat seperti tidur dan sebagainya. Begitu jugalah dengan enjin kenderaan anda. Tahukah anda enjin perlu dimatikan selama 15 ke 30 minit untuk perjalanan sejauh 200-250 kilometer atau 2 – 2.5 jam perjalanan yang mana terdahulu. Oleh kerana ingin tiba ke destinasi dengan segera kita tidak mengendahkan tip ini. Dengan berbuat demikian juga kita merehatkan diri. Ini disyorkan oleh mekanik kerana perjalanan sejauh 200 kilometer atau 2 jam perjalanan membuatkan minyak pelincir enjin terlalu panas dan mengurangkan kelikatan (iaitu kualiti kelancaran) dan boleh mengakibatkan enjin kenderaan tersangkut (jamned) kerana geseran.

Disamping itu juga, ianya dapat menyejukkan sistem brek kenderaan dan seterunsnya menjadikan kenderaan yang dinaiki itu lebih selamat.

Tidak kira kenderaan apakah yang anda gunakan, sekiranya anda mengamalkan tip ini nescaya jangkahayat enjin kenderaan anda akan bertambah.

Ahad, 25 September 2011

MyKad

Menyenangkan atau satu malapetaka.
MSC Malaysia berbangga untuk berkongsi dengan seluruh dunia ciptaan inovasi negara bagi meningkatkan kualiti dan gaya hidup melalui kecanggihan teknologi Kad Pintar Kerajaan atau dikenali sebagai MyKad.
MyKad merangkumi aplikasi utama 8+1 (dalam cip) dengan akses yang pantas dan selamat dalam menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.
Ciri keselamatan termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat. MyKad menggunakan menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri.
Sejauh manakan penggunaan MyKad ini membantu individu atau golongan yang memerlukan di saat ianya diperlukan. Sejauh manakah kualiti penghasilan MyKad.
Saya tertarik untuk mencoretkan beberapa cerita mengenai penggunaan MyKad ini. MyKad adalah dokumen pengenalan diri rasmi setiap warganegara Malaysia. MyKad memasukkan minutiae cap jari anda ke dalam cip dan ini membolehkan pengesahan cap jari dilakukan secara tepat dan terperinci dengan menggunakan alat pembaca MyKad. Maklumat lesen dalam cip seperti tarikh luput, jenis lesen dan kategori lesen pemilik dapat dibaca menggunakan alat pembaca MyKad yang dibenarkan seperti alat Pembaca Kad Mudahalih, Pembaca Kad Mini atau Kiosk. Penggunaan aplikasi ini boleh menggantikan sepenuhnya penggunaan lesen laminated sedia ada. Pihak penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia telah dimaklumkan tentang aplikasi ini. Pembaharuan lesen memandu dalam MyKad boleh dibuat di seluruh cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan di cawangan Pejabat Pos* tertentu. Maklumat pasport seperti tarikh sah laku dan nombor siri pasport boleh dimasukkan ke dalam MyKad untuk urusan keluar dan masuk di pintu kawalan Imigresen Malaysia dengan menggunakan laluan “Autogate”. MyKad tidak menggantikan pasport sepenuhnya. Pasport masih perlu dibawa untuk perjalanan antarabangsa. Kemasukan oleh penduduk Semenanjung ke Sabah dan Sarawak juga telah dipermudahkan dengan menggunakan MyKad untuk tujuan pendaftaran masuk tanpa perlu mengisi borang.
Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI) memuatkan Sijil Digital dan Kekunci Per-sendirian di dalam MyKad. Sijil Digital ini membolehkan empat transaksi dilakukan secara elektronik seperti:
Pengesahan - orang lain tidak boleh menyamar sebagai anda
Pembuktian - tandatangan digital sebagai bukti sah transaksi
Sulit - Maklumat sulit boleh dienkrip sebagai sulit
Integriti - tiada pihak ketiga boleh mengubah sebarang maklumat
Sijil Digital boleh digunakan untuk urusniaga e-Dagang. Anda boleh menghubungi MSC Trustgate atau DigiCert bagi membolehkan MyKad berfungsi sebagai Sijil Digital. Antara agensi yang menggunakan aplikasi ini ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan e-Perolehan.
Aplikasi
Untuk menggunakan MyKad PKI, sila ikuti tiga langkah mudah berikut :-
1. Mohon MyKad di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran.
2. a) Untuk mengaktifkan fungsi PKI, bawa bersama MyKad anda ke pihak berkuasa Pensijilan Berlesen (CA) atau pejabat pihak berkuasa ejen (AA) untuk memohon Sijil Digital anda, pembaca kad dan perisian PKI. Bayaran untuk mengaktifkan PKI akan dikenakan oleh CA dan AA.
atau
b) Laksanakan fungsi PKI anda melalui Internet. Jika anda telah mempunyai pembaca kad dan perisian PKI, anda boleh memohon Sijil Digital anda secara online di laman web mana-mana pihak berkuasa Pensijilan Berlesen (CA).
Kegunaan
Anda boleh menggunakan MyKad PKI untuk pelbagai aplikasi dengan selamat seperti :
1.E-mail
2.E-perbankan
3.E-bursa saham
4.E-pembayaran bil
5.E-berbelanja
6.E-perkhidmatan awam atau,
7.Kesemua perkhidmatan yang boleh menggunakan MyKad PKI
Daftarlah dengan laman web yang sesuai yang menerima MyKad PKI.
Sebaik sahaja berdaftar, anda boleh menggunakan MyKad PKI anda untuk enkripsi dan / atau menandatangan.
Soalan Lazim
1. Siapa layak untuk memohon MyKad PKI?
Semua pemegang kad yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai MyKad 64K.
2. Perlukah saya menukar MyKad yang sedia ada?
Tidak perlu jika anda pemegang MyKad 64K (tertera di belakang kad). Selain daripada 64K, anda perlu memohon MyKad yang baru di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran. 
3. Apa yang saya perlukan sebelum menggunakan MyKad PKI?
•MyKad (Versi cip 64K)
•Sijil Digital
•PC/SC – Pembaca kad yang sah
•Perisian PKI (disediakan semasa anda memohon Sijil Digital)
•Talian Internet
4. Apa yang perlu saya lakukan jika MyKad hilang?
Anda mesti memohon kad gantian di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran, dan melaporkan kepada pihak berkuasa Pensijilan Berlesen (CA) dimana anda membeli Sijil Digital anda.
5. Bagaimana untuk saya mendapatkan pembaca kad?
Hubungi mana-mana pihak berkuasa Pensijilan Berlesen (CA) atau pihak berkuasa ejen (AA).
Memang megah dan mengagumkan kerana beberapa aplikasi lain selain kad pengenalan telah dimasukkan kedalam satu kad pintar pelbagai guna MyKad, namun adakah ianya memberikan kemudahan kepada pengguna. Itulah persoalan yang perlu kita fikirkan. Malaysia telah mendahului negara-negara maju yang lain dengan aplikasi dan penggunaan MyKad.
Adakah setiap agensi atau pegawai penguatkuasa dibekalkan dengan pembaca kad Pintar ini. Sekiranya ada dan berkeupayaan untuk membekalkan peralatan untuk membaca kad Pintar ini, adakah ianya berkualiti dan mengikut piawai pembaca kad yang mampu membaca kad dalam setiap situasi dan keadaan. Tentulah tidak semua pembaca kad pintar adalah keluaran atau model produk yang sama, kerana setiap agensi atau institusi swasta akan membekalkan dan menyediakan pembaca kad pintar mengikut kemampuan dan kegunaan masing-masing. Dengan sebab itu jugalah, maka pelbagai komplikasi berlaku. Contohnya Kad Pintar tidak dapat dibaca bukannya disemua agensi atau institusi tetapi hanya disesetengah tempat sahaja. Contohnya, MyKad boleh dibaca di agensi kerajaan tetapi tidak boleh dibaca di institusi swasta. mengapakah ini berlaku, ini berlaku kerana penggunaan pembaca kad yang tidak seragam.
Ini akan merumitkan kepada pengguna MyKad, sekiranya mereka benar-benar memerlukan perkhidmatan yang menggunakan MyKad, namun kerana kekangan teknologi, mereka tidak mendapat faedah daripada teknologi yang dibangunkan malahan ini menyusahkan mereka.
Kepada pihak yang berkenaan silalah mengambil tindakan, bukan hanya membekalkan perisian untuk membaca kad Pintar sahaja namun, perlu menetapkan peralatan/ perkakasan yang sah untuk membaca kad Pintar. 1 smartcard reader for all agencies and institution and also private agencies…


































Jumaat, 23 September 2011

Simpanan

Bukan niat di hati untuk bermegah dengan simpanan yang ada, tapi untuk sama-sama berpesan sesama insan. Tanggungjawab yang dipikul bukannya ringan, tak juga mudah untuk  digalas. Berapa banyakkah simpanan anda sempena menjelang usia emas (insyaAllah dipanjangkan usia dimurahkan rezeki).

Sebagai seorang manusia kita melalui beberapa peringkat umur yang dikategorikan sebagai bayi (0 – 3 atau 4 tahun), kanak-kanak (mumayyiz: 3 atau 4 tahun hingga baligh) remaja (baligh – 25 tahun), dewasa ( 25 – 45/55/56/60 tahun), dan usia emas (lebih dari 60 tahun: dikatakan juga sebagai umur subsidi).

Sewaktu berada diperingkat bayi, kita tidak peka dengan keadaan sekeliling dan tidak pernah peduli dengan apa yang berlaku dan menimpa diri, apa yang kita tahu cuma makan, minum, tidur, bermain dan buang air. Tidak pernah memikirkan bagaimanakah rasa makanan itu sedapkah, tidak sedapkah cuma boleh mengenyangkan perut sahaja. Kita juga tidak meminta untuk diberikan pakaian, permainan  dan hiburan cuma apa yang berlaku sekarang ini, ibu dan bapa yang berlebih-lebih untuk melihat bayi mereka kelihatan comel. Bukannya mereka pinta apa yang hendak dipakai, mereka masih belum ada kehendak dalam diri mereka.

Kanak-kanak; pada peringkat ini, individu atau insan itu lebih cerdik dan mula pandai untuk menilai persekitaran mereka, namun masih belum mampu untuk membuat keputusan tentang pa yang hendak mereka makan, pakai dan sebagainya. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula belajar apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Setiap perkara ada had dan batasannya. Sebagai ibubapa, kita seharusnya mendidik mereka ini mendorong kepada minat dan kebolehan terpendam mereka. Pada tahap ini juga keyakinan diri perlu dipupuk supaya mereka lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat di kemudian hari kelak.

Remaja merupakan zaman untuk bersukaria bagi setiap individu, sebagai ibu bapa inilah masa terbaik untuk mendidik dan mendisiplinkan diri mereka supaya mereka tidak lalai. Individu pada tahap ini mampu untuk berfikir dan bertindak. Teguran dan nasihat yang diberikan haruslah berhemah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putusm tepung tidak berselerak. Ibu dan bapa hendaklah menjadi kawan. Janganlah memarahi mereka dikhalayak ramai kerana mereka sudah ada perasaan malu dan segan. Jangan sesekali membuat keputusan bagi mereka biarkan mereka membuat keputusan mereka, sebagai ibu bapa kita hendaklah memberikan petunjuk (hint) mengenai apa yang akan berlaku di atsa setiap keputusan yang dibuat. Biarkan mereka membuat keputusan tanpa ada halangan dan bantahan cuma didasari dengan klu-klu dan risiko terhadap setiap keputusan.

Setelah meningkat usia dewasa, kita hendaklah membuat keputusan dan bertanggungjawab diatas setiap keputusan yang kita ambil. Jika buruk keputusan yang diambil, buruklah balasannya yang akan kita terima. Apa yang kita berikan akan kita rasainya. Setiap keputusan yang dibuat adalah penentu kepada akibat yang akan kita terima.

Setelah berakhir usia dewasa kita akan memasuki tahap usia emas dimana, kita akan mula mendapat balasan di atas setiap keputusan yang telah kita buat dan ambil sewaktu dewasa. Jika banyak pelaburan yang kita laburkan maka, banyaklah keuntungannya, jika sedikit maka sedikitlah untungnya dan sekiranya kita tidak beringat sewaktu dewasa inilah waktunya kita menerima padahnya.

Setelah berakhir usia emas kita akan memasuki usia pra-kematian dimana segala pinjaman yang Allah berikan kepada kita mula ditarik balik-sedikit demi sedikit. 7 sifat Allah yang dipinjamkan kepada kita mula hilang dan beransur meninggalkan kita sehinggalah kita memasuki usia nyanyuk yang mana kita kembali kepada perangai kanak-kanak dan bayi secara berperingkat.

Pada usia nyanyuk pula, kita memerlukan perhatian dan belaian anak-anak kita. Kita mengharapkan agar mereka menilai kita seperti mana kita membelai dan menjaga mereka sewaktu kecil dahulu.

Semoga, coretan ini menjadikan kita sebagai seorang manusia yang tidak alpha dan lalai dalam menjalani kehidupan kita. Senantiasalah beringat dan berdoa agar sewaktu usia emas kita adalah seperti yang kita impikan dahulu. Saat dimana kita ingin bersenang lenang dengan setiap apa yang telah kita kerjakan dan usahakn sewaktu dewasa.

Semakin banyak simpanan kita semakin senanglah usia emas kita, jika tidak bersedialah untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang lebih dasyat dan buruk tidak seperti yang kita idamkan.

Hidup ini umpama roda, berputar dan terus berputar sehinggalah mencukupi putarannya dan pengakhirannya adalah kematian iaitu satu janji yang nyata cuma masa, tempat dan bagaimana sahaja yang membezakan kematian kita,