Rabu, 14 Disember 2011

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia boleh diperolehi dari 10 Disember 2011 sehingga 1 Januari 2012. Tetapi bagi yang memiliki kemudahan talian dan capaian ke internet boleh memuat turun borang berkenaan di sini. Untuk memudahkan anda semua saya bawakan kepada anda.

Untuk pengetahuan semua, Borang Permohonan BR1M boleh diperolehi secara percuma

Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Isi rumah yang layak memohon merujuk
kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
Warga emas sebatang kara

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.
Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

 

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
MAKLUMAT TAMBAHAN: BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bermula pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012

Penjelasan mengenai pendapatan kasar isi rumah
• Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama

Ketua isi rumah
 Borang permohonan BR1M :
 Salinan kad pengenalan pemohon
 Slip gaji terkini (jika berkenaan)
 Salinan kad pengenalan tanggungan (sama ada suami/ isteri/ anak)

Tanggungan:

Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan.

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai 10 Disember 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Perrtanyaan lanjut
Untuk maklumat lanjut sila layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9 pagi sehingga 5 petang)
Talian juga akan beroperasi pada 10 Disember 2011 (Sabtu) dan 11 Disember 2011 (Ahad).
Kementerian Kewangan Malaysia
9 Disember 2011

SBPA Disebalik Penantian

Alhamdulillah, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011, secara rasminya telah dikeluarkan oleh JPA, sebagai Agensi Pusat Perkhidmatan Awam. Segala Persoalan yang selama ini menjadi teka teki telah terjawab, namun disebalik jawaban yang diperolehi semakin banyak persoalan yang timbul di benak fikiran penjawat awam di seluruh negara dan yang berada nun jauh di perantauan.

Secara positifnya kenapakah tempoh pemberian opsyen cuma selama 15 hari, adakah tempoh yang diberikan mencukupi bagi penjawat awam untuk menimbang segala kemungkinan, implikasi dan risiko disebalik SBPA.

Secara keseluruhannya SBPA jauh lebih baik daripada SSM dari segi perkhidmatannya dan sebagainya cuma apa yang menjadi persoalan dimanakah Lampiran C iaitu Jadual Gaji Sebaris (JGS)… Kenapa JGS tidak dipamerkan. Apakah muslihat disebaliknya. Adakah JGS lebih baik berbanding dengan JGM? atau hanya satu silap mata yang cuba ditunjukkan oleh JPA untuk membuatkan penonton rasa kagum.

Bagaimana dengan perpindahan gaji dari JGM ke JGS, adakah ianya berbaloi. Itulah persoalan yang perlu difikirkan oleh CUEPACS sebelum menerima SBPA.

Adakah Silap mata yang cuba dipertunjukkan oleh JPA sebenarnya satu kenyataan atau sekadar satu ilusi untuk mengaburi keburukannya. Kenapakah Lampiran C, tidak dipertontonkan kepada umum.

Ya, Lampiran C sememangnya intipati yang perlu dipertontonkan kepada umum sekiranya mahukan SBPA mendapat sambutan daripada semua Penjawat Awam. Lampiran C menyemburnyikan segala keburukan dan kelemahan SBPA yang cuba di sembunyikan. Sejauh manakah penutupan ini boleh bertahan.

Kepada CUEPACS, diharapkan agar mendapatkan Lampiran C sebelum membuat keputusan samada untuk menerima atau menolak SBPA. Ini seolah-olah satu penipuan yang nyata yang cuba di permainkan oleh kerajaan.

Sekiranya SBPA jauh lebih baik daripada SSM, kenapa Lampiran C perlu disembunyikan kepada umum. Semoga pihak yang berkenaan dapat menjawab persoalan yang dikemukakan…

SBPA satu penipuan terhadap penjawat awam…

Rabu, 7 Disember 2011

Jadual Gaji Perkhidmatan Perguruan

Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalam perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI yang dijalankan.
Untuk makluman, selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54. Semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.

Perubahan Gred DG
1) Guru DG41
Ditukar kepada 1-1
Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun
2) Guru DG 44
Ditukar kepada 1-2
Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun
3) Guru DG 48
Ditukar kepada 1-4
Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun
4) Guru DG 52
Ditukar kepada 1-5
Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun
5) Guru DG54
Ditukar kepada 1-6
Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320


Kirakan Gaji yang anda akan terima pada 1.1.2012 dibawah SBPA

Secara rasminya, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11, 13 dan 14 Tahun 2011 telah boleh diperolehi dari laman web agensi-agensi kerajaan yang  telah diintegrasi bersama sebagai memudahkan capaian dan penyampaian perkhidmatan kepada semua.

Namun pun begitu, adakah anda faham apa yang diterangkan dalam pekeliling perkhidmatan yang berkenaan. Sekiranya anda ada persoalan boleh dikongsikan bersama disini. Antara persoalan yang biasa adalah gaji yang akan anda terima… Berapakah gaji yang akan anda terima? Banyakkah? Sedikitkah? Adilkah? Untungkah anda atau ruginya anda jika dibandingkan dengan batch junior anda?

Kami akan menjawab setiap persoalan anda… Sila tinggalkan

Nama; Skim Perkhidmatan; Gred; Tangga Gaji Sekarang.. serta TPG anda kepada kami.. Kami akan menjawab persoalan anda secepat mungkin berdasarkan kepada maklumat yang dibekalkan kepada kami…

Isnin, 5 Disember 2011

Pengiraan Gaji Baru 1 Januari 2012

Kira sendiri jumlah gaji yang akan anda terima mengikut SBPA

Gaji yang akan anda terima pada 1 Januari 2012

Sila nyatakan skim perkhidmatan, Gred dan tanggagaji sekarang;

Contoh pengiraan GAJI SBPA

         
  Gaji Sekarang  Tn (SSM)  
  Gaji Akan Datang T(n+1) (SSM) 1219.66  
  Gaji Permulaan SBPA P1T1 955.00  
  Gaji Maksimum SBPA P1T20 2760.00  
  KGT 95.00  
  Gaji Diterima Pada 1.1.2012 P1T4: 1240.00  
         
Pada TPG akan datang P1T5: 1335.00

Ahad, 4 Disember 2011

Nilai Pengundi Kelantan cuma cukai bakul.

Itulah yang boleh ditafsirkan melalui apa yang dikatakan oleh Awang Adek mengenai Kelantan. Apa yang boleh dijanjikan oleh UMNO Negeri Kelantan melalui petikan dari berita tempatan semalam:

UMNO Kelantan janji hapus cukai bakul jika berkuasa
2011/12/04

BACHOK: Badan Perhubungan UMNO Kelantan berjanji akan menghapuskan cukai bakul yang menjadi masalah baru kepada peniaga kecil jika rakyat negeri itu memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata ini kerana ribuan peniaga kecil di negeri itu kini menghadapi masalah berikutan hasil jualan yang kurang memuaskan.

"Pendapatan mereka hanya cukup makan sahaja menyukarkan mereka untuk membayar hasil bakul kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, ia sebagai ulangan apa yang terdapat dalam manifesto BN pada PRU ke-12 yang lalu.
Katanya, disebabkan kegagalan kerajaan negeri mencari punca pendapatan baru terutama menarik pelabur asing melabur di negeri ini, mereka terus mengharapkan kepada sumber pendapatan lama terutamanya hasil balak dan cukai bakul daripada peniaga termasuk penjaja kecil.
"Ini menunjukkan Kelantan tidak mampu mentadbir walaupun diberi peluang lebih 21 tahun memerintah Kelantan dan masalah itu tidak seharusnya berulang," katanya. – BERNAMA

Daripada kata-kata yang diucapkan itu menunjukkan bahawa UMNO begitu terdesak untuk mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kenapa UMNO begitu beria-ia untuk mengambil alih pentadbiran Kelantan dari PAS yang sememangnya diakui pentadbirannya memerintah Kelantan sejak mengambil tampuk kepimpinan negeri itu. Apakah matlamat yang sebenarnya yang diinginkan oleh UMNO. Itulah persoalan yang sepatutnya dijelaskan ole UMNO sekiranya ingin mengambil kelantan dari Pas.

Mengikut beberapa sumber yang boleh dipercayai, ianya adalah disebabkan oleh jumlah simpanan petroleum dipesisir pantai Kelantan yang begitu banyak. Oleh kerana penipuan yang diadakan selama sebelum ini yang mendorong UMNO untuk mendapatkan hasil Petroleum yang tidak pernah dikecapi oleh Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS. Oleh kerana terlampau banyak perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk mendapatkan/ mengekalkan pemerintahan maka satu usaha untuk mendapatkan dana perlu bagi menampung segala kos yang telah dikeluarkan termasuk beberapa insiatif yang telah diberikan kepada rakyat.

Mengikut konsep pelaburan setiap pelabur hanya akan melakukan pelaburan sekiranya difikirkan melalui analisa-analisa yang telah dijalankan akan mendatangkan hasil. Begitu jugalah apa yang berlaku dalam dunia politik. Setiap sen perbelanjaan yang dikeluarkan mestilah mendapat hasil seperti yang dirancang.

Betulkan sekiranya apa yang saya tulis ini tidak ada kesahihannya…

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Dikemukakan maklumat tarikh bagi menguruskan anda merancang perbelanjaan anda..