
Rabu, 21 Mei 2014
Lost Your Childhood

Selasa, 25 Jun 2013
Sirih junjung pembuka kata
Biarpun gaya hidup semakin moden, sirih junjung masih tidak dilupakan sebagai gubahan hantaran pelengkap bagi majlis pertunangan mahupun perkahwinan.
Konsep ketinggian gubahan sirih junjung tidak lagi diambil kira, namun kehadirannya masih diutamakan sebagai simbol dan adat pada majlis meraikan bakal mempelai.
Ini turut dipersetujui penggubah bunga dan hantaran perkahwinan June Florist, Roshafizah Shalan. Baginya, kebanyakan bakal pengantin hari ini tidak lagi mementingkan aspek tinggi atau rendah gubahan sirih junjung.
“Asalkan ia tetap segar apabila sampai ke rumah pasangan mereka, itu sudah mencukupi. Justeru, jika mereka ingin menempah gubahan sirih junjung yang menggunakan bunga hidup, faktor jarak memang penting. Ini bagi memastikan sirih junjung kekal segar dan menarik apabila tiba di rumah keluarga pihak lelaki mahupun perempuan. Bagi memastikan bunga atau daun sirih tidak layu, curahkan air di bahagian atas daun atau pada span bagi mengekalkan kelembapannya,” katanya.
Jika mahukan bunga segar dalam tempoh lebih lama, gunakan lidi sebagai pengganti bahagian batang bunga kerana ia mudah rosak apabila terlalu lama terdedah dalam air.
Bukan itu saja, pemilihan warna bunga juga tidak boleh melebihi daripada tiga warna (tidak termasuk putih) bagi memberi keseimbangan kepada gubahan dan mengelakkan gubahan tampak sarat.
Roshafizah yang menerima tempahan gubahan bunga dan hantaran perkahwinan mula membuka perniagaan sejak akhir 2011.
Minatnya dalam gubahan dipupuk sejak kecil apabila dia selalu menghabiskan masa menolong kakaknya yang juga menjalankan perniagaan membabitkan bunga selepas habis waktu sekolah.
Menerusi kemahiran dipelajari daripada penggubah berpengalaman, akhirnya dia mampu membuka perniagaan sendiri. Bagi mereka yang ingin menghasilkan gubahan sirih junjung yang ringkas dan kemas, ikuti langkah mudah ditunjukkan Roshafizah.
Isnin, 24 Jun 2013
Cukur Jambul
What is cukur jambul?
Cukur jambul is the baby's very first haircut, done in accordance with Malay tradition. It is an important rite of passage and is very much seen as an occasion for the extended family to come together, renew bonds and welcome the new baby into the clan. "It is a time for us to share our joy with friends and relatives," explains Sharliza Salleh, who remembers the cukur jambul ceremonies for her son Afiq and daughter Alya, with great fondness. Afiq's ceremony had been held in his paternal grandmother's house in the Klang Valley; Alya's was held in her great-grandparents' home in Tapah, Perak.
Many cultures around the world practise some form of tonsure ritual for newborns or babies. Some remove just a few locks; others call for baby's hair to be completely shaved. Both seem to be acceptable for the cukur jambul (also known in the northern peninsula as berendoi).
When and where is the cukur jambul held?
The cukur jambul ceremony generally coincides with the end of the confinement period (pantang) observed by the new mother, which lasts between 40 and 44 days. Sharliza's children had theirs 42 days after birth.
On the other hand, Hanani Liza Abdul Jalil of Ipoh, Perak, organised the cukur jambul for her niece's daughter Aqilah when the baby was five months old – an unusual delay, but no less festive and meaningful for it. "The ceremony was held at her great-grandmother's house in Kuala Sungai Baru in Melaka as she was keen to show off her first great-grandchild. The whole clan went all the way back there although her parents, Fazlina and Amir, are based in Kuala Lumpur." Not surprisingly, Aqilah's great-grandmother had invited the entire kampung to the kenduri, where she served up traditional delights such as nasi minyak, rendang and ayam masak merah.
Indeed, many new parents choose to hold the ceremony at the home of a respected family elder, but this is not always convenient or possible, owing to sheer logistics such as the size of the property and the number of guests.
Is the cukur jambul always a big event?
Most new parents invite family and close friends. Yet others also include neighbours and colleagues. However, a big and lavish kenduri is not mandatory. A low-key and intimate affair with only close family members can be just as meaningful. Some new parents choose to hold no party at all.
What happens during the cukur jambul ceremony?
In a traditional cukur jambul, the baby's hair is tonsured and then ultimately buried in the ground. The closest family members are always invited to witness the event. Usually, prayers are recited or sung (also known as marhaban or berzanji). Everything in-between depends largely on family tradition and regional customs.
The cukur jambul usually begins in the late morning with a reading from the Quran or the marhaban or berzanji.
The new father or mother then carries the baby to each person who will snip off a lock – usually grandparents, family or village elders, members of the marhaban or berzanji group, and religious leaders. It is customary (though not compulsory) for those who do the honours to present the baby with a little gift in cash or kind. The locks are put into either a bowl of water or a young coconut cut and shaped into a bowl. In some families, it is also customary to weigh the locks and donate its weight in gold (or the cash equivalent) to the poor and needy. Once the ceremony ends, this hair is then buried.
Another important element in the cukur jambul is the dulang or ceremonial tray which holds the scissors and the young coconut (or bowl of water). Often, these are accompanied by daun kunyit (turmeric leaves), bunga rampai (fragrant bouquet which usually includes pandan leaves, jasmine and frangipani), and perhaps some honey and dates.
Guests are usually then served food and drinks. These days, it is common to see traditional Malay dishes such as nasi briyani, nasi minyak, kambing guling, ayam masak merah and gulai daging served alongside chocolate cakes and Western fare.
And while it used to be that guests were presented with a quintessentially Malay bunga telur (a hardboiled egg enclosed within a single flower) as a party favour, these days they are sent off with sweets and cakes, too. Little Aqilah's guests in Melaka also received slices of layer cakes packed in tiny silver boxes, sweets and yellow sticky rice with rendang in cups. Baby Dani's guests even got muffins and little chocolates embossed with his face!
Selasa, 18 Jun 2013
Khasiat Limau Nipis dalam Perubatan Islam dan Tradisional
Gabungan bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan beberapa biji limau nipis yang disatukan ke dalam air mutlak mengikut tatacara petua-petua orang tua-tua dahulu yang arif yang didoakan dengan doa yang khusus maka tersedialah suatu bahan yang menjadi salah satu ikhtiar bagi mengubati penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin dan sihir.
Untuk merawat seseorang yang terkena gangguan jin dan sihir maka kami melangsungkan rawatan kami dengan 2 kaedah yang dijalankan serentak didalam satu tindakkan. Kaedah yang pertama ialah PENGOSONGAN dan kaedah yang kedua ialah PEMULIHAN. Menurut kajian, ada dua perkara yang perlu diselesaikan ke atas seseorang yang diganggu jin iaitu yang pertama menyelesaikan jin yang mengganggu (PENGOSONGAN) dan merawat tubuh yang diganggu (PEMULIHAN). Maka dengan itulah kami menggunakan limau nipis dan juga bunga-bungaan yang disatukan dalam air sebagai salah satu cara ikhtiar.
Mengapa guna limau?
Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup dengan manusia dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak seperti manusia yang berjisim kasar, oleh kerana itu golongan mereka ini tidak dapat dilihat bagaimanakah hal keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar manusia. Pun begitu, mereka juga mempunyai akal dan perasaan, justeru mereka juga tergolong dalam golongan yang diperintahkan Allah agar mentaati titah perintah Allah selain manusia.
Oleh kerana mereka juga berjisim maka tubuh mereka juga akan bertindakbalas dengan jisim-jisim yang lain. Sebab itulah tubuh mereka akan mudharat apabila terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar kita ini apabila direndam dengan air limau dalam kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai kepekatan asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin yang akan terhakis atau hancur apabila dikenakan dengan air perahan limau walaupun dalam kadar kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka berjisim halus. Maka, air perahan limau adalah alat ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga mereka terpaksa merasai pengalaman sakit yang tidak terhingga.
Maka khasiat mandi limau berkesan untuk memudharatkan tubuh jin yang bersarang dalam tubuh penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari diinap jin.
Mengapa guna bunga?
Ada 3 cara gangguan jin ke atas tubuh manusia iaitu yang pertama jin pengganggu yang menetap secara kekal didalam tubuh manusia (mengeram), yang kedua jin pengganggu yang menetap secara kekal diluar tubuh manusia (mendampingi) dan yang ketiga jin pengganggu yang bekerja memasukkan barang-barang mudharat ke dalam tubuh manusia dan kemudian pulang ke sisi tuannya (khadam).
Selalunya, air limau hanya berkesan untuk mengosongkan jin dari menginapi tubuh pesakit dan aromanya mendindingi pesakit dari didekati jin namun ianya tidak bersekali merawat tubuh dan organ-organ dalaman pesakit yang telah dirosakkan oleh jin. Maka oleh sebab itulah kita menggunakan khasiat bunga-bungaan yang menurut kajian sains auranya dapat memulihkan kembali organ-organ dalaman agar bekerja dengan normal kembali.
Maka khasiat mandi bunga berkesan secara saintifik untuk menyeimbangkan kembali aura tubuh terlangsung merangsang kembali organ-organ dalaman yang telah dirosakkan oleh jin sehingga pulih seperti biasa.
Mengapa guna air?
Menurut fakta saintifik, air adalah alat perakam terbaik kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya berkebolehan merakam gema getaran samada dari bunyi termasuk kata-kata dan juga dari niat kita. Oleh itu air bukan saja dapat membersihkan dan menyegarkan kembali keadaan badan tetapi ia juga dapat merakam ayat-ayat suci Al Quran dan juga doa-doa yang dibacakan padanya sehingga air itu terakam dengan gema getaran yang hebat yang dapat memudharatkan jin.
Menurut fakta saintifik lagi, air mempunyai gelombang bulat yang dapat mencari sasaran tekanan rendah secara rawak tanpa banyak halangan, oleh itu ia dapat membawa masuk tenaga dan gema getaran yang telah terakam samada dari khasiat bunga atau bacaan ayat suci Al Quran meresapi tubuh badan melalui reseptor bulu roma lalu merangsang hormon-hormon didalam badan.
Namun yang paling utama mengapa air digunakan ialah ianya adalah panduan dari Tuhan kita sendiri untuk kemudahan kita dalam menghadapi penyakit yang berpunca dari gangguan jin dan syaitan. Dalam Al Quran Allah SWT telah mengajar kepada kita betapa air telah dijadikan asbab bagi penyembuhan penyakit Nabi Ayyub a.s. Firman Allah SWT yang bermaksud,
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan". (Allah berfirman): "Hentakkanlah kakimu! inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.” Surah Shaad ayat 41 dan 42
Makanya, dengan tergabungnya khasiat limau, bunga-bungaan dan doa-doa yang disatukan ke dalam air yang sejuk menurut tatacara petua yang khusus, insyaAllah mana-mana penyakit akibat dari gangguan jin dan sihir pun dapat diatasi.
caranya ialah .
* 1- Pesakit akan mandi seperti biasa seperti mandi -mandi yg biasa dilakukan oleh pesakit pada hari -hari yg lain .
* 2- Setelah itu pesakit itu akan mengambil wuduk
* 3- Setelah itu barulah limau yg telah di bacakan ayat suci Al quran itu di potong dan diperahkan ke dalam air mutlak yg telah di isi ke dalam baldi yg bersaiz sederhana .
* 4- Pesakit akan duduk mengadap kiblat dan menarik nafas sedalam-dalamnya dan berniat mudah-mudahan segala penyakit dari pelbagai punca seperti salah sendiri .rasukan jin ,saka dan sebagainya akan keluar seperti aliran air keluar daripada tubuh badan pesakit .Insyaallah .
* 5- Ketika berniat seperti di atas maka air akan di jiruskan secara perlahan-lahan yg pada masa yg sama nafas pun di lepaskan secara perlahan-lahan sehingga lah air limau yg dijirus itu habis dan nafas pun telah dikeluarkan sepenuhnya secara serentak .
* 6- Air limau yg membasahi tubuh badan itu hendaklah dibiarkan sahaja kering sendiri yg bermaksud tidak perlu dilap menggunakan kain tuala . maka selesailah proses mandi limau itu .
Selasa, 19 Mac 2013
Walimatul Urus
مشتقة من الولم بفتح الواو وسكون اللام وهو الجمع لأن الزوجين يجتمعان قاله الأزهري وغيره والفعل منها أولم تقع على كل طعام يتخذ لسرور حادث ووليمة العرس ما يتخذ عند الدخول وما يتخذ عند الإملاك
Kata walimah (الوليمة) diambil dari kata asal walmun (الولم) yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri (pada ketika itu) berkumpul sebagaimana yang dikatakan oleh imam az-Zuhri dan selainnya. Bentuk kata kerjanya adalah awlama (أولم) yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menggambarkan kegembiraan (ketika pernikahan). Dan walimatul urus (ووليمة العرس) adalah sebagai tanda pengumuman (majlis) untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 3/153-154)
اسم للطعام فى العرس خاصة
“Al-Walimah merujuk kepada istilah untuk makanan yang biasa disajikan (dihidangkan) pada upacara (majlis) perkahwinan secara khusus.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 15/486 – Maktabah Syamilah. Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shahih Fiqhus Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Mazahib al-Arba’ah, 3/182 – Maktabah at-Tauqifiyyah, Cairo)
Bahawasanya walimah merujuk kepada segala bentuk makanan yang dihidangkan bagi meraikan kegembiraan yang berlangsung. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 15/486)
“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjadi seorang pengantin dengannya (Zainab bin Jahsy), beliau mengundang masyarakat, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, Bab: al-Walimah, 16/152, no. 4768)
“Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, Bab: Adakan Walimah Walau Dengan Seekor Kambing, 16/154, no. 4769)
“Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menikahi seorang perempuan, beliau meminta aku supaya mengundang beberapa orang (lelaki) untuk makan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, 16/157, no. 4772)
“Imam Ahmad berkata, “Walimah itu hukumnya sunnah”. Menurut jumhur, walimah itu disunnahkan (mandub). Ibnu Baththal berpendapat, “Aku tidak tahu apabila ada ulama yang mewajibkan, mungkin dia tidak tahu perbezaan ulama tentang hukum tersebut”.
“Tiada perbezaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasanya hukum walimah di dalam majlis perkahwinan adalah sunnah dan disyari’atkan (sangat dituntut), bukan wajib.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil 7, m/s. 2)
“Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menikahi seorang perempuan, beliau mengutuskan aku untuk mengundang beberapa orang untuk makan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, at-Tirmidzi, no. 3219)
“‘Abdurrahaman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma)”. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Semoga Allah memberkahimu, adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)
“Yang diriwayatkan dari perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa walimah itu diselenggarakan setelah berhubungan (pasangan bersama), berdasarkan hadis pernikahan di antara Nabi dengan Zainab binti Jahsy iaitu berpandukan perkataan Anas “di pagi harinya” (rujuk hadis di atas), iaitu ketika Nabi menjadi pengantin dengan Zainab, beliau mengundang kaum muslimin, perbuatan Nabi ini dijadikan bab oleh al-Baihaqi sebagai “Bab Waktu Walimah”. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 727, Darus Sunnah)
“Seseorang hendaklah menyelenggarakan walimah setelah ia berkumpul dengan isterinya.” (Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah Menuju Keluarga Sakinah, m/s. 177, Dar an-Naba’)
“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)
“Dan barangsiapa yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)
“Aku membuat makanan, lalu aku mengundang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kemudian beliau tiba, lalu beliau pun segera pulang. Aku pun segera bertanya, “Wahai Rasulullah, Ibu dan Bapaku sebagai tebusan, apakah yang membuatkan engkau pulang?”
“Sesungguhnya di dalam rumah ada kain penutup yang bergambar, dan sesungguhnya para malaikat tidak akan memasuki ke dalam sesebuah rumah yang di dalamnya mengandungi gambar-gambar.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 3359. Dinyatakan sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibnu Majah dan Adabuz Zifaf)
“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah duduk di meja makan yang di sana dihidangkan minuman keras (khamar).” (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi. Rujuk: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 152, Media Hidayah)
“Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya)...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)
“Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman, dan janganlah makanan kamu dimakan melainkan oleh orang-orang yang bertaqwa.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4811. Hadis ini hasan menurut penilaian al-Albani)
“Semoga orang-orang yang baik memakan makananmu, para malaikat mendoakanmu, dan orang-orang yang puasa berbuka di tempatmu.” (Hadis Riwayat Ahmad. Lihat: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 157, Media Hidayah)
“Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya)...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)
“Apabila seseorang di antara kamu diundang, hendaklah dia memenuhi undangan tersebut, jika dia sedang berpuasa hendaklah dia mendoakan, dan jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1431)
“Jika salah seorang dari kamu diundang makan, maka hendaklah dia menghadirinya. Jika mahu, dia dibolehkan makan, jika tidak mahu dia boleh untuk meninggalkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1430)
“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2130. Hadis ini dinilai sahih oleh at-Tirmidzi dan ath-Thusi sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Albani di dalam Adabuz Zifaz)
“Semoga Allah memberkahimu...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5169)
“Ya Allah, berkahilah mereka berdua dan berkahilah perkahwinan mereka berdua.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam al-Kabir. Rujuk: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 160, Media Hidayah)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendoakan untuk Abdullah bin Busr radhiyallahu ‘anhu dan keluarganya (ayahnya) di ketika dia selesai dijamu makanan:
“Ya Allah, berkahilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1615)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Tidak bersyukur kepada Allah, orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4811)
“Selamat pengantin baru.”
“Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.”
Di antaranya al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menjelaskan:
“Perkataan ini biasa diucapkan oleh orang-orang jahiliyyah sehingga ucapan ini dilarang.” (Fathul Bari, jil. 9, m/s. 222. Rujuk: Abu Hafsh Usamah, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 232, Pustaka Ibnu Katsir)
Ini berlaku di ketika ‘Uqail berkahwin dengan seorang wanita dari suku Jasyam. Lalu orang-orang yang mengunjunginya mengucapkan:
“Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.”
‘Uqail pun berkata, “Janganlah kamu mengucapkan seperti itu (kerana Rasulullah telah melarangnya).” Mereka pun bertanya, “jadi, apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid?”
‘Uqail berkata, “Ucapkanlah: Semoga Allah memberkahimu di dalam kesenangan atau pun kesusahan”. Begitulah kita diperintahkan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, ‘Abdurrazzaq, Ahmad. Rujuk: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 162, Media Hidayah)
Disunnahkan Memberi Hadiah dan Membantu Melaksanakan Walimah
“Setelah Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata: “Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan”. Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)
“Orang-orang kaya dan yang memiliki kelebihan (bekalan) dianjurkan untuk memberikan sumbangan di dalam majlis walimah saudaranya.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 139, Media Hidayah)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nuur, 24: 21)“Waai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang diwajibkan (oleh Allah).” (Surah Luqman, 31: 17)“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)
“Sebenar-benar perkataan, adalah Kitabullah (al-Qur’an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, seburuk-buruk perkara adalah apa yang diada-adakan di dalam agama, setiap perkara baru yang diada-adakan di dalam agama adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1097)
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4607)
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada... (mahram mereka)...” (Surah an-Nuur, 24: 31)
Dari Abu Musa al-Asy’ary radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:
“Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)“Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki.” (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)
“... Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4886)
“Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5889)
“Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir. Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 184, Media Hidayah)
“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
“Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5893)
“Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadis yang melarang lelaki mengenakan cincin emas...” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)
“Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syari’at.” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)
“Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)
“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
“Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai (syi’ar) orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.” (Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Judul asal: al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, Selenggaraan Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri), jil. 1, m/s. 364, Pustaka Ibnu Katsir)
“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama kami ini, maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2697)
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4607)
“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4607)
“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan...” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)“... Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban...” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)
“Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 24595)
“Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)
“Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (al-Albani, Silsilah Hadis ash-Shahihah, no: 225)
“Akan muncul dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamar (minuman keras), dan alat-alat muzik...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)
“Cara manusia dalam mengambil kesenangan dari golongan jin adalah dengan meminta dipenuhi keperluan-keperluannya, dipenuhi kemahuannya, atau menerima berita-berita ghaib dari mereka, serta yang seumpamanya. Sedangkan cara jin mengambil kesempatan dari manusia adalah dengan pengagungan manusia terhadapnya, dengan permintaan tolong, dan permohonan keselamatan, serta ketundukan manusia kepadanya.” (Abdul Akhir Hammad al-Ghunaimi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 98, Pustaka at-Tibyan)
“Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Surah al-Jin, 72: 6)
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri...” (Surah al-An’am, 6: 59)
“Sesiapa yang mendatangi seorang peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang ia katakan, maka orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Hadis Riwayat al-Hakim 1/8. Dipersetujui oleh adz-Dzahabi)
“Kita tidak mempercayai (ucapan) dukun mahu pun tukang ramal (bomoh), demikian juga setiap mereka yang mengakui sesuatu yang menyelisihi al-Kitab dan as-Sunnah serta ijma’ kaum muslimin.” (Imam ath-Thahawi, Aqidah ath-Thahawiyah. Rujuk: Abdul Akhir Hammad al-Ghunaimi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 90, Pustaka at-Tibyan)
“Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman, dan binatang).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1032)
“Kita diberi hujan adalah kerana kurnia dan rahmat Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1038)
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami (di luar kawasan kami), bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, beberapa anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1013)
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)
“Sesiapa yang mendatangi seorang peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang ia katakan, maka orang tersebut telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Hadis Riwayat al-Hakim 1/8. Dipersetujui oleh adz-Dzahabi)
2 – Dibolehkan melukis atau membuat gambar selain makhluk bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, air terjun, bangunan dan kenderaan.
3 – Pengambilan gambar hanya diizinkan untuk perkara yang benar-benar mendesak lagi memerlukan seperti untuk tujuan passport.
4 – Tidak dibenarkan untuk mengambil gambar bagi tujuan kenang-kenangan sebagaimana yang difatwakan oleh Syaikh Ibnu Bazz.
“Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A’raaf, 7: 26)“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raaf, 7: 31)
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
“Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (al-Qur’an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 115-116)
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingat Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)


