Ahad, 14 Julai 2013

Ayam Percik

Sumber :300 Menu Ramadhan & Syawal Karangkraft
Bahan- Bahan
1 ekor ayam
500 ml santan
Garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk stok ayam ( * saya tak gunakan*)
2 keping asam keping
Cili boh
300 gm bawang merah - dikisar
2 batang serai - dikisar
2cm halia- dikisar
Garam & Gula
Cara- cara
1. Lumur ayam dengan ayam & serbuk kunyit. Perap
2.Di dalam kuali tumiskan bahan yang dikisar hingga garing atas api yang perlahan.
3.Masukkan stok ayam, serbuk kari, asam keping,santan.Masukkan garam dan gula secukup rasa. ( nota: hati- hati dengan asam keping , saya hanya gunakan 1 sbb takut termasam)
4. Bakar ayam hingga masak.
5.Lumur ayam dengan sedikit tumisan kuah dan bakar seketika.
6.Hidangkan. Tuang kuah atas ayam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan