Kata orang kegemukan adalah faktor turun temurun. Jika ibu atau bapa berbadan besar pasti anak-anak mereka juga akan ikut sama. Itulah yang saya percaya selama ini. Tetapi hakikatnya kepercayan itu adalah SALAH. Mungkin 30% adalah faktor keturunan tetapi 70% lagi adalah dari tabiat pemakanan. Kata orang YOU ARE WHAT YOU EAT. Alhamdulillah semakin hari berat semakin menurun. Dari 116 kg kini berat badan saya mencecah 103 kg. Hanya tinggal 3 kg sahaja lagi untuk mencapai misi. Insya-Allah.
Jadi sebelum kita melelapkan mata, melepaskan lelah selepas seharian penat bekerja, apa kata kita tengok dahulu 10 makanan ruji rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah MENGGEMUKKAN. Fakta ini saya petik dari laman sesawang Kevin Zahri.
1. Roti Canai
4. Makanan Malaysia
Makanan bergoreng seperti makanan di kedai Mamak mahupun masakan sendiri mampu mencecah sehingga 500-600kcal sepinggan. Itu belum kira jika kita menambah. Maklumlah masakan Mamak dan Isteri seiring kesedapannya.
Trend menikmati donut sudah semakin sebati kepada rakyat Malaysia. Jika tidak masakan ada kedai yang hanya mengkhususkan donut sebagai signature dish mereka. Sekeping donut biasa mencecah 200kcal. Belum kira promosi beli 5 percuma 1. Wah banyaknya kalori... Menikmati pisang goreng sangat mengujakan. Tambahan pula jika mengikut tradisi Johor, makan pisang goreng bersama sambal kicap. Jika sekeping pisang goreng 90kcal (bergantung kepada saiz) bagaimana pula jika kita beli dengan nilai RM3. Wah... Minuman bergula dan berkarbonat semakin sebati dalam diri rakyat Malaysia. Malah ada yang tidak boleh makan jika menikmati hidangan bertemankan hanya dengan air kosong.1 gram gula bersamaan 4kcal. Jika satu tin air berkarbonat mempunyai 8 sudu teh gula ini bermakna.. Wah... Ada yang boleh menggeletar seluruh badan jika tidak menikmati teh tarik dalam sehari. Secawan teh tarik membekalkan sekitar 90kcal. Jika kita menikmati 2-3 cawan sehari, bermakna kita telah mengumpul sebanyak 80,000 kalori dalam setahun.Kuih tradisional Melayu kaya dengan gula. Kita anggap sahaja sekeping mempunyai 120kcal. Jika kita menikmati 3-4 keping kuih dalam satu masa, ini bermakna... Wah...
Nasi adalah merupakan sumber tenaga yang baik. Yang menjadi masalahnya ialah kuantiti yang diambil menyebabkan nasi menjadi igauan kepada semua orang. Jumlah yang paling ideal ialah Satu Genggam Sederhana yang membekalkan 150kcal.Jadi terpulanglah kepada kita. Jaga selerea, jaga makan, jaga kesihatan ( pesanan buat diriku yang selalu lupa )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan