Ya, hampir setiap hari kita dengar tentang kes pembuangan bayi. Kenapa jenayah ini berlaku? Sudah tentu akibat daripada jenayah zina.
Kenapa Berzina?
Setiap manusia dikurniakan gharizatul nau' (naluri berkasih-sayang). Naluri ini memerlukan pemuasan. Apa yang dapat dilihat di sini, ramai di antara kita memilih jalan zina untuk memenuhi naluri ini. Mereka tidak tahan...
Kenapa tak Tahan?
Kerana mereka tidak dapat berkahwin. Sedangkan, perkahwinan itu adalah suatu ibadah yang amat dituntut dalam Islam. Maksud hadis:
Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.” [HR Muslim]
Tetapi, amat malang sekali, mereka yang mahu berkahwin, taraf ekonomi diri menjadi penghalang utama bagi mereka untuk melaksanakan ibadah ini. Pendek kata, mereka tidak mampu untuk menanggung segala kos perkahwinan.
Kenapa tak Mampu?
Sistem ekonomi kapitalis adalah suatu sistem ekonomi yang membelit kehidupan umat. Rakyat bukan sahaja dibelit dengan masalah riba, hak rakyat juga dirompak oleh kerajaan kapitalis. Hak rakyat juga dikaut dan dirompak semahu-mahunya. Peranan Baitul Mal pula disempitkan sesempit-sempitnya. Sistem ekonomi kapitalis benar-benar menidakkan hak rakyat!
Kenapa Guna Sistem Ekonomi Kapitalis?
Sejak Khilafah Islamiyah dihancurkan pada 1924, umat Islam ditimpa pelbagai malapetaka. Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW dilenyapkan daripada takhta pemerintahan. Sistem-sistem Islam digantikan dengan sistem-sistem kufur yang lain. Maka, lahirlah 1001 permasalahan di muka bumi, termasuklah jenayah zina.
Jadi, Apa Penyelesaiannya???
Apa lagi kalau bukan menegakkan semula Khilafah Islamiyyah? Ayuh sebarkan dakwah. Ayuh lakukan terjahan pemikiran. Terjah segala pemikiran-pemikiran sekular dan gantikannya dengan pemikiran Islam yang cemerlang. Kebangkitan umat itu bermula daripada revolusi pemikiran, yakni perubahan pola pemikiran daripada pemikiran sekular kepada pemikiran Islam.
Ayuh segera lalukan! Sebarkan walaupun sepotong ayat! Naluri berkasih-sayang kita memerlukan pemuasan yang hak! Jangan biarkan ia meronta-ronta!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan