Selasa, 30 Oktober 2012

Peperiksaan…

Peperiksaan merupakan satu bentuk penilaian untuk mengukur tahap akademik, kecekapan, kemahiran dan pengetahuan seorang pelajar tidak kira pada tahap mana mereka berada samada di sekolah(rendah, menengah) institut pengajian tinggi (sijil, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana, PhD) atau sebagainya. Pekerja-pekerja juga tidak terlepas dari menghadapi peperiksaan kemajuan kerjaya mereka.
Bila sebut saja peperiksaan mesti akan ada pesanan, jangan lupa baca buku, ulangkaji dan sebagainya. Adakah dengan melakukan aktiviti berkenaan akan meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan. Adakah dengan meningkatnya pencapaian mereka dalam peperiksaan akan menjadikan mereka ini lebih bijak dan memiliki satu tahap kecerdikan yang lebih berbanding dari mereka yang lain.
Adakah pencapaian ini akan menjadikan kehidupan mereka ini lebih sempurna berbanding yang lain. Mungkin mereka ini akan memiliki status yang tinggi di mata masyarakat, majikan, ketua dan sebagainya. Namun ianya tidak menjanjikan kebahagian dan kesempurnaan hidup.
Ini merupakan satu pemikiran lama yang perlu diubah dan dikikis dari kotak pemikiran masyarakat kita yang telah sebati dan menjadi daki kepada kehidupan ini. Pemikiran seperti ini tidak lagi boleh diterima pakai dalam era dunia tanpa sempadan (borderless world).
Hari ini, setiap sesuatu yang diperkatakan perlu dibuktikan dengan fakta yang jelas dan kukuh untuk mengukuhkan lagi sesuatu andaian dan tanggapan. Hari ini, walaupun seseorang itu tidak memiliki kelayakan akademik yang tinggi namun mereka ini masih lagi berjaya mencipta kegemilangan dalam kehidupan mereka, meraih pendapatan melebihi mereka yang berpendidikan tinggi. Malah hidup mereka lebih sempurna. Ini membuktikan bahawa pendidikan bukannlah satu perkara untuk menjadikan kehidupan lebih bahagia dan sempurna. Mereka yang berjaya ini mempunyai satu minda yang tidak dimiliki oleh mereka yang lain iaitu berani untuk bergerak di hadapan (lead) dalam sesuatu yang mereka fikir untuk mencapai objektif perjuangan hidup mereka. Mereka tidak akan menunggu peluang tetapi mereka mencipta peluang dan ruang walaupun tiada kelihatan peluang dan ruang kerana merka percaya akan satu perkara iaitu setiap anak adam telah ditetapkan rezeki masing-masing bukannya perlu ada seseorang yang memberikan rezeki itu. Hanya Allah yang memberikan rezeki itu kepada mereka.
Perhatikan ilustrasi siapa dan apakah cita-cita anda pada masa hadapan dan apakah yang perlu anda lakukan dalam peperiksaan untuk mencapai cita-cita anda.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjj-Wafk7w68DtRKszYjy9OK9gPBCOPUV31F7ohyphenhyphenSnv6iP-HY9-NTjPzXWqo306Op79cg1Q1zFPtTBW4SI0hJjTNj0_AyJU51GvvztwATi81re0hJ5TqrXAw3W46bQwYEybcsAgFMMSMz3D/s1600/stupid-way-tobe-smart1.jpg
Pada mereka bos, majikan dan sesiapa sahaja itu merupakan pengantara bagaimana rezeki itu disalurkan kepada mereka, bukannya mereka itu yang membrikan rezeki kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan