Ahad, 18 Mei 2014

Tips mendidik anak yang NAKAL menjadi soleh dan solehah

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.

Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi. Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat. Malahan, Nabi bersabda: Allah amat benci orang yang mudah patah semangat dan syaitan amat suka orang yang mudah patah semangat.

Setiap masalah berpunca daripada: 
  1. Hati yang kotor.
  2. Fikiran yang negatif. 
  3. Amalan yang tidak betul.
  4. Gangguan metafizikal termasuk sihir.
  5. Jahil tentang agama & tanggungjawab, atau
  6. Semata-mata ujian Allah SWT kerana sayangNya kepada anda.
Jadi cuba semak diri anda tentang apakah punca sebenar masalah yang anda hadapi itu.

Pesan Nabi SAW: 
Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Jadi tukar paradigma tentanganak anda itu. Fikiran dan kata-kata ibubapa adalah DOA YANG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah SWT bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi pesan, anak berumur 1 - 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi bagi sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi memukul anak anda itu. Besar kemungkinan dia RASA CEMBURU KEPADA ADIK. Sejak ada adik, ibubapa banyak melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa terbiar. Pada abang atau kakak ni, kena marah atau pukul adalah PERHATIAN DARIPADA IBUBAPA! Amat sedih bila ini berlaku!

Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya. 

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
  • Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
  • Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
  • Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.

Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

Selasa, 13 Mei 2014

Hak wanita terhadap mahar, harta sepencarian


JIKA berlaku perceraian dalam sesebuah perkahwinan, seorang wanita mempunyai hak dalam menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah. - Gambar hiasan


WANITA mempunyai kuasa mutlak terhadap hartanya walaupun mereka bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Ia juga tidak menghilangkan haknya untuk mendapat nafkah daripada suami mengikut kemampuan suaminya dan mengambil kira juga status sosial isteri.

Ini dapat dilihat dengan jelas dengan pensyariatan mahar yang merupakan satu bayaran yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri pada masa akad dijalankan sama ada dalam bentuk tunai atau hutang.

Undang-undang Islam sangat konsisten dalam membincangkan hak mutlak wanita terhadap mahar dan ia tidak boleh dipindah milik kepada suami atau bapanya kecuali dengan keizinannya.

Sehubungan dengan itu, Allah berfirman dalam surah al-Nisa' ayat 4 yang bermaksud: "Berilah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang penuh rela. Kemudian jika mereka menyerahkan mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedaya lagi baik."

Dari perspektif hukum pula, semua mazhab dalam undang-undang Islam berpendapat setiap sesuatu yang mempunyai nilai boleh dinamakan sebagai mahar. Bagaimanapun, Rasulullah SAW mengehadkan jumlah mahar tidak kurang dari 10 dirham dan tidak lebih 500 dirham (jumlah yang ditetapkan oleh Rasulullah kepada isteri-isterinya dan anak-anak perempuannya).

Apabila jumlah mahar tidak disebut dalam akad perkahwinan, isteri berhak mendapat mahar mithil iaitu jumlah mahar kakak atau ibu saudara sebelah bapa bersesuaian dengan kedudukannya.

Mas kahwin

Sesetengah ulama Islam menegaskan bahawa dalam menentukan jumlah mahar, seseorang hendaklah mengambil kira kedudukan ekonomi, sosial, moral dan intelektual isteri.

Undang-undang Keluarga Islam memperuntukkan bahawa mas kahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri di hadapan orang yang melakukan akad dan disaksikan juga oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi sebagai yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.

Biasanya, jumlah mas kahwin dibayar mengikut status, kedudukan dan pangkat pengantin perempuan. Walaupun begitu, ia tidaklah menjadi satu bentuk pengukuran yang mesti diikut sehingga menyusahkan pihak lelaki atau wanita untuk meneruskan ikatan perkahwinan.

Konsep harta sepencarian atau harta perkahwinan masih banyak tidak diketahui oleh masyarakat Islam di Malaysia kecuali mereka yang menghadapi masalah pembahagian harta jika berlaku perceraian atau kematian.

Ada juga yang mengatakan undang-undang ini berasal dari adat dan ada yang menghubungkan pemakaiannya dengan hukum Islam.

Walau apa pun hujahnya, ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang meletakkan bahawa semua individu mempunyai hak untuk mempunyai harta.

Adat juga merupakan sumber hukum Islam yang boleh diterima pakai jika tidak bersalahan dengan hukum syarak. Apatah lagi dalam konteks orang-orang Islam di Tanah Melayu, adat mestilah bersendikan kepada hukum syarak dan berpaksikan kepada kitab Allah.

Harta sepencarian

Harta sepencarian merujuk kepada apa-apa aset yang diperoleh oleh pasangan suami isteri dalam masa perkahwinan sama ada harta tersebut bersifat harta yang berbentuk fizikal atau harta yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti harta intelek.

Ia tidak termasuk harta yang diperoleh sebelum perkahwinan atau hadiah kecuali jika berlaku penambahbaikan kepada nilai harta tersebut melalui sumbangan oleh pihak yang satu lagi.

Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia khususnya mengiktiraf sumbangan suami isteri dalam memperoleh aset sebagai harta sepencarian dengan tuntutan boleh dibuat jika berlaku perceraian atau kematian salah satu pihak dalam perkahwinan tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan sumbangan di sini ialah melalui sumbangan harta, wang ringgit dan tenaga kerja. Ini bermakna jika suami atau isteri menyumbang secara langsung dalam pembelian rumah atau apa-apa aset dalam perkahwinan, secara umumnya harta tersebut kedua-dua berhak mendapat pembahagian yang sama rata terhadap harta itu sama ada harta tersebut didaftarkan atas nama bersama atau nama seorang sahaja.

Adalah lebih baik dalam hal ini, setiap harta yang dibeli melalui sumbangan kedua-dua pihak, hendaklah didaftarkan secara bersama untuk memberi perlindungan dalam tuntutan harta jika berlaku masalah seperti perceraian atau kematian salah satu pihak dalam perkahwinan.

Harta sepencarian adalah harta yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dari aspek pembahagiannya sebelum pembahagian harta pusaka dalam kes kematian. Perincian tentang aspek pembahagian akan dibincangkan pada siri akan datang.

Koleksi Baju Raya 2014 Paling Menawan

Ready Stock but Limited Jom Order Sekarang Sebelum Habis.

Tidak berkesempatan untuk menempah baju raya? Tailor dah tak ambil tempahan? Jangan risau inilah penyelesaian masalah anda. Ready stock but limited 9 warna menawan. Baju cantik memang cepat habis. Jom order sekarang

KURUNG NAYA ll


Material: Chiffon full lining + beads

ON SALE: RM190 free postage/SS add RM10


Available size S, M, L & XL
S
Shoulder 38cm
Bust 92cm
Waist 34-35"
Hip 52"
Length (top) 90cm
Length (skirt) 105cm

M
Shoulder 40cm
Bust 96cm
Waist 36-48"
Hip 54"
Length (top) 90cm
Length (skirt) 105cm

L
Shoulder 42cm
Bust 102cm
Waist 38-50"
Hip 56"
Length (top) 90cm
Length (skirt) 105cm

XL
Shoulder 44cm
Bust 108cm
Waist 40-52"
Hip 58"
Length (top) 90cm
Length (skirt) 105cm
***************************************************************************

KURUNG THALIA ll



Ready stock but LIMITED
MATERIAL : LACE + CHIFFON + BEADS
Available size S, M, L & XL


Saiz ( s ) = bahu 14, dada 34, labuh baju 27, lengan 23,

pinggang 24-26, labuh kain 41, punggung 36


Saiz ( m ) = bahu 15, dada 36, labuh baju 27, lengan 23,
pinggang 26-28, labuh kain 42, punggung 38.


Saiz ( L ) = bahu 16, dada 38, labuh baju 27, lengan 23,
pinggang 30-32, labuh kain 42, punggung 40


Saiz ( xl ) = bahu 18, dada 42, labuh baju 29, lengan 25,
pinggang 34-36, labuh kain 44, punggung 44


Harga RM200 free postage/ss add RM10
KURUNG CINTA MENAWAN










Promo Price: RM190 free postage/ss add RM10

Material: High quality chiffon full lining + beads + lace
Available size S, M, L & XL
Saiz ( S) = bahu 14, dada 34, labuh baju 27, lengan 23,
pinggang 24-26, labuh kain 41, punggung 36

Saiz ( M) = bahu 15, dada 36, labuh baju 27, lengan 23,
pinggang 26-28, labuh kain 42, punggung 38.

Saiz ( L ) = bahu 16, dada 38, labuh baju 27, lengan 23,
pinggang 30-32, labuh kain 42, punggung 40

Saiz ( XL) = bahu 18, dada 42, labuh baju 29, lengan 25,
pinggang 34-36, labuh kain 44, punggung 44
*********************************************************************
DRESS AURA MENAWAN


Material: Chiffon full lining + lace & beads

Available size S, M, L & XL
ON SALE: RM190 FREE POSTAGE/SS ADD RM10

MEASUREMENT DETAILS :
S   
SHOULDER = 38CM
BUST = 96CM
HIP = 148CM 
LENGTH = 148CM

M 
SHOULDER = 40 
BUST = 100CM 
HIP = 150CM 
LENGTH = 150CM

L 
SHOULDER = 42CM 
BUST = 104-106CM 
HIP = 152CM 
LENGTH = 150CM

XL 
SHOULDER = 44CM 
BUST = 108-110CM 
HIP = 152CM 
LENGTH = 150CM · · ·
Jadi, jom miliki sekarang sementara masih ada! dan dapatkan ia segara sebelum terlambat! ;)



Jika sudah ada yang berkenan di hati?

whatsapp 0122448814 or  email to: akma_jadore@yahoo.com 

NOTA: Ini adalah iklan berbayar. Admin tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan/produk yang diiklankan.

Khamis, 8 Mei 2014

Maafkanlah

Salam semua, selamat pagi adakah anda telah memaafkan individu di sekeliling anda, keluarga, jiran-jiran, komuniti dan semua manusia yang telah hidup, masih hidup dan akan hidup.

Untuk anda merasakan kebahagiaan anda tidak perlu meajadi pegawai tinggi, berpangkat besar, dan berwang, dengan hanya memaafkan setiap individu lain anda akan mendapat kebahagiaan dalam hidup ini.

Amalkan...

Yeo's 80 Days Drink to Cash: Win RM3,000 daily for 80 days!

I believe Yeo's beverages need no further introduction. Over the years, Yeo's packet drinks have been a family favourite especially during festive seasons. I remember everytime during Chinese New Year, my dad will stock up many cartons of Yeo's chrysanthemum tea at home and I'll surely start drinking before the celebration begins!
Now Yeo's drinks come in bottles, which is more convenient to bring it along over lunch or to office.
During hot days, I'd certainly go for some chilled wintermelon and chrysanthemum teas from Yeo's!
If you're a huge fans of Yeo's like me, here's your chance to win BIG from Yeo's Malaysia!
Step 1: Buy any Yeo’s, Justea or SoyRich range of beverage in Tetra Pak 250ml, Tetra Pak 1L, PET Bottle 350ml, PET Bottle 500ml & PET Bottle 1.5L with codes on pack or using the outlet Official Receipt that has Yeo’s product clearly printed (Official Receipt number as “Contest Code”) for Yeo’s product that does not carry any code.


Step 2: Join Yeo’s Malaysia WeChat Official Account 
by scanning QR code on pack (as shown below) or add WeChat ID: YeosMalaysia

Step 3: There are 2 ways to submit Contest Code:-

1.) Using the Official Receipt number as Contest Code for the purchase of any Yeo’s, Justea or Soyrich beverages that does not carry any printed code or
2.) The printed code on Yeo’s, Justea or Soyrich beverages 

Key in Contest Code & attach Photo as proof of purchase to Yeo’s Malaysia WeChat Official Account.

Photo submission must meet the following criteria:-

1.) Yeo’s, Justea or Soyrich beverage without printed Contest Code – photo must clearly show the quantity of Yeo’s, Justea or Soyrich beverage purchased and the Official Receipt number. 
2.) Folding of the receipt is not acceptable.

3.) Yeo’s, Justea or Soyrich beverage with printed Contest Code – photo must clearly show the code and the Yeo’s, Justea or Soyrich Product must be opened/consumed i.e:-
Tetra Pak 250ml : Insertion of straw or flattened pack
Tetra Pak 1L : The pull tab and cover must be opened or flattened pack
PET Bottle : Cap must be opened next to the bottle

Make sure your photos are visible, clear, and meet minimum visual quality standards!
Step 4: Upon successful submission, Eligible Contestant will receive an official notification from Yeo’s Malaysia WeChat with a hyperlink to view Yeo’s Commercial via Youtube. Any data charges by the respective mobile operator will be borne by the Eligible Contestant.
Step 5: Answer a simple question related to Yeo’s Commercial. The Organiser may change/rotate Commercials/questions during the Contest Period at any time at its sole and absolute discretion. 
Step 6: Retain photo with the Contest Code for verification purposes for Winners. Eligible contestants may submit as many entries as they wish with different contest code. Each contest code is entitled for one entry only. For submission using Official Receipt Number, the number of entries accepted will be dependent on the number of packs purchased/printed on the receipt.

Grand prize of RM100,000, iPads, special draws up to RM10,000 and daily prizes up to RM3,000 cash are awaiting you! The contest is going to end on 31 May 2014, so keep submitting your entries to gain more chances on winning! Check out the video on the contest here :)

Don’t have WeChat to participate in the contest? No worries. 
WeChat is downloadable for FREE in the PlayStore / AppStore.

For more information about the contest, visit Yeo's Malaysia:
Website: www.yeos.com.my/contest/index.php
Facebook: www.facebook.com/YeosMalaysia
Youtube: www.youtube.com/user/yeosmsia

Rabu, 7 Mei 2014

BENARKAH? Guru Ibarat Lilin Membakar Diri Menerangi Yang Lain

Benarkah Guru Di Ibaratkan Lilin?

Jika dahulu, aku percaya Guru atau lebih selesa di panggil Cikgu merupakan insan yang paling mulia. Apa yang ada dalm diri mereka akan ditaburkan kepada anak bangsa demi melihat anak bangsa mereka berjaya di dunia dan akhirat. Keringat lelah mereka tidak pernah mengharapkan balasan walaupun terpaksa mengeluarkan belanja sendiri, namun dapat dilihat keikhlasan dalam diri mereka itu.
Namun kini semuanya tiada lagi dalam diri mereka, rata-rata kebanyakan guru-guru pada hari ini mengejar meterial bukannya bersungguh-sungguh mencurahkan ilmu. Apa tidaknya apa yang diajarkan cuma mengikut silibus dan tidak semua ilmu diberikan sekiranya murid-murid ingin cemerlang maka, hadirilah kelas-kelas tambahan (tuition) yang di kendalikan oleh kebanyakan guru-guru pada hari ini.
Kerana usaha itu jugalah kebanyakan pada hari ini, ramai di antara murid-murid yang dilahirkan tidak menjadi insan seperti yang diinginkan oleh ibu-bapa. Ini kerana, keikhlasan tiada dalam ilmu yag disampaikan......

lots more to write but don't have much time...

Jumaat, 2 Mei 2014

Surat Layang

Surat Layang, adakah anda tahu apa itu Surat Layang. Surat Layang merupakan satu bentuk komunikasi melalui penulisan surat, artikel dan sebagainya tidak kira melalui media cetak/elektronik ataupun media sosial seperti Facebook, Tweeter, WhatsApp dan sebagainya bagi meluahkan ketidak puas hati penulis/kumpulan tetapi merahsiakan identiti penulis/kumpulan kerana terdapat kekangan ketelusan penyiasatan dan tindakan oleh pihak yang di maksudkan.

Surat Layang sebenarnya amat perlu bagi memperbetulkan integriti pengurusan yang semakin berkurangan dalam melaksanakan sesuatu perubahan yang tidak mementingkan kebajikan sub-sub ordinat yang berada di bawah hierarki.
Sebagai ketua/pemimpin seharusnya mengambil berat akan kes-kes seperti ini, kerana kebanyakan suara hati ini ada kebenarannya cuma individu/kumpulan yang menulisnya tidak mempunyai keberanian... Memang kita selalu mendengar pepatah "Berani Kerana Benar", namun kerana nafsu pangkat dan darjat yang beraja di hati maka biarkan pepatah itu begitu sahaja. Konsep berkenaan tidak dapat dipenuhi kerana ianya melibatkan hierarki tertinggi dalam sesebuah organisasi.